|
Malam
May 26, 2012 | Saturday, May 26, 2012 | 0 comments
Jam menunjukkan pukul 12.57 malam. Bukan belum mengantuk, cuma sambil melayan mata tergerak hati nak buat entry menggunakan talipon bijak (smartphone) hehe. Begitu zaman berkembang pesat, teknologi juga laju ke depan meninggalkan kita. Zaman dah banyak berubah. Dulu takde kemudahan semua ni. Sekarang bukan sekadar di hujung jari tapi dah hampir nak melekap di depan mata. Haha. Lagi2 waktu menaip entry ni sambil berbaring2 di bantal dan tilam empuk serta di sisi ditemani penghawa dingin yang bersuhu 16 darjah celcius. Gegege.. Oh! Nyaman sekali..;) Malam2 macamni rasanya ramai yang dah dibuai mimpi. Atau adakah malam masih muda? Esok sabtu ramai yang bercuti rasanya. So apa plan menarik? Teringat pulak kisah di suatu malam di bandar sibuk hiruk dan pikuk di Johor Bahru. Waktu malam selewat begini sangat tak terasa sehingga tidur pun terganggu dengan bunyi riuh seperti ramai orang sedang berpesta. Kenangan semalam di Pantai Lido, Setulang Laut. Teringat juga ketika itu akak diajak turun ke bawah(rumah flat) untuk menikmati roti prata. Masa tu jakun gila sebab tak tau roti prata tu apa, rupanya roti canai. Haha. Malunya lah.. Seronoknya kerana bakal mengulangi kemeriahan bersama saudara mara dalam lebih kurang 2 minggu lagi kerana akak akan ke sana lagi jika tiada aral yang mendatang. Pasti lagi meriah sebab akan berlangsungnya majlis perkahwinan kezen akak yang sangat comel..;) Pasti akan ada update menyusul bila tiba waktunya nanti insyaAllah.. Ok, masa sudah time. Nite2 semua. Salam sayang dari kejauhan. Mimpi indah2 ye!..:)
Published with Blogger-droid v2.0.4 |