|
Keterujaan kembali!
Mar 15, 2013 | Friday, March 15, 2013 | 12 comments
Entah berapa kali nak teruja lepastu jadi hangit2 t**i ayam lagi pun tak tau lah. Tiba2 malam ni hati terpanggil untuk kembali mencoret sepatah dua kata dalam blog yang dah lama tersadai ni. Itupun, bila bff sangat teruja untuk mengubah suai template blog. Dengan berbekalkan ilmu yang ciput ni, bantulah dia apa yang terdaya. Pehh! Ayat memang sungguh tak boleh belah! hahaKadang2 mood orang lain juga boleh mempengaruhi mood kita bersama kann. Tu yang suka tu, tapi selama mana akan kekal, just wait n see! Cuma rasanya aktif di laman muka buku merupakan faktor utama kenapa blog ini terabai, disamping kekeringan idea untuk berkongsi cerita2 yang menarik. Walaupun bila dah lama berhenti berblogging ni, pastinya dah banyak peristiwa2 yang berlaku yang tak dikongsi kat sini kan? Sekarang tengah musim game gula2 (candy crush saga). Hadoi, memang boleh buat akak stress bila tak lepas2 level. Kagum bila tengok ada member2 fb dan mencecah ke level ratusan. Akak ni tengok jelah selama mana bole bertahan, silap2 esok lusa give up suda! Dan yang menariknya game ni juga boleh kita install ke android sematfon dan iphone. Tengah u'uk pun boleh sambil layan. hahaha..:p Nampak tak candy dan coklat tu? Menyelerakan betul tak? tapi bila dalam game ni, akak paling sakit hati dengan coklat tu? Nak tau kenapa??? Cuba lah try test uji main! kih3x.. Hahh, tak ilimiahnya entry malam ni. Macamlah sebelum2 ni entry ilmiah sangat pun kan? hahaha. Takpelah, untuk permulaan bagi hangat enjin, bagi cerita ringan2 je dulu lah kan. Risau betul selepas 3 bulan baru update entry lagi..hahahahaharussss.. Uihh tak sedar rupanya dah pukul 12.50 pagi sewaktu menaip ayat ni. hehe. Masa untuk dibuai mimpi dah ni. Bantal pun dah cantik tersedia, so apa lagi? Nyteeee semua! Sehingga berjumpa lagi, in sha Allah...;) |