|
Keterujaan kembali!
Mar 15, 2013 | Friday, March 15, 2013 | 12 comments
Entah berapa kali nak teruja lepastu jadi hangit2 t**i ayam lagi pun tak tau lah. Tiba2 malam ni hati terpanggil untuk kembali mencoret sepatah dua kata dalam blog yang dah lama tersadai ni. Itupun, bila bff sangat teruja untuk mengubah suai template blog. Dengan berbekalkan ilmu yang ciput ni, bantulah dia apa yang terdaya. Pehh! Ayat memang sungguh tak boleh belah! hahaKadang2 mood orang lain juga boleh mempengaruhi mood kita bersama kann. Tu yang suka tu, tapi selama mana akan kekal, just wait n see! Cuma rasanya aktif di laman muka buku merupakan faktor utama kenapa blog ini terabai, disamping kekeringan idea untuk berkongsi cerita2 yang menarik. Walaupun bila dah lama berhenti berblogging ni, pastinya dah banyak peristiwa2 yang berlaku yang tak dikongsi kat sini kan? Sekarang tengah musim game gula2 (candy crush saga). Hadoi, memang boleh buat akak stress bila tak lepas2 level. Kagum bila tengok ada member2 fb dan mencecah ke level ratusan. Akak ni tengok jelah selama mana bole bertahan, silap2 esok lusa give up suda! Dan yang menariknya game ni juga boleh kita install ke android sematfon dan iphone. Tengah u'uk pun boleh sambil layan. hahaha..:p Nampak tak candy dan coklat tu? Menyelerakan betul tak? tapi bila dalam game ni, akak paling sakit hati dengan coklat tu? Nak tau kenapa??? Cuba lah try test uji main! kih3x.. Hahh, tak ilimiahnya entry malam ni. Macamlah sebelum2 ni entry ilmiah sangat pun kan? hahaha. Takpelah, untuk permulaan bagi hangat enjin, bagi cerita ringan2 je dulu lah kan. Risau betul selepas 3 bulan baru update entry lagi..hahahahaharussss.. Uihh tak sedar rupanya dah pukul 12.50 pagi sewaktu menaip ayat ni. hehe. Masa untuk dibuai mimpi dah ni. Bantal pun dah cantik tersedia, so apa lagi? Nyteeee semua! Sehingga berjumpa lagi, in sha Allah...;) Please come back to me!
Jan 14, 2013 | Monday, January 14, 2013 | 1 comments
Lamanya blog ni tak berupdate..huhuTengahari tadi tiba2, di ruangan chat fb akak dipanggil oleh seseorang. Rupanya dia rajin juga masuk blog yang terbengkalai ni. Terharu ok! Siapalah akak ni kan. Ada juga yg sudi baca dan perkenalkan diri di fb. Terima kasih tak terhingga..:) Banyak cerita dan kisah2 yang patutnya boleh akak blogkan. Tapi entahlah. Pelik betul dengan mood ni. Alasan lapuk adalah busy. Busy tapi sempat pulak mengadap fb berejam2 kan. Please lah mood..please come back to me! Seronok bila tgk blogger lain yang kekal bertahan bertahun2 dengan macam2 cerita dan kisah hidup yang tak pernah putus untuk dikongsi. Lately, macam2 juga yang dah berlaku dalam hidup akak. Ada yang boleh dikongsi tapi ada juga yang biarlah menjadi rahsia di hati ini saja kan. Feeling novel dah ni. Ngeh3x. Mudah2an tak terlepas lah berkongsi kisah hati di sini. Kadang2 bila mood menulis dah datang, mulalah nak meluah macam2 kannnn.. Disebabkan lama tak update kisah2 sensasi akak kat sini, haha sensasi lah sangattt. Nak tayang muka lah ok idok? ok jer lah ehh..keh3x. Layannn.. Hehe..ok, sehingga ketemu lagi insyaAllah. Nite uols!....;) Langsung dari teratak bonda
Nov 14, 2012 | Wednesday, November 14, 2012 | 1 comments
Phewwww..entah kenapa tiba-tiba teringat dan rindu pada blog.Macamni lah kalau hanget2 t**i ayam punya blogger kan. Suka2 nak timbul, lepastu tenggelam lemas entah ke mana, pastu timbul balik. Apapun i luv my blog! ecehhh..haha..:p Seminggu cuti start Khamis lepas, tapi hanya berkesempatan untuk balik banting pada hari Jumaat lepas. Sabtu dan ahad sangat busy 'mensopink' barang2 haziq untuk ke Jepun. Winter punya barang2 mahai jugak ye. Pusing berejam dalam One Utama, universal travel jadi pilihan. Macam2 ada kat situ ye tak? Melayan kerenah anak bujang memang mencabar. Ingatkan semua jacket tu sama je janji boleh kaver badan dari beku dalam cuaca sejuk yang dijangka antara 10 hingga -8 darjah celcius. Rupanya, entah macamana punya design baju yang dia dok carik. Biasa tengok dalam filem katanya. Artis pakai kata ko! Pitam maknya dengar. Adoi, budak-budak sekarang ni. Nasib baik dapat mak sporting kan. *beratnyabakulnakangkatsendirik* hahaha..:p Lega sangat sebab semua barang keperluan hampir siap disediakan. Semoga perjalanan pergi dan balik dilindungiNya dan dipermudahkan segalanya. Esok pagi nak balik kampung ibu mertuaku pula. Menantu mithali bertali2 lah katakan. Kwang3x..:p So, of coz lah 4 hari takdak line dan 'kaverej'. Paling kuat ada lah gprs 3 bar. Tu pun puas menonggeng menyeget bagai nak dapat line..haha Ahad baru balik segamat semula. Menjawablah stok barang seminggu punya kan? Harusss lah tukar uniform bibik tu nanti. huhu Tetiba rasa macam dah lama pulak tak tayang muka sendirik! Akak dan kenalan baru bersiaran dari Setia City Mall..zasssss. Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi...heeeee...;D |