|
Mari menjahit!
Apr 2, 2010 | Friday, April 02, 2010 | 8 comments
Uols tolong percaya yg akak ni sememangnya agak kerastangan. Sebagai kenyataan membela diri, nak buat mcmana kan sbb sedari akak sekolah, akak mmg x pernah belajar menjahit. Dulu akak masa sekolah menengah pun akak kelas akaun dan perdagangan. So mmg takdak lah belajar2 jahit ni kan. Dok kira duit je keje akak...;p Tp taklah bermakna akak buta kayu langsung tak tau jahit. Setakat jahit sluar koyak ke, jahit butang ke, jahit2 manik ke, alaaa yg tu kacang je bagi akak. Hahahahaha..berlagak pulak! Cuma jahit2 kritikal dan kronik ni akak jarang2 buat. Dgn kata lain hampir sekali dua je buat dalam sepuluh tahun. Hahaha.. Boleh hidup ke kalau tak reti menjahit ni? Huhu..jgnlah ditanya soklan2 sebegitu. Pedih ulu hati akak mendgrnya. Utk akak boleh je hidup kot. Sbb nak dijadikan cite, mr MJ akak adalah terer bab2 jahitan ni. Jd spt org mengantuk disorongkan bantal lah kan. Apa2 hal berkaitan jahit menjahit yg remeh tp kecik2 tu sume akak serah pada dia. Dan sumenya pasti beres!..:-) Kesan sampingan bila laki lebih terer menjahit dpd bini adalah, maka bertambah dungu lah bini dia part2 jahitan seni halus ni. Yelah bila kita tau laki kita ada sumthing yg kita x bape nk xpert buat, sah2 lah kita cam nk manja2 plus mengada2 kat dia kan. Dan2 tu sgt2 bermanis mulut utk beri2 pujian ikhlas pada dia sbg contoh, Bang, abg terernya menjahit. Abg jahit kemas sgt. Abg jahit cantik sgt. Sesambil buat muka2 ayu fomfuan melayu terakhir...;p Haaa? apa lagi sang suami kan. Dah kena puji melambung2 mcmtu, maka dgn terpaksa rela lah dia pun mengoffer diri utk membuat keje2 menjahit ni. Alaa tp relaxlah uols. Bukan sampai tahap dia jahit baju raya utk akak pun. Setakat jahit2 lencana sekolah anak je. Berat sikit, dia jahitkan langsir akak guna mesin jahit. Ahaks..;-) Tapi, ntah mengapa dan kenapa! hrni secara tiba2! terasa spt ingin menguji diri dan minda..eceh, ayat tak boleh blah lah pulak!. Tetiba je td..... Haziq, cer amik baju melayu sekolah tu! Ambik gunting dgn benang ibu sekali ye!...:D Ibu nak jahiiiiiiiiit ke? Amboi, panjang harkat nmpak?? hahahaha... Dengan penuh pengharapan dan ucapan bismillah berkali2. Hahaha, selalu over tau! maka akak pun jahitlah lencana sekolah haziq buat pertama kalinya semenjak haziq masuk sekolah..;-) Aduhh korang, berpoluh tiak akak taw. Bukan senang rupanya. Patutlah hubby akak selalu ckp, nmpak je senang nk jahit ni tp susah. Huhu. Yelah bg korang yg mmg expert tahap rizalman tu, korang gelak2 kan akak je. Takpelah, akak redha!.. Kenapa akak ckp susah? sbb lencana tuh bukan ke kena jahit atas poket baju. Tentu tgn kena menyeluk ke dlm poket yg kecik kemain tu utk jahitkan. Haa, silap2 tgh syok2 menjahit sekali senget lah pulak. Takpun benang berpintal. Maklumlah org menjahit 10 tahun sekali. Hahaha..:p Tapi atas usaha gigih dan semangat yg tinggi disamping galakan dan sokongan moral yg telah diberikan haziq, akhirnya.....berjaya jgk akak menyiapkan jahitan lencana dan tanda nama haziq di baju sekolah dia buat julung2 kalinya. Hoyehh!! Nilah hasil kerastangan akak korang. Sape2 nk gelakkan pun akak tak kisahlah. Silalah gelak. Akak tawu korang2 ni mmg sume terer2. Bagi korang mmg sebelah mata jelah buat bnda ni kan. Smbil2 mkn kuaci pun korang boleh buat. Tp bagi akak hrni adalah satu pencapaian tak terhingga dan kepuasan mengalahkan menang moto. Hahahaha.. So, moral of the story, beruntungnya sape yg pandai menjahit tu. Akak minat jgk tp tgn ni mmg agak keras. Rasa2 pegang jarum pun mcm kekok2 je lagi. Tp takpe ulos, akak bernekad akan terus cuba dan mencuba sehingga akak pun boleh smbil2 mkn kuaci bila menjahit. Ekekeke.. Ermm, mood mcm best pulak hrni. Tetiba rasa mcm.... Haziq! ada baju2 lagi tak yg belum jahit lencana?? cepat amik kasi ibu jait! Wahhh, tetiba!! Hahahaha...........;p Labels: personal |