
![]() |
Luahan Perasaan ( Dugaan Ramadhan)
Aug 7, 2012 | Tuesday, August 07, 2012 | 2 comments
Lamanya tak jenguk blog. Bulan ramadhan ni rutin agak berlainan dari hari biasa dan agak sibuk sikit dengan macam2 aktiviti dan kerja. Cuma malam ni, rasa nak meluah perasaan sikit kat sini.Pertama, syukur sangat2 bila haziq telah terpilih untuk ke Jepun bagi program Kizuna AFS. Sebaik berita diterima, ada perasaan suka dan ada duka. Perasaan yang bercampur-baur. Akak gembira kerana haziq terpilih menjadi salah di antara 28 orang pelajar di seluruh malaysia yang berjaya mengikuti program kizuna ke Jepun pada awal disember ni insyaAllah. Namun, akak sedih bila kawan haziq yang sama2 satu sekolah yang juga telah berjaya sampai ke 2nd stage interview tapi kali ni mungkin belum rezeki dia. Hanya haziq seorang yang berjaya terpilih. Rasa berat hati juga. Kalaulah dua2 terpilih, pastinya kegembiraan yang dirasai tiada cacat celanya.. Kedua, macam2 dugaan rupanya yang harus kami tempuhi untuk menguruskan segala dokumen utk dihantar ke AFS. Dateline adalah 15 Ogos dan disebabkan khamis ni haziq dah start menduduki peperiksaan percubaan PMR, maka akak haruslah menyelesaikan segala keperluan dokumen dengan kadar segera termasuk urusan permohonan passport. Mula2 lagi dah diduga, seminggu sistem di jabatan imigresen daerah segamat berada di luar talian (offline). Hari2 kena call tanya, last2 akak ambik keputusan untuk buat passport haziq di muar. Alhamdulillah akhirnya, passport siap pada hari yang sama Jumaat lepas. Ketiga, urusan medical check up asalnya akak bercadang nak buat di klinik swasta je. Tapi atas cadangan dan nasihat pihak sekolah untuk buat di klinik kerajaan, kami pun akur je lah. Rupanya, banyak proses dan terpaksa dibuat berhari2. Dari x-ray, timbang berat, ukur tinggi dan apa lagi satu hari tu pun akak dah lupa dibuat pada hari yang sama di klinik. Ujian tibi pula perlu dibuat di klinik kerajaan di tempat lain pula memandangkan klinik yang akak pegi tu tak buat ujian tibi tersebut. So kena lah datang hari lain. Kemudian baru balik semula ke klinik yang asal untuk keputusan ujian dan jumpa doktor. Hari pertama datang, di kaunter pendaftaran pun dah diduga juga. Misi kat situ suruh kami siap isi maklumat2 yang ada pada borang medical check up sedangkan dah terang2 arahan kat surat tu memaklumkan segala maklumat MESTI diisi oleh pegawai perubatan. Kadang2 kita ni jadi serba salah, takkan semua benda nak argue pulak kan. Tapi tak cakap, macam kita ni tak reti dan tak tau apa2. Nak tak nak terpaksa call member yang juga merupakan misi tapi misi di hospital besar untuk tanya pendapat dia. Jasa baikmu sentiasa dikenang, sanggup datang ke klinik untuk tolong sama2 explain pada misi kat kaunter pendaftaran tu. Okey, boleh pun dia faham. Tengahari tadi adalah appoinment untuk keputusan tibi dan berjumpa doktor. Tetiba haziq panggil akak masuk. Belum sempat duduk, doktor pun baru je nak bersuara bertanyakan pasal tarikh imunasasi haziq sewaktu bayi, pembantu doktor ni dah 'tembak' akan bertalu2 mengalahkan doktor yang ada kat situ. Ok, fine..akak terima kad baby haziq dah hilang entah ke mana. Maklum je lah dah 15 tahun pun usia dia kan. Akak pun dah pernah berpindah randah. Memang tak ingat langsung kat mana kad tu dah. So, akak minta jasa baik dan kerjasama doktor untuk buat je mana2 tarikh yang agak bersesuaian untuk diisi dalam borang. Doktor pun macam dah faham dan dah bersetuju pun, tapi misi yang berlagak macam doktor ni, bising2 kat akak, bising kat doktor juga tu yang paling akak tak tahan tu. Bila doktor buat juga untuk bantu akak, dia seakan cari jalan supaya doktor akhirnya tak tolong kami. Ye, tahniahlah sebab akhirnya dia berjaya. Sampaikan form yang atas meja doktor pun dia tarik dengan alasan nak bertanya pada doktor senior. Tak tahulah apa dia bincang, akhirnya doktor yang asalnya sangat baik hati untuk bantu akak pun datang semula dan mintak akak untuk pergi ke klinik asal masa akak buat imunasasi haziq. Sekali lagi akak call kawan akak tu minta nasihat dan pandangan dia juga. Perasaan tak puas hati akak tak salah rupanya kerana dia juga rasa keadaan dan situasi ini tidak patut berlaku malah dengan pantas menawarkan diri untuk membantu akak call klinik asal haziq. Tak lama lepas tu inform akak semula bahawa rekod yang disimpan hanya selama 7 tahun saja sedangkan haziq dah 15 tahun pun. Ikut janji doktor, kalau tak dapat salinan dia akan bantu akak sepertimana mula2 yang dia dah buat tadi. Jadi akak datang semula ke klinik dan bagitau doktor maklumat yang akak dah terima tu. Tapi akhirnya misi tu keluar balik semula berjumpa akak dan bagitau, mereka dah call klinik asal haziq dan diaorang berjanji nak dapatkan salinan asal semula. Apa cerita ni? Tambah buat akak stressed bila dia bagitau yang pihak hospital tak boleh tolong apa2 kalau salinan tu tak dapat jugak akhirnya. Time tu rasa nak marah, nak nangis semua pun ada. Geram sangat bila tengok misi tu. Nama dia pun akak dah hafal. Jawatan dia kat hospital pun akak dah tau. Seryes, kalau tak mengenangkan bulan puasa, tak taulah macammana jadinya tadi. Akak tahan sabar je. Kesabaran akak sangat2 lah tercabar lagi2 bila akak yang sedang duduk di depan doktor tadi telah diminta BERDIRI untuk bagi laluan pada misi tadi yang hanya merupakan PEMBANTU doktor untuk duduk pula di situ. Tertanya2, memang macamtu ke prosedur klinik kerajaan?? Dalam kemarahan dan kekecewaan, akak call mr mj akak minta dia tolong selongkar apa yang patut di bilik stor akak, manalah tau kalau2 terjumpa kad baby haziq dulu. Dalam kereta dengan perasaan sedih sambil akak berdoa banyak2 agar di beri jalan, diberi kesabaran dengan dugaan demi dugaan dan akhirnya dengan tak disangka2 kad baby haziq berjaya dijumpai. Kalau kita sabar, Allah pasti bantu kita kan..alhamdulillah.. Sepantas kilat jugak akak ajak haziq ke klinik semula. Sampaikan ada misi2 lain yang perasan rupanya akak seperti mencari sesuatu lalu bertanya, dan akak juga ceritalah sikit sebanyak hal yang telah berlaku, dan tanpa diduga ini jawapan yang keluar dari mereka. Ni mesti misi teeeeettttt tu kan. Kak, dia memang macamtu kak. Kesiannya akak, dia tu memang macamtu, lebih sudu dari kuah. Kalau hal dia tu pandai pulak sibuk nak mintak tolong orang dan bla..bla..bla.. Okey, akak speechless. Tak sangka pulak misi tu memang dah terkenal. Fine, ni hari akak. Allah nak duga sejauh mana kesabaran akak. Akak redha dan terima. Atas redha itu, Allah beri ganjaran, tak disangka2 kad baby haziq yang setelah sekian lama hilang seolah2 senang pulak dijumpai semula. Dan akhirnya settled masalah medical check up haziq. Akak orang last yang tinggalkan klinik. Takde patient lain dah. Akak pun tak pasal2 dapat berkenalan dengan ramai misi2 lain yang baik2 hati, ramah dan mesra.. Malam ni haziq busy scan semua yang perlu untuk submit pada AFS secara online. Masih memerlukan beberapa dokumen antaranya surat sokongan dari pihak sekolah. Hal ni juga rasanya akak diduga juga. Sedikit rasa terkilan, bila pihak sekolah melepaskan tanggungjawab membuat surat sokongan kepada haziq. Bukan tak boleh nak buat, tapi rasanya ni tugas cikgu yang bertanggungjawab kan. Bila taip surat sendiri seolah memuji diri sendiri pula. Okeylah, terpaksa terima alasan surat sokongan memang diserahkan pada pelajar sendiri untuk buat sebab pihak sekolah tak tahu pencapaian pelajar2 dia. So nanti takut ada maklumat tertinggal. Tapi, jika niat nak membantu pelajar (rasanya dah banyak sangat juga sumbangan haziq demi menaikkan nama sekolah) apa lah salahnya, hanya minta haziq senaraikan segala pencapaian akedemik dan koko saja kan? Ni dia minta haziq karang siap surat dan beri pada cikgu yang incharge dan dia hanya semak dan masukkan kepala surat dan beri pengetua untuk tandatangan. Sedangkan sekolah lain, sewaktu interview pun sekolah dah sediakan surat sokongan untuk pelajar dia. Sedih, kecewa dan terkilan juga di situ. Tapi takpelah kan haziq. Mungkin ni bukan program sekolah, cuma rasanya apapun, tetap nama sekolah disebut juga kan? Haziq dah siapkan draft surat tu pun. Nak tak nak kan, siapalah kita nak bercakap banyak. Akak dah cuba berbincang dengan cikgu tu pun, dia dah beri macam2 alasan. Kena akur jugak lah kan. Doa akak, semoga Allah mempermudahkan segala urusan2 selepas ini. Buat haziq, ibu kagum dengan usaha dan kesungguhan haziq. Fokus haziq pada semua perkara. Mana fikir nak trial, fikir nak settlekan hal kizuna ni lagi. Semoga Kau sentiasa pelihara anakku ya Allah. Berinya kekuatan, ketabahan dan kebaikan. Mudah2an haziq dapat buat yang terbaik untuk kedua2nya. Sepertimana kami gembira dan bersyukur dengan rahmat dan rezeki yang Kau dah berikan, kami juga redha dengan dugaan yang Kau turunkan ya Allah. Semoga kami sentiasa dilimpahi rahmatMu. Amin ya rabbal alamin......... Labels: personal Ramadhan oh Ramadhan
Jul 23, 2012 | Monday, July 23, 2012 | 2 comments
Sekejap je dah nak masuk 3 hari berpuasa. Dulu Mr. MJ selalu suka ingatkan akak,Rasa2lah puasa ni..nanti tau2 je dah raya... Belum terlambat jugak kot nak ucapkan selamat berpuasa dan semoga tahun ni adalah lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Diam tak diam sebenarnya masa sangat cepat berlalu. Macam rasa baru je menyambut raya tahun lepas. Tau2 je kejap lagi dah nak raya. Pastu kejap je dah bulan 12 dan kejap je dah tahun baru 2013. huhu Akak suka sangat bulan ramadhan sebenarnya sebab suasana dan rutin kita pun banyak berubah dari hari2 dan bulan2 yang lainnya. Selalu kita masak tengahari ni kita masak petang2. Selalu malam2 golek dan santai depan tv, ni ramai2 kita memeriahkan masjid dengan menjalani ibadat solat tarawikh insyaAllah dan banyak lagi juga rutin2 yang bakal menyusul selepas2 ini yang biasanya tidak kita lakukan di hari2 lain. Tahun ni akak sambut awal puasa di rumah sendiri je. Biasanya tahun2 lepas sambut puasa bersama family kat kampung. Takpe, tahun ni kita try sambut sendiri pulak. Lagipun akak dah berturut2 minggu dok balik kampung je ni. Orang kampung pun bosan kot kalau balik2 tengok muka akak je yang balik. haha Tahun ni azam bulan ramadhan kalau boleh nak kurangkan membeli kat bazaar ramadhan. Nak masak2 je. Ececeh, tetiba pulak semangat memasak berkobar2 time puasa ye. Masuk blog resepi sana sini, pehh!! macam2 resepi best dan nampak sedap sehingga buatkan akak rasa nak try semua resepi2 tu. Best2. Lepas ni nak try panggang ayam ala kenny rogers pulak. Harus tutup kenny rogers lepas ni..haha..:p
nyam3x..
Pastu buat pulak mashed potato, dan nak kenyang sikit masak nasik ala2 kenny rogers jugak. Aduhhhh.... Ok, takmo cerita panjang. Kejap lagi nak siap2 carik bahan. Jom pi giant jom! Selamat memasak dan selamat berbuka puasa pada semua.....;) Labels: family, menu, personal Cerita Cuti
Jul 17, 2012 | Tuesday, July 17, 2012 | 2 comments
Beberapa hari lepas ni agak bizi sikit. Maka blog pun sikit terabai. Harini agak lega sikit. Cuaca mendung, sejuk, berangin buatkan susah nak melepaskan bantal dan selimut pagi tadi. Namun perjuangan harus diteruskan. Kah3x..berjuang kebendanya lahhh!!Nak cerita pasal weekend semalam ni je. Haziq ada interview AFS 2nd stage di Quality Hotel, Shah Alam 14 & 15hb Julai lepas. So, akak pun mengambil kesempatan lah nak balik banting kan. Ngee..:D Kebetulan jugak cousin akak yang sedang study di US, balik bercuti sebulan sehingga raya ketiga. So, wajiblah planning macam2 program. Actually, lama dah plan ni sebelum dia balik lagi. Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni tidak perlu berbelanja membayar bill yang tinggi walaupun berhubung jarak yang sangat jauh. Skype kan ada!..;) Skype sana sini, plan itu ini, akhirnya...kata sepakat dicapai. Sabtu lepas akak hantar haziq ke hotel untuk mendaftar pada pukul 11 pagi, akak juga menghadiri taklimat untuk parents lebih kurang dalam sejam je rasanya. Sampai2 je kami dijemput breakfast oleh volunteer AFS. Wahh ada brekfes free rupanya. Hahaha. Perut pun tengah lapar kan. Bagai pucuk dicita ulam mendatang lah kan...;p Siap briefing tengok jam baru pukul 12 tengahari. Janji dengan cousin akak nak berjimba2 ke Shah Alam petang, so masih terlalu awal ni. Nak balik banting pun sangatlah tak berbaloi, maka sunway piramid menjadi destinasi pilihan untuk cuci2 mata..;) Sale sana sini rupanya. Sabar..sabar. Dok urut2 dada je kerjanya sambil pegang henbeg kuat2. Tahan supaya wallet tak keluar. Haha..Alhamdulillah berjaya juga. Tahniah untuk diri sendiri! Eceh!!..:p Fikir2 nak lunch kat mana akhirnya kitaorg pi terjah fullhouse je lah.
Muka lapar..;p
Siap makan, ronda2, cuba2 last2 tak membeli satu apapun. Yeayy! Berjaya mengawal nafsu. Lebih kurang pukul 3 lebih makusu akak call suh tunggu je dia kat SACC Mall sebab cousin akak nak carik baju melayu dan sampin. Semangat nak beraya kat Malaysia tahun ni. Singgah solat di Masjid Shah Alam dulu, terus ke SACC dan kemudian ke syeksen 7 Shah Alam. Ibuk2 pulak mau sopink!
Namun.......akhirnya, akak tewas juga pabila sampai ke butik ariani di seksyen 7. Misi mencari tudung yang tak berapa dirancang sebenarnya. Bila tengok ada sale dan kaler tudung yang nak matching dengan baju raya pun ada terpaksalah sambar jugak kot. Pengalaman mengajar sebenarnya bila tahun lepas carik tudung last2 minit menjawablah bila tudung tak masuk langsung dengan kaler baju. huhuh..
Letih jugak dah rasanya bila dari pagi tak berhenti ke sana ke mari. Program malam lagilah menariks ni. Dimulakan dengan acara makan secara berjemaah di Restoren Putera Ayu, Padang Jawa. Dekat je sangat dah dengan seksen 7 tu kan.
Boleh tahan jugaklah rasa makanan kat sini. Harga pun ok, servis pun ok. Tomyam dia pekat akak suka. Makan sampai kenyang pun masih berlebih lagi. Tapi hero2 malaya ada ramai. Diaorang lah yang perabihkan lauk2 tu semua. hehe
Sepatutnya lepas makan2 ni, nak layan ice age 4 lah konon2nya. Tapi bila perut dah kenyang, kaki dan penat berjalan, mata pun apa lagi. Wayang atas katil je lah jawabnya kan. Terpaksa cancel plan nak tengok wayang. Siap makan, semua balik cahaya spk rumah pakcik akak untuk berehat dan bersantai2.
Adakah benar, kami balik dan berehat2??? Hanya akak dan cousin2 akak saja yang tahuuuuu..muahahahahaha..:p
Labels: entertainment, family, personal, shopping Senamrobik
Jul 12, 2012 | Thursday, July 12, 2012 | 1 comments
Minggu lepas dapat khidmat pesanan ringkas dari salah seorang cikgu STS menjemput untuk sama2 join senamrobik 1 murid 1 sukan jam 7.30 pagi.Hurmm menarik jugak ni. Mr Mj balik akak terus lah tanya. Laju je dia jawab. Aah memang ada..tapi tak masuk kepala lah benda2 macamni..lelaki2 macho nak suruh bersenam robik..takdenyalah.... Hahahaha. Ok, tak payah cakap pun memang dah taunya dah. Suruh dia masuk gelanggang pukul bulu tangkis memang laju lah dia. Tapi suruh senamrobik, rabak baju akak kalau mr mj sanggup buat. Kah3x..:p Punyalah semangat nak bersenam robik, saja je bagi mr mj jeles. Jelessss lah sangatttt! Sampai sekolah penuh dah padang dengan pelajar dan cikgu2 yang siap berpakaian sukan dan bersiap sedia masing2 dengan penuh semangat nak bersenam robik. Lebih2 lagi cikgu2 perempuan lah kan..;) Senamrobik ni diadakan serentak satu negara di setiap sekolah. Tepat pukul 8 pagi acara senamrobik pun dimulakan. Seronok jugaklah, bersenam sambil mengikut irama dan lagu. Boleh buat akak keluar peluh dan kaki sega2 jugaklah. Haha. Nampak sangat jarang bersenam kan. Semangat nak bersenam atau berjogging tu memang ada. Tapi kawan nak meneman tu takde. Bila nak buat sorang2 tu yang macam lemah semangat sikit. Nak join haziq dan mr mj jogging? Alamatnya dorang dah pusing balik 2 kali ulang alik pun akak tak sampai2 lagi..haha Risau gak ni, setiap kali berjumpa dengan kawan2 lama atau kawan2 lama tengok gambar2 terbaru akak mesti ada je yang menegur tentang betapa bolatsss nya akak sekarang. Huwaaaa..:(( Memang bolatss pun. Nak buat macammana, bukan takde niat nak slimkan badan tapi nafsu tekak tu susah nak dikawal. Tak macam muda2 dulu. Asal niat nak diet je mesti esok lusa dah buat. Ni niat nak diet dah dari 2 tahun lepas dah, sampai laa ni tak tercapai2 lagi. Adoilah!! Bukan nak kurus dan slim macam artis pun. Dapat kekalkan saiz dan bentuk asal macam sebelum2 ni je dah lah kan. Dapat pakai balik2 jeans yang masih elok tu. Seminggu lebih je lagi dah nak masuk bulan Ramadhan, dengan penuh pengharapan dapatlah kiranya berat badan ni berkurang sikit nanti ye!.. Ada siapa pernah cuba protein diet tak? Dengar kata protein diet ni bagus dan berkesan.... Udang Tempoyak
Jul 9, 2012 | Monday, July 09, 2012 | 1 comments
Ni cerita semalam.Plan nak masak dah lama jugak ni. Memandangkan ada stok durian yang dah tak termakan, maka akak memang suka buat tempoyak sendiri. Uols pandai makan ke? Ada yang tak boleh nak bau pun kan. Ada pulak yang durian bukan main feveret lagi pada dia, tapi tempoyak langsung dia tak sentuh. DURIAN BASI katanya. Erkkk!! Akak memang 'hantu' tempoyak. Haziq dalam pada cerewet banyak makanan sedap dia tak makan, boleh pulak tempoyak ni jadi feveret dia jugak. Cuma dia hanya makan tempoyak yang akak masak dengan udang. Lain menu tempoyak pun dia tolak tepi jugak. Akak pulak ko bagi je lah hape menu tempoyak, semua pasti licin. Juga enak dimakan begitu sajaaaa!. hehe Jadi, semalam tengahari akhirnya terlaksana juga plan nak masak udang tempoyak. Actually ada dua versi masakan udang tempoyak turun temurun family akak ni. Tapi sebab ikut tekak dan menu haziq dia suka yang versi bersantan. Satu lagi versi berlada dengan cili kering blander. Yang tu dah lama akak tak buat sebab siapa yang tak tahan pedas harus asyik ke toilet je lepas makan. haha. Nak resepi? Bahan2: Senang je kan? Tak payah susah2 nak blender bagai. Semua main hiris2, ketuk dan lebur. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!...;) Unplanned
Jul 6, 2012 | Friday, July 06, 2012 | 2 comments
Semenjak ada anak angkat ni, bertambah bizi pulak rasanya. So far, dah ada banyak jugak improvemant antara Tabby n Roxy. Dah boleh kejar2 dan saling mengekori satu sama lain walaupun masih ada batasan jarak. Dan pagi ni tadi nampaknya dah mula main cuit2 tangan. Tapi masing2 takut2 dan jual mahal lagi..;pOk, sebenarnya nak cerita pasal projek pagi selasa lepas yang tak dirancang(unplanned). Huhh! Cerita dah basi gak lah ni kan. Jumaat baru sempat nak masuk blog. Petang isnin time tengah asyik layan dejavuuu, sambil feeling2 nak panjat gunung kinabalu, tetiba sorang member akak wassap (whatsapp) akak Yuu huuu jaaa (trademark tuan punya badan), bz ke? esok bz? nak join potluck tak esok? Wahh potluck? Benda pertama yang terlintas dalam kepala akak adalah, apa nak masak ni ehh? barang2 basah belum carik lagi. Takpe2, akak pun reply wassap bincang itu ini, akhirnya akak membuat keputusan Ok, boleh jugak join..ija beli soto je lah ehh? pinggan, mangkuk, cawan polisterin ija bawak Setttttt. Janji jumpa kat Rock Garden pukul 8.30 pagi selasa. Gila piknik lagi. Bukan calang2 potluck ni, tak gempak lah kan potluck dalam rumah je. hahaha. Sebenarnya, potluck ni anjuran kelab srimas tak silap akak untuk isteri2 petronas. Tapi disebabkan akak jugak ada kenal dengan beberapa orang di antara mereka dan baik juga dengan mereka2 ini, maka akak pun dijemput sama. Segan jugak lah mula nya. Sebab tak masuk list pun ni. Hakak isteri che'gu jer. hik3x..;p Memandangkan yang turut serta join pun tak ramai sangat dalam 7 orang termasuk akak, so akak pun ok je lah. Pagi2 pun akak memang free je. Ok, masing2 bawak macam2 jenis makanan. Syiok layan makanan sambil bentang tikar kat taman. Next time boleh buat kat tempat lain pulak kot. Sessi fotografi adalah wajib bagi kami. hehe. Masih menunggu gambar2 cun dari fotografer sebenar kami. Tapi tetap jugak ada dari kami yang tak bertauliah ni. Tak sabar nak tunggu gambar dari kamera mahal. Akak guna henfon je. Guna henfon pun boleehhhhh!!..;p
Program makan2 memang sentiasa giat berjalan. Tertanya2 dan terfikir2 jugak ni, bila agaknya nak mulakan program sihat2 dan cergas2kan badan ye? Jogging2 yok!!! Badanku sudah semakin bam2 ni. Macammana lah nak feeling dejavu panjat gunung kinabalu cmni kannnn???? Labels: entertainment, friends, personal Anak angkat
Jul 4, 2012 | Wednesday, July 04, 2012 | 3 comments
Weekend lepas ni barulah berkesempatan nak balik ambik 'anak angkat' seperti yang dijanji. Itupun curik2 masa je sebab awalnya haziq ada camp SLB kat sekolah tapi sebab dah terlalu keletihan dengan mcm2 program berturut2 minggu, dia mintak kebenaran pengecualian menghadiri camp tersebut.So, akhirnya kami bertiga oppss!! berempat (termasuk tabby), bertolak balik banting petang jumaat lepas. Sampai rumah mak malam lah kan. Terasa sangat tak sabar dan teruja nak jumpa anak angkat baru. Appoinment dibuat pada ahad, jam 3 petang..;) Sabtu pulak ke damansara ada urusan sikit nak settled. Biasalah sempat je nak menyinggah2 mana2 kan. Disebabkan dah dekat dengan Bandar Utama, teruslah terjah 1 utama sat. Melalak sana sini dulu, alih2 mak call bagitau, makyam ajak datang rumah sebab dia buat makan2. So, malam ada bbq lagi. Best sangat. Makan..makan..makan..ish3x...:p Dipendekkan cerita haha, ahad pun tiba. Takkan balik rumah mandi, tido semua nak diblogkan pulak kan..p Pukul 3 lebih sampai rumah anak angkat kat Banting jugak. Berdebar2 rasa hati nak bersua muka. Ececeh! Bual2, makan2 kami pun bertolak balik dengan 3 ekor anak angkat. hihi..:p Tadaaaa!! Ye, inilah anak angkat bulusss akak. Tapi akak punya sekor je, yang paling kiri. 2 lagi tu kawan akak yang nak adopt. Sehari je akak bersama dengan tiga2 ekor ni. Meriah rumah akak. Sampai tak jadi semua kerja2 rumah dok mengadap dorang bertiga ni je. Macam2 telatah. Ada yang manja sangat, ada yang diam sangat ada yang sedang2 sajaaaaa..hehe Anak bulus akak ni sensiang dah bagi nama kat dia. Atas cadangan tuan yang asal, dia diberi nama Roxy. Roxy manja, baik, lemah lembut dan dengar kata lah juga dan juga suka bersuara. Jadi dia takde masalah nak menyesuaikan diri di tempat baru. Cumaaaa... Tabby.....aduhai, masih tak boleh menerima hakikat lagi. Niat akak ambik anak bulus baru pun nak bagi teman tabby tapi respon tabby sangat mendukacitakan. Semalaman dia taknak turun. Mula2 semalam lagi parah. Dia dah lah duk memerap je dalam bilik tido akak. Akak datang jumpa dia, layan dia, panggil dia macam dia ok je tapi bila akak peluk dia dah meronta sambil buat suara tak puas hati. Muka akak pun dia takmo pandang. huhu. Moody betul dia semalam. Mujur dah bawak ke petang, temperature dia agak turun sikit, bila haziq bawak je dia turun bawah letak dia kat living hall ni, dia duk jugaklah diam2 sambil memerhati je kat Roxy dengan muka yang sentiasa berwaspada. Harini, masih tak ok juga. Masih duk kat atas takmo turun2. Sesekali akak naik jengah dia, main2 dengan dia, cakap2 dengan dia, dia nampak lebih tenang. Try bawak turun bila dia nampak je Roxy dia gelisah semula. Asyik hissing je. huhu. Bilalah agaknya tabby nak ok dan boleh menerima kawan baru ni? Kesian kat dia dan roxy juga. Roxy ni macam nak sangat berkawan dengan tabby. Tabby yang jual mahal sikit. Tak rela nak berkongsi kasih sayang le agaknya tu..:p Dua hari kat sini, roxy pun dah menyesuaikan diri walaupun dia tinggal sensorang(sesekor) je. Sesekali nampak macam mencari2 jugak adik beradik dia yang lagi dua ekor tu. Sedih jugak akak tengok. Akak terus je panggil dia dan main2 dengan dia. Akak memang cepat tacing ok! Semalam pun dah tacing masa nak serahkan yang dua ekor ke tuan baru dia. Lagi2 yang sekor tu dah manja dengan akak malah dia yang paling manja. sob3x. Tapi syukur bila dengar dia jugak dah selesa bersama tuan barunya..:) Sekian, kisahku dan kucing........hehehe..;) Labels: interest, personal, pets Sukan lagi!
Jun 29, 2012 | Friday, June 29, 2012 | 2 comments
Semalam telah berlangsungnya temasya sukan Sekolah Tinggi Segamat bagi tahun 2012. Macam biasa akak tidak pernah ketinggalan menjadi penonton setia dengan memberi sokongan moral kepada rumah sukan mr mj dan haziq. hehe..;) Sukan start pukul 2.30 petang tapi akak dah terpacak kat padang dari sebelum pukul 2 lagi. Over excited ke? haha. Oh tidak jugaklah. Terpaksa pergi awal sebab ikut mr mj. Dia orang kuat sukan. So macam2 kerja yang menanti dia kat sekolah. Tu pun plan asal nak kuar rumah 1.30, gitu gini pukul 1.40 baru gerak. Mujur sekolah dekat. Lambat bukan salah akak ok. Akak 1.30 dah siap cecantik lagi. Ecececeh. Cecantik lah sangat! Baju tema sts tahun ni itam kuning. Mujur akak ada jugak tshirt itam kuning so sesama lah menyibuk ikut tema kononnya..:p Sampai je dekat grandstand, ada lah sorang dua mak2 budak yang dah terconggok jugak menunggu sukan bermula dengan penuh setia. So takdelah segan sangat kan. Dapatlah berkenal2 juga dengan mak2 yang sama2 duduk kat situ. Bertalu2 lah soalah yang akak kena jawab ok. Termasuklah soalan cepumas juga.. Oh, sorang je anak..dah besar tu..ni betul2 jaga memang nak sorang ke? umur sekarang berapa? nanti tau2 dah umur 40 baru nak beranak lagi..dah tua masa tu (sambilbuatmukatakpuashati) Apakahhhhhh??? tanya soalan bertalu2 macamtu. Tau lah anak akak tu dah seploh orang kot. (padahaltaktanyapundia). Sememangnya rakyat malaysia ni sangat prihatin agaknya. Sangat menjaga dan mengambil berat hal orang lain walaupun baru kenal sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati pulak ye!..whatever!! (sambiljeling2ayu) Ok2. takmo marah2 nanti cepat nampak tua. haha. Berbalik pada cerita sukan. Kena kontrol ayu time sukan agak menyeksakan jugak sebenarnya. Akak ni jenis yang kalau tengok sukan mesti nak jerit2 bagi sokongan moral kat budak2. Tapi bila dikelilingi oleh ramai orang yang kenal siapa kita, agak susah lah kan. Hampir2 je terlepas nak menjerit2 mujur mampu mengawal diri akak ni uols! kalau tak sape yang malu?? akak lah jugak kan. haha Haziq dah awal2 pesan, suh rakam video dia lari 3 acara petang semalam. Acara utama haziq dah lepas masa acara awal bulan 4 yang lepas kalau tak silap akak. Alhamdulillah dia dapat pingat emas dalam acara 110m lari berpagar dengan mencipta rekod baru..:) So petang semalam haziq masuk acara 100m, 4x100m dan 4x400m. Dia target untuk acara 4x400m dengan harapan dapat memecahkan rekod juga dan alhamdulillah cita2 dia dan sahabat2 tercapai. Seronok tengok budak2 dengan semangat kesukanan yang tinggi macamtu. Cuma agak ada berlaku perkara yang tak sedap sikit lah kot. Disebabkan akak merakam setiap acara yang haziq terlibat tu kan, untuk acara 100m pecut tu, hanya yang dapat pingat emas je yang betul pemenang yang diumumkan semalam, tapi tempat kedua dan ketiga, lain orang yang sepatutnya dapat tempat lain pulak orang yang diumumkan sebagai pemegang pingat perak dan gangsa. Tapi apa boleh buat. Nak protes pun, sukan pun dah tamat kan. Anggaplah takde rezeki. Lagipun sukan peringkat sekolah je. Ada dua bukti kuat, satu video yang akak rakam. Kedua, budak yang dapat tempat ketiga tu sendiri mengaku yang dia sebenarnya tempat kedua last dan sangat pelik bila dia diumumkan mendapat tempat ketiga. Salah siapa ye? Hakim2 kena lebih peka lepas ni kot.. Takpelah, layan je lah gambar2 keseronokan haziq n the geng ni ye. Mereka telah mencipta kejayaan besar apabila rumah Jentayu (rumah sukan mr mj dan haziq) telah mencipta rekod setelah 9 tahun berturut2 merupakan johan rumah sukan peringkat sekolah. Tumpang bangga jugak disitu!..ahaksss..;) Nurse juga harus berada di padang bersiap sedia kalau2 berlakunya sebarang kejadian kecemasan. hehehe..:p Labels: entertainment, personal, sports Uols pakai apa?
Jun 27, 2012 | Wednesday, June 27, 2012 | 3 comments
Ada orang suka berahsia bila bicara soal produk kecantikan atau produk rawatan kulit wajah. Untunglah bagi mereka yang memiliki kulit wajah yang putih dan mulus semulajadi. Natural beauty kata lainnya..;)Macam akak pulak, bila bercakap soal penjagaan kulit ni sebenarnya dah naik malas nak fikir. Dulu masa sekolah langsung tak pandai nak jaga2 kulit muka. Pelembab ke krim ke hape ke, satu benda akak tak pernah letak kat muka, kecuali pencuci muka dan skrub muka je. Entah kenapa dulu malas sangat nak tepek2 krim muka sebelum tidur dan tak suka sangat dengan efek berlengas dan melekit2 pada kulit muka. Maklumlah zaman sekolah, mampu nak beli pun tentulah sekadar krim2 yang dijual di supermarket2 je kan. Tu pun yang bawah rm10 kalau boleh yang dapat bertahan 6 bulan. hahahaha. Tapi nan ado jugak akak beli. Start reti sikit nak jaga2 kulit ni bila dah mula bekerja. Itupun bila dengar kawan sana sini rajinnya buat rawatan facial lah, spa lah dan semua jenis perawatan kulit dan tubuh dorang buat. Akak ni masa tu buta langsung pasal krim2 ke hape ni. Pelan2 lah kawan ajar dan pelan2 juga akak try pakai. Seryess, tetap tak suka bila sapu krim2 ni terus rasa macam berminyak2 je kulit muka. huhuh
Bila dah dok setengah hari dalam ekon kat bank, kulit pun tersangat kering sehingga ada lah rupa seakan2 baru buat proses pengelupasan. haha. Ni original punya menggelupas ko! Menggelupas sebab terlampau kering. Barulah berjinak2 dengan pelembab jenama olay! Tapi dulu bukan olay ye. Dulu dikenali sebagai oil of ulan. Packaging dia pun lain sikit. Try gugel tak jumpa pulak packaging yang lama.
Tapi olay ni macam tak serasi dengan kulit akak. Buat kulit sangat berminyak dan berlengas. Kemudian akak bertukar kepada ponds. Yang ni best jugaklah. Suka pakai sebelum pakai make up. Bila letak ponds ni rasa mcm smooth je kulit bila sapu bedak..;) Lama guna ponds ni, tu pun cuma guna waktu siang je. Malam masih belum rasa selesa nak tepek2 krim apapun atas muka sehinggalah lepas akak berkahwin dan anak pun dah masuk sekolah. Lama-kelamaan perasan kulit muka bertambah kering. Kebetulan masa tu tengah hangat di pasaran produk pengelupasan kulit ni kan. Akak pun tak ketinggalan untuk mencuba dan dah bermacam2 produk akak cuba, tetap tak jumpa produk yang betul2 serasi dengan kulit muka. Tengok orang lain pakai semua kulit jadi putih mulus. Akak pakai habis muka keluar benda bukan2. Sedih betullah!..:( Produk dari berbagai range harga akak dah cuba, produk tempatan pun dah yang branded2 dari luar negara pun dah. Entah lah kulit memang dah kematu agaknya. Memang pelik lah kan. Orang lain pakai semua jadi bertambah cantik tapi akak pakai habis naik ruam2 satu muka. Dulu pernah lah sekali guna satu produk tu macam ok lah juga tapi rupanya ada kesan sampingan yang tak elok lah pulak. Bila tau terus lah akak stop. Takpelah tak cantik janji tak memudaratkan. huhu Sehinggalah sekarang, akak tak pernah stick dengan satu jenis jenama produk penjagaan kulit lagi. Kadang2 rasa tak berbaloi bila kita kena keluar belanja yang banyak untuk hasil yang biasa2 je. Jadi, masih tercari2 apa agaknya produk yang serasi dengan kulit muka dan boleh buat kulit akak mulus dan gebus tetapi tak perlu keluar belanja yang tinggi. Sekarang ni, pipi je yang naik menggebu, kulit tetap berkarat. wakakakaka..;p Mujurlah ada aplikasi2 canggih di talipon bijak yang bisa menghasilkan kulit wajah yang gebuss dan muluss tanpa perlu mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membeli produk2 muka yang mahal. hahaha. Apa lagi jom install camera360. Anda pasti berpuas hati!!...:p Typo Error
Jun 26, 2012 | Tuesday, June 26, 2012 | 1 comments
Perasan sangat lately ni kerap benar typo error. Rasanya kalau menaip satu baris ayat tu lagi2 kalau taip laju2 ada je yang salah spelling. So, sekarang akan make sure setiap ayat yang ditaip sebelum tekan enter akan disemak dulu. Dah macam zaman sekolah2 dulu dok menyemak ayat2 masa buat essay lah pulak. Yang tak bestnya, dah semak pun kadang2 ada yang terlepas pandang jugak. Menciklah, tengok orang lain tu ok je kalau taip lelaju pun. Takde pun salah2 eja ni. Macam budak2 sekolah rendah pulak. Ishh. Bajet terer je nak taip laju2 tp hampehh asyik nak kena baca dua kali pulak. Tak pun jenuh mendelete balik semula. Ni pun masa menaip entri yang baru masuk perenggan kedua entah dah berapa ratus kali akak mendelete. Arghhhhh!! takk sukaaaa... Tu la dulu suruh pegi kelas belajar menaip takmo. So, tak boleh mengeluh lah kan. Bajet dah expert macam seketeri walaupun hanya guna dua jari. Guna jari pun bolehhh! hahaha..:p Tapi seryess lah stress pada diri sendiri. Taip sms pun macamtu jugak. Entah macammana lah nak bagi takde typo2 error lagi pasni? Apapun, tetap feeling dejavu harini. Tak sabar nak tunggu pukul 7. Ni yang tak suka kalau dah start layan akasia ni. Ecececeh, tak sukaa lah sangaaaat kannn...;p Labels: personal Hari Terbuka
Jun 21, 2012 | Thursday, June 21, 2012 | 2 comments
Gelapnya cuaca. Dah lama bumi Segamat tak dibasahi hujan rahmat. Syukur juga kalau dapat hujan ni. Sejuk sikit cuaca.Harini hari terbuka ataupun hari mengambil report card anak2 di sekolah haziq. Pasti ramai anak2 yang kecut perut ni, bila mak bapak datang bersama anak2 duduk berhadapan dengan cikgu kelas masing2 sambil mendengar komen2 positif dan negatif cikgu2 terhadap prestasi pembelajaran anak2 di sekolah. Zaman akak sekolah dulu senang. Report card bawak balik rumah. Agak2 kalau rasa markah agak kurang memberangsangkan, pandai2 lah nak hidup. Jenuh lah meniru sign bapak atau mak ye. hahaha. Tapi akak tak berani buat woo! Sign bapak akak memang jenuh nak meniru. Tangan dia sangat berseni. Kalau tiru jugak konfem kantoi. Nasib badaaaan!! kih3x.. Seawal 8 pagi akak dah bertolak ke sekolah bersama seorang lagi rakan yang anaknya juga sekelas dengan haziq. Saja pi pagi2 supaya tak lama menunggu sekiranya parents pelajar2 lain dah ramai menunggu giliran. Sampai2 je kami berdua rasanya parents pertama yang datang. Semangat betul ambik report kad anak. Hihi..;p Sebenarnya, mr mj juga merupakan cikgu di sekolah yang sama. Tapi saja lah nak jugak sama2 sibuk menayang muka kat cikgu kelas haziq yang kebanyakan cikgu2 sekolah tu akak dah kenal pun. Ada yang memang antara kawan2 baik akak je pun. Maklumlah wife cikgu otai kat sekolah tu..;) Sampai2 je sekolah dah ada pengawas yang menyambut dan mengiring kami menunjuk arah ke dewan sekolah. Walaupun akak dah tau dewan tu kat mana, 'otai' ler katakan haha, tapi takpe kasi peluang kat pengawas tu yang nampak bersungguh2 menjalankan tugas yang diberi oleh cikgu kepada dia. Sempat juga seorang cikgu yang juga merupakan antara sahabat baik mr mj mengusik kami. Beria dia menahan pengawas tu sambil memberi arahan dalam keadaan tersenyum2.. Yang ni (sambil menunjuk ke arah akak), awak mesti bawak dia betul2, jangan tinggalkan dia, tunjuk jalan sampai betul2 depan dewan tau!! Hahahaha. Sajalah tu kan. Dan tentu2 tau akak memang dah pro jalan ke dewan sekolah tu. Mana kan tak mahir, dulu masa muda2 eceh! dewan tu lah tempat mr mj beriadah sukan badminton. Dulu2 memang rajin ikut dia dan tengok dia main, tapi semenjak haziq dah bersekolah dah tak pernah ikut. Kesian lah kat anak, malam memang waktu busy untuk study dan buat homework. Terpaksalah berkorban. Lepas dari hari terbuka apa lagi kan? Jam baru pukul 9 pagi. Perut pun dah berbunyi. KFC breakfast seolah2 dah memanggil2. Terbayang2 waffle dan coffe. Sedaaapnyaaa..;p Gambar mana? Adoyai, tak taulah kenapa hari ni tak teringat langsung nak snap gambar ke apa. Teruja sangat nak ambik report card kot sampai terlupa semuanya......:p NRC National Robotics Competition
Jun 20, 2012 | Wednesday, June 20, 2012 | 0 comments
NRC atau yang lebih mudah difahami bermaksud pertandingan robotik yang melibatkan sekolah2 di seluruh Malaysia.Pertandingan Robotic Kebangsaan (NRC) merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi penekanan terhadap aspek kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar, melalui pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. NRC merupakan usaha berterusan kementerian dalam mempromosi inovasi serta pendidikan dalam bidang sains dan teknologi di sekolah.Pertandingan ini memerlukan pelajar menggunakan kreativiti serta pelbagai strategi untuk mereka bentuk dan membina robot, sekali gus merupakan pendekatan terbaik yang menggabungkan kepakaran dan inovasi pelajar. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pakar yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, dinamik serta mampu bersaing dalam bidang industri sains dan teknologi yang sedang mengalami perkembangan pesat. Di peringkat sekolah, NRC telah berjaya meningkatkan pemahaman serta memupuk minat pelajar terhadap bidang-bidang sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan sejak pertandingan itu mula diperkenalkan pada tahun 2005. NRC telah berjaya membantu menjadikan mata pelajaran yang berkaitan lebih menarik dan menyeronokkan untuk dipelajari. Justeru, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sasbadi Sdn. Bhd. atas kerjasama dan komitmen yang dipemerkan dalam membantu Kementerian Pelajaran menjayakan pertandingan ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di atas kejayaan menganjurkan NRC bagi kali yang ke-8 pada tahun ini. Saya berharap agar peluang menyertai NRC akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar supaya matlamat melahirkan modal insan yang holistik, berkualiti dan inovatif akan dapat dicapai. "SELAMAT MAJU JAYA" Y.A.B. TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN (Timbalan Perdana Menteri & Menteri Pelajaran Malaysia) Sekolah haziq juga ada mengambil bahagian dalam pertandingan robotik ini pada setiap tahun. Budak2 ramai yang berminat sebab pertandingan yang melibatkan rekacipta membina robot dari Lego seterusnya memprogramkan robot tersebut mengikut kreativiti masing2. Ada bermacam2 kategori dalam pertandingan robotik ni rasanya. Boleh layari laman sesawang NRC Ni la yang haziq duk leka menggodek dan menghabiskan masa hujung minggu yang baru lepas ni. Tengok macam main pasang2 robot je. Tapi punyalah dia duduk berejam2 dan berhari2 mengadap benda alah tu. Siapnya tak jugak. Mulalah ibu dia ni tanya macam2. Rupanya bukan boleh suka2 pasang macam main pasang2 lego time dia budak2 dulu. Kena fikir dari pelbagai sudut. Rupa tak penting sangat katanya. Kalau untuk kategori 'open' baru dikira dari segi kreativiti binaan robot tu. Hurmm walaupun tak berapa nak faham, buat2 faham je lah kan. hehehe Haziq ditugaskan untuk memasang robot ni. Bahagian programming pula kawan2 haziq yang lain akan uruskan. Haziq bagitau, pasang ni lebih susah sebab nak kena fikir dan buat supaya robot tu balance dan dapat berjalan sempurna dalam trek. Ok, boleh lah kot ibu nak bayangkan maksud haziq tu macamana. Ni pun belum siap sempurna. Ada bahagian tertinggal kat sekolah dalam set robot yang lain pulak. So kena siapkan masa bawak ke sekolah baliklah nanti. 2 hari tu dia dok mengadap robot ni je. Ada tu akak nampak dah beria siap pasang, bila test2 tak kena lah pulak. Kenalah bukak semua balik. Dah lah kecik2 benda tu kan. Memang kena orang yang betul2 minat dan kreatif kot nak buat benda ni. Seronok jugak bila tengok robot tu digerakkan selepas dia programkan. Ada enjin, motor, remote, sensor dan macam2 lagi rasanya. Tapi untuk kategori yang dia pilih ni tak perlu gunakan keseluruhan barang2 tersebut. Harga?? Boleh lah nak dapat sematfon sebijik. Hahaha. Lego punya toys faham2 je lah kan. Kecik2 barang pun dah menjangkau puluhan ringgit. Inikan lagi robot yang serba canggih ni. Siap ada bluetooth lagi. Memang menarik lah. Patutlah ramai budak berebut nak masuk pertandingan ni. Pertandingan robotik peringkat negeri Johor akan diadakan pada 23 dan 24hb Jun ni di Persada, Johor Bahru. Tapi haziq cakap macam susah je nak menang. Sekolah lain guna trek yang dibeli dari sasbadi. Tapi budak2 ni dorang buat sendiri je trek sebab sekolah tak cukup bajet. huhu. Kesian jugak dengar. Harga trek je tak silap akak RM400++. Mahal jugak ye? Dengar kata sekolah baru je beli 3 set robot baru dan yang dah ada pun dah banyak. Mungkin sepatutnya beli yang baru 2 je kot dan satu lagi tak perlu beli tapi digantikan dengan trek je lah kan. Tak tau lah, sekolah mungkin ada alasan tersendiri agaknya. Apapun, good luck untuk team sekolah haziq. Alaa, tak menang pun takpe. Cari pengalaman je. Best apa sebab dengar kata tidur semalam kat hotel Sabtu nanti..;) Dan minggu depan ni minggu busy haziq. Lepas pertandingan robotik, balik segamat sehari dia akan ke JB lagi untuk Johor International Student Leaders Conference 2012 pulak. Bestnya budak2 sekarang ni kan. Macam2 aktiviti ada. Penat tu memanglah penat kot. Tapi bagi akak, pelajar ni bukan kena fokus pada akademik je kan. Kena balance juga dengan kegiatan kokurikulum dan akademik juga..:) Tetiba terus rasa rindu zaman sekolah dulu. Rindu kat kawan2 dan rindu pada cikgu2....sob3x..:( Labels: idea, interest, personal Tahniah buat Kakak dan F!
Jun 18, 2012 | Monday, June 18, 2012 | 9 comments
Kini bukan lagi rahsia. Eceh!. Tiada kata untuk diucap, tiada lukisan untuk digambarkan. Melihat kebahagiaan kakak (bukan nama sebenar) adalah kebahagiaan diri ini jua. Tahniah untuk kedua2 bakal pengantin. Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin seterusnya ikatan yang bakal terbina nanti kekal hingga ke hujung nyawa dan keutuhan kasih nan abadi hingga ke syurga. Mudah2an jua segalanya terus dipermudahkan dan majlis yang bakal tiba akan berlangsung dengan jayanya..:) Tak sabar nak tunggu tarikh sebenar majlis perkahwinan nanti. Boleh tempah baju sedondon dengan pelamin dan skirting meja makan beradab pengantin. hahaha. Agak2 tema apa ye nanti? Garden wedding theme pun macam sweet jugak kan. Bestnyaaa..;) Takmo cerita panjang2. Meh layan gambar je ye.. Upacara sarung cincin yang sangat simple tapi sangat best. Zaman sekarang orang dah tak buat majlis tunang sangat pun kan. Yang penting nanti masa akad nikah dan wedding day yang tarikh dan tempat akan diumumkan kelak bila tiba masanya nanti. hehe Buat kakak, kak ija happy sangat2 untuk kakak. Ikhlas dari hati, kerana selama ni tak pernah putus berdoa untuk kakak. Buat F bukan nama sebenar haha, masih rahsia lagi ye? Kak ija sangat percaya F akan jaga kakak baik2. Walaupun lepas kahwin sedih gaklah sebab nanti dah tak boleh tidur sebilik dengan kakak bila kitaorg berjumpa. hehehe..;p Terus teringat zaman dolu2 time akak bertunang. Nak pi selongkar album jap kalau ada gambar lagi. Kih3x..;p Projek wiken
| Monday, June 18, 2012 | 0 comments
Wiken ni merupakan hari lepak2 sedunia akak dan haziq. Mr MJ balik BP sebab ada banyak urusan kat kampung yang dia nak tolong uruskan. Next week rumah MIL buat kenduri arwah, kenduri nak menyambut puasa. Memang biasa buat setiap tahun kenduri menyambut puasa ni.Sabtu ingatkan boleh lepak2 kat rumah je. Penat drive ke JB masih terasa sehingga sabtu. hahaha. Lady gagah kebenda macamtu kan?? Tapi sebenarnya penat tu hanya lebih terasa bila terpaksa bergerak untuk buat kerja2 rumah je. Cuba terpaksa gerak untuk berjalan2 dan bershopping2? 'Terpaksa' lah sangat kannnnnn...:p Sabtu pagi haziq ada tiusyen sampai pukul 11. Tahun ni tahun haziq akan menduduki exam PMR. So ni pun dah bulan 6. Rasanya lepas ni lagi busy lah setiap minggu haziq dengan program kelas2 tambahan di sekolah dia nanti. Mr MJ pulak lepas ajar satu kelas, dia pun terus gerak balik BP dalam pukul 9 lebih macamtu. So akak kena keluarlah ambik haziq balik tiusyen dan ke bandar untuk lunch dan beli2 barang dapur. Bila tinggal berdua, memang sangat lalalala untuk ke sana ke mari. Dunia ini bagai ana yang empunya. Tanya je haziq nak makan apa. Laju je haziq jawab Mekdi pun boleh..ke apa lagi tempat makan best2 kat segamat ni ehh bu? Amboi, pantang offer laju je nak demand macam2 ehh? terus je laju jugak ibu jawab Takde tempat lain yang best lagi kat sini..ok, kita gi mekdi je lah..ada lunch hour pun kan start pukul 12 Apapun kuasa veto masih kat tangan ibu kan. haha. So anak kena lah menurut perintah. Haa mana nak? Makan kat mekdi ke makan megi?? kih3x...:p Lepas lunch terus pi terjah upwell pulak carik bahan2 nak masak mee kari. Special request dari haziq untuk menu hari ahad. Layankan je lah. Bukan susah pun nak masak mee kari kan. Dah lama jugak akak tak masak mee kari rasanya. Mula2 plan malam ahad tu nak layan megi je. Seryes akak dah lama tak makan megi. Akak tak berapa sangat dengan megi ni. Tapi haziq dgn mr mj pantang offer. Asal pergi beli barang dapur je tau2 hilang pastu ada je kat tangan dah mengangkut stok megi berbungkus2. Adoii, cakaplah apapun pasal megi ni. Buang air liur je. Entah macammana, lepas je naik mandi dan solat manghrib terus duk melepak kejap depan lappy sambil2 layan fb. Kebetulan lah pulak ternampak sorang kawan akak duk tayang paceri terung dalam fb tu. Masatu lah tetiba rasa teringin sangat mengalahkan masa mengidam pulak kan. Time tu jugak macam teringat, rasanya macam ada stok terung lagi dalam fridge. Lelaju gi dapo bukak peti ais terus je nampak terung, cili merah, tomato. Haaa cantekkkk! Apa lagi, senseng tangan senseng kain zap zup zap. Sambal berlada terung pun siap!!! Makan dengan nasik panas2. Pehhh!! Terangkat okeh!. Konfem mak mertua lalu belakang pun tak perasan. haha. Dah nama lalu belakang cuba lalu depan?..;) Burpppp alhamdulillah, kenyang betul lagi2 bila dinner pukul 10 mlm. Hurmm diet entah ke mana, jogging entah ke mana. Kasut sukan beria beli cantik lagi dalam kotak. Bila lah nak start jogging ni? Dan2 ni rasa insaf dan bersalah sebab makan malam2 (tddmka)..:p Ahad punya menu mee kari pun siap dengan jayanya. Siap je haziq pun berdesup ke dapur untuk makan. Sampai akak belum siap mengemas dan mengemop dapur dia dah ambik mangkuk nak senduk mee dan kuah kari. Punyalah tak sabar nak makan. Jangan tanya kenapa mee kari tu tak berseri ok! haha. Maklumlah yang nak makan pun akak dengan haziq je. Haziq mana suka ekseseri tambahan untuk menaikkan seri mee kari tu. Lagi buat dia bising adalah. Bukak je periuk kuah terus je dia, yeayyy! takde sayur. Entah sampai bila lah baru nak belajar makan sayur gamaknya ni?? Dengan sepanjang siang ahad ni dia busy dengan Lego nya buat robot. Apa?? Haziq dah remaja ala k-pop pun layan robot lego lagi ke? Biar betul!! Haaa, cerita pasal lego robot ni esok lusa akak cerita ye. Stay tuned!!!!..ececeh!!...;) Labels: family, menu, personal AFS Interview & JPO di JB
Jun 16, 2012 | Saturday, June 16, 2012 | 3 comments
Penatnya harini macam dah travelled dari utara ke selatan pulak. Padahal setakat drive Segamat-JB dan JB-Segamat je semalam. Huhu. Seryes, akak jarang drive kalau jalan jauh2 ni. Kira jauh jugak kot Segamat-JB. 2 jam setengah perjalanan lebih kurang lah.Segamat ni takde highway. Paling dekat kita masuk ikut Tangkak. Tapi jarak tangkak-segamat je pun dah lebih kurang 50 lebih km. So, macam patah balik je masuk Segamat. Jadi lebih berbaloi masuk ikut Yong Peng. Segamat-Yong Peng pulak lebih kurang dalam sejam perjalanan. Tak boleh nak laju sangat sebab kenderaan berat terutama lori memanglah banyak sepanjang perjalanan segamat ke batu pahat. Akak sebenarnya sangat failed jalan dalam JB ni. Biasa mr mj yang drive akak goyang2 kaki duk sebelah je kan. Tapi ni disebabkan semalam adalah hari bekerja, terpaksalah akak drive sendiri bawak haziq untuk AFS interview. Apa AFS ni? Dipendekkan cerita, AFS ni adalah program pertukaran pelajar. Untuk maklumat lanjut boleh layari SINI. Mujur jugak ada ramai sedara mara akak di JB, cuma kalau boleh akak taknak lah menyusahkan diaorang sebab semalam kan masing2 pun busy bekerja. Akak call pakcik akak semalam pun hanya untuk bertanyakan arah jalan ke JPNJ je, tapi pakcik akak memang terbaek lah kan. Call dia mudah je dia jawab, Ok, pelan2 bertolak dari segamat pagi2, lepastu terus je datang rumah pakandak dulu, nanti tau2 je dah sampai depan JPNJ. Fuhh! Terus lega dengar. Selesai satu masalah untuk google atau pening nak ikut arahan gps yang kadang2 tak berapa nak tepat tu kan. hehe. So, pagi dalam pukul 9 lebih akak bertolak dari Segamat dan pukul 11 lebih akak dah sampai di Stulang Laut. Gitu gini dari rumah pakcik akak, dia bawak dan akak follow je dia sampai betul2 depan JPNJ. Interview haziq sebenarnya dibuat di PKG yang terletak bersebelahan dgn bangunan JPNJ tu. So dalam pukul 1 kami dah sampai. Interview bermula pukul 2 petang. haha. Kira awal gila lah jugak sampai kan. Tapi takpelah, daripada terlewat biarlah awal dan menunggu sekejap pun tak kisah lah kan. Akak ditemani oleh anak buah mr mj. So kami bertiga termasuk haziq je yang ke JB. Interview start 2 sampai 4.30 dan pelajar dikehendaki berada di sana sepanjang tempoh yang ditetapkan tu. Tapi last2 program dan interview haziq selesai pada pukul 6 petang. Dari sana, berdesup terus nak balik. Ehh bukan balik tapi berdesup pulak nak ke JPO (Johor Premium Outlet). Ngeh3x. Walaupun tak tau jalan, dan akak memang takleh bayangkan kat mana JPO tu pun cuma nampak bangunan dari tepi highway je. Mujur jugak, anak buah mr mj pernah pergi sekali, so dalam ingat2 lupa tu dia bagi pandu arah. Sesat2 tu biasalah kan. Nak kata sesat sangat tu tak lah. Adalah dalam 2, 3 kali masuk jalan yang sama dan bayar tol berkali2. hahahaha Namun, JPO punya pasal ku gagahi jua, walau terpaksa meredah tol berkali2. Padahal dah jumpa pun highway ke senai tapi dok pi terus masuk highway utara-selatan memanglah pandai sangat kan..kannnnn..:p Akhirnya, lebih kurang pukul 7 lebih kami sampai JPO. Yeayyyy! Akhirnya sampai jugak. Sukaaa. Perut pun dah lapar. So terus pi makan kat food court JPO. Tempat boleh tahan high class jugak setanding dengan harga makanan. huhu. Tak plan nak shopping2 pun. Cuci mata saja dulu. Sampai pun dah agak lewat kan. Next time boleh plan ke sana lagi..:) Sekarang ni tengah sale tau uols! Tak silap sampai 30 Jun nanti, so sesiapa yang berhajat nak shopping tu boleh lah pi terjah sekarang..;) Kat JPO pun tak lama dalam lebih kurang sejam je akak pun bertolak balik segamat. Sampai rumah pukul 10.30 malam. Letih? toksah ceritalah kan. Sangat2 rasanya, sehingga hari ni rasa lemau semacam je. Nak pi pekena kopi cap kapal api rasa nya ni. Bak mai secawan!!!!..;p Wedding di JB
Jun 13, 2012 | Wednesday, June 13, 2012 | 8 comments
Arghhh baju bertimbum, entah bila nak mula projek melipat. 2 minggu punya stok baju kotor bayangkan jelah macamana kan. Tu pun masa kat rumah MIL akak sental gak guna tangan. Terus feeling mcm oshin. Kah3x. Nampak sangat selama ni mesin yang berpenat lelah..:pSekarang ni macam asyik rasa lemau je bila nak buat kerja rumah. Macam dah tak secergas dulu. Dah kurang feel lady gagah giteewww. Apakah? Faktor usia kah?? Kah..kah..kah.. Tapi lemau tak lemau pun sape lagi yang nak kena buat kan? akak jugak lah kannn. Siap vakum rumah siang tadi. 2 minggu tinggal dah bersawang sana sini. Pelik betul mana datangnya habuk banyak macamtu? ada pehtue ke macammana nak tinggalkan rumah lama tanpa habuk melekat tebal sana sini? huhu Tutup cerite kerja rumah. Nak imbas kembali saat2 indah sewaktu wedding cousin akak Sabtu lepas. Plan nak gerak awal pagi Jumaat pun last2 tengahari juga baru dapat bertolak. Lagi2 pulak hari Jumaat jadi kena lepaskan solat Jumaat dulu baru boleh bergerak ke JB. Dalam kereta lagi dah dpt call tanya dah sampai mana. Tetiba lepas tu pulak dapat sms yang bertulis.. Salam..bila mau mari? telur 30 papan dah menunggu ni..hehe..-ucu noh- Haa tapi dah tau dah tu cuma ayat gertak je. Masakan dah petang Jumaat telur belum siap rebus kan? hehehe. Sampai sana dalam pukul 4 lebih dapat jugaklah tolong isi goodie bag dan ikat telur pada bunga paha. Akak dengan ucu noh je yang dapat datang awal. Maklumlah hari Jumaat hari kerja. Family2 yang lain semua datang hari sabtu pagi. Ada yang balik hari, ada yang tidur hotel, tidur rumah sedara mara. Tak kisah lah kan. Pilihan di tangan masing2. Siap kenduri walaupun badan masing2 letih sesangat sempat jugak projek nak meronda2 bandaraya JB malam ahad tu. Plan asal nak cuci mata kat JPO tapi apakandaya masa tak mengizinkan. Pukul 8 baru dapat balik dan mandi2. So akhirnya malam ahad tu kitaorang layan bazaar karat JB aje lah. Jalan jemm biasalah malam cuti kan. Gitu gini gi kedai makan pun dah pukul 11 lebih. Sampai kedai makan dah tutup pintu sebelah, kitaorang tak reti2 nak balik lagi. haha. Tapi macam awal lah kot malam minggu kedai makan dah nak tutup pukul 12 kan? Bukan malam masih muda ke?ahaks. Last2 pukul 1 baru sampai rumah cousin akak kat Skudai. Tetiba rasa penat gila memang dapat bantal terus zzzzzzz tau2 je jam loceng subuh dah berbunyi....... Sweet je kedua2 mempelai ni. Sekarang ni pelamin pun dah canggih. Dah macam deko bersama eric pulak kan. Ada cermin kat background. Sangat mencabar tugas photographer untuk snap gambar. Silap2 nampak gambar photographer tu balik dari dalam cermin. hehehe.. Gambar pengantin je ke? Haaarussss lah tak kan. haha. Rasa2nya dalam camera cousin akak sorang ni, lagi banyak gambar kitaorg posing dari gambar pengantin. Bila lagi nak pose2 ramai2 macamni kan?..;p Ish3x, siapalah mak dara dan anak dara gedik dua orang kat bawah tu?? muahahahaha..:p Labels: family, personal, vacation Baru sampai
Jun 11, 2012 | Monday, June 11, 2012 | 0 comments
Penaaaaatnya tak terkata walaupun hati girang tak terhingga. haha. 2 minggu tinggalkan rumah, lebih kurang pukul 6.30 petang tadi baru sampai rumah semula.Kerja rumah banyak menanti. Kain baju confirm lah menggunung untuk dicuci. Rumah pun dah penuh habuk dan sampah. Angin tiup habuk2 masuk ikut bawah pintu rasanya. Oh! Penatnya. Belum mula 'kerja' dah boleh rasa letihnya. Masa berjalan tak letih pulak ye!..;p Tabby jugak sangat keletihan. Rindu kan rumah pun ye jugak. Kesian sangat tengok dia. Masa di JB akak terpaksa kurung je dia dalam cage. Walaupun dia tak banyak kerenah dan bising, tapi akak tau dia sangat stress dan tak selesa. Dia kurang sangat makan dan minum. Tidur pun kurang. Ni sampai rumah je barulah nampak dia bayar hutang tidur. Tapi belum makan banyak lagi. Risau jugak ni. Harap2 esok dia dah ok. Mata pun dah berat tapi sempat jugak lagi nak blogwalking dan update lebih kurang. Rindu pulak kat blog. Eceh kemain pulak nak rindu2 bila semangat blog dah kembali membara macamni lah gayanya. Banyak jugak cerita nak share pasal wedding kat JB. Esok2 lah akak buat entry pasal wedding tu. Nampak gaya kejap lagi nak kena naik atas masuk bilik cepat2 nak iron baju dan zzzz. Harini dari JB singgah Kluang pulak dulu cari spike shoe haziq. Merata mencari spike shoe ni. Susah betul nak jumpa rupanya. Tanya2 orang rupanya kedai sukan kat Kluang ni memang pembekal barang2 sukan untuk banyak sekolah. Banyak betul pilihan spike shoes dari macam2 range harga. Oklah, puas hati akhirnya. Dari Segamat sampai KL carik tak jumpa. Banyak cawangan al-ikhsan dah masuk pun takde juga. Yelah, sape sangatlah yang nak beli spike shoe ni kan? Benda yang jarang2 sangat kita guna dan hanya orang tertentu je yang guna. Hurmm entry takde gambar macam tak best pulak kan? Tapi selongkar2 gallery dalam telefon pintar akak ni macam takde gambar yang menarik je. Takkan asyik nak tayang muka sendiri je pulak kan?
cakkkk!! baaaaa..tayang muka caye takpe kan??..:p
Labels: family, personal, vacation Hari Lepak Sedunia
Jun 3, 2012 | Sunday, June 03, 2012 | 4 comments
Harini pagi2 lagi mak dah bagitau..Mak nak gi pasar ni, kita masak ikan asam tempoyak, udang lemak kuning cili api, goreng ikan gelama masin dan telur dadar..ok ke? Wow!! Lelaju je jawab.. Boleeeeeeeeh sangaaat mak..sedaaapnyaa..dah terasa2 asam tempoyak ni..sedaaap sangat..memang sedaaapnya maaaak!! Ayat tak boleh blah membodek2 mak. Hahaha. Kemain lagi kan. Sebab anak2 mak ni kalau mak yang masak memang lah kan. Bukan senang nak rasa masakan mak. Lagi2 yang duduk jauh ni. Sob3x.. So bila ada peluang mak offer diri nak masak, apa lagi lah kan. Bagai pucuk di cita ulam mendatang. Bagai orang mengantuk disorong bantal. Erkk sesuai ke guna pepatah2 ni ehh? hehehe. Masakan mak kan memang terbaek! Kat rumah kita dah biasa jadi tukang masak untuk anak. Jadi bila balik rumah mak, kita pulak jadi macam ala2 nak manja2 mintak mak masak itu ini. Tak sedar diri umur dah patut masakkan untuk mak pun. huhu Jadi harini adalah hari lepak2 dan makan2 je. Lagipun dah setiap hari start Rabu sampai Sabtu akak tak lekat rumah. Ada je program. So harini masing2 pun dah keletihan. Lepas masak, makan pastu tido. Peh! tak ke heaven sangat tu kan? Esok pagi nak gerak balik rumah MIL pulak kat Batu Pahat. So blog akan sunyi bila akak kat sana. Faham2 lah streamyx takdak, coverage pun nyawa2 ikan. Bakal berehat sehingga ahad rasanya. Jumaat pagi insyaAllah akak bertolak ke JB pula dari batu pahat untuk menghadiri wedding cousin akak kat sana. Bestnya tak dapat dibayangkan sebab semua family insyaAllah akan berkumpul. Weeee..;) Adik akak yang bongsu pun dah balik Shah Alam balik sebab esok dah start kerja. Plan nak balik petang pukul 6 pun dia postpone sampai lepas maghrib tadi. Last2 pukul 8 baru bertolak. Berat hati nak balik sebab semua masih ada. Kami ni bertiga je adik beradik. Kalau cerita tu bunyik macam ramai je kan. Tapi bertiga pun kalau dah berkumpul memang riuh satu rumah. Lagi2 kalau anak2 buah akak yang hero2 tu semua balik. Memang ribut taufan terus. Hahaha. Pening kepala atok nenek.. Tapi akak berdua dengan adik akak pun dah jadi dalam rumah ni. Kami adik beradik jenis suka cakap sikit2 gelak, borak sikit gelak. Ada je bahan nak buat ketawa. Berdua pun hidup. Campur bapak punya loyar buruk memang bingit gak lah rumah ni. hehe. Ok, kena stop dulu sebab mak dah panggil ajak akak makan. Makan lagi. Lagi2 makan!. muahahahaha..;p Ok mak! Jap lagi datang! Jangan abiskan kuah asam tempoyak tu tauuuu! p/s - entri ini ditaip pada pukul 8 malam tadi..;) Labels: entertainment, family, personal Jalan sana sini
| Sunday, June 03, 2012 | 2 comments
Fuh! Agak berhabuk jugak 'rumah' akak ni. Bila cuti2 balik kampung memang macamni lah. Siang bz ke sana kemari. Balik malam terus nampak katil dan bantal je. Letih gila dan tak dan nak update story n blogwalking. huhuSemalam jadual memang penuh, keluar rumah dari pukul 10.30 pagi sampai rumah pukul 11.30 malam. Letih toksah cerita lah kan. Semalam pagi mula2 ke Taman Einstek hantar cousin akak wedding. Akak dan adik akak dua kereta sampai terawal gila. haha. Kitaorg pulak yang excited dari pengantin. So terpaksalah tunggu pengantin datang ambik sementara lepak2 kat Zemart supermarket. Sempat gaklah posing tengah2 panas tu.. Haa jangan tanya kenapa baju sama je asal posing gi wedding. hahaha. Tak perasan pulak asyik2 bawak baju ni je bila balik kampung. Adoilah. Punyalah banyak baju lain, baju ni gak yang akak sambar time packing baju..;) Sempat jugak kami lepak2 dalam zemart tu sebab kat luar panas sangat. Orang lelaki semua lepak kat mamak. Yang ayu2 semua masuk zemart je. kui3x..:p Kat rumah pengantin sampai pukul 2.00 lebih kurang lah. Mr MJ bawak mak n bapak akak balik. Akak dan adik2 akak bersama anak2 naik kereta lain sebab ada projek khas yang lain. hehe Terus berdesup pulak pergi alamanda. Adik bongsu kan baru kerja. So ada lah benda yang dia nak shopping. Kakak2 nya ni bekap bagi moral support je. Sambil saja sibuk2 nak gi berjalan2 jugak. Tak muak2 ke pergi alamanda? Kitaorg adik beradik ni kalau pasal berjalan dan makan2 memang tak pernah muaknya. hehe
me n piji
Mesti boleh agak kan adik akak shopping apa berdasarkan bekgroun gambar kat atas ni. hehe. Sony Xperia S. Memang gempak. Jeles akak! Nasib baik saiz dia besar lah jugak kalau nak dibandingkan dengan tapak tangan akak yang kecik molek ni. kah3x..:p
Cun wehhh! Akak pun sukaaaa. Ada lagi dua model xperia ni. Tak silap akak xperia p n xperia u. xperia p akak sukaaaa sangat sebab saiz dia memang sangat cun untuk tapak tangan akak yang comel ni..:p Ok, takmo banyak cerita lagi. Besdey akak bulan 10 ni kalau ada sape2 yang rasa nak bagi adiah boleh lah. Bukan nak bagitau wishlist akak, tapi nak kasi hint je ni. Hint je ni tau!. Hahahaha..hintlah sangaaaaaat!!!..;p Labels: family, personal, vacation Balik Kampung!
May 30, 2012 | Wednesday, May 30, 2012 | 6 comments
Alhamdulillah malam tadi lebih kurang pukul 7.45 dah sampai Banting rumah mak. Walaupun kat rumah takde sape, mak dengan bapak je tapi tak kisah lah. Jumaat ni baru semua berkumpul.Pagi ni Banting hujan. Sejuk je cuaca. Memang best dan perut pun apa lagi? Lapar je lah. Plan nak keluar jalan2 dgn adik mungkin esok je lah kot. Harini macam letih pulak sebab malam tadi baru sampai. Macamlah jauh sangat Segamat-Banting pun kan? 3 jam perjalanan je tu pun dengan pemanduan berhemah. Haha Ni kalau adik yang bongsu tak kerja memanglah best. Ada gak teman nak bergelak ketawa buat bising dalam rumah ni. Bila takde kureng lah sikit. Lama pulak nak tunggu dia balik Jumaat ni. huhu Hari ni hari rehat sedunia. Mak pagi2 lagi dah cakap.. Harini kita tak payah masak lah ye..penat kan..apa kata kita beli lauk je? Kita beli ikan bakar dan lauk2 lain apa2 lah..kita borak2 je harini lagi best! Pehh! Kita yang travel mak pulak yang penat ehh? haha. Tapi tak kesahlah. Best gak tak payah masak. Dah lah mak dengan bapak yang pegi kedai beli lauk. Tinggal kasi duit je. Nasik pun dah dalam rice cooker tengah masak. Mak balik tinggal makan je. Memang heaven lah kan! Start esok sampai ahad jadual dah mula penuh. Nanti kalau sempat update lagi! Kalau tak penat lah. Kalau tak memang bersarang lah berhari2. hehe |