
![]() |
Anak angkat
Jul 4, 2012 | Wednesday, July 04, 2012 | 3 comments
Weekend lepas ni barulah berkesempatan nak balik ambik 'anak angkat' seperti yang dijanji. Itupun curik2 masa je sebab awalnya haziq ada camp SLB kat sekolah tapi sebab dah terlalu keletihan dengan mcm2 program berturut2 minggu, dia mintak kebenaran pengecualian menghadiri camp tersebut.So, akhirnya kami bertiga oppss!! berempat (termasuk tabby), bertolak balik banting petang jumaat lepas. Sampai rumah mak malam lah kan. Terasa sangat tak sabar dan teruja nak jumpa anak angkat baru. Appoinment dibuat pada ahad, jam 3 petang..;) Sabtu pulak ke damansara ada urusan sikit nak settled. Biasalah sempat je nak menyinggah2 mana2 kan. Disebabkan dah dekat dengan Bandar Utama, teruslah terjah 1 utama sat. Melalak sana sini dulu, alih2 mak call bagitau, makyam ajak datang rumah sebab dia buat makan2. So, malam ada bbq lagi. Best sangat. Makan..makan..makan..ish3x...:p Dipendekkan cerita haha, ahad pun tiba. Takkan balik rumah mandi, tido semua nak diblogkan pulak kan..p Pukul 3 lebih sampai rumah anak angkat kat Banting jugak. Berdebar2 rasa hati nak bersua muka. Ececeh! Bual2, makan2 kami pun bertolak balik dengan 3 ekor anak angkat. hihi..:p Tadaaaa!! Ye, inilah anak angkat bulusss akak. Tapi akak punya sekor je, yang paling kiri. 2 lagi tu kawan akak yang nak adopt. Sehari je akak bersama dengan tiga2 ekor ni. Meriah rumah akak. Sampai tak jadi semua kerja2 rumah dok mengadap dorang bertiga ni je. Macam2 telatah. Ada yang manja sangat, ada yang diam sangat ada yang sedang2 sajaaaaa..hehe Anak bulus akak ni sensiang dah bagi nama kat dia. Atas cadangan tuan yang asal, dia diberi nama Roxy. Roxy manja, baik, lemah lembut dan dengar kata lah juga dan juga suka bersuara. Jadi dia takde masalah nak menyesuaikan diri di tempat baru. Cumaaaa... Tabby.....aduhai, masih tak boleh menerima hakikat lagi. Niat akak ambik anak bulus baru pun nak bagi teman tabby tapi respon tabby sangat mendukacitakan. Semalaman dia taknak turun. Mula2 semalam lagi parah. Dia dah lah duk memerap je dalam bilik tido akak. Akak datang jumpa dia, layan dia, panggil dia macam dia ok je tapi bila akak peluk dia dah meronta sambil buat suara tak puas hati. Muka akak pun dia takmo pandang. huhu. Moody betul dia semalam. Mujur dah bawak ke petang, temperature dia agak turun sikit, bila haziq bawak je dia turun bawah letak dia kat living hall ni, dia duk jugaklah diam2 sambil memerhati je kat Roxy dengan muka yang sentiasa berwaspada. Harini, masih tak ok juga. Masih duk kat atas takmo turun2. Sesekali akak naik jengah dia, main2 dengan dia, cakap2 dengan dia, dia nampak lebih tenang. Try bawak turun bila dia nampak je Roxy dia gelisah semula. Asyik hissing je. huhu. Bilalah agaknya tabby nak ok dan boleh menerima kawan baru ni? Kesian kat dia dan roxy juga. Roxy ni macam nak sangat berkawan dengan tabby. Tabby yang jual mahal sikit. Tak rela nak berkongsi kasih sayang le agaknya tu..:p Dua hari kat sini, roxy pun dah menyesuaikan diri walaupun dia tinggal sensorang(sesekor) je. Sesekali nampak macam mencari2 jugak adik beradik dia yang lagi dua ekor tu. Sedih jugak akak tengok. Akak terus je panggil dia dan main2 dengan dia. Akak memang cepat tacing ok! Semalam pun dah tacing masa nak serahkan yang dua ekor ke tuan baru dia. Lagi2 yang sekor tu dah manja dengan akak malah dia yang paling manja. sob3x. Tapi syukur bila dengar dia jugak dah selesa bersama tuan barunya..:) Sekian, kisahku dan kucing........hehehe..;) Labels: interest, personal, pets Tabby lagi!
May 9, 2012 | Wednesday, May 09, 2012 | 2 comments
Seperti yang dah dimaklumkan, entry selepas 'come back' ni adalah banyak berkisarkan tentang ahli baru dalam mj's family iaitu tabby..;)Diam tak diam, dah lebih 6 bulan tabby bersama kami. Sekejap je masa berlalu dan masih tak lupa bagaimana dia sewaktu kali pertama jumpa dulu. Walaupun dia hanya kucing biasa (kucing kampung), tak sangka juga rupanya dia memiliki bulu yang agak tebal juga di beberapa bahagian badannya. Boleh kot kalau nak digelar kucing jenis DMH. Wahh, apakah itu DMH? DMH bermaksud domestic medium hair. Haa sesuka hatiku nak masukkan tabby dalam ketegeri kucing DMH ni haha. Waktu umur dia 4 bulan akak jumpa dan bawak balik dia, akak terus bawak dia pegi vet untuk vaksin kan dia. Ek eleh, kucing kampung pun nak vaksin2 ke? So what?? Dia pun nak sihat jugakkan? Kalau kucing sihat tuan dia pun senang. Even vaksin ni bukanlah bermakna kucing kita dah confirm bebas dari sebarang jenis penyakit tapi sekurang2nya kita dah buat dan beri yang terbaik untuk protect dia dari penyakit2 merbahaya. Ye, lah macam kita manusia ni, kalau sakit pandai bercakap dan pandai nak gi klinik untuk check up ke bagai. Kucing ni sakit ke apa ke mana lah dia reti nak bagitau kan? So kita sebagai tuan yang bertanggungjawab kena lah belajar untuk memahami reaksi dan perubahan sikap yang dia tunjukkan pada kita. Balik semula pada vet tadi. Waktu akak bawak tabby 1st time untuk divaksinkan, doktor vet ada bagitau, kemungkinan besar tabby ni kucing kacukan. Wahh yeke doktor? Bila tgk bulu dia yang lembut macam baldu kat area bawah badan dan ekor yang kembang dan terlebih2 especially kat bahagian paling belakang iaitu di bahagian dot3 dia tu hehe. Seryes, kesian bila tengok dia tak boleh nak jilat tempat uuk dia bila dia lepas melepaskan hajat. Kalau dulu masa dia kecik lagi, akaklah yang jadi tukang bersihkan taw! Kan ke dah macam jaga anak tu. Sampai mak akak cakap, nak tenggokkan nanti, sok kalau mak dah tua dia nak tak buat macamtu kat mak.. Janganlah cakap macamtu mak. Yang boleh dijanji apa2 pun yang berlaku masa depan mestilah anak mak ni akan jaga mak kan..:) Waktu umur dia masuk 5 ke 6 bulan, dia dah mengalami musim heat buat kali pertama. Apa tu heat tu? Alaa dengan kata lain musim gatai nak carik pasangan lah dek. Memang tak tahan bingit dengar dia menjerit. Adoilah, mau sampai ke hujung taman bila dia start keluarkan pitching dia masa tu. Tu belum menggolek2, tergedik2 kat lantai. Memang sangat tak keruan. Sampai kita tengok pun naik kesian. Tapi atas nasihat doktor juga, akak tak benarkan dia keluar cari pasangan sebab dikhuatiri dia subur dan terus bunting huhu. Umur kecik lagi mana lah reti nak jaga baby nanti kan. Lagi2 akak tidak bersedia untuk memiliki banyak kucing disebabkan perkara2 yang akak dah cerita di episod lepas. Wahhh, ada episod bagai. bajet telenovela lagi ler tuh! Pape jelahh! Penerangan lanjut tentang musim heat ni nanti akak akan cerita dia entry lain. Sambung pasal tabby tadi. Tambah kesian bila sampai habis semua bulu tengkuknya gugur disebabkan hormon dia yang tak berapa nak betul masa musim heat dia tu. Kelakar pun ada tengok rupa dia time tu, ekor je kembang, kepala kecik bulu gondol. Sampai naik risau jugak, takut habis semua bulu dia gugur. Bulu melekat sana sini. Sofa, kapet, baju, seluar akak semua penuh dengan bulu tabby. Disebabkan itulah, akak ambil keputusan utk cecepat kembirikan tabby. Dan alhamdulillah selepas tu tabby membesar bagai johan. Dia lebih tenang, manja dan baik. Banyak sebenarnya cerita yang nak dikongsi tentang tabby ni. Jadi, bakal ada entry2 lain lagi pasal tabby selepas ini..;) Tabby ada tabiat baru sekarang ni. Bila dia buat hal, geram pun ada, kelakar pun ada. Tapi geram tu lebih sikit lah kot. Apa tabiat baru tu??
nampak tak apa yang akak nampak?
Fine! Sekarang dia suka sangaaaat tumpahkan air dalam bekas minuman dia. Asalnya bekas tu ada botol kat atas dia. Lagilah dia syok main tarik2 botol tu dan tertonggeng lah bekas tu nanti. Ingatkan sebab dia suka dengan botol tu je, tapi bila dah tanggal botol pun dia masih main air tu jugak, maka akak buat kesimpulan dia memang tengah meroyan nak main air haha walaupun bila masa mandi masih gayat2 dengan air. Ni takpelah lagi bila tumpah kat lantai. Yang geram bila dia main air tu masa dia dalam cage. Habislah basah tuala tempat dia nak baring. Lepastu pandai bising panggil akak suruh akak tukar tuala baru. Haa nampak! Nak geram ke nak gelak sebab kelakar ke??
Bila akak perhatikan aksi dia sebelum dia tumpahkan air tu, mula2 dia beria lah minum. Ok, macam takde apa yang berlaku. Jangan tertipu! Tak lama lepas tu, mulalah dia start main2 air tu dengan tangan dia yang comei tu (tangan ke kaki? confuselah! hehe). Lepas main2 apa lagi?? Dia tarik2 sampai bekas tu boleh terbalik dan air tu tumpah. Dia sangat suka tengok air yang kat lantai tu dan dia boleh jilat2 minum dan pegang2 air tu buat main. Ye, kadang2 rasa comel sangat dia buat macamtu. Tapi kadang2 geram sangat bila dia buat perangai pukul 2, 3 pagi time orang tengah lena dibuai mimpi, dia panggil2 suruh tukarkan tuala baru yang kering. Kannnn!!!!
Pagi tadi, dia bangun lambat, sebab malam tadi dia tak tidur dok main air dalam cage sampai tuala lencun dan macam biasa dah puas main dia panggil2 suruh tukar tuala baru. adudududuhhhh....
air dah tumpah, bekas makan minum dah kosong, tuala dah baru, tido pun lena...zzzzzzzz
Labels: pets Tabby oh Tabby!
May 8, 2012 | Tuesday, May 08, 2012 | 2 comments
Semenjak ada kucing kucing ni, masa terluang akak agak terisi juga..kadang2 rasa sibuk mcm menguruskan anak kecik lagi2 time nak balik kampung atau nak keluar berjalan ke mana2..Percaya tak kalau akak cakap akak tak pernah tinggalkan dia bila akak balik kampung? akak hangkut semua brg2 dia siap dgn cage sekali..dah jadi keje pulak kan..tapi tak kisahlah..tabby punya pasal..tak sampai hati nak tinggalkan..dah lah dia tak berkawan..tak lepaskan luar rumah..kalau asyik kena tinggal mau tekanan perasaan pulak kang..huhu Mana akak pergi memang dia suka ikut..kadang2 nak keluar kejap pun macam kesiannya tengok dia..akak boleh bayangkan mesti dia asyik panggil2 sbb selalu kalau akak hilang dari pandangan dia pun dia dok ngiaw2 panggil..tapiiii kalau dia yang hilangkan diri dari akak...akak pulak yang dok panggil2 carik dia kat mana..hehe Tabby menjadi penghibur hati kami sekeluarga senang ceritanya..haziq balik sekolah je terus tanya..tabby mana? memang manja budak bulus sekor ni..kesian dia takde kawan, so akak dah booking sekor lagi kitten untuk dijadikan kawan tabby..insyaAllah cuti sekolah ni akak ambik dia bawak balik..tak sabar rasanya.. Tabby ni akak dah kembirikan dia..apa tu kembiri? kembiri tu kasi..apa tu kasi? kasi tu dalam bahasa modern spay..hehe..apa tu spay? alaa senang cite dalam bahasa yang senang paham mandulkan..kenapa mandulkan??? Cerita pasal kembiri ni nanti akak cerita pada entry lain..tungguuuuuuu!..;) Kucing yang lepas kembiri ni dia lebih baik dan sihat..lebih dengar kata..tu yang best tu..tapi tabby jenis kucing yang tak berapa suka dipeluk..mungkin sebab sejarah silam dia yang akak tak tau ke kan..huhu..dia hanya suka ikut mana akak pergi dan faham banyak benda yang akak suruh..tapi memang tak suka bila akak pegang dia dan letak dia atas dada..cepat je nak bangun..dia hanya suka datang dekat2 akak gesel2 dan cium2 ibu jari kaki..kalau akak tengah pegang henfon..gesel2 kat henfon..kalau tengah mengadap lappy, gesel2 pulak dekat lappy..ishh pelik..apa motif buat cmttu tabby?? Dia paling suka main dengan cicak dan lipas..naluri semulajadi lah kan..kalau nampak lipas ada hampun lagi..tapi kalau nampak cicak? maklumlah cicak tu kan ke tinggi kat dinding..dia pulak kat bawah je kan..sangat kelakar dengar suara dia panggil2 cicak tu..kitaorg dah tau kalau tabby keluarkan satu bunyik mengiaw yang kelakar tu maknanya dia nampak cicak lah tu..dan mr mj akak paling suka layan tabby waktu ni..sanggup dia pegi angkat tabby tinggi ke dinding yang ada cicak tu..ada sekali tu, mr mj pi tangkapkan cicak tu dan bagi kat tabby..ayooo!! Bukan dia nak makan pun cicak tu..dia cuma main2 sampailah cicak tu longlai..tapi bunuh cicak dpt pahala kan? Mak aiii..geli lah bila cicak tu dah kiok kat lantai..tabby pun dah x teruja nak main..apa lagi..mr mj silalah buang cicak tu ye..sape yang rajin benar nak layan tadi? muehehehe Macam2 gelagat kucing yang seronok kita nak tengok sebenarnya..dan kadang2 kitaorg buli dia buat macam2..haha..terpaksa lah dia redho je kan....;p
buat homework ke abg haziq? tabby temankan ye?
apa yang susah sangat tu? bak sini tabby kirakan
hadoiii..mengantuk pulak teman orang buat homework ni..zzzzzzzz....
Sekiannnn..:)
Bermulanya alkisah - episod 2
May 2, 2012 | Wednesday, May 02, 2012 | 2 comments
Bajet telenovela gamaknya ni!..:pSambungan dari entry lepas.... Dengan tak disangka, satu hari masa balik rumah MIL akak..sampai je rumah tetiba ada sekor anak kucing yang sangat comel terus datang dan gesel2 akak..sangat manja dengan muka yang macam mintak kesian..hehe..akak musykil sebab setahu akak, kucing2 kat rumah MIL akak semuanya takut pada orang lain..semuanya hanya manja pada MIL akak je, tapi tiba2 sekor anak kucing ni agak pelik manjanya pada akak.. Dan akhirnya baru akak tau rupanya dia cuma kucing mendatang..kebetulan warna bulu adalah sama dengan kucing2 yang sedia ada kat rumah tu, jadi sape lah yang sangka tu kucing lain kan? Tak tau kenapa hati ini, setelah melihat wajah anak kucing yang manja tu, bagai disiat2 dan meronta2 untuk bawak anak kucing ni balik..mungkin juga sebelum ni memang dah pernah berhajat dan terfikir untuk mencari pengganti kucing yang dah tak balik2 sebelum ni..2 hari akak kat kg, cuma menguatkan hati untuk tidak bawak anak bulus ni balik namun akak gagal jua..bangun pagi je akak dah dok mencari mana anak kucing ni pergi..bila pandang wajah dia hati terus je jadi sayu..sambil mengenang..ntah mana ibu kucing ni..siapa adik beradik dia..dari mana dia datang..oh! akak memang touching! Dengan tidak berbekalkan satu benda pun keperluan kucing, akhirnya setelah dipersetujui secara paksa..haha..Mr. MJ akak pun bersetuju dan memberi kebenaran untuk akak bawak balik anak kucing ni..bawak dalam beg plastik merah je uols!..lapik dengan tuala kecik..dia pun kurus je masa tu..cuma bulu je agak gebus dan bersih..:) Sejam setengah perjalanan, mencabar jugalah..kucing mana yang reti diam dalam kereta kalau festaim naik kan? So macamtu lah juga anak kucing yang akak ambik ni..akak pujuk, akak dukung, akak usap akhirnya dia tertidur..kejap je pun..lepastu dia bangun dan bising balik..huhu Fuh! Sampai juga dan destinasi pertama akak perlu tuju adalah giant..kenapa giant? sbb akak perlu carik makanan kucing dan memandangkan hari dah malam dan petshop dah tutup jadi gaint lah kan yang akak tuju..makanan tu yang paling penting..lain2 boleh tangguh dulu..dan anak kucing kenalah duk kejap dgn Mr. MJ dalam kereta..dan satu insiden telah terjadi...jeng..jeng..jeng....... Siap akak beli apa yang akak nak, akak pun menuju semula ke kereta lah kan..tengok2 Mr. MJ dah keluar kereta..oh! ambik angin agaknya..tapi bila lihat air muka cik abang akak kelat je...hurmm, ni mesti ada apa2!!!! "Kucing ni dah membuang..habis menitik2 ni!!"......Haaaa?? hanya tu yang mampu akak jawab..hehe Apa lagi, cepat2 lah naik kereta dan pecut balik rumah..siap menitis2 dalam kereta u!..hamik! udah menambah keje lah kan..takpe, dugaan pertama bela anak bulus..;) Sampai rumah, bawak masuk, anak bulus nampak begitu cepat menyesuaikan diri..berjalan sambil mencium2 lantai, akak beri makan dan minum.......welcome to Mr MJ's family, Tabby!!.. hari pertama menjadi anak angkat..;) cepat belajar IT budak bulus ni..;p Dan semua gambar2 ni adalah gambar2 6 bulan lepas..sudah pastinya sekarang sudah membesar bagai johan..;) p/s - pasni confirm blog penuh cerita pasal anak bulusss je lah kan.....;p Bermulanya alkisah....
May 1, 2012 | Tuesday, May 01, 2012 | 0 comments
Salam ceria di hari cuti sempena hari pekerja..yang tak bekerja mcm akak jugak yang takde cuti..sian kan? huhuSetelah lama berehat panjang dari dunia blog..tiba2 semangat berblogging dtg semula..so baik jgn buang masa..kita layankan aje!.;) Sekarang masa akak dipenuhi dgn melayan anak bulus..org sibuk ambik anak angkat..akak adopt anak kucing..ok je kan? kucing juga makhluk Allah..haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w juga kan..walaupun akak baru je bela seekor, sdgkan org lain dah bela berpuluh2 ekor..tp akak teruja uols!! Bermulanya alkisahhhhh..akak mmg pencinta kucing yg tegar..dari kecik2 lagi akak mmg suka sgt dgn kucing tp sbb masa kecik2 dulu akak ada athma so akak tak boleh nk main2 dgn kucing sgt..kdg2 tu sbb dh terlampau geram akak peluk juga..tp kesannya..mendapatlah bintat2 dan merah di seluruh badan disertai dgn bersin2 dan sesak nafas..haaa pakej siap semua sekali..tp serik ke?? tak jugak kannn..haha So, disbbkan kecintaan kpd kucing susah utk dibendung, masa akak sek dulu, akak bela kucing diluar rumah sahaja tanpa berani menyentuh dan mengusap kucing..sian akak kan?? tp kucing2 akak bela seakan faham..dorang pun..ehh dorang ke? heheh..takdelah dok sibuk2 nk menggesel akak sgt cuma setakat ikut akak mana akak pergi dan sambut akak masa akak blk sek..sweet sgt ok! Tetapi, dgn tidak disangka2 sejak beberapa tahun kebelakangan ni, sensitif akak pada kucing seakan tiba2 menghilang..tingggg!! akak dh boleh peluk2 kucing, usap, pegang atau apa sahaja yg akak suka pada kucing..gatal, bintat, bersin tiba2 je dah takde..mejik kan?? tapi seryes memang akak sendiri pun pelik kenapa boleh jadi macamtu..mungkin antibodi wanita selepas berkahwin lain kot..hahahaa..:p Masa sekolah dulu 2 kali bela kucing dgn pengakhiran yang sangat sedih..takmo ceritalah dulu..huhu..last bela kucing masa tingkatan 6..lepas tu tak pernah bela lagi..fobia rasanya masa tu.. Dalam 2 tahun lepas, ada sekor kucing ni mulanya akak panggil nama dia oneng, tapi bila akak panggil nama tu dia mcm tak bagi respon je akak panggil je dia miaw..haha..oklah kan..janji dia faham akak panggil...bela dia tak sepenuh masa..dia jenis keluar masuk rumah..siang je kadang2 dalam rumah dan malam akak keluarkan..tapi lama2 dia keluar dan tak balik2 rumah..kucing jantan biasalah kan..mungkin dah jumpa chenta hati mana nak ingat ibu dia ni lagi kan..sedeyyy..:( Lepas dia tak balik2, sbb rindu sangat dengan dia..akak macam dah berangan2 nak carik kucing lain..tak kisahlah sama ada beli ataupun carik stray cat kat mana2 dan bawak balik bela..cuma yang melengahkan akak bila akak fikir, macammana nak balik kg dan macammana nak urus uuk dia semua kan..maklumlah memang takde pengalaman bela kucing 24jam dalam rumah sebelum ni.. Dengan tak disangka, satu hari tu masa akak balik rumah MIL akak............... to be continued........poyo tak??? muahahahahahaha..;p Labels: pets Kini kau menjelma jua....
Mar 3, 2010 | Wednesday, March 03, 2010 | 5 comments
Eceh!! tajuk entry x hengat2..ermm tp mesti dah takde yg nk buat spekulasi2 dan skandalasi2 lagi dah ni..sbb ramai yg dh boleh agak sape lah yg menjelma jua tuh kan....;p Ingat tak entry akak pasal kesedihan kehilangan yg tersayang..hahaha..kucing kuning tersayang tu..ermm sbnrrnya dia menghilangkan diri seminggu je..kes balas dendam lah tu..huhu Seminggu kehilangan dia mmg sedey terbayang2, terkenang, teringat2, termimpi2, hahaha.. huh! mengalahkan org dilamun cinta dah haiiii!!.. ![]() ![]() Namun tanpa diduga setelah hampir seminggu kehilangannya yg sgt2 akak rasai..tiba2..di suatu tghri yg agak terik..sedang akak menjemur baju di ampaian..akak terdgr suara mengiau2..akak pndang kiri..akak pandang kanan..namun hampa belaka..akak pandang depan semula.. Seketika itu akak dpt rasakan sesuatu semakin menghampiri..lalu akak toleh ke belakang semula..daannnnn..kelihatan seekor kucing comel bewarna kuning sedang berlari2 ke arah akak smbil buat muka comel dan buat muka manja dan muka rindu..hahaha Jadi, apa lagi?? akak pun terus ambik dia, dukung dan kami berpelukan melepas kerinduan..ekekeke..ermm merajuk rupanya dia..saja lah tu nk buat akak saspen..mesti dia pun menahan rindu jer sbnrnya tuh....;p Seharian tu, mmg dia duk dlm umah akak jelah..main dan tido..tu jelah kejenya smpailah skrg ni..klau dia masuk jer mana akak pergi dia mesti ikut..smpai dlm blk mandi pun dia nk ikut..opsss!! Klau dia tgk akak melepak2 dpn lappy baru dia akan duduk santai dan tido2..tp dlm tido tuh klau dia dgr jer bunyik tapak kaki akak..cepat2 dia bangun dan carik akak kat mana.. Ermm akak rasa kucing ni unik lah..padahal dia bukan kucing akak pun..tp dia mcm ada feel yg kuat dgn akak..ni kali ke 3 sbnrnya sepanjang hidup akak..akak betul2 ada feel pada kucing..tp mmg setiap kali bila akak berfeeling mcmni..akan ada suatu yg unik pada kucing2 tuh..2 yg terdahulu si tompok dan oneng jgk namanya adalah kenangan bersama sewaktu akak sekolah dulu.. Namun dua2 berpisah atas kejadian yg agak trajis..dua2 mati akibat kena langgar..sedih sgt..akak nangis smpai sekolah smpai bengkak2 mata korang..sbbtu klau boleh xnk ada feel dgn kucing lagi... Tp yg dtg kali ni member feel baru pada akak..mudah2an kali ni akak diberi peluang utk melayan feel lebih lama bersama kucing comel tersayang......huh!! haishh merepek2 pasal feel dgn kuceng plak dah tghri2 panas ni!!! layankan je lahhhh........ Labels: pets Ke mana kau mengilang???
Feb 24, 2010 | Wednesday, February 24, 2010 | 6 comments
Mlm td akak bermimpi..mimpi bertemu dgn dia yg dh menghilang..buat jiwa akak terkenang2..mana perginya?? adakah dia rajuk membawa diri..kerana dia ditinggalkan bersendiri? namun apa kan daya..terpaksa jua kutinggalkan..lantaran pemergianku hanyalah sementara... Hari ke hari dia yg kunanti..sehingga kini x menjelma lagi..di mana harus ku cari?? pulanglah dikau ku setia menanti..smpai terbawa di dlm mimpi.....:( Tulah x suka nya klau mumupuk sayang nih..kan dh frust bila ditinggal begini..huhuhu..mana agknya dia pergi?? perlu ker masuk jejak kasihan nih?? sebelum berpisah mmg mcm dh terasa2 jer..sempat jgk bergbr2 sebagai tanda kenangan..masa nk tinggalkan dia x terasa pulak sedih sgt dihati..sbb tau pergi pun bukannya lama..seminggu jer..takkan sesingkat itu dia akan mudah melupakan?? dikau di mana?????? ![]() Oneng..gelaran nama baru diberi..belum sempat benar2 bermesra..kini dia dh tiada lagi..tiada lagi kedengaran suara manjenya..aduhh rindunya pada dia..selalu bukak jer pintu dia terus masuk dan baring2 serta bergesel2 manja dgn akak..huhuhu..oneng ni kucing akak taw..akak baru je nk bela dia..baru jer nak sayang2 dia..dia baik sgt..ank kucing jantan yg comel..menjadi kemanjaan akak, haziq dan en MJ..selalu waktu2 mcmni dia ada je main2 dlm umah ni..ada lagi bola mainan tergolek kat bawah meja tuh..x smpai hati nk kemas..ingat sgt kat dia..:( Uwaaaaa..tak suka lah perasaan mcmni..mlm td smpai mimpi carik oneng dan rupanya dia ada bwh kereta..suka sgt akak rasa..sekali bangun rupanya hanya mimpi semata..haziq ckp ntah2 dia dh mati tak bu??? huhuhu..lagi lah akak sedih mengenang..ingat lagi haziq ada ckp..boleh ke ambik gbr kucing? org kata x elok nanti kucing tu mati..aku cepat2 menyangkal pendapat tu..akak kata ishh takleh lah percaya benda2 karut mcmtu..apa kaitan ambik gbr dgn hayat kucing?? Tp bila dia hilang mcmni..akak tringat kata2 haziq tuh..ni lah antara satu sbb dulu kenapa taknak mula bela binatang peliharaan..sbb x suka klau dia hilang atau mati..akak yg akan merana dlm kesedihan..:( Mood tambah sedih sbb mlm td mimpi dia..terbyg2 lagi wajah dia yg comel tuh..dia yg manja dan suka main2 tuh..x puas lagi membelai bulu dia yg bersih tu......oneng kembalilah!!..ku masih setia menantimu di sini pasti!!!!!! Labels: pets |