
![]() |
Anak angkat
Jul 4, 2012 | Wednesday, July 04, 2012 | 3 comments
Weekend lepas ni barulah berkesempatan nak balik ambik 'anak angkat' seperti yang dijanji. Itupun curik2 masa je sebab awalnya haziq ada camp SLB kat sekolah tapi sebab dah terlalu keletihan dengan mcm2 program berturut2 minggu, dia mintak kebenaran pengecualian menghadiri camp tersebut.So, akhirnya kami bertiga oppss!! berempat (termasuk tabby), bertolak balik banting petang jumaat lepas. Sampai rumah mak malam lah kan. Terasa sangat tak sabar dan teruja nak jumpa anak angkat baru. Appoinment dibuat pada ahad, jam 3 petang..;) Sabtu pulak ke damansara ada urusan sikit nak settled. Biasalah sempat je nak menyinggah2 mana2 kan. Disebabkan dah dekat dengan Bandar Utama, teruslah terjah 1 utama sat. Melalak sana sini dulu, alih2 mak call bagitau, makyam ajak datang rumah sebab dia buat makan2. So, malam ada bbq lagi. Best sangat. Makan..makan..makan..ish3x...:p Dipendekkan cerita haha, ahad pun tiba. Takkan balik rumah mandi, tido semua nak diblogkan pulak kan..p Pukul 3 lebih sampai rumah anak angkat kat Banting jugak. Berdebar2 rasa hati nak bersua muka. Ececeh! Bual2, makan2 kami pun bertolak balik dengan 3 ekor anak angkat. hihi..:p Tadaaaa!! Ye, inilah anak angkat bulusss akak. Tapi akak punya sekor je, yang paling kiri. 2 lagi tu kawan akak yang nak adopt. Sehari je akak bersama dengan tiga2 ekor ni. Meriah rumah akak. Sampai tak jadi semua kerja2 rumah dok mengadap dorang bertiga ni je. Macam2 telatah. Ada yang manja sangat, ada yang diam sangat ada yang sedang2 sajaaaaa..hehe Anak bulus akak ni sensiang dah bagi nama kat dia. Atas cadangan tuan yang asal, dia diberi nama Roxy. Roxy manja, baik, lemah lembut dan dengar kata lah juga dan juga suka bersuara. Jadi dia takde masalah nak menyesuaikan diri di tempat baru. Cumaaaa... Tabby.....aduhai, masih tak boleh menerima hakikat lagi. Niat akak ambik anak bulus baru pun nak bagi teman tabby tapi respon tabby sangat mendukacitakan. Semalaman dia taknak turun. Mula2 semalam lagi parah. Dia dah lah duk memerap je dalam bilik tido akak. Akak datang jumpa dia, layan dia, panggil dia macam dia ok je tapi bila akak peluk dia dah meronta sambil buat suara tak puas hati. Muka akak pun dia takmo pandang. huhu. Moody betul dia semalam. Mujur dah bawak ke petang, temperature dia agak turun sikit, bila haziq bawak je dia turun bawah letak dia kat living hall ni, dia duk jugaklah diam2 sambil memerhati je kat Roxy dengan muka yang sentiasa berwaspada. Harini, masih tak ok juga. Masih duk kat atas takmo turun2. Sesekali akak naik jengah dia, main2 dengan dia, cakap2 dengan dia, dia nampak lebih tenang. Try bawak turun bila dia nampak je Roxy dia gelisah semula. Asyik hissing je. huhu. Bilalah agaknya tabby nak ok dan boleh menerima kawan baru ni? Kesian kat dia dan roxy juga. Roxy ni macam nak sangat berkawan dengan tabby. Tabby yang jual mahal sikit. Tak rela nak berkongsi kasih sayang le agaknya tu..:p Dua hari kat sini, roxy pun dah menyesuaikan diri walaupun dia tinggal sensorang(sesekor) je. Sesekali nampak macam mencari2 jugak adik beradik dia yang lagi dua ekor tu. Sedih jugak akak tengok. Akak terus je panggil dia dan main2 dengan dia. Akak memang cepat tacing ok! Semalam pun dah tacing masa nak serahkan yang dua ekor ke tuan baru dia. Lagi2 yang sekor tu dah manja dengan akak malah dia yang paling manja. sob3x. Tapi syukur bila dengar dia jugak dah selesa bersama tuan barunya..:) Sekian, kisahku dan kucing........hehehe..;) Labels: interest, personal, pets NRC National Robotics Competition
Jun 20, 2012 | Wednesday, June 20, 2012 | 0 comments
NRC atau yang lebih mudah difahami bermaksud pertandingan robotik yang melibatkan sekolah2 di seluruh Malaysia.Pertandingan Robotic Kebangsaan (NRC) merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi penekanan terhadap aspek kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar, melalui pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. NRC merupakan usaha berterusan kementerian dalam mempromosi inovasi serta pendidikan dalam bidang sains dan teknologi di sekolah.Pertandingan ini memerlukan pelajar menggunakan kreativiti serta pelbagai strategi untuk mereka bentuk dan membina robot, sekali gus merupakan pendekatan terbaik yang menggabungkan kepakaran dan inovasi pelajar. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pakar yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, dinamik serta mampu bersaing dalam bidang industri sains dan teknologi yang sedang mengalami perkembangan pesat. Di peringkat sekolah, NRC telah berjaya meningkatkan pemahaman serta memupuk minat pelajar terhadap bidang-bidang sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan sejak pertandingan itu mula diperkenalkan pada tahun 2005. NRC telah berjaya membantu menjadikan mata pelajaran yang berkaitan lebih menarik dan menyeronokkan untuk dipelajari. Justeru, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sasbadi Sdn. Bhd. atas kerjasama dan komitmen yang dipemerkan dalam membantu Kementerian Pelajaran menjayakan pertandingan ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di atas kejayaan menganjurkan NRC bagi kali yang ke-8 pada tahun ini. Saya berharap agar peluang menyertai NRC akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar supaya matlamat melahirkan modal insan yang holistik, berkualiti dan inovatif akan dapat dicapai. "SELAMAT MAJU JAYA" Y.A.B. TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN (Timbalan Perdana Menteri & Menteri Pelajaran Malaysia) Sekolah haziq juga ada mengambil bahagian dalam pertandingan robotik ini pada setiap tahun. Budak2 ramai yang berminat sebab pertandingan yang melibatkan rekacipta membina robot dari Lego seterusnya memprogramkan robot tersebut mengikut kreativiti masing2. Ada bermacam2 kategori dalam pertandingan robotik ni rasanya. Boleh layari laman sesawang NRC Ni la yang haziq duk leka menggodek dan menghabiskan masa hujung minggu yang baru lepas ni. Tengok macam main pasang2 robot je. Tapi punyalah dia duduk berejam2 dan berhari2 mengadap benda alah tu. Siapnya tak jugak. Mulalah ibu dia ni tanya macam2. Rupanya bukan boleh suka2 pasang macam main pasang2 lego time dia budak2 dulu. Kena fikir dari pelbagai sudut. Rupa tak penting sangat katanya. Kalau untuk kategori 'open' baru dikira dari segi kreativiti binaan robot tu. Hurmm walaupun tak berapa nak faham, buat2 faham je lah kan. hehehe Haziq ditugaskan untuk memasang robot ni. Bahagian programming pula kawan2 haziq yang lain akan uruskan. Haziq bagitau, pasang ni lebih susah sebab nak kena fikir dan buat supaya robot tu balance dan dapat berjalan sempurna dalam trek. Ok, boleh lah kot ibu nak bayangkan maksud haziq tu macamana. Ni pun belum siap sempurna. Ada bahagian tertinggal kat sekolah dalam set robot yang lain pulak. So kena siapkan masa bawak ke sekolah baliklah nanti. 2 hari tu dia dok mengadap robot ni je. Ada tu akak nampak dah beria siap pasang, bila test2 tak kena lah pulak. Kenalah bukak semua balik. Dah lah kecik2 benda tu kan. Memang kena orang yang betul2 minat dan kreatif kot nak buat benda ni. Seronok jugak bila tengok robot tu digerakkan selepas dia programkan. Ada enjin, motor, remote, sensor dan macam2 lagi rasanya. Tapi untuk kategori yang dia pilih ni tak perlu gunakan keseluruhan barang2 tersebut. Harga?? Boleh lah nak dapat sematfon sebijik. Hahaha. Lego punya toys faham2 je lah kan. Kecik2 barang pun dah menjangkau puluhan ringgit. Inikan lagi robot yang serba canggih ni. Siap ada bluetooth lagi. Memang menarik lah. Patutlah ramai budak berebut nak masuk pertandingan ni. Pertandingan robotik peringkat negeri Johor akan diadakan pada 23 dan 24hb Jun ni di Persada, Johor Bahru. Tapi haziq cakap macam susah je nak menang. Sekolah lain guna trek yang dibeli dari sasbadi. Tapi budak2 ni dorang buat sendiri je trek sebab sekolah tak cukup bajet. huhu. Kesian jugak dengar. Harga trek je tak silap akak RM400++. Mahal jugak ye? Dengar kata sekolah baru je beli 3 set robot baru dan yang dah ada pun dah banyak. Mungkin sepatutnya beli yang baru 2 je kot dan satu lagi tak perlu beli tapi digantikan dengan trek je lah kan. Tak tau lah, sekolah mungkin ada alasan tersendiri agaknya. Apapun, good luck untuk team sekolah haziq. Alaa, tak menang pun takpe. Cari pengalaman je. Best apa sebab dengar kata tidur semalam kat hotel Sabtu nanti..;) Dan minggu depan ni minggu busy haziq. Lepas pertandingan robotik, balik segamat sehari dia akan ke JB lagi untuk Johor International Student Leaders Conference 2012 pulak. Bestnya budak2 sekarang ni kan. Macam2 aktiviti ada. Penat tu memanglah penat kot. Tapi bagi akak, pelajar ni bukan kena fokus pada akademik je kan. Kena balance juga dengan kegiatan kokurikulum dan akademik juga..:) Tetiba terus rasa rindu zaman sekolah dulu. Rindu kat kawan2 dan rindu pada cikgu2....sob3x..:( Labels: idea, interest, personal Kenangan terindah
May 25, 2012 | Friday, May 25, 2012 | 6 comments
Bila ada waktu terluang, memang digunakan sebaiknya untuk blogwalking ke blog2 pilihan. Seronok membaca berbagai2 kisah kehidupan, luahan rasa, info berguna tak kurang juga gossip2 terhangat artis2. HehePada waktu terluang juga, akak rajin membelek2 template pilihan hati dan ketika itulah kenangan lama datang silih berganti. Teringat zaman2 berhantunya melayan template2 bermula dari myspace sehinggalah berpindah ke blogger ini. Di awal pembabitan akak dalam bidang blog ini, akak banyak dipengaruhi oleh seorang kawan alam maya yang banyak mengajar dan juga sedikit sebanyak memberi inspirasi dengan idea2 kreatif beliau. Akak sangat kagum dengan kebolehan eya. Seorang yang dilahirkan penuh dengan idea2 kreatif untuk mendesign yang pastinya tiada pada akak. Kebolehan semulajadi anugerahNya yang tak ternilai tak boleh ditukar ganti juga dipelajari. Maka tak hairanlah kini, eya telah pun menjalankan perniagaan online untuk mendesign bisnesscard dan macam2 lagi. Boleh jalan2 ke sini. Rindunya zaman dulu2. Sewaktu sama2 menggilai template sehingga sanggup seharian suntuk mengadap kod2 html yang memeningkan kepala. Ada kalanya kami berdua bergayut sehingga larut malam berbincang mengenai template2 bila ketika apa yang dibuat tak seperti yang dihajati. Bila ingat2 balik kelakar pun ada. Bila kejap2 silih berganti antara akak dan dia, cuba tgk template aku kak, header aku ok ke tak? center ke tak? haa!! senget?? alamak, cmne ni??..hahaha Kadang2 rakan yang kita kenal hanya di alam maya juga akhirnya boleh menjadi antara teman yang sangat memahami minat dan cara kita. Tu la antara kesan positf bila kita aktif di laman2 sosial atau apa sahaja yang seumpamanya. Kini, eya sangat sibuk dengan urusan bisness untuk menyiapkan design2 yang ditempah pelanggan. Akak tumpang sangat2 berbangga dengan apa yang eya ceburi sekarang. Selamat maju jaya buat eya sahabat alam maya (pssst..sebenarnya kami dah pernah berjumpa sekali). Semoga eya terus berjaya. Terima kasih kerana selalu memberi semangat pada akak ye!..;) Segala kenangan terindah akan terus mekar diingatan akak sampai bila2. Ecececeh!!..;p Labels: friends, interest, personal Sesekali ku rasa teringin!!
Nov 30, 2010 | Tuesday, November 30, 2010 | 0 comments
Siapa pernah makan marmite? tau tak marmite ni apa sebenarnya? takpe, pada sesiapa yg tak pernah tau akak sertakan gambar sebotol marmite utk hidangan mata kat bawah ni ye..:p ![]() Ok, ni adalah marmite. diperbuat daripada estrek yis dan 100% vegetarian. mengandungi vitamin B, asid folic, thiamin, riboflavin dan niacin. rasa adalah masin tapi sedap. sedap bagi akak lah sbb akak suka sgt dgn marmite ni sejak dari akak kecik lagi. Senang cerita, akak bagi korang baca article pasal marmite ni lah.. PRODUCT BACKGROUND Marmite was first introduced in United Kingdom in year 1902. It is made of yeast extract and comes in a concentrated paste form. Has a strong and savory unique taste. It is well known and trusted brand and has been in Malaysia for more than 50 years. Marmite in Malaysia is being associated eaten with porridge while in Chinese restaurant, Marmite is used as an ingredients in cooking. PRODUCT BENEFITS PRODUCT USAGE A healthy multi-purpose seasoning which used as flavouring in porridge, stocks, sauces, soups , stir-fried PRODUCT ATTRIBUTES Oh ye! jgn konfius pulak ye. akak bukan lah duta yg dilantik secara khas untuk mempromosi marmite ni tau..huhu Tiba2 akak teringat lantas ku rasa teringin untuk mencarik marmite di supermarket malam ni. marmite ni dulu akak makan bukan setakat gaul pada bubur dan nasik, malah akak boleh makan marmite ni mcmtu je. hahaha Korang bygkan macamana penggemar peanut butter tu? dia boleh ambik kat sudu dan jilat2 mcmtu je kan. haaaa, macamtu lah akak yang gila pada marmite ni. Cuma sejak kebelakangan ni, di atas beberapa kekangan termasuk agak sukar didapati di mana-mana kedai dan gedung membeli belah mahupun pasaraya2 terkemuka..hahaha over!! dan jugak harga yg agak mahal, maka akak dah lama tak beli marmite. sedey..:( Rasa ada lah dalam bertahun-tahun lamanya. sebotol saiz yg paling kecil pun tak silap akak harga dalam RM11. mahal lah tu kan? Tapi malam ni akak nak gagahkan diri juga nak carik kat kedai demi memenuhi tuntutan tekak akak ni. muehehehe.. Cerita pasal marmite ni, teringat waktu kecik2 dulu masa mula2 belajar berpuasa. akak sanggup berbuka dgn hanya nasik bergaulkan marmite. punyalah 'hantu' dgn marmite ni. sehingga menjilat jari jugaklah. Sekarang ni kenapa agaknya marmite ni susah nak dapat di kedai2 kan? musykil betul lah. serius susah nak carik. kalau dulu-dulu mcm senang je dah ternampak berderet marmite tersusun bila masuk je supermarket. sekarang ni akak tengok siap dia letak kat tempat khas, kadang-kadang dalam almari bercermin lagi. macam produk terkawal pulak. Ada siapa2 ada info pasal marmite ni? sudi2 lah kongsi dgn akak ye..:) p/s - ni sebenarnya entry untuk esok, tetapi disebabkan oleh masalah teknikal yakni dgn s****d nyerr akak telah terdelete entry sebelum ni!! nak marah kat sape ni?? huwaaaaaaaaa!!!!..:(( Pabila tiba musim durian!
Jun 29, 2010 | Tuesday, June 29, 2010 | 4 comments
Musim durian dtg lagi! sana sini tepi2 jln mana2 sume ada jual durian. Beli durian?? no..no..no.. akak tak pernah beli durian. sbb kg mr MJ ada dusun durian..;-) Gila durian?? tak pun sbnrnya. akak lebih gila pada tempoyak. ye, tempoyak. ada org kata tempoyak tu durian basi. hahaha. tak kisahlah klau korang nk kata durian basi ke. yg pntg akak mmg suka! alaa, mcm tempe jgk gak. kacang soya berkulat. keh3...;p Makan durian?? makaaaaan. tp sgt memilih. tak suka durian tebal, tak suka durian bau kuat, tak suka durian yg dh lama jatuh, tak suka durian takde bijik, tak suka durian besar. hahahaha. tak ke poyo namanya tuh? pendek cerita, klau kat kg mr MJ tu ada beberapa jnis durian je yg akak suka. isi nipis tp lemak dan manis. bau sedap tak kuat sgt. mmg maveles lah rasanya. Byk ke durian?? kat kg mmg byk. sbb ada dusun. yg kat tepi2 rumah. dan ada kat dusun khas jauh sikit dari rumah kat tepi sg. ehh! sungai ke parit ehh? parit besar lah kot. tp ada jambatan jgklah. akak klau rasa tringin nk mkn durian tu, kepoh mcm boleh habis 2, 3 bijik. kah3.. tp hakikat sbnr, plg kuat akak boleh mkn 5, 6 ulas je. tu dh kira byk sgt dah tu. selalunya 2, 3 ulas je. bergantung kpd kualiti durian tu mengikut persepsi akak lah. kerana citarasaku sgt berbeza okey! ![]() ![]() Durian ni tak ramai jgk yg suka rasanya. mgkin sbb bau dia yg kuat tu. mcm haziq, durian langsung tak sentuh. tp tempoyak yg dh dimasak. boleh membuatkan dia sehingga menjilat pinggan dan jari. hehehe. mr MJ pulak, suka sgt durian tp tempoyak kureng sgt. klau akak masak udang tempoyak tu je yg dia makan. lain2 menu dpd tempoyak dia tak pandang pun. akak?? td pun dh crite kan. takyah lah repeat crite yg sama ye dak?? ekekekek. Kesimpulannya? uols gila durian ke??? atau gila tempoyak mcm akak? atau kedua2nya?? atau tiada satu pun jawapan di atas?? hahahahaha.... Labels: interest |