
![]() |
Unplanned
Jul 6, 2012 | Friday, July 06, 2012 | 2 comments
Semenjak ada anak angkat ni, bertambah bizi pulak rasanya. So far, dah ada banyak jugak improvemant antara Tabby n Roxy. Dah boleh kejar2 dan saling mengekori satu sama lain walaupun masih ada batasan jarak. Dan pagi ni tadi nampaknya dah mula main cuit2 tangan. Tapi masing2 takut2 dan jual mahal lagi..;pOk, sebenarnya nak cerita pasal projek pagi selasa lepas yang tak dirancang(unplanned). Huhh! Cerita dah basi gak lah ni kan. Jumaat baru sempat nak masuk blog. Petang isnin time tengah asyik layan dejavuuu, sambil feeling2 nak panjat gunung kinabalu, tetiba sorang member akak wassap (whatsapp) akak Yuu huuu jaaa (trademark tuan punya badan), bz ke? esok bz? nak join potluck tak esok? Wahh potluck? Benda pertama yang terlintas dalam kepala akak adalah, apa nak masak ni ehh? barang2 basah belum carik lagi. Takpe2, akak pun reply wassap bincang itu ini, akhirnya akak membuat keputusan Ok, boleh jugak join..ija beli soto je lah ehh? pinggan, mangkuk, cawan polisterin ija bawak Setttttt. Janji jumpa kat Rock Garden pukul 8.30 pagi selasa. Gila piknik lagi. Bukan calang2 potluck ni, tak gempak lah kan potluck dalam rumah je. hahaha. Sebenarnya, potluck ni anjuran kelab srimas tak silap akak untuk isteri2 petronas. Tapi disebabkan akak jugak ada kenal dengan beberapa orang di antara mereka dan baik juga dengan mereka2 ini, maka akak pun dijemput sama. Segan jugak lah mula nya. Sebab tak masuk list pun ni. Hakak isteri che'gu jer. hik3x..;p Memandangkan yang turut serta join pun tak ramai sangat dalam 7 orang termasuk akak, so akak pun ok je lah. Pagi2 pun akak memang free je. Ok, masing2 bawak macam2 jenis makanan. Syiok layan makanan sambil bentang tikar kat taman. Next time boleh buat kat tempat lain pulak kot. Sessi fotografi adalah wajib bagi kami. hehe. Masih menunggu gambar2 cun dari fotografer sebenar kami. Tapi tetap jugak ada dari kami yang tak bertauliah ni. Tak sabar nak tunggu gambar dari kamera mahal. Akak guna henfon je. Guna henfon pun boleehhhhh!!..;p
Program makan2 memang sentiasa giat berjalan. Tertanya2 dan terfikir2 jugak ni, bila agaknya nak mulakan program sihat2 dan cergas2kan badan ye? Jogging2 yok!!! Badanku sudah semakin bam2 ni. Macammana lah nak feeling dejavu panjat gunung kinabalu cmni kannnn???? Labels: entertainment, friends, personal Monday Blues
May 29, 2012 | Tuesday, May 29, 2012 | 1 comments
Pagi tadi sepatutnya plan asal, akak akan ke hutan lagenda lagi bersama kawan akak yang juga merupakan cikgu sekolah yang sama tempat mr mj akak mengajar. Tapi disebabkan tiba2 beberapa program telah berubah, maka akak kansel untuk ke hutan lagenda buat hari ketiga. Lagi2 semalam akak dah ke sana bersama seorang kawan yang lain. Berapa banyak kawan daaaaa!!Esok petang insyaAllah akak akan bertolak balik ke banting. Balik kampung ooooo balik kampung, hati giraaaang lalalalala. Jadi, kesempatan yang ada harini (isnin) akak plan keluar brunch dengan kawan2. Lagipun, akak masih sensorang kat rumah kan. Siap kemas rumah, basuh baju dalam pukul 10 baru akak keluar. Pi coffee corner pekena kuey tiaw kungfu dia. Rasa dia ok2 je lah. Tak sedap sangat tapi boleh lah kalau rasa nak makan lagi..;) Disebabkan semua urusan kerja rumah dah selesai maka masing2 pun mulalah merancang nak pergi meronda2 dan berjalan2 pulak. One Segamat, satu2nya shopping mall yang baru dibuka di Segamat yang terletak bersebalahn dengan Stesyen Bas Segamat dan berhampiran dengan Stesyen Keratapi. Itupun masih belum secara rasmi dbuka. Tapi banyak juga kedai dah mula dibuka. Dengar cerita 1hb Jun nanti baru pembukaan rasmi One Segamat. Oklah kot, ada lah feel seakan2 berada di jusco bukit tinggi hehe. Hello2 mr mj dalam pukul 12 lebih, dia bagitau budak2 pun belum bertolak balik lagi sebab bas pun belum sampai. So green light lah kan untuk berjalan2 secara senang hati. Banyak kedai kitaorg masuk, dari kedai henfon, butik baju, kedai alatan komputer dan last sekali disebabkan kehausan, kita layan cool blog dulu. Alhamdulillah legaaa.. Akak lupa pulak nak snap gambar one segamat tu. Cuma ada dua gambar je posing2 dalam kedai. haha tu pun ehsan kawan akak. Posing adalah wajib kot kalau dah keluar bertiga macamni. Layan je lah ehh. Cekidauuuuuut!!
alompak agogo...hahaha..:p
Labels: entertainment, friends, personal Kenangan terindah
May 25, 2012 | Friday, May 25, 2012 | 6 comments
Bila ada waktu terluang, memang digunakan sebaiknya untuk blogwalking ke blog2 pilihan. Seronok membaca berbagai2 kisah kehidupan, luahan rasa, info berguna tak kurang juga gossip2 terhangat artis2. HehePada waktu terluang juga, akak rajin membelek2 template pilihan hati dan ketika itulah kenangan lama datang silih berganti. Teringat zaman2 berhantunya melayan template2 bermula dari myspace sehinggalah berpindah ke blogger ini. Di awal pembabitan akak dalam bidang blog ini, akak banyak dipengaruhi oleh seorang kawan alam maya yang banyak mengajar dan juga sedikit sebanyak memberi inspirasi dengan idea2 kreatif beliau. Akak sangat kagum dengan kebolehan eya. Seorang yang dilahirkan penuh dengan idea2 kreatif untuk mendesign yang pastinya tiada pada akak. Kebolehan semulajadi anugerahNya yang tak ternilai tak boleh ditukar ganti juga dipelajari. Maka tak hairanlah kini, eya telah pun menjalankan perniagaan online untuk mendesign bisnesscard dan macam2 lagi. Boleh jalan2 ke sini. Rindunya zaman dulu2. Sewaktu sama2 menggilai template sehingga sanggup seharian suntuk mengadap kod2 html yang memeningkan kepala. Ada kalanya kami berdua bergayut sehingga larut malam berbincang mengenai template2 bila ketika apa yang dibuat tak seperti yang dihajati. Bila ingat2 balik kelakar pun ada. Bila kejap2 silih berganti antara akak dan dia, cuba tgk template aku kak, header aku ok ke tak? center ke tak? haa!! senget?? alamak, cmne ni??..hahaha Kadang2 rakan yang kita kenal hanya di alam maya juga akhirnya boleh menjadi antara teman yang sangat memahami minat dan cara kita. Tu la antara kesan positf bila kita aktif di laman2 sosial atau apa sahaja yang seumpamanya. Kini, eya sangat sibuk dengan urusan bisness untuk menyiapkan design2 yang ditempah pelanggan. Akak tumpang sangat2 berbangga dengan apa yang eya ceburi sekarang. Selamat maju jaya buat eya sahabat alam maya (pssst..sebenarnya kami dah pernah berjumpa sekali). Semoga eya terus berjaya. Terima kasih kerana selalu memberi semangat pada akak ye!..;) Segala kenangan terindah akan terus mekar diingatan akak sampai bila2. Ecececeh!!..;p Labels: friends, interest, personal Busy Dating..:p
May 17, 2012 | Thursday, May 17, 2012 | 1 comments
Fuh, harini agak busy.Member call semalam ajak keluar breakfast pagi ni. Kebetulan nak ambik haziq balik awal, so akak on je lah. Kali ni ramai pulak yang join breakfast. Bertambah meriahlah suasana kat kedai kan. Harini juga berkenalan dengan dua orang kawan baru. Alhamdulillah, terjalin lagi satu ukhuwah..:)
Salam kenal kak faz..:)
Akak ni jenis cepat mesra. Walaupun baru kenal sehari dah macam kenal bertahun. Nak kata peramah sangat pun tak jugaklah. Tapi mungkin jenis yang cepat je masuk dengan orang baru. Kalau orang suka nak berkawan dengan kita, kecik tapak tangan satu kipmart akak tadahkan. hahaha..
betul2 open table..
Masing2 ada urusan awal so takdelah duk berbual lama2 kat kedai. Akak pun dah janji dengan haziq nak ambil dia awal balik dari sekolah. Esok dah start exam paper wajib. Tu yang budak2 tak sabar2 nak balik rumah nak study lah konon2nya. Pukul 10 akak dah menepek depan sekolah haziq. Tapi tunggu dalam kereta je. Cuaca memang panas. Berpeluh2 menunggu dalam kereta.
kalau kulit gebu semacam ni confirmlah edit..haha..:p
Pukul 10.30 sampai rumah. Sidai kain, terus je lelaju masak kat dapur. Masak simple2 je harini. Sebab mr mj dah sms awal2. Nanti abang balik ada bungkuskan nasi beryani. Dorang kata sedap. Wahh terharu sbb ingat jugak nak bawak balik bagi anak bini rasa. Tq lalink..
Siap masak dan kemas, terus pi umah kawan. Dia call masa on d way balik rumah tadi. Nak jumpa sangat katanya. Husband kawan akak pun kebetulan ada game kat luar so tak balik tengahari tu. Lepas zohor dan makan kami date di secret recipe pula. Ingat nak privacy sebab biasanya takde orang. Alih2 hari ni ramai pulak orang. Celebrate hari guru kot?
saja kasi teleng tengok gambar ni..:p
Masa order tak beringat. Bila nak habiskan baru terkulat2. Selesai sesi berbual mesra dan sesi meluah perasaan kami pun balik.
Malam mr mj siap2 terus ajak keluar. So lelaju je siap2. Time untuk date dengan lalink lah pulak kan. Haziq takmo ikut study lagi katanya. So masa untuk berdua bersama beringan mesra. Ececeh. Gi mana pulak tu??
Candle light dinner?? Hurmmm, date kat nirwana okey! Gi beli barang2 dapur..hahaha..:p
Pukul 10 sampai rumah. Barulah terasa letih badan. Tapi macam rasa bersalah dengan blog sebab seharian tak sempat jengah dia lagi. Boleh gitteeew???
Maka, terjadilah entry ni.......;))
Labels: entertainment, friends, personal Kalau dah jodoh tak kemana..
May 14, 2012 | Monday, May 14, 2012 | 1 comments
Jumaat lepas tiba2 macam rasa nak pekena roti bakar. So set up a date dengan sorang member akak ni. Disebabkan dia kerja so date kenalah lepas dia balik keje. Dalam pukul 5 lebih macamtu dia datang ambik akak kat rumah. Manja ok akak ni dengan kengkawan, nak date pun orang jemput...:pPetang tu, mr mj dgn haziq pun takdak rumah. Haziq ada kelas tambahan so mr mj lepak sekolah sementara tunggu haziq balik. Cuaca pulak mendung tu yang tekak pun mulalah merancang macam2. Kali ni kitaorg pi terjah nanyang siang pau. Ehh?? apa ke halnya nak ke kilang suratkabar nak pekena roti bakar ni? Nanyang kopitiam sebenarnya okeyyyy..;)
ni bukan di hospital ye walaupun akak date dengan seorang nurse..;p
Sampai sana je tetiba macam. Ehhhh, macam kenal lah! Laaaa rupanya ada pulak 2 orang member yang akak selalu date pun ada kat situ jugak. See, ni laa yang dikatakan kalau dah jodoh tak kemana. kannn. So, apa lagi terus lah open table. Tapi dorang punya order dah sampai pun. Akak dengan member akak yang baru datang ni tinggal duk semeja je dengan dorang bedua. Tengok diaorang layan nasik sedap jugak. Oh, tapi tak boleh coz malam ada date dgn che abg pulak. Mau sebu perut nanti kan.. Last2 akak tak jadi pun order roti bakar. Poyo je kan. Atas cadangan member akak sorang ni, akak pun lupa apa nama menu tu. haha. Dia macam rupa jemput2 je gamaknya. Cuma isi dia agak basah dan ada sotong. Sedap jugaklah. Tapi lupa pulak nak snap gambar. Kadang2 kalau dah jumpa ramai2 macamni, tak ingat apa dah. Gelak ketawa beramah mesra je sampai lupa nak buat semua benda.
pose beramai2 jugak yang tak pernah lupa
Santai sangat kan? Siap ada yang bersila dah tu. Dah macam rumah sendiri je kannnn. Hehehe.
Labels: friends Ladies day out!
May 4, 2012 | Friday, May 04, 2012 | 4 comments
Ni aktiviti pagi khamis..sesekali keluar breakfast dengan kengkawan memanglah heaven..tu pun setelah masing2 dapat keizinan suami2 yang sangat sporting dan understanding..tq darling!..ecehhh..;pKali ni kitaorg layan sarap modern dan ringkas je pulak..hari2 lain dah pekena soto, nasik lemak, mee udang dll..kali ni jom layan kfc breakfast..;) ngam2 untuk tiga orang punya menu..tu pun tak habis.. Biasa sebelum ni dok layan mcd untuk sarap so kali ni try rasa kfc punya pulak..yang bestnya kfc boleh refill coffee tau..best sesangat!..;)..lain kali boleh sarap kat sini lagi..:) Chit chat pastu snap2 gambar bagai sampai lah pukul 10..biasa lah kalau dah berjumpa banyak ketawa dari bercerita..ketawa kan awet muda.....ttdma..;p..yang bestnya time weekdays kfc adalah sangat lengang..rasanya pagi tadi kami bertiga yang sampai paling awal.. tak sah lah kan kalau tak posing2..:p Kalau dah keluar macamni tak sah lah kalau port satu tempat je kan..mesti ada je tempat lain nak dituju..jalan2 cuci mata kat butik tudung mya zara..siap posing2 jadi model tudung lagi..hik3x..;p Cantik2 juga tudung kat mya zara ni..akak baru 1st time pergi..sebelum ni tak tau pun ada butik mya zara ni..kesian, sangatlah ketinggalan..huk3x..kengkawan dah ajak apa lagi lah kan, best gak cuci2 mata dan gaya2 sakan..haha..kita layan model2 tak bergaji ni dulu jom! hehehe..
model pertama dengan tudung 3 layernya..cantekkk kan modelnya!..hehe
seryess tudung dan model dua2 pun cun..;)
harussslah nak jugakkan..menggayakan tudung model pertama..haha
Memang meriah butik tu..bertiga campur dgn budak2 yang jaga butik berlima je tapi dah macam 10 orang ada dalam tu..bayangkan je lah kan cmne happeningnya..so, pada sesiapa yang duduk area segamat ni, marilah datang beramai2 ke butik mya zara yang terletak di bandar utama..mya zara juga menerima tempahan manik dan diamonds untuk tudung yang dibeli di situ..lip lap dan bling2 uols!! Last but not least, mari kita gambar ramei2....ngeeee.. Ok dah siap bergambar sume..jom balik dah jom!! tapi.....ehh hauslahhhh..apa kata kita minum dulu!!!!..gambar?? haa kat situ tak dan dah nak berposing2..kang nyampah pulak orang tengok kang!!..muahahahaha..:p Sekian untuk ladies outing kali ini......:) Labels: entertainment, friends, personal, shopping Reunion lagi!!
Jun 29, 2010 | Tuesday, June 29, 2010 | 2 comments
semlm adalah kenangan, hrni adalah kenyataan, esok masih angan2. jap2..konpius ni apa kaitannya intro dgn entry nih....;p yeay!! reunion lagi!... tapi..... kali ni bukan reunion batch akak. tp reunion utk mr MJ akak pulak. dan bukan jugak reunion utk batch satu sekolah dia, tp reunion bekas2 pelajar mr MJ akak ni. amat terharu kerana bekas2 pelajar dia ingat sgt nk jemput bekas ckg dia ni utk sama2 turut serta dlm majlis mini reunion diaorg..:-) ![]() majlis reunion ni kecil2an. tp still buat kat hotel villa kat segamat ni lah. yg dpt hadir pun tak ramai. mgkin timing tak bape kena kot. sbb reunion ni diaorg buat masa wknd nk naik sekolah tu. so masing2 klau yg duduk jauh dh bz nk blk rumah masing2 lah pulak agaknya. majlis sederhana tp tetap best lah akak rasa. bukan majlis formal pun. just jumpa2 n mkn2..haaa part makan2 tu yg plg best. ekekeke. bg akak lah...hehehe.. dan best jugak bila dpt berjumpa dan berkenalan dgn sahabat baru. well, biasalah akak ni..kan ke mesra alam?? boleh je masuk dgn sape2, selagi diaorg pun boleh beramah mesra dgn akak..;-) alamak!! tetiba mati idea sbb bunyik sms kat henpon ni td. hahaha. ok2 sambung blk cite... ![]() bila bekas pelajar berjumpa semula dgn bekas guru ni, tgk2 mcm dh lebih kurang je masing2. hehe. maklum lah masing2 pun dh advance dari segi saiz dan paras rupa. ngeee..dan time kasih tak terhingga bagi pihak mr MJ akak jua, kerana jemputan dan juadah hidangan yg sgt sedap. bygkan uols akak makan semeja 3 org je? muehehehehe. jgn jeles!! keh3....;p ![]() tiba2 rasa rindu pada kwn2 lama. ishh. tak prnh tak rindu pun sbnrya. tak jumpa dh tentu lah rindu. baru lepas jumpa pun rindu jgk. pelik betul lah! erti persahabatan mgkin. bila rasa lahir dari hati dgn penuh ikhlas. mcmtu lah agknya..:-) semoga akan ada lagi majlis reunion utk batch akak pulak lagi satu masa nnti. tunggu lama2 sikit pun takpe. biar betul2 rindu membuak2 dulu. dan klau dpt berkumpul lagi. pasti meriah dan happening mcm dulu...rinduku memaksaku menyayangimu..eceh!!!! Labels: friends Bowling part 2!
May 7, 2010 | Friday, May 07, 2010 | 2 comments
2 hari lepas kan ada cite pasal betapa sedihnya akak sbb skill main bowling amatlah lemah. sbb terlalu sedih, tu yg x dpt nk smbung cite pasal bowling tu. hahahaha. ok2. kali ni takde dah cite sedih2. nk cite pulak kegumbiraan pabila kengkawan satu kepala dh berkumpul. meh layan gbr2 dulu....;p Dlm event invitation akak buat, tajuk event kemain gah. bowling tournament. pehh! org dengo mesti bygkan ada piala pusingan bagai kan. dan yg masuk pertandingan ni mesti lah pro2 punya bowler. Tp hakikat kebenaran nya, kah3. gelakkan je dulu. mmg juara lah kitaorg ni, juara L. muahahaha. tp ada sorang dua tu mmg boleh tahan terel gak wooo. caiyok sama dorang..;-) Apapun event2 dgn group mcmni mana yg prnh x best kan? klau dh berkumpul, berjumpa, bowling ntah ke mana lah jwbnya. asyik pot pet je keje masing2....;p Game start pkul 2pm. akak buh kat event 12.30 tghri. sbb biasa klau janji melayu ni klau letak gak pukul 2 harus pkul 4 bru smpai kan. ermm melayu jgk yg disalahkan bila sebut soal janji ni ye. huhu. akak klau pasal masa ni agak on time sikit..;-) so akak smpai sana pkul 12 sbb dh janji dgn naib pengerusi utk bantu dia sikit2. disbbkan ahad tu cuti dan sabtu tu adalah cuti umum hari pekerja, punyalah penuh basement park dia. smpai ke aras 6 pun 3 kali pusing nk carik parking. dugaan betul hrtu..huhu Wpun bowling ni asalnya utk alumni form 6 akak je, tp akak amik kesempatan gak ajak geng2 bas sekolah jaman akak kanak2 riang dulu. hik2! waktu form 1-3. oklah dia pun dpt dtg join. snggup turun dari pasir gudang semata nk jumpa kengkawan. sgt best! Mmg penat, sbb mlm tu akak nk terus blk segamat lah pulak kan. sbb isnin dh start sekolah. penat tp sgt seronok. penat ketawa, berborak dan bergbr. hehe. yg pntg mmg enjoylah! tp satu perkara akak musykil. erkk, kenapa lepas jumpa2 mcmtu tetiba jadi semakin rindu ye?? ermmm, cmne nih? lagi jumpa lagi rindu. ni yg nk plan utk next event pulak ni. next event punya planning, jom berpiknik!!! Labels: friends Bowling lah pulak!!
May 4, 2010 | Tuesday, May 04, 2010 | 2 comments
wknd semlm ni cutikan. so klau cuti mesti ramai pi bercuti2 kan. takpun blk2 kg ke kan. akak pun cmtu ler jgk. bila cuti berturut mcmni wpun 2 hari je, akak telah menggunakan kesempatan yg baik utk blk kg umah mak akak jgk. uols, ni dlm sejarah paling lama akak x blk umah mak tau. 2 bulan lamanya. mmg boleh masuk hari ini dlm sejarah lah. takpun boleh gak nak masukkan dlm history channel. ishhh start dah merapu2 bina ayat..;p kdg2 bila dh lama x menulis. idea yg kluar pun ntah mcm apa2 jer kan. ishh kenapalah akak skrg? dhlah taun ni mmg taun bz bg en MJ dan haziq. sabtu pun ada je hal. akak pun cam bz sama pulak. mcm takde masa je nk duk pikir2 nk kelentong apa dlm blog ni. wakakaka. takdelah, akak mana ada kelentong. sume cite2 dlm ni adalah ikhlas dan jujur dari hati akak dan segala cite adalah benar2 kejadian ye bukan cobaan. ekekekekek.. ehh, pjg dh intro akak ni. haa tulah dia, klau dh start menaip kang merapu2 payah pulak nk benti nyer. huhuh. berblk kepada tajuk penceritaan akak ni, akak nk cite pasal bowling sbnrnya ni. dlm byk2 sukan kan. akak suka dgn sukan bowling. eceh!! dan2 ni dlm sminggu dua ni tetiba mcm ketagih nk main bowling je. tido bowling, makan bowling, gossip bowling. hahahah. dah2..;p sblum ni tak heran pun dgn bowling2 ni. prnh masuk pusat bowling, prnh jgk tgk2 org main bowling. tp ikhlas x prnh try pegang bola bowling pun sblum ni. sedih kan..:( segalanya pasal bowling ni bermula dari program utk alumni akak lah. punyalah excited campur cuak campur saspen campur blurr. hahaha. bila naib presiden alumni bagi cadangan utk buat pertandingan bowling. tp sbb akak sporting, ecececeh! akak terus je stuju. dan bincang punya bincang akhirnya kami telah memilih 2hb 5 utk bowling tournament tu..;-) tp dlm keterujaan ittewwww, korang bygkan lah akak ni toksah katalah biasa main bowling kan. pegang bola dia pun x prnh. tak ke haru nanti? tp takpe, demi kengkawan terchenta akak gagahkan jua intai2 kat youtube cara2 bermain bowling disamping roger2 gak lah pada kwn2 yg pandai main tu. bagi akak lah kan, sbnrnya apa jenis sukan pun bergantung pada bakat lah jgk, sbb klau mmg takde bakat, ko prektis lah smpai sengal tgn pun, prektis lah smpai terseliuh jari pon, tetap ko takleh nk setanding shalin kan. hahaha. perbandingan x hengat2. dpd tak prnh pegang bola trus nk terer tahap shalin zulkifli. wakakakaka....;p tp kesimpulannya, akak mmg sengallah dlm sukan2 ni. ramai yg kata bowling tu senang je. ko leret je bola tu straight ikut anak panah tu, maka bola dgn chanteklah akan menghentam pinball2 yg tersusun indah tu. ermmm, ok akak faham cara2 nk baling tu. ye akak jgk berjaya mencuba utk leret bola tu straight ke ank panah tgh2 tu. tapiiiiiiiiiiiii, kenapa bila bola akak smpai je ke pinball2 tu, dia terus melencong ke kiri dan tetap menuju ke longkang??? why?? tell me why?? dan kekadg jgk bila akak dh hampir2 putus asa dan x kuasa nk memandang bola akak yg hampir2 nk masuk longkang tu, tetiba dia melencong ke tgh2 bola dan menyebabkan akak berjaya utk score strike??? hahahaha. mmg sgt konpius di situ. tp sgt sedih krn yg strike tu hanya sekali sahaja dan yg lain2 byk di saat2 nk smpai pin dia tetap memilih longkang utk destinasi terakhir dia. huhuh. sedih sgt nih. korang paham ke apa yg akak cite ni?? ekekeke oklah, dh lah dulu cite pasal bowling ni. sedih sgt, tak tertahan rasa di hati. ermm akak nk wat entri sambungan pasal bowling buleh tak? buleh lah ehh. sbb di sebalik cite kesedihan akak ttg keupayaan akak bermain bowling terselit seribu keindahan di masa pertandingan tu. ok, nantikan lah sambungannya yg ntah bila. hahahaha..ok2 akak cuba utk sambung seawal mgkin bersama gbr2 terhangat di pasaran. to be continued.........:p Labels: friends Kasih bertaut kembali II..
Feb 8, 2010 | Monday, February 08, 2010 | 12 comments
Kasih yang jauh sangat dinanti.. Hati merindu menanti kasih.. Kasih datang bertaut kembali.. Eceh!!..pantun jiwang x brape nk jadi..layankan jelah..hahaha..hampir 2 minggu telah berlalu..yg dinanti akhirnya muncul jua..apa dirancang kini di dpn mata..pertemuan hati pertautan kasih..bila dah bersatu..mmg lah haru biru dibuatnya..hehehe 30hb yg lepas..sabtu sempena cuti thaipusam..spt yg dirancang..perjumpaan kali pertama bagi bekas2 pelajar tingkatan 6 SMK Telok Datok batch 92-93 telah diadakan di rumah sahabat kita iaitu Dr Norazah Omar..mmg best!.mmg happening!..mmg sempoi!..mmg meletop!! Majlis sepatutnya dijadualkan seawal jam 10pg..maknanya..sebelum pkul 10 sepatutnya semua dh mesti berada di rumah azah..dan akak mmg agk punctual pasal timing nih..so akak telah pun smpai seawal lbh krg jam 9.40pg..ok lah tu kan..kali pertama bertengtang mata dgn azah setelah 17 tahun x berjumpa..bygkan jelah kan..sah2 lah peluk2, lompat2 ala2 sopan, terharu, teruja dan mcm2 lagilah..malu pun ada..akak terus di jemput ke meja pendaftaran..uihh siap kena register uol...:p Lepas register masuk dlm sesi fotografi..layanzz..dok gbr bertiga..akak, haziq n mr MJ..;)..then kuar blk azah suh bekfes smbil berborak2 sambil menanti sahabat2 yg lain.. Jam menunjukkan pkul 10.30..aikk?? mana yg lain2 ni? ermmm agak2 korang salah tgk jam ker?? jam korang lambat ehh? ke jam kitaorg yg tercepat?? ahahahaha..biasa lagi dia..lambat yer!!..tp takpelah janji dpt dtg kan..cuma akak jelah terover lama nya kat rumah azah..smpai plg awal blk pun plg lambat..ishh..ishh.. Dlm kul 11 lah kot, baru sorang demi sorang pun muncul..haishh apa lagi lah kan..mmg meriah lah..hilang segala malu dan segan..dek kerana terlalu teruja kerana dpt bertemu semula..semua siap register, sesi fotografi sekluarga dan akhirnya acara pun dimulakan..acara pertama adalah sesi bicara diri..tp baru sempat 3 org memperkenalkan diri masing2..kami sume berhenti rehat bagi menghormati waktu zohor.. Jd masing2 solat jemaah..ada yg jamak..ada yg klau boleh nk travel jauh sikit sbb nk jamak..hahahaha..sape tu ehh? smbil2 bergbr2 lagi dlm blk azah yg sgt luas dan besar..ada balkoni mengadap tasik lagi..masing berpossing2 x hengat dunia..mmg feel 18 taun..lupa skejap masing2 dh mak2 org..takpelah kasi jelah chan bukan selalu pun..;p Siap solat sume majlis diteruskan dgn sesi bicara diri td..turn dibuat mngikut cabutan undi..so nasib lah kan sapa2 nama yg naik dulu tu..yg dh awal2 dh senyum2 lah kan..mana tak panik semcm masing2..bicara diri tu dh lah kena berdiri dpn pastu kena pegang mic pulak tuh..ayoo!!..gigil masing2 nk tunggu turn..tu takpe lagi..dlm cabutan undi tu pulak..ada 3 cabutan istimewa..istimewa lah sgt..sbb selain dari kena bicara diri dia jgk kena menyanyi..yg pelik nya..akak ni biasa klau cabutan bertuah jarang benor bertuahnya..tp cabutan istimewa yg hanya 3 ni..buleh nama akak naik?? adehh..parah ko!!..akak kena nyanyi lagu pudar rossa..menangis rossa klau dgr akak nyanyi..pitching ke laut kak!!!! Selesai sesi bicara diri, sesi utk ank2 pulak..acara sambutan besdey beramai2 bg yg lahir dlm bulan 1 je..acara music chair dan acara letupkan belon..si haziq akak punya geram tgk bdk2 masuk acara letupkan belon tu..dan2 tu dia duk dpn mengadap..hahahaha..agak nk masuk mcm dh lebe umur pulak kan..sabo jelah haziq!!..ekekeke.. Ingatkan selesai acara utk bdk2..dah habislah program utk hr tu..sekali rupanya2 ada pulak lagi acara last iaitu acara kotak beracun..haaa yg ni acara utk mak2 dan bpk2 budak..kitaorg lah tu....:p..mmg happening, mmg kelakar, gelak ketawa sepnjang masa..betul korang..tau idak?? blk umah mlm tu akak sengal2 badan..rasanya pasal terlebe ketawa..hahahaha.. Tamat sudah semua acara, kini masa utk mengucapkan selamat tinggal lah pulak kan...mgkin kurang sedihnya sbb masing2 pun still boleh contact2 dlm fb lagi..so masing yg dh ada fb ni sibuk lah dok promote kat kwn2 yg lom ada..kemain sakan lagi..so bg yg xde fb sblum perjumpaan hrtu..kini dah ada..dh pndai dh komen2 sume..hehehe..sape tu yer?? Suasana majlis mmg penuh dgn gelak ketawa..klau tgk gbr masing2 kebykannya sume gbr leh buat model iklan ubat gigi..hahahaha..semoga kegembiraan spt ini tidak berakhir hanya di rumah azah..semoga akan ada majlis pertemuan utk yg seterusnya..rasa2 mcm nk buat kat dewan sekolah lah pasni..baru best..betul2 punya nostalgia tuuuuu.....;-) Labels: friends 6A1 indah abadi dlm kenangan..
Jan 21, 2010 | Thursday, January 21, 2010 | 11 comments
Fuhh semenjak 2, 3 menjak ni..tajuk2 entry akak penuh mendalam jiwa..penuh perasaan..penuh gaya dan keunggulan..hehehe.. ![]() azah, ija pinjam gbr yer..wpun ija xde dlm ni..sob2.. Sbb feel dan perasaan akak masih dibuai keindahan bertemu sahabat2 yg dirindu sekeliannya..17 tahun terpisah..satu jangkamasa yg sgt lama..bygkan betapa kerinduan yg mendlm itu..tanpa diduga terubat jua akhirnya..akak meninggalkan zaman kenangan itu sewaktu last meninggalkan zaman persekolahan akak..zaman penuh memori indah dan luka..zaman akak mengenal erti kehidupan..zaman bermulanya akak menempuh perlbagai dugaan..ada kalanya akak kuat..namun seringkali jua akak rebah.. Sahabat yg akak sayangi sekelian..meraka lah menjadi sumber kekuatan akak utk terus mengharungi segala cubaan dan dugaan itu..ye hanya mereka yg tahu 'sengsara' itu yg akak lalui..mgkin ketiku itu bagi akak ia ranjau yg penuh onak dan duri..dan mgkin lebih tepatnya dan sgt sesuai utk akak diberi gelaran minah airmata.. Kdg akak merasakan akak kehilangan satu zaman keindahan di waktu sahabat2 lain benar2 mengecapi kebahagian di kala itu..namun akak pasrah dgn ketentuanNya..akak terlalu bersyukur kerana masih memiliki begitu ramai teman nan sejati..lantaran akak masih berdiri hingga ke hari ini..suka duka zaman itu masih segar dlm ingatan akak..jerit payah kita mengharungi zaman utk menggapai bintang dilangit..dan sebahagian besarnya telah pun berada di satu kedudukan yg sgt membanggakan akak..tahniah buat mereka... Pun begitu 17 tahun perpisahan kita, adakah pernah kita menjangka akan ada semula pertemuan sebegini rupa??..bagi akak tidak pernah sama sekali..ada kalanya masih tidak percaya..benarkan apa yg dirasa kini?? atau hanya mainan mimpi disiang hari? benar bagai dikata..mimpi juga kdg2 bukan khayalan semata..hakiki di dpn mata ini sama2 lah kita nikmati bersama.. Pada jed, azah, ina, lina, fisha, rozi, nisa, lela, ayim dan yg lain2nya..kenangan sewaktu bersama dulu teramat indah utk dikenang..memori semlm yg x mungkin pudar dlm ingatan..terima kasih pada semua kerana bersama kita memulakan semula sebuah perhubungan yg kian dierat dicipta..semoga perhubungan dan persahabatan ini terus kekal abadi selamanya.... Kisah kasih, kisah derita, kisah jiwa akak tidak berakhir disitu..di suatu sudut akak melepasi zaman itu dgn seribu makna dan keindahan..bilamana akak menempuh suatu kehidupan baru alam perkahwinan..segalanya mula berubah sejurus itu..semangat yg hilang itu semakin hadir kembali..sesungguhnya dia yg tersayang benar2 memberi sinar pengharapan baru dlm hidup akak..memberi segala kekuatan..memberi cahaya baru..memberi kehidupan baru lantaran kini..kusyukuri segala nikmat yg diberi..semoga ianya milikku yg kekal abadi.. Sahabat2 yg hadir semula kini telah menghidupkan kembali siapa ija yg sbnr..haii korang..apasal lah ni hati sayu disebalik sinar kebahagian bertemu kembali dgn korang semua ni??..huhuhu..tangis dlm ketawa..sedu sedan menjadi syair cinta....udah2..cukup2lah dulu...esok2 aku sambung lagi yer...huhuhu..... Labels: friends Kasih bertaut kembali!!
Jan 20, 2010 | Wednesday, January 20, 2010 | 7 comments
Perghh!! tajuk entry..agak2 boleh kalahkan cinta balqis tak??..hahaha..mood hrni sepanjg ming ni dan ming lepas adalah sgt bling2..teruja, terharu, terkejut, syahdu...haishhh.. Kali ni bukan pasal cinta balqis yer..tp auranya lebih hebat dari cinta balqis..pabila kasih bertaut semula..kenangan lama begitu mengusik jiwa..rindu di hati terubat jua..kasih sejati kembali bersama..suka duka memori semlm..kini dtg umpama cinta yg baru berputik..jiwa nan mekar syahdu di hati...lambaian kasih menyentuh hati..hahahahaa..lantak ko!!..akak tgh mood bersastera..layan kan je lah!!!!! feeling nih... Entry kali ni khas utk sahabat2 lama akak semasa kami berada di form 6 batch 92-93..retro tuh..yelah akak pun dah 3 series sekrg ni..hehehe..kasih lama kini bertaut kembali..facebook jua ikatan perhubungan mesra..mmg meriah ko fb akak skrg nih..sekali kitaorg dpt jumpa blk nih..hmm yg bz kerja ponn smpai x jadi kerja..kesian..hehehe..toksah kata yg kerja..akak yg kerja kat umh ni pun..byk keje tergendala woii!!.. Hampir 16 ke 17 tahun kami semua berpisah..lepas tu masing2 membawa haluan sendiri..mana yg sambung belajar..mana yg kawin..mana yg rajuk membawa diri..ehh ada ker?? hehehe..perasaan akak sungguh berbunga..bak mekarnya bunga di halaman rindu..ececeh..ni sbb dh jumpa bdk2 sastera ni habis dah rock kapak akak..hmm korang lom layan lagi jiwang karat dan sastera en MJ akak..mmg menangis punyalah..hahahaha.. Plg seronok...bila scanner akak tetiba ok..akak pun peliklah..selama ni scanner tu mcm rosak..dorang muncul jer..tetiba scanner tuh ting!..kembali beroperasi..sgt2 memahami jiwa kami rupanya dia..jd mmg sakan lah meng'scan' gbr2 lama yg mak aiiiii..toksahlah dibygkan betapa retro dan klasiknya kan..smpai diri sndiri pon boleh terguling2 ketawa tgk gambo sndiri..cmni rupa aku rupanya yer..huhu..ermm nk tgk ker??..jap akak pilih yg elok sikit..bukan apa takut je korang x sanggup nk gelak nanti....;p ![]() muahaha..cuba carik yg mana akak?? Sila tahan2 gelak tu..okey2 akak tau..mmg kelakar rupa akak masa tu..tp ok per..dgn seribu kepayahan dan kesanggupan akak utk sharing kenangan terindah ni taw..namun di sebalik wajah antara nmpak x nampak tu..di kala itu..tersimpan seribu kedukaan di hati..makan hati korang..sob2..sedih bila mengingat kembali..namun akak pasrah..dugaan yg mendtg itu sekadar utk menguji sejauh mana kita kuat dan tabah utk mengharungi..uhuk.. Okieh tutup cite sedey..akak x sabar ni..krn mengikut planning..pada 30hb ni iaitu sempena cuti thaipusam nanti..kami akak membuat satu perjumpaan kira mcm ala2 pra reunion gitu di rumah salah seorg dpd sahabat sejati kami dari kelas 6A1 (sama kelas dgn akak) iaitu Dr. Norazah Omar...buat azah..setinggi2 penghargaan buat azah krn sudi menjadi ruang pembuka utk kasih kita semua bertaut kembali!! Labels: friends Kenangan Mengusik Jiwa..
Oct 27, 2009 | Tuesday, October 27, 2009 | 18 comments
Org kata facebook ni tpt mencarik kengkawan lama..dulu x percaya..kini??..sudah percaya..x percaya??..percayalah!!..Akak register facebook ni lama jgk dah..tp masa tu fenin2 lalat je dgn fb ni..tgk2 mcm xde apa menarik pun..dah lah xde main page yg boleh kutukar2 dan kugaye2kan templatenya..kira cam x thrill lah kan..yelah mcm blog ke, myspace ke dan yg seangkatan dgnnya..kita leh main2 dgn koding2 html, xml lah..bleh lah mengasah dan menunjukkan skill dan bakat terpendam..smpai gugur ghambut pun akak redha..page kita..kita punya sukalah kan..redah jelah kan..hehe..ok2 ni apa lak melalut smpai skill lah koding2 lah..kan nk cite pasal kenangan ni..ahaks.. Berblk pada cite facebook lah kan..tujuan akak mula start aktif dlm fb ni sbb nk carik bestfriend akak masa sek dulu..bestfriend masa akak form 6 gitu..last akak dgr crite dia buat PHD kat UK..tp akak mmg lost contact dgn dia..bukan saja lost contact..segala contact no ke, contact address ke..sume pun xde..sedey masa tu..x taulah nape hati ini terlalu teringat pada dia ketika itteww..huhu..haaaa..jgn buat spekulasi dan skandalasi..bestfriend akak tu fomfuan..dah berkahwin dan last akak dgr cite dia dah ada 2 org ank dah..alhamdulillah..bertahun2 lamanya..kami hilang perhubungan..dan akhirnya facebook menemukan kami semula..terima kasih facebook..wahh ni dh mcm promosi lah pulak.. Bukan saja akak dpt bertemu sml dgn besfren akak tu..tapi juger akak dpt bertemu kembali dgn member2 kelas khas SMKTD 1987-1989..uwaaaa..rindu sama kelas khas ittewww..teringat kembali zaman2 kanak2 remaja baru bermula..ala zaman2 azroy filem gila2 remaja..ekekeke..retro sungguh hakak ye..juga zaman2 kegemilangan rock kapak bermula..yea yeah!!..masa tu akak form 1-3..dak tecek lagi masa tu..gila2 remajalah katakan..ekekeke..tp kelas khas tu adalah terbaek!!..dan plg istimewa adalah..kelas khas tu adalah kelas yg diwajibkan pelajar2 nya utk duk asrama..haa tp jgn x tau..akak mendpt pengecualian khas utk duk umah..huhu..apa lah kan..rugi sbnrnya..atas alasan akak selalu sakit gastrik..hmm trick lah sgt tu..pagi2 masa nk daftar masuk asrama elok je..elok mak dgn bpk smpai umah sakit pun dtg..adehhh..lakonan mantap sungguh..yg plg kelakar kot klau lah asrama dgn umah tu jauh utara selatan ke kan..ni adehh naik basikal pun konfem buleh smpai..cume berpeluh ketiak sikit lah..huhu.. Cuma yg sedeynya, akak hanya jumpa majoriti budak2 lelaki jelah..bdk2 pompuan adalah sorang dua..yg lain2..x dpt dikesan lagi..yelah mgkin dok sibuk jaga ank lagi, jaga suami, jaga rumahtangga..bukan mcm akak kan..sibuk layan fb dgn blog je..huhu..x kisahlah..akak tetap hepi sgt2 dpt jumpa bekas pelajar kelas khas ittewww..sgt2 touching okeh..bila tgk2 ghupe masing2..yelah memasing dah jadi laki org, bpk org..tp diaorg jgk still ingat kat akak lg..terharu2..sob..sob..okeylah akak nk tayang jap ghupe2 dorang zaman memuda dulu ye..kira zaman teruna trang tang tang ler lg... Labels: friends eja vs eya!!
Jul 21, 2009 | Tuesday, July 21, 2009 | 26 comments
hachemmmm!!..(bunyik bersin)..adehhh..manyaknyerrrrrr habuk..uhuk2..(bunyik batuk pulak)..meraba2 lagi ni..aduihh apa nk jadi dgn umah akak ni??..lama betul ditinggalkan..huhu..haishhh..ni sume penangan facebook lah ni..bukan apa..bila dah fokes pada satu benda tu mulalah yg satu lagi terabai..huhu..sian blog aku ni..bukan ku x ingat cuma ku x sempat..ekekeke.. okieh2..hampun yer kwn2 sekelian..akak ada je dgn rutin biasa akak..nk carik akak..silalah jemput beramai2 ke facebook akak ye..kalau xde dlm ladang..adalah dlm restoren..ekekeke..maklumlah keje kuat skrang ni..bnda nk cite ni pun dah lama benornya..tp xpelah..citelah jgk..sape yg sudi tu bacalah yer..;) haa apa jadi ni?????..eja vs eya??...gaduh ke nih??..#$%##@%#@#$!!..wahhh..dasyat tuh..ayooo!!..tulun bang brahim!!..tulun..relax2 jgn saspen..x besh lah kan gaduh2 ni..nanti cepat TUA..ohhh..akak sungguh sensitip dgn perkataan TUA yer..muahahaha..hanya mereng je yg tau..wakakaka..ada apa sama eja dgn eya ni??..nama nk sama dah..tp awat pulak ada vs2 nih??..klau eja feat eya tu best lah nk dengo kan..mana lah tau kang tetiba lak lahir album sulung eja featuring eya..hahaha... hehe..akak dpt adiah!!..yeayy!!..jgn lah kata cikai eya..akak suka taw..:) so kesimpulannya..eja tidak bergaduh dgn eya ye..dan eja juga tidak berduet dgn eya juga..haha..eja hanya terima hadiah yg sgt bermakna dari eya..time kasih byk2..sori sgt2 akak janji nk publish dari minggu lepas lagi..baru hrni tertunai..huhu..kenapa akak dpt hadiah?? hmmmm...nak kata menang moto, x masuk apa2 pertandingan power root ponn..jadi kiranya saja2 jer lah dpt hadiah..x salah kan..hehehe..okiehlah..cukoplah dulu bebelan utk hrni..sehingga berjumpa di hari yg lain pula..opppsss!!..hari lain ke??..ke minggu lain??..jgn bulan lain udah lah kaaaaaaaaaaaaan........ Labels: friends Mekasih pulak utk dak eya dan dak mereng..leb u too lah!!..muahh2..
May 29, 2009 | Friday, May 29, 2009 | 14 comments
Amboi mak kali ni tajuk entry kemain pjg..haa amik korang..sekali hakak dtg mood..sehari smpai 2 kali post entry..siap tukau template lagi..hahahaha..pasni jgn sebulan cuti2 msia lagi udah..ekekekek..ada gak yg kene upah dak yan mereng bekum blog akak ni..leh lah yan..yan kan suka aktiviti lasak..vakum2 ni kira aktiviti lasak tau..muahahaha..Akak mmg terharu je rasa ni..sejak semlm terharu..eyaaaa..nak tau idak???..mula2 kan akak sedey tau..ingat eya x ingat kat akakmu yg tersayang ni..ekekeke..mgkin sbb akak x pakai helmet kot..hahahah..tp rupanya tanggapan ku salah belaka..ramalanku tidak benar belaka..ekekeke..mekasih yer eya..akak shoka sgt ni..asyik senyum smpai tinge jer ni..nak2 pulak tetiba kad tu di share bersama dgn dak yan mereng..terharu lagi!!.. Yan..ngeh..ngeh..ngeh..saja je nk letak nama yan byk2 ni..kasik melotup sikit masuk blog..ekekeke..wpun rupamu tidak org lain kenali (akak dgn eya je yg kenal)..tetapi kemerenganmu tetap menjadi pojaan hatiku!!!!!!!!... Labels: friends Terima kasih zaza!!..;)
| Friday, May 29, 2009 | 11 comments
Time kasih pada sume kwn2 yang wish kat akak yer..segala ingatan dan ucapan sgt2 akak hargai dan telah membuat akak sungguh terharu..ececece..lebih terharu lagi dan mekasih pada zaza yg sudi buatkan enibeseri kad utk akak dan telah pun dipublishkan di blog dia..mekasih atas ingatan tulus ikhlas ittewww..akak sgt2 hargainya..;)![]() p/s - yee haaa!!..dah gerak2 dah kad ni..ekekeke.. Labels: friends Jumpa sape tu???
Apr 27, 2009 | Monday, April 27, 2009 | 17 comments
salam ceria dihari isnin..:)..lately aku rasa mcm bizi je..nk update blog pun rasa mcm x sempat je..apa lah yg bizi sgt pun aku sendiri konpius..ekekeke..apapun wknd semlm ni antara wknd yg plg best dlm hidup aku..ahaks..kenapa best??..kerana aku telah bertemu dgn seseorang..hohoho..jgn jeles kengkawan..mcm lah ada yg nak jeles ponn..wakakaka..ekceli semlm aku jumpa dgn sis rasp..lokasi perjumpaan adalah di kopitiam segamat, johor yer..diulangi!!..kopitian SEGAMAT, johor..haaaa..tgk tu betapa lah sis rasp smpai sanggup jauh2 turun ke segamat semata2 nk dating dgn i tau??..korang jgn jeles yer..muahahaha..xdelah..sbnrnya sis rasp kebetulan blk umah MIL dia kat segamat nih..dan jodoh pun ada pulak antara kami ni..wknd nipun kebetulan aku x pi kemana..so apa lagi..haruslah buat janjitemu kan..;)mula2 sis rasp bgtau dia blum konfem 100% nk dtg segamat ni..klau dia jadi dtg dia akan inform lagi..so tunggu hari sabtu punya tunggu smpailah ptg senyap je..aku mmg ingat dia x jadi dtg..tp tup2 dlm kul 6:31pm petang sabtu..(masa adalah tepat ok!!..hehe)..aku terima sms yg berbunyi "salam dearie, i dah smpai kat segmt..we meet up esok ok..dlm kul 11lebe pagi ok? venue esok kita set leh?" maka aku pun apa lagi, x sempat nk reply2 sms dah, dgn berani gagah perkasa nya aku terus je call sis rasp..wpun bila dah call tu tetiba je rasa cam dag..dig..dug jantungku berdegup..ekekeke..tp sis rasp mmg best..call je dia pun jwb mcm dah lama sgt kenal..mcm dah biasa calling2 kan sis rasp?..:D..masa call dia tgh jln2 kat pasar mlm..so janji2 esok konfem nk dating..ngeh..ngeh.. sis, lupa nk tnya..nama betul ur youngest tu sapphire ke??..n mmg sangat happeningnya..bila sbnrnya hsband kami saling mengenali..tp yg tu biarlah tetap rahsia antara me n u kan sis??..ke boleh bukak rahsia nih??..hahahaha....... Labels: friends Happy Anniversary to Eya!!
Apr 1, 2009 | Wednesday, April 01, 2009 | 15 comments
![]() Anniversary Joy For sharing your affection; It’s obvious the two of you Have quite a deep connection! I send glad congratulations And heartfelt wishes, too, For joyful happiness and love In everything you do. buat eya..selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg kelapan..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan semoga dilimpahkan dengan rezeki yg berpanjangan..:) p/s - mkn cheese cake ingat akak taw!!..ekekekek... Labels: friends entry khas di Penang - stengah jam bersama EJ
Dec 11, 2008 | Thursday, December 11, 2008 | 11 comments
Khamis, 11:25am - spt yg dijanjikan..ahaks..(mcmlah ada owg nk tuntut ponn)..ekekeke..kenangan yg terindah di penang bersama bloggy fren iaitu EJ..mmg sungguh x disangka dan jangka pun yg benarnya..baru sgt kenal EJ nih..yelah akak memblogging ni pun baru sebln dua nih kan..kenal EJ nipun stakat bagi2 komen..pastu say hi2 n bye2 kat chat box..tp mcm owg ckp mgkin ada kemistri ke kan..wakakaka..so bila terjadinya saja planning nk ke penang ituh, maka segeralah aku tringatkan EJ nih..sbb tau dia nih owg penang..so sajalah kan bgtau dia yg planning nk ke sana..EJ pun mcm excited (yeke excited??)..jer bgtau klau mcmtu mybe leh jumpa2..aku pun lebih2 lagilah xcitednyer nk pi jumpa tuh..so aku email no phone n atas kesibukan EJ..dia x smpat pun nk bukak email aku tuh lagi shingga hari aku telah pun berada di sg petani... mmg dh rezki nk jumpa EJ nih..by the time aku tgh bersiap2 dan dah ready nk bertolak pun ke penang sabtu ptg 6/12 hrtuh..aku dpt sms dari EJ bg no phone dia pulak..wahhh..akak pun apa lagilah kan..mcm x caya ponn ader nih..byk sgt keterujaan yg melanda diri saat ituh..mana teruja nk jenjln carik mkn di penang..lom sejuk lagi keterujaan ituh..dpt sms EJ pulokk..alahai..mmg rasa mcm bessssssssssst jer spnjg ptg itewww..hehehe..aku pun call EJ, dgn selamber ramahnya aku berckp mcm dh 10 thun knal..buleh gituh EJ??..sure EJ agak terkonpius masa tuh kenapa aku begitu peramah sekali..kan..kan..tp tulah realiti diri aku nih..mmg ramah spnjg masa..mesra alam gituh..ahaks.. knapa aku sungguh teruja utk berjumpa EJ?? ini adalah krn perjumpaan dgn EJ ni merupakan perjumpaan PERTAMA dgn blogger tau..haaa..tu pasal teruja tahap seluas penang tuh..siap dag..dug..dag..dug jantung hakak..perasaan mcm masa pestime nk kuor date..wakakaka..calling2 lagi dgn segeranya mengambil ksempatan sekali utk bertanya arah2 jln kat penang dgn warung2 laksa mana yg plg best..dan akhirnya kami telah pun bersetuju utk berjumpa di perangin mall..:D..wpun x dpt jumpa lama, lbih krg dlm stengah jam jer..tp sempat gaklah berbual dan beramah mesra..amik2 gbr dari perbagai sudut dan posisi..hiks!..apapun stengah jam itu mmg amat bermakna bagi kami..dan lagi aku dpt jumpa dgn kwn EJ tau..ELLE..haaa..rasanya ELLE pun baru festaim jumpa blogger kan elle?? waktu sesingkat ituh tetap telah meninggalkan kenangan yg sgt terindah..thnx EJ n ELLE coz sudi meluangkan masa utk berjumpa dgn eja..hopefully nxt time ada rezki kita dpt jumpa lagi yer..suka dan bessssssst sgt dpt jumpa uols tau..:D p/s - hopefullly pasni ada rezki dpt jumpa dgn blogger2 lain pulak..bak kata pepatah..bercinta biar satu, bersahabat biar seribu (smbil tgn mcm mr. karam singh walia) Labels: friends doa buat 'eya'
Nov 10, 2008 | Monday, November 10, 2008 | 5 comments
Isnin, 8:00 - tgk jam kul 8am..terus tringat kat sahabat maya ku yg dah kamceng mcm dah 20 taun kenal..wakakaka..rasanya ramai tau kan pagi ni kul 8 pagi eya akan menjalani operation..ptg semlm kul 7 dia sms bgtau dah kat wad dan dpt bilik katil satu..mukan main suker lagi dier..sbb leh lah abg dia temankan dia..:)..mlm pun aku ada main sms2 lagi dgn dia..dia pun nmpak ok je..dh xde ketaq2 lagi dah..dan bgtau hrni kul 8 pagi dia akan operate...so apa yg terdaya dan mampu aku buat sbg seorang sahabat maya nih..sentiasa mendoakan kesejahteraan dan semoga segalanya berjalan dgn lancar dan selamat..amiiiiiinnn...ni eya ada mntak aku buh ni dlm blog aku..demi mu eya..ahaks....kupersembahkan kpd semua..........meh kita sama2 doa utk eya ye....... ![]() Labels: friends |