
![]() |
Cerita Cuti
Jul 17, 2012 | Tuesday, July 17, 2012 | 2 comments
Beberapa hari lepas ni agak bizi sikit. Maka blog pun sikit terabai. Harini agak lega sikit. Cuaca mendung, sejuk, berangin buatkan susah nak melepaskan bantal dan selimut pagi tadi. Namun perjuangan harus diteruskan. Kah3x..berjuang kebendanya lahhh!!Nak cerita pasal weekend semalam ni je. Haziq ada interview AFS 2nd stage di Quality Hotel, Shah Alam 14 & 15hb Julai lepas. So, akak pun mengambil kesempatan lah nak balik banting kan. Ngee..:D Kebetulan jugak cousin akak yang sedang study di US, balik bercuti sebulan sehingga raya ketiga. So, wajiblah planning macam2 program. Actually, lama dah plan ni sebelum dia balik lagi. Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni tidak perlu berbelanja membayar bill yang tinggi walaupun berhubung jarak yang sangat jauh. Skype kan ada!..;) Skype sana sini, plan itu ini, akhirnya...kata sepakat dicapai. Sabtu lepas akak hantar haziq ke hotel untuk mendaftar pada pukul 11 pagi, akak juga menghadiri taklimat untuk parents lebih kurang dalam sejam je rasanya. Sampai2 je kami dijemput breakfast oleh volunteer AFS. Wahh ada brekfes free rupanya. Hahaha. Perut pun tengah lapar kan. Bagai pucuk dicita ulam mendatang lah kan...;p Siap briefing tengok jam baru pukul 12 tengahari. Janji dengan cousin akak nak berjimba2 ke Shah Alam petang, so masih terlalu awal ni. Nak balik banting pun sangatlah tak berbaloi, maka sunway piramid menjadi destinasi pilihan untuk cuci2 mata..;) Sale sana sini rupanya. Sabar..sabar. Dok urut2 dada je kerjanya sambil pegang henbeg kuat2. Tahan supaya wallet tak keluar. Haha..Alhamdulillah berjaya juga. Tahniah untuk diri sendiri! Eceh!!..:p Fikir2 nak lunch kat mana akhirnya kitaorg pi terjah fullhouse je lah.
Muka lapar..;p
Siap makan, ronda2, cuba2 last2 tak membeli satu apapun. Yeayy! Berjaya mengawal nafsu. Lebih kurang pukul 3 lebih makusu akak call suh tunggu je dia kat SACC Mall sebab cousin akak nak carik baju melayu dan sampin. Semangat nak beraya kat Malaysia tahun ni. Singgah solat di Masjid Shah Alam dulu, terus ke SACC dan kemudian ke syeksen 7 Shah Alam. Ibuk2 pulak mau sopink!
Namun.......akhirnya, akak tewas juga pabila sampai ke butik ariani di seksyen 7. Misi mencari tudung yang tak berapa dirancang sebenarnya. Bila tengok ada sale dan kaler tudung yang nak matching dengan baju raya pun ada terpaksalah sambar jugak kot. Pengalaman mengajar sebenarnya bila tahun lepas carik tudung last2 minit menjawablah bila tudung tak masuk langsung dengan kaler baju. huhuh..
Letih jugak dah rasanya bila dari pagi tak berhenti ke sana ke mari. Program malam lagilah menariks ni. Dimulakan dengan acara makan secara berjemaah di Restoren Putera Ayu, Padang Jawa. Dekat je sangat dah dengan seksen 7 tu kan.
Boleh tahan jugaklah rasa makanan kat sini. Harga pun ok, servis pun ok. Tomyam dia pekat akak suka. Makan sampai kenyang pun masih berlebih lagi. Tapi hero2 malaya ada ramai. Diaorang lah yang perabihkan lauk2 tu semua. hehe
Sepatutnya lepas makan2 ni, nak layan ice age 4 lah konon2nya. Tapi bila perut dah kenyang, kaki dan penat berjalan, mata pun apa lagi. Wayang atas katil je lah jawabnya kan. Terpaksa cancel plan nak tengok wayang. Siap makan, semua balik cahaya spk rumah pakcik akak untuk berehat dan bersantai2.
Adakah benar, kami balik dan berehat2??? Hanya akak dan cousin2 akak saja yang tahuuuuu..muahahahahaha..:p
Labels: entertainment, family, personal, shopping Unplanned
Jul 6, 2012 | Friday, July 06, 2012 | 2 comments
Semenjak ada anak angkat ni, bertambah bizi pulak rasanya. So far, dah ada banyak jugak improvemant antara Tabby n Roxy. Dah boleh kejar2 dan saling mengekori satu sama lain walaupun masih ada batasan jarak. Dan pagi ni tadi nampaknya dah mula main cuit2 tangan. Tapi masing2 takut2 dan jual mahal lagi..;pOk, sebenarnya nak cerita pasal projek pagi selasa lepas yang tak dirancang(unplanned). Huhh! Cerita dah basi gak lah ni kan. Jumaat baru sempat nak masuk blog. Petang isnin time tengah asyik layan dejavuuu, sambil feeling2 nak panjat gunung kinabalu, tetiba sorang member akak wassap (whatsapp) akak Yuu huuu jaaa (trademark tuan punya badan), bz ke? esok bz? nak join potluck tak esok? Wahh potluck? Benda pertama yang terlintas dalam kepala akak adalah, apa nak masak ni ehh? barang2 basah belum carik lagi. Takpe2, akak pun reply wassap bincang itu ini, akhirnya akak membuat keputusan Ok, boleh jugak join..ija beli soto je lah ehh? pinggan, mangkuk, cawan polisterin ija bawak Setttttt. Janji jumpa kat Rock Garden pukul 8.30 pagi selasa. Gila piknik lagi. Bukan calang2 potluck ni, tak gempak lah kan potluck dalam rumah je. hahaha. Sebenarnya, potluck ni anjuran kelab srimas tak silap akak untuk isteri2 petronas. Tapi disebabkan akak jugak ada kenal dengan beberapa orang di antara mereka dan baik juga dengan mereka2 ini, maka akak pun dijemput sama. Segan jugak lah mula nya. Sebab tak masuk list pun ni. Hakak isteri che'gu jer. hik3x..;p Memandangkan yang turut serta join pun tak ramai sangat dalam 7 orang termasuk akak, so akak pun ok je lah. Pagi2 pun akak memang free je. Ok, masing2 bawak macam2 jenis makanan. Syiok layan makanan sambil bentang tikar kat taman. Next time boleh buat kat tempat lain pulak kot. Sessi fotografi adalah wajib bagi kami. hehe. Masih menunggu gambar2 cun dari fotografer sebenar kami. Tapi tetap jugak ada dari kami yang tak bertauliah ni. Tak sabar nak tunggu gambar dari kamera mahal. Akak guna henfon je. Guna henfon pun boleehhhhh!!..;p
Program makan2 memang sentiasa giat berjalan. Tertanya2 dan terfikir2 jugak ni, bila agaknya nak mulakan program sihat2 dan cergas2kan badan ye? Jogging2 yok!!! Badanku sudah semakin bam2 ni. Macammana lah nak feeling dejavu panjat gunung kinabalu cmni kannnn???? Labels: entertainment, friends, personal Sukan lagi!
Jun 29, 2012 | Friday, June 29, 2012 | 2 comments
Semalam telah berlangsungnya temasya sukan Sekolah Tinggi Segamat bagi tahun 2012. Macam biasa akak tidak pernah ketinggalan menjadi penonton setia dengan memberi sokongan moral kepada rumah sukan mr mj dan haziq. hehe..;) Sukan start pukul 2.30 petang tapi akak dah terpacak kat padang dari sebelum pukul 2 lagi. Over excited ke? haha. Oh tidak jugaklah. Terpaksa pergi awal sebab ikut mr mj. Dia orang kuat sukan. So macam2 kerja yang menanti dia kat sekolah. Tu pun plan asal nak kuar rumah 1.30, gitu gini pukul 1.40 baru gerak. Mujur sekolah dekat. Lambat bukan salah akak ok. Akak 1.30 dah siap cecantik lagi. Ecececeh. Cecantik lah sangat! Baju tema sts tahun ni itam kuning. Mujur akak ada jugak tshirt itam kuning so sesama lah menyibuk ikut tema kononnya..:p Sampai je dekat grandstand, ada lah sorang dua mak2 budak yang dah terconggok jugak menunggu sukan bermula dengan penuh setia. So takdelah segan sangat kan. Dapatlah berkenal2 juga dengan mak2 yang sama2 duduk kat situ. Bertalu2 lah soalah yang akak kena jawab ok. Termasuklah soalan cepumas juga.. Oh, sorang je anak..dah besar tu..ni betul2 jaga memang nak sorang ke? umur sekarang berapa? nanti tau2 dah umur 40 baru nak beranak lagi..dah tua masa tu (sambilbuatmukatakpuashati) Apakahhhhhh??? tanya soalan bertalu2 macamtu. Tau lah anak akak tu dah seploh orang kot. (padahaltaktanyapundia). Sememangnya rakyat malaysia ni sangat prihatin agaknya. Sangat menjaga dan mengambil berat hal orang lain walaupun baru kenal sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati pulak ye!..whatever!! (sambiljeling2ayu) Ok2. takmo marah2 nanti cepat nampak tua. haha. Berbalik pada cerita sukan. Kena kontrol ayu time sukan agak menyeksakan jugak sebenarnya. Akak ni jenis yang kalau tengok sukan mesti nak jerit2 bagi sokongan moral kat budak2. Tapi bila dikelilingi oleh ramai orang yang kenal siapa kita, agak susah lah kan. Hampir2 je terlepas nak menjerit2 mujur mampu mengawal diri akak ni uols! kalau tak sape yang malu?? akak lah jugak kan. haha Haziq dah awal2 pesan, suh rakam video dia lari 3 acara petang semalam. Acara utama haziq dah lepas masa acara awal bulan 4 yang lepas kalau tak silap akak. Alhamdulillah dia dapat pingat emas dalam acara 110m lari berpagar dengan mencipta rekod baru..:) So petang semalam haziq masuk acara 100m, 4x100m dan 4x400m. Dia target untuk acara 4x400m dengan harapan dapat memecahkan rekod juga dan alhamdulillah cita2 dia dan sahabat2 tercapai. Seronok tengok budak2 dengan semangat kesukanan yang tinggi macamtu. Cuma agak ada berlaku perkara yang tak sedap sikit lah kot. Disebabkan akak merakam setiap acara yang haziq terlibat tu kan, untuk acara 100m pecut tu, hanya yang dapat pingat emas je yang betul pemenang yang diumumkan semalam, tapi tempat kedua dan ketiga, lain orang yang sepatutnya dapat tempat lain pulak orang yang diumumkan sebagai pemegang pingat perak dan gangsa. Tapi apa boleh buat. Nak protes pun, sukan pun dah tamat kan. Anggaplah takde rezeki. Lagipun sukan peringkat sekolah je. Ada dua bukti kuat, satu video yang akak rakam. Kedua, budak yang dapat tempat ketiga tu sendiri mengaku yang dia sebenarnya tempat kedua last dan sangat pelik bila dia diumumkan mendapat tempat ketiga. Salah siapa ye? Hakim2 kena lebih peka lepas ni kot.. Takpelah, layan je lah gambar2 keseronokan haziq n the geng ni ye. Mereka telah mencipta kejayaan besar apabila rumah Jentayu (rumah sukan mr mj dan haziq) telah mencipta rekod setelah 9 tahun berturut2 merupakan johan rumah sukan peringkat sekolah. Tumpang bangga jugak disitu!..ahaksss..;) Nurse juga harus berada di padang bersiap sedia kalau2 berlakunya sebarang kejadian kecemasan. hehehe..:p Labels: entertainment, personal, sports Dejavu Di Kinabalu
Jun 22, 2012 | Friday, June 22, 2012 | 2 comments
Drama 28 episod di slot akasia tv3 yang telah mula disiarkan pada 18 Jun 2012 yang lepas, seperti biasa ditayangkan setiap isnin-khamis, jam 7.00 hingga 8.00 malam. Dibarisi oleh antara pelakon feveret akak, Aqasha (gemersiknyaaa kalbuku! hik3x..;p), Tiz Zaqyah, Nazim Othman, Aisyah Ilyas, Mustafa Kamal, Aida Rahim, Dian P.Ramlee, Aziz Singah, Khaty Azean, Allana Amir dan Meor Ariff. Drama yang berkisahkan tentang Ammar yang terlalu setia mencintai Innara yang telah meninggal dunia tetapi secara rahsia telah mendermakan jantungya kepada Nadira yang merupakan pesakit jantung. Setelah pembedahan pemindahan jantung dilakukan, sikap dan cara Nadira telah banyak berubah. 3 tahun berlalu, Ammar dan Nadira bertemu secara tidak sengaja apabila Ammar pulang semula ke Malaysia setelah membawa diri ke australia apabila Innira meninggal dunia. Takdir pula telah menentukan yang Ammar dan Nadira terpaksa bekerjasama dalam urusan projek perniagaan. Pertemuan demi pertemuan telah membibitkan rasa cinta antara Ammar dan Nadira tetapi sering dinafikan oleh mereka berdua. Nadira pula telah mengikat tali pertunangan dengan bazli yang terlalu cinta dan setia kepadanya. Apakah kesudahan kisah hati ini? Kali pertama akak tengok adalah petang semalam dan dah 3 episod berlalu rupanya. Sekali tonton je hati akak sudah terpaut dengan jalan cerita dan of kozzz lah lakonan aqasha. Harini setengah hari akak pulun menonton siaran di tonton.com.my bermula dari episod 1 hingga 3. Biasanya drama yang menarik perhatian akak adalah drama yang pertama kali akak tonton dah buat akak rasa ada feel dalam hati. haha. Seryes. Kalau akak cuba tengok 2 ke 3 episod dan takde rasa feel tu memang biasanya akak takkan sambung untuk menonton episod2 seterusnya lah. Jadi, dejavu di kinabalu sudah pastinya akan membuatkan akak setia menanti di depan kaca tv lepas ini. Cuma agak terkilan dengan waktu siaran. Kalaulah dapat awalkan sikit bermula dari 6.30 ke 7.30 petang ke kan, lebih selesa sebab maklumlah waktu maghrib pun di antara waktu siaran terkini juga. huhu Hurmmm, tak sabar pulak nak tunggu petang isnin. Dah feel macam pertama kali menonton drama winter sonata pulak. Feel jangan tak feel!....:p Bisa kurasa getar jantungmu..mencintaiku apa lagi aku..jadikanlah diriku..pilihan terakhir hatimu.......... Labels: entertainment, promote Hari Lepak Sedunia
Jun 3, 2012 | Sunday, June 03, 2012 | 4 comments
Harini pagi2 lagi mak dah bagitau..Mak nak gi pasar ni, kita masak ikan asam tempoyak, udang lemak kuning cili api, goreng ikan gelama masin dan telur dadar..ok ke? Wow!! Lelaju je jawab.. Boleeeeeeeeh sangaaat mak..sedaaapnyaa..dah terasa2 asam tempoyak ni..sedaaap sangat..memang sedaaapnya maaaak!! Ayat tak boleh blah membodek2 mak. Hahaha. Kemain lagi kan. Sebab anak2 mak ni kalau mak yang masak memang lah kan. Bukan senang nak rasa masakan mak. Lagi2 yang duduk jauh ni. Sob3x.. So bila ada peluang mak offer diri nak masak, apa lagi lah kan. Bagai pucuk di cita ulam mendatang. Bagai orang mengantuk disorong bantal. Erkk sesuai ke guna pepatah2 ni ehh? hehehe. Masakan mak kan memang terbaek! Kat rumah kita dah biasa jadi tukang masak untuk anak. Jadi bila balik rumah mak, kita pulak jadi macam ala2 nak manja2 mintak mak masak itu ini. Tak sedar diri umur dah patut masakkan untuk mak pun. huhu Jadi harini adalah hari lepak2 dan makan2 je. Lagipun dah setiap hari start Rabu sampai Sabtu akak tak lekat rumah. Ada je program. So harini masing2 pun dah keletihan. Lepas masak, makan pastu tido. Peh! tak ke heaven sangat tu kan? Esok pagi nak gerak balik rumah MIL pulak kat Batu Pahat. So blog akan sunyi bila akak kat sana. Faham2 lah streamyx takdak, coverage pun nyawa2 ikan. Bakal berehat sehingga ahad rasanya. Jumaat pagi insyaAllah akak bertolak ke JB pula dari batu pahat untuk menghadiri wedding cousin akak kat sana. Bestnya tak dapat dibayangkan sebab semua family insyaAllah akan berkumpul. Weeee..;) Adik akak yang bongsu pun dah balik Shah Alam balik sebab esok dah start kerja. Plan nak balik petang pukul 6 pun dia postpone sampai lepas maghrib tadi. Last2 pukul 8 baru bertolak. Berat hati nak balik sebab semua masih ada. Kami ni bertiga je adik beradik. Kalau cerita tu bunyik macam ramai je kan. Tapi bertiga pun kalau dah berkumpul memang riuh satu rumah. Lagi2 kalau anak2 buah akak yang hero2 tu semua balik. Memang ribut taufan terus. Hahaha. Pening kepala atok nenek.. Tapi akak berdua dengan adik akak pun dah jadi dalam rumah ni. Kami adik beradik jenis suka cakap sikit2 gelak, borak sikit gelak. Ada je bahan nak buat ketawa. Berdua pun hidup. Campur bapak punya loyar buruk memang bingit gak lah rumah ni. hehe. Ok, kena stop dulu sebab mak dah panggil ajak akak makan. Makan lagi. Lagi2 makan!. muahahahaha..;p Ok mak! Jap lagi datang! Jangan abiskan kuah asam tempoyak tu tauuuu! p/s - entri ini ditaip pada pukul 8 malam tadi..;) Labels: entertainment, family, personal Monday Blues
May 29, 2012 | Tuesday, May 29, 2012 | 1 comments
Pagi tadi sepatutnya plan asal, akak akan ke hutan lagenda lagi bersama kawan akak yang juga merupakan cikgu sekolah yang sama tempat mr mj akak mengajar. Tapi disebabkan tiba2 beberapa program telah berubah, maka akak kansel untuk ke hutan lagenda buat hari ketiga. Lagi2 semalam akak dah ke sana bersama seorang kawan yang lain. Berapa banyak kawan daaaaa!!Esok petang insyaAllah akak akan bertolak balik ke banting. Balik kampung ooooo balik kampung, hati giraaaang lalalalala. Jadi, kesempatan yang ada harini (isnin) akak plan keluar brunch dengan kawan2. Lagipun, akak masih sensorang kat rumah kan. Siap kemas rumah, basuh baju dalam pukul 10 baru akak keluar. Pi coffee corner pekena kuey tiaw kungfu dia. Rasa dia ok2 je lah. Tak sedap sangat tapi boleh lah kalau rasa nak makan lagi..;) Disebabkan semua urusan kerja rumah dah selesai maka masing2 pun mulalah merancang nak pergi meronda2 dan berjalan2 pulak. One Segamat, satu2nya shopping mall yang baru dibuka di Segamat yang terletak bersebalahn dengan Stesyen Bas Segamat dan berhampiran dengan Stesyen Keratapi. Itupun masih belum secara rasmi dbuka. Tapi banyak juga kedai dah mula dibuka. Dengar cerita 1hb Jun nanti baru pembukaan rasmi One Segamat. Oklah kot, ada lah feel seakan2 berada di jusco bukit tinggi hehe. Hello2 mr mj dalam pukul 12 lebih, dia bagitau budak2 pun belum bertolak balik lagi sebab bas pun belum sampai. So green light lah kan untuk berjalan2 secara senang hati. Banyak kedai kitaorg masuk, dari kedai henfon, butik baju, kedai alatan komputer dan last sekali disebabkan kehausan, kita layan cool blog dulu. Alhamdulillah legaaa.. Akak lupa pulak nak snap gambar one segamat tu. Cuma ada dua gambar je posing2 dalam kedai. haha tu pun ehsan kawan akak. Posing adalah wajib kot kalau dah keluar bertiga macamni. Layan je lah ehh. Cekidauuuuuut!!
alompak agogo...hahaha..:p
Labels: entertainment, friends, personal Busy Dating..:p
May 17, 2012 | Thursday, May 17, 2012 | 1 comments
Fuh, harini agak busy.Member call semalam ajak keluar breakfast pagi ni. Kebetulan nak ambik haziq balik awal, so akak on je lah. Kali ni ramai pulak yang join breakfast. Bertambah meriahlah suasana kat kedai kan. Harini juga berkenalan dengan dua orang kawan baru. Alhamdulillah, terjalin lagi satu ukhuwah..:)
Salam kenal kak faz..:)
Akak ni jenis cepat mesra. Walaupun baru kenal sehari dah macam kenal bertahun. Nak kata peramah sangat pun tak jugaklah. Tapi mungkin jenis yang cepat je masuk dengan orang baru. Kalau orang suka nak berkawan dengan kita, kecik tapak tangan satu kipmart akak tadahkan. hahaha..
betul2 open table..
Masing2 ada urusan awal so takdelah duk berbual lama2 kat kedai. Akak pun dah janji dengan haziq nak ambil dia awal balik dari sekolah. Esok dah start exam paper wajib. Tu yang budak2 tak sabar2 nak balik rumah nak study lah konon2nya. Pukul 10 akak dah menepek depan sekolah haziq. Tapi tunggu dalam kereta je. Cuaca memang panas. Berpeluh2 menunggu dalam kereta.
kalau kulit gebu semacam ni confirmlah edit..haha..:p
Pukul 10.30 sampai rumah. Sidai kain, terus je lelaju masak kat dapur. Masak simple2 je harini. Sebab mr mj dah sms awal2. Nanti abang balik ada bungkuskan nasi beryani. Dorang kata sedap. Wahh terharu sbb ingat jugak nak bawak balik bagi anak bini rasa. Tq lalink..
Siap masak dan kemas, terus pi umah kawan. Dia call masa on d way balik rumah tadi. Nak jumpa sangat katanya. Husband kawan akak pun kebetulan ada game kat luar so tak balik tengahari tu. Lepas zohor dan makan kami date di secret recipe pula. Ingat nak privacy sebab biasanya takde orang. Alih2 hari ni ramai pulak orang. Celebrate hari guru kot?
saja kasi teleng tengok gambar ni..:p
Masa order tak beringat. Bila nak habiskan baru terkulat2. Selesai sesi berbual mesra dan sesi meluah perasaan kami pun balik.
Malam mr mj siap2 terus ajak keluar. So lelaju je siap2. Time untuk date dengan lalink lah pulak kan. Haziq takmo ikut study lagi katanya. So masa untuk berdua bersama beringan mesra. Ececeh. Gi mana pulak tu??
Candle light dinner?? Hurmmm, date kat nirwana okey! Gi beli barang2 dapur..hahaha..:p
Pukul 10 sampai rumah. Barulah terasa letih badan. Tapi macam rasa bersalah dengan blog sebab seharian tak sempat jengah dia lagi. Boleh gitteeew???
Maka, terjadilah entry ni.......;))
Labels: entertainment, friends, personal Roti Arab
May 11, 2012 | Friday, May 11, 2012 | 2 comments
Ya habibi Ya Maulana. Selamat pagi semoga ceria. HeheNi cerita lama. Dah berbulan2 lepas. Tapi nak jugak cerita kat sini. Sebab 1st time makan dan rasa makanan ni. Biasa dengar orang dok menjamu selera di restoren arab. Akak juga yang belum berkesempatan nak pi cuba. Ni juga antara projek bila akak balik Banting. Bila balik sana macam2 projek dan planning sampai kadang2 tak menang tangan. Tak menang tangan lah sangat, macamlah banyak kerja nak dibuat. Mungkin lebih tepat kalau akak cakap, tak menang kaki sebab asyik berjalan je kerjanya. Biasanya akak akan berjimba dengan adik beradik akak bila balik sana. Maklumlah akak jauh, jadi bila balik sebulan sekali memang banyak habiskan masa bersama. Planning asal nak pergi melawat anak kucing. Ye, akak akan adopt anak kucing baru. Buat teman tabby. Tak sabar juga ni nak ambil dan bawak dia balik rumah. Tunggu waktu sesuai untuk bawak dia balik. Lagipun dia masih belum sesuai untuk dipisahkan dengan ibu dia waktu tu. Umur dalam sebulan, pastinya masih memerlukan susu ibu untuk tumbesaran yang sihat bagai johan. Kitten dah ada nama, Roxy. Cute sangaaaat. Dengar cerita dan dari gambar2 yang ditag ke akak di fb, dia dah aktif bermain dan suka main dengan bola. Best sangat! Akak pergi melawat kitten dalam pukul 3 macamtu. Lama jugak duduk berbual kat sana. Siap makan2 lagi hehe. Sedangkan dah plan untuk layan roti arab petang tu dengan cousin akak di Cyberjaya. Tapi tak kisah lah kan. Ayat standard....BUKAN SELALU makan banyak2 macamni..:p So dalam pukul 6 petang baru lah akak sampai ke restoren arab. Macam akak cakap ni kali pertama menjejakkan kaki ke restoren arab, akak tak boleh bayangkan macammana agaknya rupa roti arab ni. Dan apa jenis menu2 dia. Ramai yang dok sibuk cerita tentang nasi arab yang marveles. Ok, nasi tu boleh lah akak bayangkan juga dan akhirnya, restoren arab cyberjaya (lupa nama restoren tu huhu) here i come!
Tu diaaa, dah dekat besar meja roti arab tu.
Waktu akak sampai sana, cousin akak dah tunggu kat kedai. Of coz lah dia paling awal sampai sebab tempat keje dia memang dekat sangat dgn restoren arab tu. So, semua ni dia yang order. Akak yang tak tau apa2 ni ikut je lah kan. Menu ketika tu tak silap akak lah, roti arab (saiz l) macam dalam gambar tu, nasi arab, kebab kambing dan ayam masak apa tak ingat dah. Kebab tu sangat sedap. Rupanya roti arab ni ada saiz juga. Bila sampai memang macam surprise!! Besarrrrnya, boleh habis ke ni???
Dengan cousin tersayang..;) (cousin lain pun akak sayang juger taw!)
motif letak gambar sama?? sama tapi tak berapa nak serupa sangat..;)
Psssttt, ada rahsia ni. Sebenarnya, kami berempat kat sini. Akak, adik akak, cousin akak dan teeeetttt. Identiti orang keempat belum boleh dapat dipertontonkan di khalayak ramai atas sebab2 yang tak dapat dinyatakan di dalam blog ini. hahahaha. Hanya akak dan cousin akak saje yang tau siapakah dia. Hanya boleh diperkenalkan pada umum bila tiba masanya nanti. Semoga segalanya dipermudahkan ye kakak (bukan nama sebenar cousinku) wink! opsss! tersebut pulak..;p
Akhir kata terima kasih kepada F (bukan nama sebenar juger) sebab belanja akak ye! Best sangat dapat jumpa, berbual dan beramah mesra. hehehe. Satu kepala jugak kita ni dek!..;)
Dan satu senario menarik yang akak dapat tengok sewaktu berada di restoren ni. Akak dikelilingi oleh orang yang sedang asyik melayan benda ni...
Akak takleh bayangkan kalau orang dah ketagih dengan benda ni dan bawak dia bersama2 ke mana jua. Macam kelakar kot. Sambil2 shopping pun dok layan shisha ni. Bak kata F bukan nama sebenar. Boleh je nak bawak letak dalam backpack. Bila nak hisap tarik keluar salur dia je Adoilah..hahahahaha. Kelakar dek memang kelakar!!!!
Labels: entertainment, family, menu, personal Ladies day out!
May 4, 2012 | Friday, May 04, 2012 | 4 comments
Ni aktiviti pagi khamis..sesekali keluar breakfast dengan kengkawan memanglah heaven..tu pun setelah masing2 dapat keizinan suami2 yang sangat sporting dan understanding..tq darling!..ecehhh..;pKali ni kitaorg layan sarap modern dan ringkas je pulak..hari2 lain dah pekena soto, nasik lemak, mee udang dll..kali ni jom layan kfc breakfast..;) ngam2 untuk tiga orang punya menu..tu pun tak habis.. Biasa sebelum ni dok layan mcd untuk sarap so kali ni try rasa kfc punya pulak..yang bestnya kfc boleh refill coffee tau..best sesangat!..;)..lain kali boleh sarap kat sini lagi..:) Chit chat pastu snap2 gambar bagai sampai lah pukul 10..biasa lah kalau dah berjumpa banyak ketawa dari bercerita..ketawa kan awet muda.....ttdma..;p..yang bestnya time weekdays kfc adalah sangat lengang..rasanya pagi tadi kami bertiga yang sampai paling awal.. tak sah lah kan kalau tak posing2..:p Kalau dah keluar macamni tak sah lah kalau port satu tempat je kan..mesti ada je tempat lain nak dituju..jalan2 cuci mata kat butik tudung mya zara..siap posing2 jadi model tudung lagi..hik3x..;p Cantik2 juga tudung kat mya zara ni..akak baru 1st time pergi..sebelum ni tak tau pun ada butik mya zara ni..kesian, sangatlah ketinggalan..huk3x..kengkawan dah ajak apa lagi lah kan, best gak cuci2 mata dan gaya2 sakan..haha..kita layan model2 tak bergaji ni dulu jom! hehehe..
model pertama dengan tudung 3 layernya..cantekkk kan modelnya!..hehe
seryess tudung dan model dua2 pun cun..;)
harussslah nak jugakkan..menggayakan tudung model pertama..haha
Memang meriah butik tu..bertiga campur dgn budak2 yang jaga butik berlima je tapi dah macam 10 orang ada dalam tu..bayangkan je lah kan cmne happeningnya..so, pada sesiapa yang duduk area segamat ni, marilah datang beramai2 ke butik mya zara yang terletak di bandar utama..mya zara juga menerima tempahan manik dan diamonds untuk tudung yang dibeli di situ..lip lap dan bling2 uols!! Last but not least, mari kita gambar ramei2....ngeeee.. Ok dah siap bergambar sume..jom balik dah jom!! tapi.....ehh hauslahhhh..apa kata kita minum dulu!!!!..gambar?? haa kat situ tak dan dah nak berposing2..kang nyampah pulak orang tengok kang!!..muahahahaha..:p Sekian untuk ladies outing kali ini......:) Labels: entertainment, friends, personal, shopping Sape Gio - bila cinta nih??
Jul 14, 2010 | Wednesday, July 14, 2010 | 8 comments
Tak kira wpun akak dh ketinggalan, nak jugak cite pasal lagu bila cinta ni. feeling okehhh!! akak suka dgn male version punya. sedih nih. menusuk ke jantung hatiku. hahaha. mmg selalu over!! Ekceli kan, crite lagenda budak setan ni akak tak tgk pun lagi. tp cmne akak boleh gilakan lagu ni pulak kan. (jap2..pssst! kat mana nk donlod crite2 melayu ehh?) Ni nk story sikit. akak ni klau kat fb akak mmg ada keje smpingan tak bergaji. DJ lagu. keje akak pi carik lagu2 dlm youtube n tag kengkawan yg mntak lagu. hahaha. So satu hari nih, ada sowang kwn akak ni dok mntak lagu lagenda budak setan ni kat akak. ya a awww!!. akak pun pi lah masuk youtube dok selongkar2 piring itam utk akak putarkan. muahahaha.. Ok, mula2 akak jumpa yg female version. ok gaklah. pastu carik2 tgk ehh, rupanya ada dua version lagu ni. so dgr pulak yg male version punya. nah! hamik, festaim dgr akak dh jatuh hati. terus feeling mcm dlm hati ada guaaaa..kah3.. Ye, sape yg dah kenal akak mesti ckp. ek eleh! kata rock kapak!! kih3. abistu ingat rock kapak takde hati dan perasaan layan sentimental pulak ke? kata dlm hati dan taman dan rama2. hahaha.. Tapiiii, sungguh akak tak kenal siapa penyanyi lagu bila cinta male version ni. gio kan nama penyanyinya. sape gio nih? akak ni bab artis2 mmg ketinggalan byk. bukan sikit taw. lagi2 artis2 baru ni. tp klau artis rock kapak jiwang karat. well!! toksah ckplah kan....;p Uols ni mesti ramai yg kenal kan. akak try carik kat gugel. takde pulak gbr2 gio ni. atau ada akak yg tak kenal kan. huhu. Bila layan2 lagu sedey tangkap syahdu mcmni tiba rasa mcm tringat pada sesuatu...apakah???? Labels: entertainment Saya puas hati!!!
May 14, 2010 | Friday, May 14, 2010 | 10 comments
![]() Rata2 sejak semlm dlm fb ke, dlm blog ke masing2 hangat memperkatakan cerita di slot akasia tv3, adamaya. alhamdulillah semlm merupakan episod terakhir dah. takdelah masing2 sibuk rebut tv lagi. sibuk nk balik cepat lg....;p Sbrnya cerita adamaya ni akak x mengikuti masa awal2 cerita dulu. serius masa awal2 dulu akak ada lah try tgk tp masa tu akak x dpt feel lagilah. akak siap ckp dgn haziq. ermm tak bestlah cite ni. skrip dia mcm skrip budak2. hamboi2!! mmg haku x sayang mulot!! hahahaha.. Akak mula mengikuti semula kisah adamaya ni bila masing2 dok heboh sana sini dlm fb. so akak pun sajalah tgk blk. nk tau gak apa sbb sume org mcm dh demam adamaya ni. ermmm..;-) Start akak tgk kali kedua tu, barulah akak dpt feel. cerita yg simple. tp mempunyai makna dan nilai yg mendalam ttg konflik jiwa, keobsesan cinta, kesetian tidak berbelah bagi, kasih sayang tanpa sempadan dsbgnya. Watak kegemaran akak adalah of koz adam, mika dan lisa. tp ada yg kata adam tu suami yg dayus, bila dia masih bersabar dan mendiamkan diri bila mengetahui isteri dia curang. pendapat masing2 lah kan. x taulah akak dlm kehidupan realiti ni ada ke suami yg berperwatakan mcm adam tu? Rata2 juga, ramai tak suka dani lah kan. kerana obses cinta dia kpd maya, smpai dia lupa pada takdir dan qada qadar ketentuan kehidupan dia. smpai lari dari tanggungjawab yg sepatutnya dia pikul. bagi akak cinta yg terlalu obses menyebabkan kita jadi lebih egois dan pentingkan diri sndiri. sehingga sanggup meruntuhkan kebahagian org lain. cinta sepatutnya sesuatu yg indah bukan sesuatu yg terpaksa buat org sekeliling kita berasa sakit dgn cinta kita itu.. Maya, ermmm, wpun ada yg kata maya x harus dipersalahkan kerana dia keliru. tp bg akak maya jugak sepatutnya harus terima sesuatu dululah sebagai pengajaran pada kesilapan dia tu. dia curang pada suami yg setia demi mempertahankan cinta pertama dia. smpai dia tak dpt membezakan yg mana cinta sejati dan kasih abadi. Amani, comel sgt2 okey. sukanya akak tgk budak amani tu. hehehe. anak sapa lah tu ye??? Ok, apapun kisah terhangat di pasaran buat masa ni telah pun berakhir semlm. rasa2nya ramai yg berpuas hati dgn happy ending crite tu. wpun sblum tu bermacam2 spekulasi ttg episod akhir crite tu yg akak dgr. ada yag kata adam mati lah, maya gila lah, dani kena tangkap polislah. hahahaha. mcm2 idea diaorg2 ni taw.. Akak juga berpuas hati dgn happy ending cerita ni. wpun ada sedikit rasa simpati pada dani kerana kesudahan cinta dia yg begitu sehingga menyebabkan dia jadi tak siuman. mmg kesianlah kan. uhuk!! Indahnya cinta, seindah kasih tercipta dari keikhlasan hati yg dirasa, menyintai dgn sepenuh jiwa, sejujur rasa, memberi cinta tidak seharusnya kembali menerima, itulah kenyataan cinta yg bermakna................ Labels: entertainment Bollywood mode!
Apr 1, 2010 | Thursday, April 01, 2010 | 5 comments
Apa ke hal nya tetiba ptg2 ni mode akak telah bertukar kpd hindustan mode?? ermm sudah tukar ke?? kata rock!..hahaha.. Serius, akak dulu..dulu lah bukan skrg..mmg peminat tegar lagu2 dan filem2 hindi..tapiiiiii..bukan lakonan shah rukh khan..bukan jugak shahed kapoor..tp family kapoor jgklah..tak taulah korang kenal ke idak hero dan heroin zaman2 akak ni? ![]() hero pojaan hatiku!!..skarang dh jadi moyang agknya..hehe Ni bukan zaman akak pun benornya..zaman bpk akak ni..hahahaha..tulah akibat bpk minat hindustan..jangkitlah sekali kat anknya nih..shashi kapoor yg hensem ye..bukan kaki kapor!..ekekeke.. Yg pelik tuh..akak pun boleh minat kat hero2 dan heroin zaman dia nih..lagu2 dia toksah citelah..setakat nk ikut nyanyi serangkap dua tuh takde hal punya..menangis latta mangeskar klau dgr akak nyanyi..hahahahah...;p Tp skrg dh jarang sgt2 tayang cite hindustan lama2 ni kan..filem2 baru ni tak bape masyuk pulak kat akak..ada lah 2, 3 cite jer kot..tu pun zaman2 shah rukh khan boleh lagi lah..masuk zaman2 shahed kapoor ni akak dh kureng sgt dah layan industan..tak taulah nape x dpt feel mcm dulu2 dah.. Dulu bpk akak siap rakam lagu2 dlm video tape..zaman dulu lah pulak kan..mana lah ada cd2 ni sume..sume pun guna tape2 jer lagi..dan yg kagumsnya..anak2 dia nih pun..sakan lah membukak video ni tiap2 hari..dah dulu pun mana ada astro2 ni sume..cenel tv pun ada berapa lah sgt..pastu bukannya 24 jam kan..boring2 je apa lagi?? layan bideo tape lah..lagu2 industan..hahaha Yg plg tak leh lupa tuh..kitaorg adik beradik ni..esp akak n adik pompuan akak lah..mak aiii..masa tu zaman2 sekolah rendah ni..zaman kuat2 verangan lah kan..punyalah verangannya jgn korang x tau..siap2 selongkar selendang2 mak tu..selendang nk buat menari ala2 kuch2 ho ta hei ke?? bukaaaaan!! Selendang tu kitaorg puntal kat rambut kengkonon rambut pnjg mcm hindustan lah kan..hahaha..poyo betul bila tringat zaman2 dulu nih..berejam2 berangan dpn2 cermin sume..kdg2 smpai tetido2 dgn rambut pelesu a.k.a selendang mak tu..hehehe Tetiba kan..hrni akak pi selongkar kat youtube dok carik klip2 video cite2 lama tuh..peh!! meriah hari akak hrni..bestnya lah dok layan youtube bollywood klasik nih..terus feeling nk tukar pic profile akak kpd yg ini.... ![]() Haaaa?? amacam ada sesuai tak?? idung pun jauh sebatu..ada hati nk feeling asha parekh!!..hahahaahahah....:p Ujan lebat kat sini..sejuk..best..erkkk mlm ni bukan mlm jemaat ehh?? rugi2...opsss!!..muahahahaha...........;p Labels: entertainment Suara Rindu..
Jan 19, 2010 | Tuesday, January 19, 2010 | 11 comments
![]() Krn akak dh terjatuh chenta dgn hassan, maka akak jua terjatuh chenta dgn lagu hassan ko..hehehe..lagu hassan??..trademark dah lagu2 dlm cinta balqis tu..sbb lagu ni akan kuar bila time hassan kuar je..tu yg akak bagi je nama lagu hassan..huh..gigih akak carik lagu ni tau..akak carik kat youtube pun takde..carik kat mana2 playlist ponn xde gak..tnya sana..tnya sini..sume ponn x tau..toksah kata nk carik..tajuk lagu, sape penyanyi ponn akak x tau..x ker sedih tu? Tp krn chenta ku pada hassan jua, akak gigih tgk slot kat tv3.com tau..akak tgk yg ending dan nk abis tu kan dia dok kuar sume nama2 tuh kan..akak paused ko..baru ler tau lagu hassan tu tajuk dia suara rindu..penyanyi azad jazmin..lagu dan lirik adam ahmad..haaa patutlah akak jatuh chenta sama ittewww lagu..rupanya lagu adam ahmad....;) Tp sape azad jazmin tu??..akak x pernah dgr ponn nama dia..haaa korang tau ker?? ada yg ckp dgn akak dia tu bekas peserta audition ntv7..ermmm..patut ler akak x pernah dgr..huhu..tp lagu dia akak mmg suka sgtlah..tangkap syahdu korang..feel semcm jer dgr tau..klau feeling gila2 tu leh membawa kpd tangkap leleh gak tu..hehehehe..sehari akak frust x dpt carik lagu suara rindu tu..2 hari frust jgk..tetiba hari ke3 akak frust, akak telah dibuzz oleh salah seorg bekas student en MJ..dan dia tnya akak..akak dh dpt lagu yg akak nak tu??..dgn sedey akak menjwb..beluuuuuuuum...terus dia tnya blk..akak nak tak??..haaaa?? biar betul ni..apa lagi?? lelaju ler akak jwb..naaaaaaaaaaaaaaak..so mmg tabik spring lah kat dak tasya nih..gigih dia carik smpai jumpa..tu ponn dia donlod dari ares..huhu..dan bukan jua mp3 format lagu tuh yer..wav jer..so saiz dia mmg besar lah..alaaaaah x kisah lah..janji leh dgr..cuma esoknya dak tasya tuh gigih lagi carik mp3 pulak..daaaaaaan akhirnya berjumpa jua..caiyok lah tasya!! Suatu yg indah ceritanya bermula semalam Andainya dpt kurasa selamanya Tetapi ku tahu tidak mungkin dpt kumiliki Walaupun kau hadir hanya dlm mimpi Kuteruskan hidup hari demi hari pun berlalu Siksa dan derita kutanggung sendiri Apa yg tinggal hanyalah doaku padaMu tuhan Pasrahku hanya Kamu yg menentukan Pun tak pernah kusesalkan Kecewa dtg dan pergi tinggalku sendiri Ditakdirkan aku syukur selalu Sesungguhnya aku tahu temanku hanyalah aku Semoga suatu hari nanti dpt kutemui Penawar dukaku yg berdarah luka Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu Laguku utkmu buat selamanya..... Syahdu nya lah...sob2...;p..korang caya tak..ada yg ckp dgn akak..lagu2 dlm cinta balqis ni pelakon2 asal yg nyanyikan..dan azad jazmin ni...dialah yg jadi bapak ayam yg tembak hassan tu...ermm betul ker??? p/s - akhirnya berjaya jgk menghost mp3 yg akak saved dlm lappy dan memasukkan ke dlm playlist..hehehe..suka2.....;) Labels: entertainment Tangkap leleh..
Nov 4, 2009 | Wednesday, November 04, 2009 | 14 comments
![]() Sob..sob..tetiba feel pulak..hehe..dun weri xde apa..akak cuma tgh amik feel ni..lepas layan youtube bideo kat blog akak ni..nun kat bwh tu..yg kat my video tuh..pada sape yg dh lama kenal akak ni..(wahh, mcm glemer lah fulokk)..klau perasan lah kan..akak cukop suka dgn video stairway to heaven tuh kan..hrni akak mcm feel nk cite pasal drama ni sket...;) Korean drama ni dah lama dah akak tgk..masa tu ditayangkan di ntv7, your feel good chanel..i feel goooooooood..i feel good!!...tenenet..wakakak..udah2..dh lah sore sumbang..huhu..sambung blk pasal drama korea ni..akak ni dulu2 lah kan masa lom jadi pelayar internet yg tegar..wahh..kasik title pada diri sndiri gittewww..mmg dok layan lah drama2 korea ni..tp dlm byk2 drama yg akak pernah tgk lah kan..stairway to heaven nih mmg dah kasi akak tangkap leleh lah..hr2 tgk..hr2 nangis..aduihhh..seksa jiwa raga batin akak taw..tp mmg sedey lah cite ni..sbb heroin dia mati akhirnya..uwaaaaaaaaaaaaa..nape mesti buat ending cite dia heroin dia mati??..seksanya jadi hero dia..huhu..klau sape pernah layan winter sonata dulu..tu punn dh sedey kan..stairway to heaven ni lagi sedih..winter sonata etlis idak ler mati hero dia..cuma buta je kan..huhu..yg ni mati sbb sakit kanser....:( Akak kasik skit sinopsis cite ni lah ehh..ni kisah percintaan dari zaman bebudak smpailah ke dewasa..punyalah setia pada cinta kan..lumrah lah bila kisah cinta2 ni mestilah ada je pihak ketiga kan..yg ni siap smpai pihak keempat lg..dipndekkan cite..pihak ketiga yg syok kat hero pi langgar si heroin ni td..matilah heroin nih..aikkk!!..baru mula drama dh mati dah??..hahaha..sabar2..tu gimik jer tuh..mati pada pengetahuan si hero nilah..sian hero ni..merana asyik terkenang dan terbayang kat heroin tu..rupenya heroin tu hidup lg tp ilang ingatan..dan dia sdg bahagia dgn org keempat (abg angkat heroin tp syok mati2 kat heroin).. Nk dijadikan cite lg..ntah mcmana tetiba tgh dok hero tu melayan perasaan nan lara..tetiba dia ternmpak lah heroin ni td..punyalah teruja + eksaited..berlarilah ke heroin tu..tp heroin tuh leh wat x tau jer..huhu..sian kat hero..yelah kan heroin tu ilang ingatan..tp hero sgt2lah cekal..dia berazam utk mendekatkan diri dgn heroin tu sbb dia yakin heroin tulah pompuan yg dia cinta sblum ni yg dia ingat dh mati...dipendekkan cite lg (sbnrnya pjg sgt lagi tau)..akhirnya berjaya..pompuan tu pun kembali semula ingatan dia (byk gaklah trajedi2 yg menimpa)..sume pun sedey2 je..baru jer nk hepi2 blk..tetiba pompuan tu baru tau dia sakit lah pulak..buta jgk mcm winter sonata..uwaaaaaaaaaaa akak sedey lagi.... Namun demi cinta hero kpd heroin, dia kawen gak dgn heroin wpun heroin tu buta..dan wpun dia dah tahu heroin tuh takkan hidup lama..uwaaaaa..akak sedey lagi dan lagi nih..yg lagi sedey berganda2 org keempat yg sgt2 cintakan heroin tuh td telah sanggup mengorbankan nyawa dia dan selamatkan mata dia utk didermakan kpd heroin ni td..adehh org kapir lah katakan..sesuka je bunuh diri..mujur mata dia selamat ehh..heheh..setelah masing2 pun berkorban jiwa dan nyawa..akhirnya heroin tu mati jgk wpun dia dh dpt celik blk atas derma org keempat tuh..sob..sob..bygkan berapa byk sedey dlm drama tuh..huhu...mati pun dlm pelukan hero..uwaaaaaaaa..sedey sgt2..smpai kering air mata akak nangis tau.. Kesimpulannya, try ler tgk drama ni..tp tulah ramai yg x tgk mgkin sbb drama ni masa tuh ditayangkan weekdays dlm pukul 4 ke cmtulah..jd ramai x berkesempatan nk tgk kan..xpe mgkin leh tgk kat internet ke..ntah lah ehh..sape2 yg rasa hati dia batu dan jiwa dia kental tuh..leh test, try, tgk menonton drama yg sgt sedey ni.....muehehehe..ada berani???..ekekeke.. p/s - cer try tgk kat sini..manyak episod wooo..dan selamat melehkan air mata..hehehe.. Labels: entertainment Malam amal STS
Oct 25, 2009 | Sunday, October 25, 2009 | 2 comments
Happy sunday uols!..ahaks..hmm biasa ujung2 ming ni blog2 mmg lah sunyi dan sepi..maklumlah masing2 sibuk bercuti2 dan bergediks santai kan..hehe..wahh lama sungguh akak x buat entry hujung ming ni..ming ni akak x kemana..start ming lpas 2 ming berturut dan akak dok umah je..coz ada program baik punya kat umah kan..dari bln puasa smpai 3 ming raya tiap2 ming akak x lekat umah..bz blk kg dan ke sana ke mari je..huhu..tp mmg biasalah mcmtu..ni habis bln puasa dan raya akak will be back tu normal routine lah kan.. Ok2..mau celite plogelem mlm minggu maaa....ekceli akak still ada jemputan kenduri kat shah alam ni..akak pnya kezen nk pi menunaikan ibadah haji ming dpn..so semlm dia ada buat kenduri doa selamat..tp x dptlah nmpak gaye akak nk menghadirkan diri bagi lebih memeriahkan kenduri dia tu..huhu..sbb kat segamat pun kami ada program yg perlu dihadiri..event lah lebih tepatnya..Makan Malam Amal STS..masa first time dgr mcm happening je bunyiknya..coz kena beli tiket utk satu kusi dalam satu meja..hahaha..mcm komplikated pulak bunyiknya..ekceli tiket ni bagi mengutip dana atau sumbangan pada sekolah bagi projek membina galeri sejarah dan bilik kemerdekaan..so bersempena dgn tujuan ittewww..sekolah buatlah program mlm amal ni..dgn menyediakan tiket2 utk dibeli..bagi yg lebih2 lah kemampuan dan murah hatinya..dia beli dgn meja2 tu sekali..ekekek..bagi yg kurang kemampuan tp masih bermurah hati dia beli kusi jelah kan..satu kusi 50 hengget..satu meja 10 kusi jadi satu meja 500 hengget..tu kira meja brand ayam lah kan..meja brand crocodile (vip) 1000 hengget semeja..wakakakak..melampau hakak tau membrandingkan meja sesuka hatiku!! Meriah ke??..happening ke??..hmmm meriah lah jgk sbb ada tarian2 tradisional bagai..yg menarik perhatian akak bila mana pelajar2 sek kebangsaan li chi..(sek cina)..mempersembahkan tarian zapin..cayalah..bdk2 cina menari zapin tau..comei2 belaka..bertambah meriah bila ada live band juger..penyanyi jemputan juara idol berita harian..haa!!..akak pun baru tau..student STS rupenya..siap dah ada single baru lagi..not bad..suara pun boleh tahan..terpukau gaklah..:D..happening tuh mgkin x brape lah sbb ni pun event program malam amal..bukanlah konsert merdeka ke..konsert sure heboh ke kan..tp oberal boleh tahanlah..cuma sian kat ckg2 yg xdak meja..aiseh..ada yg mkn kat tiang gol hoki dgr citenya..apa boleh buat???...nasib badaaaaaaaaaaaaaaan....... Labels: entertainment matahariku..
Mar 27, 2009 | Friday, March 27, 2009 | 9 comments
ekekeke..sesaja je nk buh lirik lagu dlm entry buleh??..lalalalala.. Matahariku - Agnes Monica Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku Berjuta warna pelangi didalam hati Sejenak luluh bergening menjauh pergi Takada lagi cahaya suci Semua nada beranjak aku terdiam sepi Dengarlah matahariku suara tangisanku Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu Berjuta warna pelangi didalam hati Sejenak luluh bergening menjauh pergi Takada lagi cahaya suci Semua nada beranjak aku terdiam sepi Jom nyanyi sesama!!!.. Labels: entertainment i feel luv!!
Jan 22, 2009 | Thursday, January 22, 2009 | 13 comments
Khamis, 2:58pm - mcm feel semcm je hrni..ekekeke..feel lomantika jap yer..buleh lah yer..;) Ayat-ayat cinta Desir pasir dipadang tandus Segersang pemikiran hati Terkisahku diantara cinta yang rumit Bila keyakinan ku datang Kasih bukan sekedar cinta Pengorbanan cinta yang agung Ku pertaruhkan (chorus) Maafkan bila ku tak sempurna Cinta ini tak mungkinku cegah Ayat-ayat cinta bercerita Cinta ku padamu Bila bahagia mulai menyentuh Seakanku bisa hidup lebih lama Namun harus ku tinggal kan cinta Ketika ku bersujud... (Last x2) (back to second line) layanzzzzzzzz...;)
Labels: entertainment |