
![]() |
Ramadhan oh Ramadhan
Jul 23, 2012 | Monday, July 23, 2012 | 2 comments
Sekejap je dah nak masuk 3 hari berpuasa. Dulu Mr. MJ selalu suka ingatkan akak,Rasa2lah puasa ni..nanti tau2 je dah raya... Belum terlambat jugak kot nak ucapkan selamat berpuasa dan semoga tahun ni adalah lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Diam tak diam sebenarnya masa sangat cepat berlalu. Macam rasa baru je menyambut raya tahun lepas. Tau2 je kejap lagi dah nak raya. Pastu kejap je dah bulan 12 dan kejap je dah tahun baru 2013. huhu Akak suka sangat bulan ramadhan sebenarnya sebab suasana dan rutin kita pun banyak berubah dari hari2 dan bulan2 yang lainnya. Selalu kita masak tengahari ni kita masak petang2. Selalu malam2 golek dan santai depan tv, ni ramai2 kita memeriahkan masjid dengan menjalani ibadat solat tarawikh insyaAllah dan banyak lagi juga rutin2 yang bakal menyusul selepas2 ini yang biasanya tidak kita lakukan di hari2 lain. Tahun ni akak sambut awal puasa di rumah sendiri je. Biasanya tahun2 lepas sambut puasa bersama family kat kampung. Takpe, tahun ni kita try sambut sendiri pulak. Lagipun akak dah berturut2 minggu dok balik kampung je ni. Orang kampung pun bosan kot kalau balik2 tengok muka akak je yang balik. haha Tahun ni azam bulan ramadhan kalau boleh nak kurangkan membeli kat bazaar ramadhan. Nak masak2 je. Ececeh, tetiba pulak semangat memasak berkobar2 time puasa ye. Masuk blog resepi sana sini, pehh!! macam2 resepi best dan nampak sedap sehingga buatkan akak rasa nak try semua resepi2 tu. Best2. Lepas ni nak try panggang ayam ala kenny rogers pulak. Harus tutup kenny rogers lepas ni..haha..:p
nyam3x..
Pastu buat pulak mashed potato, dan nak kenyang sikit masak nasik ala2 kenny rogers jugak. Aduhhhh.... Ok, takmo cerita panjang. Kejap lagi nak siap2 carik bahan. Jom pi giant jom! Selamat memasak dan selamat berbuka puasa pada semua.....;) Labels: family, menu, personal Cerita Cuti
Jul 17, 2012 | Tuesday, July 17, 2012 | 2 comments
Beberapa hari lepas ni agak bizi sikit. Maka blog pun sikit terabai. Harini agak lega sikit. Cuaca mendung, sejuk, berangin buatkan susah nak melepaskan bantal dan selimut pagi tadi. Namun perjuangan harus diteruskan. Kah3x..berjuang kebendanya lahhh!!Nak cerita pasal weekend semalam ni je. Haziq ada interview AFS 2nd stage di Quality Hotel, Shah Alam 14 & 15hb Julai lepas. So, akak pun mengambil kesempatan lah nak balik banting kan. Ngee..:D Kebetulan jugak cousin akak yang sedang study di US, balik bercuti sebulan sehingga raya ketiga. So, wajiblah planning macam2 program. Actually, lama dah plan ni sebelum dia balik lagi. Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni tidak perlu berbelanja membayar bill yang tinggi walaupun berhubung jarak yang sangat jauh. Skype kan ada!..;) Skype sana sini, plan itu ini, akhirnya...kata sepakat dicapai. Sabtu lepas akak hantar haziq ke hotel untuk mendaftar pada pukul 11 pagi, akak juga menghadiri taklimat untuk parents lebih kurang dalam sejam je rasanya. Sampai2 je kami dijemput breakfast oleh volunteer AFS. Wahh ada brekfes free rupanya. Hahaha. Perut pun tengah lapar kan. Bagai pucuk dicita ulam mendatang lah kan...;p Siap briefing tengok jam baru pukul 12 tengahari. Janji dengan cousin akak nak berjimba2 ke Shah Alam petang, so masih terlalu awal ni. Nak balik banting pun sangatlah tak berbaloi, maka sunway piramid menjadi destinasi pilihan untuk cuci2 mata..;) Sale sana sini rupanya. Sabar..sabar. Dok urut2 dada je kerjanya sambil pegang henbeg kuat2. Tahan supaya wallet tak keluar. Haha..Alhamdulillah berjaya juga. Tahniah untuk diri sendiri! Eceh!!..:p Fikir2 nak lunch kat mana akhirnya kitaorg pi terjah fullhouse je lah.
Muka lapar..;p
Siap makan, ronda2, cuba2 last2 tak membeli satu apapun. Yeayy! Berjaya mengawal nafsu. Lebih kurang pukul 3 lebih makusu akak call suh tunggu je dia kat SACC Mall sebab cousin akak nak carik baju melayu dan sampin. Semangat nak beraya kat Malaysia tahun ni. Singgah solat di Masjid Shah Alam dulu, terus ke SACC dan kemudian ke syeksen 7 Shah Alam. Ibuk2 pulak mau sopink!
Namun.......akhirnya, akak tewas juga pabila sampai ke butik ariani di seksyen 7. Misi mencari tudung yang tak berapa dirancang sebenarnya. Bila tengok ada sale dan kaler tudung yang nak matching dengan baju raya pun ada terpaksalah sambar jugak kot. Pengalaman mengajar sebenarnya bila tahun lepas carik tudung last2 minit menjawablah bila tudung tak masuk langsung dengan kaler baju. huhuh..
Letih jugak dah rasanya bila dari pagi tak berhenti ke sana ke mari. Program malam lagilah menariks ni. Dimulakan dengan acara makan secara berjemaah di Restoren Putera Ayu, Padang Jawa. Dekat je sangat dah dengan seksen 7 tu kan.
Boleh tahan jugaklah rasa makanan kat sini. Harga pun ok, servis pun ok. Tomyam dia pekat akak suka. Makan sampai kenyang pun masih berlebih lagi. Tapi hero2 malaya ada ramai. Diaorang lah yang perabihkan lauk2 tu semua. hehe
Sepatutnya lepas makan2 ni, nak layan ice age 4 lah konon2nya. Tapi bila perut dah kenyang, kaki dan penat berjalan, mata pun apa lagi. Wayang atas katil je lah jawabnya kan. Terpaksa cancel plan nak tengok wayang. Siap makan, semua balik cahaya spk rumah pakcik akak untuk berehat dan bersantai2.
Adakah benar, kami balik dan berehat2??? Hanya akak dan cousin2 akak saja yang tahuuuuu..muahahahahaha..:p
Labels: entertainment, family, personal, shopping Tahniah buat Kakak dan F!
Jun 18, 2012 | Monday, June 18, 2012 | 9 comments
Kini bukan lagi rahsia. Eceh!. Tiada kata untuk diucap, tiada lukisan untuk digambarkan. Melihat kebahagiaan kakak (bukan nama sebenar) adalah kebahagiaan diri ini jua. Tahniah untuk kedua2 bakal pengantin. Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin seterusnya ikatan yang bakal terbina nanti kekal hingga ke hujung nyawa dan keutuhan kasih nan abadi hingga ke syurga. Mudah2an jua segalanya terus dipermudahkan dan majlis yang bakal tiba akan berlangsung dengan jayanya..:) Tak sabar nak tunggu tarikh sebenar majlis perkahwinan nanti. Boleh tempah baju sedondon dengan pelamin dan skirting meja makan beradab pengantin. hahaha. Agak2 tema apa ye nanti? Garden wedding theme pun macam sweet jugak kan. Bestnyaaa..;) Takmo cerita panjang2. Meh layan gambar je ye.. Upacara sarung cincin yang sangat simple tapi sangat best. Zaman sekarang orang dah tak buat majlis tunang sangat pun kan. Yang penting nanti masa akad nikah dan wedding day yang tarikh dan tempat akan diumumkan kelak bila tiba masanya nanti. hehe Buat kakak, kak ija happy sangat2 untuk kakak. Ikhlas dari hati, kerana selama ni tak pernah putus berdoa untuk kakak. Buat F bukan nama sebenar haha, masih rahsia lagi ye? Kak ija sangat percaya F akan jaga kakak baik2. Walaupun lepas kahwin sedih gaklah sebab nanti dah tak boleh tidur sebilik dengan kakak bila kitaorg berjumpa. hehehe..;p Terus teringat zaman dolu2 time akak bertunang. Nak pi selongkar album jap kalau ada gambar lagi. Kih3x..;p Projek wiken
| Monday, June 18, 2012 | 0 comments
Wiken ni merupakan hari lepak2 sedunia akak dan haziq. Mr MJ balik BP sebab ada banyak urusan kat kampung yang dia nak tolong uruskan. Next week rumah MIL buat kenduri arwah, kenduri nak menyambut puasa. Memang biasa buat setiap tahun kenduri menyambut puasa ni.Sabtu ingatkan boleh lepak2 kat rumah je. Penat drive ke JB masih terasa sehingga sabtu. hahaha. Lady gagah kebenda macamtu kan?? Tapi sebenarnya penat tu hanya lebih terasa bila terpaksa bergerak untuk buat kerja2 rumah je. Cuba terpaksa gerak untuk berjalan2 dan bershopping2? 'Terpaksa' lah sangat kannnnnn...:p Sabtu pagi haziq ada tiusyen sampai pukul 11. Tahun ni tahun haziq akan menduduki exam PMR. So ni pun dah bulan 6. Rasanya lepas ni lagi busy lah setiap minggu haziq dengan program kelas2 tambahan di sekolah dia nanti. Mr MJ pulak lepas ajar satu kelas, dia pun terus gerak balik BP dalam pukul 9 lebih macamtu. So akak kena keluarlah ambik haziq balik tiusyen dan ke bandar untuk lunch dan beli2 barang dapur. Bila tinggal berdua, memang sangat lalalala untuk ke sana ke mari. Dunia ini bagai ana yang empunya. Tanya je haziq nak makan apa. Laju je haziq jawab Mekdi pun boleh..ke apa lagi tempat makan best2 kat segamat ni ehh bu? Amboi, pantang offer laju je nak demand macam2 ehh? terus je laju jugak ibu jawab Takde tempat lain yang best lagi kat sini..ok, kita gi mekdi je lah..ada lunch hour pun kan start pukul 12 Apapun kuasa veto masih kat tangan ibu kan. haha. So anak kena lah menurut perintah. Haa mana nak? Makan kat mekdi ke makan megi?? kih3x...:p Lepas lunch terus pi terjah upwell pulak carik bahan2 nak masak mee kari. Special request dari haziq untuk menu hari ahad. Layankan je lah. Bukan susah pun nak masak mee kari kan. Dah lama jugak akak tak masak mee kari rasanya. Mula2 plan malam ahad tu nak layan megi je. Seryes akak dah lama tak makan megi. Akak tak berapa sangat dengan megi ni. Tapi haziq dgn mr mj pantang offer. Asal pergi beli barang dapur je tau2 hilang pastu ada je kat tangan dah mengangkut stok megi berbungkus2. Adoii, cakaplah apapun pasal megi ni. Buang air liur je. Entah macammana, lepas je naik mandi dan solat manghrib terus duk melepak kejap depan lappy sambil2 layan fb. Kebetulan lah pulak ternampak sorang kawan akak duk tayang paceri terung dalam fb tu. Masatu lah tetiba rasa teringin sangat mengalahkan masa mengidam pulak kan. Time tu jugak macam teringat, rasanya macam ada stok terung lagi dalam fridge. Lelaju gi dapo bukak peti ais terus je nampak terung, cili merah, tomato. Haaa cantekkkk! Apa lagi, senseng tangan senseng kain zap zup zap. Sambal berlada terung pun siap!!! Makan dengan nasik panas2. Pehhh!! Terangkat okeh!. Konfem mak mertua lalu belakang pun tak perasan. haha. Dah nama lalu belakang cuba lalu depan?..;) Burpppp alhamdulillah, kenyang betul lagi2 bila dinner pukul 10 mlm. Hurmm diet entah ke mana, jogging entah ke mana. Kasut sukan beria beli cantik lagi dalam kotak. Bila lah nak start jogging ni? Dan2 ni rasa insaf dan bersalah sebab makan malam2 (tddmka)..:p Ahad punya menu mee kari pun siap dengan jayanya. Siap je haziq pun berdesup ke dapur untuk makan. Sampai akak belum siap mengemas dan mengemop dapur dia dah ambik mangkuk nak senduk mee dan kuah kari. Punyalah tak sabar nak makan. Jangan tanya kenapa mee kari tu tak berseri ok! haha. Maklumlah yang nak makan pun akak dengan haziq je. Haziq mana suka ekseseri tambahan untuk menaikkan seri mee kari tu. Lagi buat dia bising adalah. Bukak je periuk kuah terus je dia, yeayyy! takde sayur. Entah sampai bila lah baru nak belajar makan sayur gamaknya ni?? Dengan sepanjang siang ahad ni dia busy dengan Lego nya buat robot. Apa?? Haziq dah remaja ala k-pop pun layan robot lego lagi ke? Biar betul!! Haaa, cerita pasal lego robot ni esok lusa akak cerita ye. Stay tuned!!!!..ececeh!!...;) Labels: family, menu, personal Wedding di JB
Jun 13, 2012 | Wednesday, June 13, 2012 | 8 comments
Arghhh baju bertimbum, entah bila nak mula projek melipat. 2 minggu punya stok baju kotor bayangkan jelah macamana kan. Tu pun masa kat rumah MIL akak sental gak guna tangan. Terus feeling mcm oshin. Kah3x. Nampak sangat selama ni mesin yang berpenat lelah..:pSekarang ni macam asyik rasa lemau je bila nak buat kerja rumah. Macam dah tak secergas dulu. Dah kurang feel lady gagah giteewww. Apakah? Faktor usia kah?? Kah..kah..kah.. Tapi lemau tak lemau pun sape lagi yang nak kena buat kan? akak jugak lah kannn. Siap vakum rumah siang tadi. 2 minggu tinggal dah bersawang sana sini. Pelik betul mana datangnya habuk banyak macamtu? ada pehtue ke macammana nak tinggalkan rumah lama tanpa habuk melekat tebal sana sini? huhu Tutup cerite kerja rumah. Nak imbas kembali saat2 indah sewaktu wedding cousin akak Sabtu lepas. Plan nak gerak awal pagi Jumaat pun last2 tengahari juga baru dapat bertolak. Lagi2 pulak hari Jumaat jadi kena lepaskan solat Jumaat dulu baru boleh bergerak ke JB. Dalam kereta lagi dah dpt call tanya dah sampai mana. Tetiba lepas tu pulak dapat sms yang bertulis.. Salam..bila mau mari? telur 30 papan dah menunggu ni..hehe..-ucu noh- Haa tapi dah tau dah tu cuma ayat gertak je. Masakan dah petang Jumaat telur belum siap rebus kan? hehehe. Sampai sana dalam pukul 4 lebih dapat jugaklah tolong isi goodie bag dan ikat telur pada bunga paha. Akak dengan ucu noh je yang dapat datang awal. Maklumlah hari Jumaat hari kerja. Family2 yang lain semua datang hari sabtu pagi. Ada yang balik hari, ada yang tidur hotel, tidur rumah sedara mara. Tak kisah lah kan. Pilihan di tangan masing2. Siap kenduri walaupun badan masing2 letih sesangat sempat jugak projek nak meronda2 bandaraya JB malam ahad tu. Plan asal nak cuci mata kat JPO tapi apakandaya masa tak mengizinkan. Pukul 8 baru dapat balik dan mandi2. So akhirnya malam ahad tu kitaorang layan bazaar karat JB aje lah. Jalan jemm biasalah malam cuti kan. Gitu gini gi kedai makan pun dah pukul 11 lebih. Sampai kedai makan dah tutup pintu sebelah, kitaorang tak reti2 nak balik lagi. haha. Tapi macam awal lah kot malam minggu kedai makan dah nak tutup pukul 12 kan? Bukan malam masih muda ke?ahaks. Last2 pukul 1 baru sampai rumah cousin akak kat Skudai. Tetiba rasa penat gila memang dapat bantal terus zzzzzzz tau2 je jam loceng subuh dah berbunyi....... Sweet je kedua2 mempelai ni. Sekarang ni pelamin pun dah canggih. Dah macam deko bersama eric pulak kan. Ada cermin kat background. Sangat mencabar tugas photographer untuk snap gambar. Silap2 nampak gambar photographer tu balik dari dalam cermin. hehehe.. Gambar pengantin je ke? Haaarussss lah tak kan. haha. Rasa2nya dalam camera cousin akak sorang ni, lagi banyak gambar kitaorg posing dari gambar pengantin. Bila lagi nak pose2 ramai2 macamni kan?..;p Ish3x, siapalah mak dara dan anak dara gedik dua orang kat bawah tu?? muahahahaha..:p Labels: family, personal, vacation Baru sampai
Jun 11, 2012 | Monday, June 11, 2012 | 0 comments
Penaaaaatnya tak terkata walaupun hati girang tak terhingga. haha. 2 minggu tinggalkan rumah, lebih kurang pukul 6.30 petang tadi baru sampai rumah semula.Kerja rumah banyak menanti. Kain baju confirm lah menggunung untuk dicuci. Rumah pun dah penuh habuk dan sampah. Angin tiup habuk2 masuk ikut bawah pintu rasanya. Oh! Penatnya. Belum mula 'kerja' dah boleh rasa letihnya. Masa berjalan tak letih pulak ye!..;p Tabby jugak sangat keletihan. Rindu kan rumah pun ye jugak. Kesian sangat tengok dia. Masa di JB akak terpaksa kurung je dia dalam cage. Walaupun dia tak banyak kerenah dan bising, tapi akak tau dia sangat stress dan tak selesa. Dia kurang sangat makan dan minum. Tidur pun kurang. Ni sampai rumah je barulah nampak dia bayar hutang tidur. Tapi belum makan banyak lagi. Risau jugak ni. Harap2 esok dia dah ok. Mata pun dah berat tapi sempat jugak lagi nak blogwalking dan update lebih kurang. Rindu pulak kat blog. Eceh kemain pulak nak rindu2 bila semangat blog dah kembali membara macamni lah gayanya. Banyak jugak cerita nak share pasal wedding kat JB. Esok2 lah akak buat entry pasal wedding tu. Nampak gaya kejap lagi nak kena naik atas masuk bilik cepat2 nak iron baju dan zzzz. Harini dari JB singgah Kluang pulak dulu cari spike shoe haziq. Merata mencari spike shoe ni. Susah betul nak jumpa rupanya. Tanya2 orang rupanya kedai sukan kat Kluang ni memang pembekal barang2 sukan untuk banyak sekolah. Banyak betul pilihan spike shoes dari macam2 range harga. Oklah, puas hati akhirnya. Dari Segamat sampai KL carik tak jumpa. Banyak cawangan al-ikhsan dah masuk pun takde juga. Yelah, sape sangatlah yang nak beli spike shoe ni kan? Benda yang jarang2 sangat kita guna dan hanya orang tertentu je yang guna. Hurmm entry takde gambar macam tak best pulak kan? Tapi selongkar2 gallery dalam telefon pintar akak ni macam takde gambar yang menarik je. Takkan asyik nak tayang muka sendiri je pulak kan?
cakkkk!! baaaaa..tayang muka caye takpe kan??..:p
Labels: family, personal, vacation Hari Lepak Sedunia
Jun 3, 2012 | Sunday, June 03, 2012 | 4 comments
Harini pagi2 lagi mak dah bagitau..Mak nak gi pasar ni, kita masak ikan asam tempoyak, udang lemak kuning cili api, goreng ikan gelama masin dan telur dadar..ok ke? Wow!! Lelaju je jawab.. Boleeeeeeeeh sangaaat mak..sedaaapnyaa..dah terasa2 asam tempoyak ni..sedaaap sangat..memang sedaaapnya maaaak!! Ayat tak boleh blah membodek2 mak. Hahaha. Kemain lagi kan. Sebab anak2 mak ni kalau mak yang masak memang lah kan. Bukan senang nak rasa masakan mak. Lagi2 yang duduk jauh ni. Sob3x.. So bila ada peluang mak offer diri nak masak, apa lagi lah kan. Bagai pucuk di cita ulam mendatang. Bagai orang mengantuk disorong bantal. Erkk sesuai ke guna pepatah2 ni ehh? hehehe. Masakan mak kan memang terbaek! Kat rumah kita dah biasa jadi tukang masak untuk anak. Jadi bila balik rumah mak, kita pulak jadi macam ala2 nak manja2 mintak mak masak itu ini. Tak sedar diri umur dah patut masakkan untuk mak pun. huhu Jadi harini adalah hari lepak2 dan makan2 je. Lagipun dah setiap hari start Rabu sampai Sabtu akak tak lekat rumah. Ada je program. So harini masing2 pun dah keletihan. Lepas masak, makan pastu tido. Peh! tak ke heaven sangat tu kan? Esok pagi nak gerak balik rumah MIL pulak kat Batu Pahat. So blog akan sunyi bila akak kat sana. Faham2 lah streamyx takdak, coverage pun nyawa2 ikan. Bakal berehat sehingga ahad rasanya. Jumaat pagi insyaAllah akak bertolak ke JB pula dari batu pahat untuk menghadiri wedding cousin akak kat sana. Bestnya tak dapat dibayangkan sebab semua family insyaAllah akan berkumpul. Weeee..;) Adik akak yang bongsu pun dah balik Shah Alam balik sebab esok dah start kerja. Plan nak balik petang pukul 6 pun dia postpone sampai lepas maghrib tadi. Last2 pukul 8 baru bertolak. Berat hati nak balik sebab semua masih ada. Kami ni bertiga je adik beradik. Kalau cerita tu bunyik macam ramai je kan. Tapi bertiga pun kalau dah berkumpul memang riuh satu rumah. Lagi2 kalau anak2 buah akak yang hero2 tu semua balik. Memang ribut taufan terus. Hahaha. Pening kepala atok nenek.. Tapi akak berdua dengan adik akak pun dah jadi dalam rumah ni. Kami adik beradik jenis suka cakap sikit2 gelak, borak sikit gelak. Ada je bahan nak buat ketawa. Berdua pun hidup. Campur bapak punya loyar buruk memang bingit gak lah rumah ni. hehe. Ok, kena stop dulu sebab mak dah panggil ajak akak makan. Makan lagi. Lagi2 makan!. muahahahaha..;p Ok mak! Jap lagi datang! Jangan abiskan kuah asam tempoyak tu tauuuu! p/s - entri ini ditaip pada pukul 8 malam tadi..;) Labels: entertainment, family, personal Jalan sana sini
| Sunday, June 03, 2012 | 2 comments
Fuh! Agak berhabuk jugak 'rumah' akak ni. Bila cuti2 balik kampung memang macamni lah. Siang bz ke sana kemari. Balik malam terus nampak katil dan bantal je. Letih gila dan tak dan nak update story n blogwalking. huhuSemalam jadual memang penuh, keluar rumah dari pukul 10.30 pagi sampai rumah pukul 11.30 malam. Letih toksah cerita lah kan. Semalam pagi mula2 ke Taman Einstek hantar cousin akak wedding. Akak dan adik akak dua kereta sampai terawal gila. haha. Kitaorg pulak yang excited dari pengantin. So terpaksalah tunggu pengantin datang ambik sementara lepak2 kat Zemart supermarket. Sempat gaklah posing tengah2 panas tu.. Haa jangan tanya kenapa baju sama je asal posing gi wedding. hahaha. Tak perasan pulak asyik2 bawak baju ni je bila balik kampung. Adoilah. Punyalah banyak baju lain, baju ni gak yang akak sambar time packing baju..;) Sempat jugak kami lepak2 dalam zemart tu sebab kat luar panas sangat. Orang lelaki semua lepak kat mamak. Yang ayu2 semua masuk zemart je. kui3x..:p Kat rumah pengantin sampai pukul 2.00 lebih kurang lah. Mr MJ bawak mak n bapak akak balik. Akak dan adik2 akak bersama anak2 naik kereta lain sebab ada projek khas yang lain. hehe Terus berdesup pulak pergi alamanda. Adik bongsu kan baru kerja. So ada lah benda yang dia nak shopping. Kakak2 nya ni bekap bagi moral support je. Sambil saja sibuk2 nak gi berjalan2 jugak. Tak muak2 ke pergi alamanda? Kitaorg adik beradik ni kalau pasal berjalan dan makan2 memang tak pernah muaknya. hehe
me n piji
Mesti boleh agak kan adik akak shopping apa berdasarkan bekgroun gambar kat atas ni. hehe. Sony Xperia S. Memang gempak. Jeles akak! Nasib baik saiz dia besar lah jugak kalau nak dibandingkan dengan tapak tangan akak yang kecik molek ni. kah3x..:p
Cun wehhh! Akak pun sukaaaa. Ada lagi dua model xperia ni. Tak silap akak xperia p n xperia u. xperia p akak sukaaaa sangat sebab saiz dia memang sangat cun untuk tapak tangan akak yang comel ni..:p Ok, takmo banyak cerita lagi. Besdey akak bulan 10 ni kalau ada sape2 yang rasa nak bagi adiah boleh lah. Bukan nak bagitau wishlist akak, tapi nak kasi hint je ni. Hint je ni tau!. Hahahaha..hintlah sangaaaaaat!!!..;p Labels: family, personal, vacation Balik Kampung!
May 30, 2012 | Wednesday, May 30, 2012 | 6 comments
Alhamdulillah malam tadi lebih kurang pukul 7.45 dah sampai Banting rumah mak. Walaupun kat rumah takde sape, mak dengan bapak je tapi tak kisah lah. Jumaat ni baru semua berkumpul.Pagi ni Banting hujan. Sejuk je cuaca. Memang best dan perut pun apa lagi? Lapar je lah. Plan nak keluar jalan2 dgn adik mungkin esok je lah kot. Harini macam letih pulak sebab malam tadi baru sampai. Macamlah jauh sangat Segamat-Banting pun kan? 3 jam perjalanan je tu pun dengan pemanduan berhemah. Haha Ni kalau adik yang bongsu tak kerja memanglah best. Ada gak teman nak bergelak ketawa buat bising dalam rumah ni. Bila takde kureng lah sikit. Lama pulak nak tunggu dia balik Jumaat ni. huhu Hari ni hari rehat sedunia. Mak pagi2 lagi dah cakap.. Harini kita tak payah masak lah ye..penat kan..apa kata kita beli lauk je? Kita beli ikan bakar dan lauk2 lain apa2 lah..kita borak2 je harini lagi best! Pehh! Kita yang travel mak pulak yang penat ehh? haha. Tapi tak kesahlah. Best gak tak payah masak. Dah lah mak dengan bapak yang pegi kedai beli lauk. Tinggal kasi duit je. Nasik pun dah dalam rice cooker tengah masak. Mak balik tinggal makan je. Memang heaven lah kan! Start esok sampai ahad jadual dah mula penuh. Nanti kalau sempat update lagi! Kalau tak penat lah. Kalau tak memang bersarang lah berhari2. hehe Nak sofa baru!!
May 21, 2012 | Monday, May 21, 2012 | 4 comments
Amboi kak nam, asal nak raya je mulalah nak macam2 ye? Nak langsir baru lah, meja baru lah, kusyen baru lah, sofa baru lah. Tu kak nam ok! Bukan akak..;)Diam tak diam tak lama je lagi sebenarnya dah nak menjelang bulan Ramadhan. Pada yang belum habis ganti puasa tu, sendiri mau ingat lah ye! Pejam celik tau2 je nanti dah hari raya. Asal sebut pasal raya je biasa lah kaum2 ibu ni terus lah teringat2 kan perabot dalam rumah kot. Meja kukuh lagi tak, tv dah cukup nipis ke tak, karpet tenggelam kaki ke tak dan macam2 lagi lah. Lagi2 pulak baru lepas 'terserempak' jiran sebelah kak jenab kat courts mammoth. Sah! tahun ni dia kalau tak sofa baru mesti tv baru. Hahaha. Senario umpama ini sering kita tengok dalam drama2 melayu lah kan. Dalam dunia sebenar ada lagi ke spesis yang macamni? Mungkin ada jugak kot. Akak? Bohonglah kalau kata tak suka ada barang atau perabot baru kann. Tapi siapa kenal rapat dengan akak dia akan tau akak 'spesis' yang bagaimana..;) Akak agak cerewet bila masuk bab beli barang2 rumah. Hanya beli bila jumpa yang betul2 berkenan. Mahal sikit akak tak kisah asalkan masih dalam kemampuan. Dapat yang murah dan berkenan lagi dialu2kan. Hehe. Akak tak biasa dengan prinsip janji ada. Jadi kerana itu, barang2 dalam rumah akak jarang sekali yang hanya bertahan untuk setahun dua. Kurang2 makan masa 4, 5 tahun, pendek cerita selagi masih elok akak memang tak tukar baru. Tak kiralah nak raya atau apa. Selamatlah mr mj kannnnn..;p Tak percaya akak macamtu? Meh tengok bahan bukti. hahaha..
Model yang berposing pada bahan bukti
Ok, perlu ke sofa baru? Tak kot, so mana nak tempah kat sini ye? Bila nak ke kedai cari kain pun tak tau lagi ni. Ni rasanya kalau orang lain dah lama ganti baru kot. Baru kini rasa kesan buruk bila beli sofa fabric ni. Lama2 dia akan mereput lagi2 bila kita letak dia di tempat yang mudah terkena cahaya dan panas matahari. Tapi ni pun setelah hampir 6 ke 7 tahun akak beli. Dari start beli tak pernah tukar cuma bukak dan basuh je. Berbaloi2 lah kan..;)
Sila jangan salahkan tabby juga di atas kejadian yang menimpa sofa akak tu ye. Tabby langsung tak bersalah tau. Tapi ramai jugak yang menyangka semua tu angkara tabby. Kena hengatlah, kalau dah 'ibu' tabby yang dah seberat ini dok memanjat sofa yang dah berusia emas ittewwww, haaa tu lah jadinya kannnn. Huhuhu..:p
Sekian, cerita tentang sofa. Ke ada sesapa yang baik hati nak sponsor sofa baru? muahahahaha..;p
Labels: family, home, personal Exam dan Weekend
May 19, 2012 | Saturday, May 19, 2012 | 2 comments
Salam Sabtu.Panas betul cuaca, best untuk sidai baju tapi tak best untuk buat aktiviti luar. Dah agak lama juga cuaca panas melanda Segamat rasanya. Mudah2an turun hujan rahmat bagi membasahi dan menyejukkan sedikit bumi 'Segar Amat' ini. Weekend ni tak kemana, berjalan2 pun tak balik kampung lagi lah tidak. Bila minggu exam macamni lah. Lebih selesa duduk kat rumah je bagi membolehkan haziq lebih fokus untuk buat last revision. Tahun 2012 ni peperiksaan pertengahan tahun adalah setara bagi seluruh negeri Johor. Jadi soalan peperiksaan adalah sama bagi setiap sekolah. Dan selepas beberapa kertas dijawab nampak gaya maklum balas kurang memberangsangkan. Ramai pelajar mengeluh soalan boleh tahan susah. Takpelah kot, ni cuma exam pertengahan tahun je. Biasa2 kan jawab soalan susah dulu. Esok exam PMR sebenar dah tak terkejut kalau soalan yang keluar 'tough'juga kannn..;)
cmnilah atas meja bila time exam..habis dinning table jadi meja study..2 in 1..hehe..opss! kerusi pun sama..:))
Arghhhhh (jerit ala2 ayu lagi sopan), kenapa lah ada gambar yang akak upload dia duk menegak je ye? puas melintang kan dia, bila masuk je kat sini jadi menegak balik. Tensi mak nak!!
Lupakan cerita gambar melintang menegak, sambung balik cerita exam ni lah. Sempena cuti2 di rumah, harini masak lauk feveret haziq, lemak kuning cili api ayam dan pucuk paku masak lemak. Haaa hamik, hero2 kat rumah ni memang gila dengan masak lemak. Kalau nak tengok diaorg makan bertambah2 dan berkali2 masaklah lemak. Apa jenis menu yang ada santan memang feveret dorang berdua. Akak kurang sebenarnya dengan santan2 ni, tapi demi mereka berdua, setia kukorbankannnn. Erkkk! setia pada asam pedas ok! Tu feveret akak. Takpun ikan berlada dan semua masakan sambal dan pedas2. Tapi bila masak lauk tu hero berdua pulak alahai slow je bila suruh makan.
Exam ada lagi seminggu. Lepas tu cuti sekolah. Tak sabar nak balik banting. Macam biasa jadual dah penuh. Tak sabar nak buat macam2 ni dan nak pergi jalan2. Maka bersedia je lah poketku akan koyak. Huk3..;p
Labels: family, home, personal Selamat Hari Ibu!
May 13, 2012 | Sunday, May 13, 2012 | 1 comments
Rata2 dalam facebook penuh dengan ucapan hari ibu. Sebenarnya setiap hari pun hari ibu kerana setiap hari pun rasa penghargaan kepada jasa ibu patut ada pada diri setiap anak. Dan bukan pada hari tertentu saja untuk kita sambut dan hargai ibu kita.Selamat Hari Ibu buat semua ibu termasuk diri sendiri, terutama bonda Syarifah Yasin. Terima kasih kerana melahirkan, terima kasih kerana menjaga dengan penuh kasih sayang sewaktu bayi, terima kasih kerana selalu menasihati untuk kebaikan, terima kasih kerana mengorbankan banyak masa untuk buat macam2 kerja dan terima kasih untuk segalanya. Segala jasa dan pengorbanan ibu tidak mungkin terbalas. Tiada perasaan yang paling indah selain, bila kita bangun je dari tidur dan anak datang cari kita dan dengan muka yang sangat innocent lagi suci dan senyum2 malu terus ucap, happy mother's day ibu! (suara paling macho) haha. Maklumlah anak akak dah bujang dah. Kalau masa dia kecik2 dulu lain pulak cara dia nak ucap selamat hari ibu. Kadang2 tiga empat hari sebelum tu pun dia dah sibuk ingatkan kita bila hari ibu. Dah besar ni lain caranya. Tak kiralah cara macammana pun, perasaan terindah seperti dalam hati ada taman bunga ini bila lihat wajah anak yang sangat lembut walaupun hakikat dia sudah besar lagi macho akan tetap dikenang sampai bila2. Terus sejuk je rasa perut yang pernah mengandungkan dia selama 9 bulan lebih..:) Harini nak masak makanan feveret untuk diri sendiri boleh? haha. Ok, kejap lagi mau ke dapo nak masak tomyam. Nyam3x. Daripada pi jamu selera kat kedai, apa salahnya untuk hari ibu, kita pula masak untuk diri sendiri kannn. Anak pun suka ibu pun ceria......:) Sekian.. Labels: family, home, personal Roti Arab
May 11, 2012 | Friday, May 11, 2012 | 2 comments
Ya habibi Ya Maulana. Selamat pagi semoga ceria. HeheNi cerita lama. Dah berbulan2 lepas. Tapi nak jugak cerita kat sini. Sebab 1st time makan dan rasa makanan ni. Biasa dengar orang dok menjamu selera di restoren arab. Akak juga yang belum berkesempatan nak pi cuba. Ni juga antara projek bila akak balik Banting. Bila balik sana macam2 projek dan planning sampai kadang2 tak menang tangan. Tak menang tangan lah sangat, macamlah banyak kerja nak dibuat. Mungkin lebih tepat kalau akak cakap, tak menang kaki sebab asyik berjalan je kerjanya. Biasanya akak akan berjimba dengan adik beradik akak bila balik sana. Maklumlah akak jauh, jadi bila balik sebulan sekali memang banyak habiskan masa bersama. Planning asal nak pergi melawat anak kucing. Ye, akak akan adopt anak kucing baru. Buat teman tabby. Tak sabar juga ni nak ambil dan bawak dia balik rumah. Tunggu waktu sesuai untuk bawak dia balik. Lagipun dia masih belum sesuai untuk dipisahkan dengan ibu dia waktu tu. Umur dalam sebulan, pastinya masih memerlukan susu ibu untuk tumbesaran yang sihat bagai johan. Kitten dah ada nama, Roxy. Cute sangaaaat. Dengar cerita dan dari gambar2 yang ditag ke akak di fb, dia dah aktif bermain dan suka main dengan bola. Best sangat! Akak pergi melawat kitten dalam pukul 3 macamtu. Lama jugak duduk berbual kat sana. Siap makan2 lagi hehe. Sedangkan dah plan untuk layan roti arab petang tu dengan cousin akak di Cyberjaya. Tapi tak kisah lah kan. Ayat standard....BUKAN SELALU makan banyak2 macamni..:p So dalam pukul 6 petang baru lah akak sampai ke restoren arab. Macam akak cakap ni kali pertama menjejakkan kaki ke restoren arab, akak tak boleh bayangkan macammana agaknya rupa roti arab ni. Dan apa jenis menu2 dia. Ramai yang dok sibuk cerita tentang nasi arab yang marveles. Ok, nasi tu boleh lah akak bayangkan juga dan akhirnya, restoren arab cyberjaya (lupa nama restoren tu huhu) here i come!
Tu diaaa, dah dekat besar meja roti arab tu.
Waktu akak sampai sana, cousin akak dah tunggu kat kedai. Of coz lah dia paling awal sampai sebab tempat keje dia memang dekat sangat dgn restoren arab tu. So, semua ni dia yang order. Akak yang tak tau apa2 ni ikut je lah kan. Menu ketika tu tak silap akak lah, roti arab (saiz l) macam dalam gambar tu, nasi arab, kebab kambing dan ayam masak apa tak ingat dah. Kebab tu sangat sedap. Rupanya roti arab ni ada saiz juga. Bila sampai memang macam surprise!! Besarrrrnya, boleh habis ke ni???
Dengan cousin tersayang..;) (cousin lain pun akak sayang juger taw!)
motif letak gambar sama?? sama tapi tak berapa nak serupa sangat..;)
Psssttt, ada rahsia ni. Sebenarnya, kami berempat kat sini. Akak, adik akak, cousin akak dan teeeetttt. Identiti orang keempat belum boleh dapat dipertontonkan di khalayak ramai atas sebab2 yang tak dapat dinyatakan di dalam blog ini. hahahaha. Hanya akak dan cousin akak saje yang tau siapakah dia. Hanya boleh diperkenalkan pada umum bila tiba masanya nanti. Semoga segalanya dipermudahkan ye kakak (bukan nama sebenar cousinku) wink! opsss! tersebut pulak..;p
Akhir kata terima kasih kepada F (bukan nama sebenar juger) sebab belanja akak ye! Best sangat dapat jumpa, berbual dan beramah mesra. hehehe. Satu kepala jugak kita ni dek!..;)
Dan satu senario menarik yang akak dapat tengok sewaktu berada di restoren ni. Akak dikelilingi oleh orang yang sedang asyik melayan benda ni...
Akak takleh bayangkan kalau orang dah ketagih dengan benda ni dan bawak dia bersama2 ke mana jua. Macam kelakar kot. Sambil2 shopping pun dok layan shisha ni. Bak kata F bukan nama sebenar. Boleh je nak bawak letak dalam backpack. Bila nak hisap tarik keluar salur dia je Adoilah..hahahahaha. Kelakar dek memang kelakar!!!!
Labels: entertainment, family, menu, personal Tabby oh Tabby!
May 8, 2012 | Tuesday, May 08, 2012 | 2 comments
Semenjak ada kucing kucing ni, masa terluang akak agak terisi juga..kadang2 rasa sibuk mcm menguruskan anak kecik lagi2 time nak balik kampung atau nak keluar berjalan ke mana2..Percaya tak kalau akak cakap akak tak pernah tinggalkan dia bila akak balik kampung? akak hangkut semua brg2 dia siap dgn cage sekali..dah jadi keje pulak kan..tapi tak kisahlah..tabby punya pasal..tak sampai hati nak tinggalkan..dah lah dia tak berkawan..tak lepaskan luar rumah..kalau asyik kena tinggal mau tekanan perasaan pulak kang..huhu Mana akak pergi memang dia suka ikut..kadang2 nak keluar kejap pun macam kesiannya tengok dia..akak boleh bayangkan mesti dia asyik panggil2 sbb selalu kalau akak hilang dari pandangan dia pun dia dok ngiaw2 panggil..tapiiii kalau dia yang hilangkan diri dari akak...akak pulak yang dok panggil2 carik dia kat mana..hehe Tabby menjadi penghibur hati kami sekeluarga senang ceritanya..haziq balik sekolah je terus tanya..tabby mana? memang manja budak bulus sekor ni..kesian dia takde kawan, so akak dah booking sekor lagi kitten untuk dijadikan kawan tabby..insyaAllah cuti sekolah ni akak ambik dia bawak balik..tak sabar rasanya.. Tabby ni akak dah kembirikan dia..apa tu kembiri? kembiri tu kasi..apa tu kasi? kasi tu dalam bahasa modern spay..hehe..apa tu spay? alaa senang cite dalam bahasa yang senang paham mandulkan..kenapa mandulkan??? Cerita pasal kembiri ni nanti akak cerita pada entry lain..tungguuuuuuu!..;) Kucing yang lepas kembiri ni dia lebih baik dan sihat..lebih dengar kata..tu yang best tu..tapi tabby jenis kucing yang tak berapa suka dipeluk..mungkin sebab sejarah silam dia yang akak tak tau ke kan..huhu..dia hanya suka ikut mana akak pergi dan faham banyak benda yang akak suruh..tapi memang tak suka bila akak pegang dia dan letak dia atas dada..cepat je nak bangun..dia hanya suka datang dekat2 akak gesel2 dan cium2 ibu jari kaki..kalau akak tengah pegang henfon..gesel2 kat henfon..kalau tengah mengadap lappy, gesel2 pulak dekat lappy..ishh pelik..apa motif buat cmttu tabby?? Dia paling suka main dengan cicak dan lipas..naluri semulajadi lah kan..kalau nampak lipas ada hampun lagi..tapi kalau nampak cicak? maklumlah cicak tu kan ke tinggi kat dinding..dia pulak kat bawah je kan..sangat kelakar dengar suara dia panggil2 cicak tu..kitaorg dah tau kalau tabby keluarkan satu bunyik mengiaw yang kelakar tu maknanya dia nampak cicak lah tu..dan mr mj akak paling suka layan tabby waktu ni..sanggup dia pegi angkat tabby tinggi ke dinding yang ada cicak tu..ada sekali tu, mr mj pi tangkapkan cicak tu dan bagi kat tabby..ayooo!! Bukan dia nak makan pun cicak tu..dia cuma main2 sampailah cicak tu longlai..tapi bunuh cicak dpt pahala kan? Mak aiii..geli lah bila cicak tu dah kiok kat lantai..tabby pun dah x teruja nak main..apa lagi..mr mj silalah buang cicak tu ye..sape yang rajin benar nak layan tadi? muehehehe Macam2 gelagat kucing yang seronok kita nak tengok sebenarnya..dan kadang2 kitaorg buli dia buat macam2..haha..terpaksa lah dia redho je kan....;p
buat homework ke abg haziq? tabby temankan ye?
apa yang susah sangat tu? bak sini tabby kirakan
hadoiii..mengantuk pulak teman orang buat homework ni..zzzzzzzz....
Sekiannnn..:)
Bermulanya alkisah - episod 2
May 2, 2012 | Wednesday, May 02, 2012 | 2 comments
Bajet telenovela gamaknya ni!..:pSambungan dari entry lepas.... Dengan tak disangka, satu hari masa balik rumah MIL akak..sampai je rumah tetiba ada sekor anak kucing yang sangat comel terus datang dan gesel2 akak..sangat manja dengan muka yang macam mintak kesian..hehe..akak musykil sebab setahu akak, kucing2 kat rumah MIL akak semuanya takut pada orang lain..semuanya hanya manja pada MIL akak je, tapi tiba2 sekor anak kucing ni agak pelik manjanya pada akak.. Dan akhirnya baru akak tau rupanya dia cuma kucing mendatang..kebetulan warna bulu adalah sama dengan kucing2 yang sedia ada kat rumah tu, jadi sape lah yang sangka tu kucing lain kan? Tak tau kenapa hati ini, setelah melihat wajah anak kucing yang manja tu, bagai disiat2 dan meronta2 untuk bawak anak kucing ni balik..mungkin juga sebelum ni memang dah pernah berhajat dan terfikir untuk mencari pengganti kucing yang dah tak balik2 sebelum ni..2 hari akak kat kg, cuma menguatkan hati untuk tidak bawak anak bulus ni balik namun akak gagal jua..bangun pagi je akak dah dok mencari mana anak kucing ni pergi..bila pandang wajah dia hati terus je jadi sayu..sambil mengenang..ntah mana ibu kucing ni..siapa adik beradik dia..dari mana dia datang..oh! akak memang touching! Dengan tidak berbekalkan satu benda pun keperluan kucing, akhirnya setelah dipersetujui secara paksa..haha..Mr. MJ akak pun bersetuju dan memberi kebenaran untuk akak bawak balik anak kucing ni..bawak dalam beg plastik merah je uols!..lapik dengan tuala kecik..dia pun kurus je masa tu..cuma bulu je agak gebus dan bersih..:) Sejam setengah perjalanan, mencabar jugalah..kucing mana yang reti diam dalam kereta kalau festaim naik kan? So macamtu lah juga anak kucing yang akak ambik ni..akak pujuk, akak dukung, akak usap akhirnya dia tertidur..kejap je pun..lepastu dia bangun dan bising balik..huhu Fuh! Sampai juga dan destinasi pertama akak perlu tuju adalah giant..kenapa giant? sbb akak perlu carik makanan kucing dan memandangkan hari dah malam dan petshop dah tutup jadi gaint lah kan yang akak tuju..makanan tu yang paling penting..lain2 boleh tangguh dulu..dan anak kucing kenalah duk kejap dgn Mr. MJ dalam kereta..dan satu insiden telah terjadi...jeng..jeng..jeng....... Siap akak beli apa yang akak nak, akak pun menuju semula ke kereta lah kan..tengok2 Mr. MJ dah keluar kereta..oh! ambik angin agaknya..tapi bila lihat air muka cik abang akak kelat je...hurmm, ni mesti ada apa2!!!! "Kucing ni dah membuang..habis menitik2 ni!!"......Haaaa?? hanya tu yang mampu akak jawab..hehe Apa lagi, cepat2 lah naik kereta dan pecut balik rumah..siap menitis2 dalam kereta u!..hamik! udah menambah keje lah kan..takpe, dugaan pertama bela anak bulus..;) Sampai rumah, bawak masuk, anak bulus nampak begitu cepat menyesuaikan diri..berjalan sambil mencium2 lantai, akak beri makan dan minum.......welcome to Mr MJ's family, Tabby!!.. hari pertama menjadi anak angkat..;) cepat belajar IT budak bulus ni..;p Dan semua gambar2 ni adalah gambar2 6 bulan lepas..sudah pastinya sekarang sudah membesar bagai johan..;) p/s - pasni confirm blog penuh cerita pasal anak bulusss je lah kan.....;p Ehh dah baru ke??
Apr 30, 2012 | Monday, April 30, 2012 | 0 comments
Salam Isnin yg biru..monday blues lah pulak kan..hehe..fuhhhhh!! nasib baik ingat lagi password kalau tak kena register baru lah kot..:pSemangat mcm berkobar pulak hari ni nak masuk blog..lama giler wehhh tak layan blog..bajet hakak bz tak hengat skrg ni mengalahkan business woman..ahakssss..bajet lah sgtttt kan..ttdma..kwang3x.. Tapi sekali masuk je..alamakkk..nape dah jadi cmni ni? email address pun dah tersalah okieh masa nk log in..haa nampak lah sgt kan apa maknanya tu?? huhu..mujur blog tak majuk..kalau tak haru nak memujuk..byk giler cerita dah ketinggalan ni..belek punya belek nasib baik gaklah jumpa mana tpt nk post cerita baru..haha..kalau tak jumpa malu hakak..konfem kecoh dlm fb kot mintak tolong org..syukur gaklah i ni celik IT sikit kan..ngeeee..;D Apa nak cite hari ni ye?? hurmmmmm.... Semalam adalah balik banting..tapi sgt tak puas sbb balik kejap je..sabtu ptg sampai dan ahad ptg dah kena blk rumah balik..sob3x..tp plan tetap berjln mcm biasa..memang tak lekat rumah..mmg hoyehh sangat2.. Sabtu mlm ahad jam 8 dating satu family dgn mak bapak sume kat flamming shah alam..layan perut beb! lama tak makan byk2..keh3x..:p sape belanja??? Of koz lah adik kesayanganku yg baru dpt gaji pertama..i loiiikeee..nanti gaji kedua ketiga pun belanja lah lagi yeeeee!! hehe..sbb dia dah blanje hrni nak tayang muka hensem dia dlm blog..japp naaa!! tadaaaa!!..baru buat rambut time ni..hehe Cuti sek ni kita projek lagi ye! weeeee..adik beradik memang kaki berjln..kalau demam pun asal boleh angkat kaki mmg hidup je kalau pasal berjalan..nasib baik dpt laki very2 the understanding onee..tu yg bertambah cayunk kat che abe tu..;) Sekarang ada hobi baru..iaitu bela kucing...erkkk bela kucing tu hobi ke?? tak kisah lah kan nak panggil apapun..meh nak tayang anak bulus kesayangan akak ni..festaim woo masuk blog..jeng..jeng..jeng... feveret port dia kalau time tido siang.. Ok, dah dulu lah kot.nanti esok2 cerita lagi..rindu bangat sama semua!! muahhhh!!.. Labels: family, info, personal Kisah lucu..lucu ke??
May 25, 2010 | Tuesday, May 25, 2010 | 6 comments
Wknd sabtu dan ahad adalah cuti. ehh2 sabtu x cuti. my mr MJ ada kursus. haziq pulak ke penang ada program astronomi. So wknd semlm ni adalah plan utk blk bp. sbb ada jemputan kawin. tau ada jemputan pun, kezen2 yg dok tnya sana sini. akak blk ke tak. so tnya mr MJ dia pun kata dia jgk x tau ada kenduri ke tak, sbb masa blk 2 ming lepas mmg takde kad n masa call mak pun mak x ckp apa2. Ok2. takpe, ni masing2 dh sibuk bgtau. yg ajak2 blk pun ada. biasalah, masa2 kenduri nilah masing2 sibuk berjanji2 smbil2 leh berjmpa2 dan bergossip2..;-) Akak ckp kat mr MJ. jom jelah kita blk, sbb selalu kad ada kat kat kg kan. ok, kata sepakat dicapai maka kami pun vroom blk kg pada tghri hari sabtu selepas zohor. eceh!!..;p Mcm biasa, packing2 utk blk kg dgn tujuan menghadiri kenduri ni mmg lain sikitlah kan. packing kena lelebe sikit. mcm2 nk ingat ni. baju apa nk pakai??. tu pun mkn masa stengah jam belek2 dlm almari tuh. hahaha. poyo! tudung apa pulak nk matching kan?? ambik stengah jam lagi....:p Siap pilih2 baju akak baju MJ. kenalah siap2 iron kan. sbb senang nnti takyah nk iron2 baju kat kg. gantung je siap nk pakai dh senang. baju dan tudung dah. apa lagi ehh? oooo ok2. kasut jgn lupa. hahaha. mcm ready2 nk raya pun ada gak ni..:p Okieh, counter check sblum bertolak blk. sume complete. takde yg tertinggal. cantik!! lepas solat zohor akak pun, jom bang kita bertolak. fuhh! feeling perantin baru korang. bedua2 an dlm kete blk kg. dh lama woo x feeling cenggitu....:p opss2! klau ada sesape loya akak tak bertanggungjwb yer! hahahaha.. Plik pulak dgn semangat kali ni. selalu nk gi kenduri kawen pun takde excited cmni. mcm ada sesuatu je kan. ermmmmm.. Kitaorg smpai kg lebih kurang pkul 4 lebe. sampai2 mcm biasa borak2 lah dgn mak. pot pet pot pet. tetiba akak tringat nk tnya, mak hr ahad ada kenduri kawen umah tutttt (nama dirahsiakan atas sbb keselamatan..haha) ye mak? pastu mak pun secara lemah lembut segan2 nk jwb. aah adaaaa, tapiiiiiii, acim (nama manje mr MJ) punya kat jemputan takde, pastu takde pulak pesan suh jemputkan acim. suasana sepi seketika. kedengaran bunyik siulan burung dan bunyi miawan kucing sahaja. kami spceechless! tapi tiba2 hmpir serentak kami gelak2 besar. hahahaha. adoiii malu pun ye jgk sbnrnya. beria semangat blk nk pegi jemputan. rupa2nya org x jemput ponn.... Mak sgt serba salah dan terus je bertanya, ni blk sbb semata2 dan pegi jemputan lah ye? cecepat je akak jwb. ehhhhhh, taklah mak. saja je mmg nk blk. haziq kan ke takde. saja je lah. kebetulan sipolan2 (juga dirahsiakan atas sbb keselamatan) yg bgtau ada kenduri. hahaha. poyo tau bg jawapan kat mak kaver malu punya pasal! Ermmm, korang rasa ni crite lucu ke, crite sedih ehh? akak pun x tau lah nk ketegeri kan cite apa ni?? hahaha. tp akak anggap ni cite lucu. sbb mmg kelakar lah kan. beria blk dlm kete siap gantung2 baju bagai. last2 duk umah je pakai jeans n tshirt jelah. mr MJ pulak spt biasa menjalankan kegiatan biasa bila blk kg iaitu. bersantai2 dlm kebun. muahahaha..;p Pernah ada pengalaman yg serupa????? gambar tiada motif. muehehehe..;p Labels: family Kalau tak dpt hadiah hari ibu korang merajuk tak?
May 10, 2010 | Monday, May 10, 2010 | 2 comments
Tp serius akak tnya ni. soalan cepumas utk ibu2 dan bakal ibu. sbb ada yg smpai muncung2 taw, sbb ank n hubby tak wish or beli kek ke bagi hadiah ke. ermm merajuk ni best kan? bestlah klau ada yg pujuk kot...;p Ok sblum akak berceloteh pnjg, akak nk wish selamat hari ibu kepada ibu2 sekelian. wpun hari ibu semlm kan, tp blum terlambat sgt nk ucap happy mother's day ni rasanya. kerana bg akak hari2 pun hari ibu. ngeee. suka2 je nk rasa mcmtu. buleh je kan??....:p Menjawab kpd soalan yg akak tnya tu. sndiri tnya sendiri jwb. ok pe!!. ekekeke. ermm, bagi akak lah kan, hadiah ke ucapan ke, kek ke apa2 jelah yg berupa sambutan bersempena utk hari2 istimewa tertentu, bohonglah klau kita x gembira klau kita ni diraikan dan dihargai. sape2 pun mesti mmpunyai perasaan yg sama. tp takdelah smpai merajuk klau tak dpt hadiah tuk hr ibu tu. tp dulu2 masa baru kawen ada gak merajuk sbb x dpt adiah besdey. hahahaha. tu dulu okey, blum matang! hahahah. Cuma bila akak dh mula matang dan matured sikit. bukan tua ye. muahahahaha. akak mula lebih rasional dlm menghayati ucapan atau penghargaan yg berbentuk material dari pasangan ataupun anak2. Klau hubby x wish atau x bagi present, anak2 x ingat hari ibu atau x raikan utk kita. akak pasti bukan sbb hubby x cinta atau ank2 tak sayang kita. mgkin kdg2 dorang ni amik mudah ler kot. org lelaki x mcm kita org prempuan. sbbtu dorang pun tak merajuk klau kita pulak x ingat nk wish atau belikan apa2 pada besdey atau hari bapa utk dorang kan..;-) Yang penting, apa yg ada dlm hati. setia kasih sayang ikatan cinta dan kekeluargaan kan bukan bergantung semata2 pada hadiah atau pemberian kan. akak tringat kat mak2 zaman dulu2. manalah ada hari2 ibu ni kan. sambutan harijadi pun rasanya jauh sekali. tp tgk family dorang rukun bahagia jgk. ikatan kasih sayang suami isteri jugak alhamdulillah berkekalan smpai berpuluh2 tahun dan smpai ke hujung nyawa. Cuma zaman skrg dh berubah, mcm2 hari sambutan dh wujud demi menunjukkan penghargaan pada org tersayang. kot manalah tau kejap lagi ada hari isteri ke, hari suami ke, hari anak2 ke pulak kan...;p ermm makin ramailah yg muncung dan merajuk bila hari2 tersebut tak diraikan sebaiknya oleh pasangan dan ahli kluarga kot. hehehehe.. Bagi akak apa yg pntg sbnrya ikatan kasih sayang dlm hati tu lah kan. klau ada diraikan tu kita anggap jelah tu sbg satu bonus. yg pntg tak perlulah kot smpai nk merajuk2..;-) Utk hari ibu kali ni, akak dh cukup gembira kerana menerima ucapan dari ibu dari anak tersayang pada pukul 12.08 mlm semlm. hehehe. awal giler lah konon tu kan. takde hadiah pun. tp akak tau dia selalu sebut pasal hari ibu tu. takpe haziq, ibu taknak hadiah2 berupa material tu nak. klau nak hadiahkan ibu, cukuplah sekadar hadiahkan ibu doa, hadiahkan ibu kejayaan cemerlang dlm pelajaran dan kehidupanmu, hadiahkan ibu dgn menjadi ank yg solleh, hadiahkan ibu dgn ingatan, kasih sayang haziq yg tulus ikhlas berkekalan utk selamanya..ohh tetiba akak touching! Errm cuma akak tringat time haziq kecik2 dulu. ada sekali tu dia paksa ayah dia kot tuk belikan akak coklat ferrerro rocher tu. pastu konon2 sepraislah dia kasi kat akak. coklat tu mmg feveret dia dan akak. of koz lah kita hepi sgt2 bila ank ingat kita kan. dan sbb ingatan dia tu lebih bernilai dari apa yg dia beri tu. coklat tu kesemuanya akak kasi dia yg mkn blk. dan dia pun makan pulak tu. hahahaha. maklumlah masa tu dia kecik lagi. dah kita kasi dia pun makan lah kan. cuma setiap kali dia nk makan mesti dia ckp. ibu makanlah, haziq dh taknak. tp akak ckp takpe haziq makanlah. ibu tak suka coklat tu........... Haziq, kalau ada baca blog ibu nih. sok2 dah besar klau ada nk kasi seprais lagi kat ibu. takyahlah kasi2 cokelat ke ye. ibu tak kisah. lagipun coklat2 ni menggemukkan. ermmm, tp klau nk kasi jgk, kasiklah smart phone ke pda ke, kasi kereta pun ok gak. hahahaha. poyo punya mak! td kemain siap mntak doa je, tetiba lain pulak ye. hehehehe.. lalalalalalala...... Dan buat emak tersayang. selamat hari ibu. segala jasamu amat ku kenang. semoga sentiasa sihat dan bahagia. wpun kita jauh di mata tetapi sentiasa dekat dihati....i luv u mak!! Labels: family Rubix cube
Jan 14, 2010 | Thursday, January 14, 2010 | 4 comments
Kuatnya angin..sejuk menusuk ke tulang sum sum nih..hehe..segamat dh lama jgk x hujan..tp tak ler terasa panas sgt sbb hari2 angin kuat..hmmm angin kuat jer perut lapar..haishhh..haa yelah tu..hujan perut akak lapar, panas lapar jgk, angin kuat lapar lagi..byklah akak punya lapar!!..![]() Rupanya budak2 ni ikut formula..oooo alaaah!!..senang jelah klau ikut formula..tp yeke senang???..huhu..tak korang..akak dgn eksyen nya suh lah haziq ajar akak formula tuh kan..hmmm hampeh gak..formula dia ada byk..dan ada byk step..so daya ingatan dan kecekapan mmg perlu tunggi jgk..sbb bila kedudukan warna tu berlainan kita kena gak gunakan daya kecekapan otak utk berfikir kan..tu satu cite..diaorg leh buat laju2 dlm seminit lebe tu akak kagums tuh..dasyat lah bdk2 skrg ni..caiyok2.. Zaman akak sekolah dulu..rasa2nya ada lah dlm sorang dua je yg boleh siapkan sume warna tu..tu pun mkn masa sejam dua plg awal..takpun..amik masa stengah hari gak lah baru dpt siapkan..tp bdk2 sekrg dlm seminit dua boleh siapkan..mmg advance betullah..selarilah dgn perkembangan dunia zaman skrg ni kan..yg mencipta formula ni mmg lah terer..kagums2.. Hmmm..bilalah akak lak nk terer main rubix cube ni??..55 saat siap..apakah???..boleh kah??..mungkinkah??..fikir2 kan lah!!!!..hahahaha... Labels: family Peristiwa di cuti krismas
Dec 28, 2009 | Monday, December 28, 2009 | 6 comments
Keh..keh..tajuk enty mcm tajuk karangan darjah 6 lah kan..apa habaq kengkawan sume??..hamboi memasing nih..sakan bercuti yer..so apa jer program cuti2 hrtu?..Bagi akak ada dua tiga peristiwa yg berlaku cuti kali ni..wpun akak tak blk kg side mana2..coz en MJ akak ada kerja yg nk dia settle kan..ermm tahun dia rasa mcm dia xtra bz pulak..huhu..berlaku jua peristiwa yg tidak dijangka..yg pada waktu itu sesungguhnya benar2 membuatkan akak dan en MJ dlm dilema..haishh..semenjak dua menjak ni byk pulak dilema diri yer..hmmm.....;p Hari krismas lepas lbih kurang kul 10 lebe kot..sedang akak dan en MJ bermanja2an di dapo..oppsss!!..maksud akak bekerjasama memasak2 di dapo..tetiba haziq menjerit memanggil akak.."ibu sini jap".."cuba tgk ni".."cepat bu"..akak pun berlari2 anak lah menuju ke arah dia yg sedang asyik mengadap laptop akak ni.. Akak sangat terkejut x tau apa perasaan sbnr di hati time tu..lalu akak pulak menjerit.."tabang meh sini cepat"..en MJ pun berlari2 ank lah jua menuju ke kami pulak..hehehe..riak wajah en MJ juger terkejut tetapi telah terbayang perasaan di hatinya.. Alhamdulillah haziq telah ditawarkan ke sekolah berasarama penuh Malay College Kuala Kangsar (MCKK)..ye kami bertiga semestinya sgt gembira dgn tawaran tersebut..akak tanya haziq.."nk pegi ker?"..haziq laju je menjawab "taknak bu"..jawapan yg akak mmg dh tau sedari awalnya..akak tersenyum lega.... Yer, akak tau..setiap dari kita mgkin mempunyai pandangan, pendapat dan pedirian yg berbeza2 mengenai hal begini..justeru bertalu2 lah pertnyaan yg akak terima dari kwn2..kenapa haziq taknak pegi??..kenapa ko tak kasi dia pegi??..rugi sgt2..ralat sgt2..bagilah ruang utk dia..bukan sebarangan sekolah yg dia dpt ni..dan mcm2 lagilah.. Akak hanya ada beberapa alasan dan pendirian yg pastinya sama jua dgn en MJ.. Pertama : segala keputusan adalah di tgn haziq..tiada paksaan dari kami dlm hal ni..haziq taknak..itu keputusan dia..kami ikut saje..(bkn bermaksud kami ikut sume kehendak dan kerenah dia)..pengecualian utk kes ni jer.. Kedua : sekolah manapun jua boleh menjadi platform terbaik utk mana2 pelajar utk mencapai kejayaan yg cemerlang..selagi terus gigih berusaha dan fokus pada pelajaran insyaAllah akan berjaya.. Ketiga : bagi akak dan en MJ masih terlalu awal utk melepaskan haziq jauh dari kami..klau dia pegi..ni merupakan turning point dlm hidup kami sekeluarga..ye bukan haziq nk pegi dan tak boleh balik langsung ke..kami jgk boleh still selalu melawat dia..tp keadaan pastinya dah takkan sama..bermula dia melangkah kaki keluar je..dia kan keluar smpai dia kerja nanti..smpai masa yg sesuai nanti insyaAllah dgn sgt2 terbuka hati kami melepaskan dia jauh dari kami.. Keempat : dgn sekolah berasrama penuh tidak menjanjikan juga kejayaan yg sgt cemerlang utk masa dpn dia..xde sijil kepastian bahawa spm dia akan dpt staright a juga..sekolah biasa juga telah terbukti dpt melahirkan pelajar2 cemerlang di peringkat pmr dan spm..berbalik lah di mana jua kita boleh berjaya selagi kita x jemu berusaha bertawakkal pada yg Esa.. Jummat hari cuti krismas kami dpt berita menerusi on9 tenet..esoknya sabtu pagi sedang akak bersiap2 nk ke melaka..surat tawaran pun smpai..haziq mmg gembira smpai suruh akak filekan surat tawaran dia tu..dia ckp bukan sume org ada surat ni bu..smbil tersenyum lebar..akak hanya berdoa dan terus berdoa..semoga keputusan ini adalah yg terbaik utk masa dpn dia dan ikatan kasih sayang kekeluargaan kami.. Sabtu adalah peristiwa juger..to be continue lah yer..udah pjg bebenor dah ni..nxt entry akak cite peristiwa di hari sabtu yg sungguh indah dan ceria..hehehe..... Labels: family |