
![]() |
Uols pakai apa?
Jun 27, 2012 | Wednesday, June 27, 2012 | 3 comments
Ada orang suka berahsia bila bicara soal produk kecantikan atau produk rawatan kulit wajah. Untunglah bagi mereka yang memiliki kulit wajah yang putih dan mulus semulajadi. Natural beauty kata lainnya..;)Macam akak pulak, bila bercakap soal penjagaan kulit ni sebenarnya dah naik malas nak fikir. Dulu masa sekolah langsung tak pandai nak jaga2 kulit muka. Pelembab ke krim ke hape ke, satu benda akak tak pernah letak kat muka, kecuali pencuci muka dan skrub muka je. Entah kenapa dulu malas sangat nak tepek2 krim muka sebelum tidur dan tak suka sangat dengan efek berlengas dan melekit2 pada kulit muka. Maklumlah zaman sekolah, mampu nak beli pun tentulah sekadar krim2 yang dijual di supermarket2 je kan. Tu pun yang bawah rm10 kalau boleh yang dapat bertahan 6 bulan. hahahaha. Tapi nan ado jugak akak beli. Start reti sikit nak jaga2 kulit ni bila dah mula bekerja. Itupun bila dengar kawan sana sini rajinnya buat rawatan facial lah, spa lah dan semua jenis perawatan kulit dan tubuh dorang buat. Akak ni masa tu buta langsung pasal krim2 ke hape ni. Pelan2 lah kawan ajar dan pelan2 juga akak try pakai. Seryess, tetap tak suka bila sapu krim2 ni terus rasa macam berminyak2 je kulit muka. huhuh
Bila dah dok setengah hari dalam ekon kat bank, kulit pun tersangat kering sehingga ada lah rupa seakan2 baru buat proses pengelupasan. haha. Ni original punya menggelupas ko! Menggelupas sebab terlampau kering. Barulah berjinak2 dengan pelembab jenama olay! Tapi dulu bukan olay ye. Dulu dikenali sebagai oil of ulan. Packaging dia pun lain sikit. Try gugel tak jumpa pulak packaging yang lama.
Tapi olay ni macam tak serasi dengan kulit akak. Buat kulit sangat berminyak dan berlengas. Kemudian akak bertukar kepada ponds. Yang ni best jugaklah. Suka pakai sebelum pakai make up. Bila letak ponds ni rasa mcm smooth je kulit bila sapu bedak..;) Lama guna ponds ni, tu pun cuma guna waktu siang je. Malam masih belum rasa selesa nak tepek2 krim apapun atas muka sehinggalah lepas akak berkahwin dan anak pun dah masuk sekolah. Lama-kelamaan perasan kulit muka bertambah kering. Kebetulan masa tu tengah hangat di pasaran produk pengelupasan kulit ni kan. Akak pun tak ketinggalan untuk mencuba dan dah bermacam2 produk akak cuba, tetap tak jumpa produk yang betul2 serasi dengan kulit muka. Tengok orang lain pakai semua kulit jadi putih mulus. Akak pakai habis muka keluar benda bukan2. Sedih betullah!..:( Produk dari berbagai range harga akak dah cuba, produk tempatan pun dah yang branded2 dari luar negara pun dah. Entah lah kulit memang dah kematu agaknya. Memang pelik lah kan. Orang lain pakai semua jadi bertambah cantik tapi akak pakai habis naik ruam2 satu muka. Dulu pernah lah sekali guna satu produk tu macam ok lah juga tapi rupanya ada kesan sampingan yang tak elok lah pulak. Bila tau terus lah akak stop. Takpelah tak cantik janji tak memudaratkan. huhu Sehinggalah sekarang, akak tak pernah stick dengan satu jenis jenama produk penjagaan kulit lagi. Kadang2 rasa tak berbaloi bila kita kena keluar belanja yang banyak untuk hasil yang biasa2 je. Jadi, masih tercari2 apa agaknya produk yang serasi dengan kulit muka dan boleh buat kulit akak mulus dan gebus tetapi tak perlu keluar belanja yang tinggi. Sekarang ni, pipi je yang naik menggebu, kulit tetap berkarat. wakakakaka..;p Mujurlah ada aplikasi2 canggih di talipon bijak yang bisa menghasilkan kulit wajah yang gebuss dan muluss tanpa perlu mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membeli produk2 muka yang mahal. hahaha. Apa lagi jom install camera360. Anda pasti berpuas hati!!...:p Hari Terbuka
Jun 21, 2012 | Thursday, June 21, 2012 | 2 comments
Gelapnya cuaca. Dah lama bumi Segamat tak dibasahi hujan rahmat. Syukur juga kalau dapat hujan ni. Sejuk sikit cuaca.Harini hari terbuka ataupun hari mengambil report card anak2 di sekolah haziq. Pasti ramai anak2 yang kecut perut ni, bila mak bapak datang bersama anak2 duduk berhadapan dengan cikgu kelas masing2 sambil mendengar komen2 positif dan negatif cikgu2 terhadap prestasi pembelajaran anak2 di sekolah. Zaman akak sekolah dulu senang. Report card bawak balik rumah. Agak2 kalau rasa markah agak kurang memberangsangkan, pandai2 lah nak hidup. Jenuh lah meniru sign bapak atau mak ye. hahaha. Tapi akak tak berani buat woo! Sign bapak akak memang jenuh nak meniru. Tangan dia sangat berseni. Kalau tiru jugak konfem kantoi. Nasib badaaaan!! kih3x.. Seawal 8 pagi akak dah bertolak ke sekolah bersama seorang lagi rakan yang anaknya juga sekelas dengan haziq. Saja pi pagi2 supaya tak lama menunggu sekiranya parents pelajar2 lain dah ramai menunggu giliran. Sampai2 je kami berdua rasanya parents pertama yang datang. Semangat betul ambik report kad anak. Hihi..;p Sebenarnya, mr mj juga merupakan cikgu di sekolah yang sama. Tapi saja lah nak jugak sama2 sibuk menayang muka kat cikgu kelas haziq yang kebanyakan cikgu2 sekolah tu akak dah kenal pun. Ada yang memang antara kawan2 baik akak je pun. Maklumlah wife cikgu otai kat sekolah tu..;) Sampai2 je sekolah dah ada pengawas yang menyambut dan mengiring kami menunjuk arah ke dewan sekolah. Walaupun akak dah tau dewan tu kat mana, 'otai' ler katakan haha, tapi takpe kasi peluang kat pengawas tu yang nampak bersungguh2 menjalankan tugas yang diberi oleh cikgu kepada dia. Sempat juga seorang cikgu yang juga merupakan antara sahabat baik mr mj mengusik kami. Beria dia menahan pengawas tu sambil memberi arahan dalam keadaan tersenyum2.. Yang ni (sambil menunjuk ke arah akak), awak mesti bawak dia betul2, jangan tinggalkan dia, tunjuk jalan sampai betul2 depan dewan tau!! Hahahaha. Sajalah tu kan. Dan tentu2 tau akak memang dah pro jalan ke dewan sekolah tu. Mana kan tak mahir, dulu masa muda2 eceh! dewan tu lah tempat mr mj beriadah sukan badminton. Dulu2 memang rajin ikut dia dan tengok dia main, tapi semenjak haziq dah bersekolah dah tak pernah ikut. Kesian lah kat anak, malam memang waktu busy untuk study dan buat homework. Terpaksalah berkorban. Lepas dari hari terbuka apa lagi kan? Jam baru pukul 9 pagi. Perut pun dah berbunyi. KFC breakfast seolah2 dah memanggil2. Terbayang2 waffle dan coffe. Sedaaapnyaaa..;p Gambar mana? Adoyai, tak taulah kenapa hari ni tak teringat langsung nak snap gambar ke apa. Teruja sangat nak ambik report card kot sampai terlupa semuanya......:p Tips mudah untuk belajar! Tak percaya cubalah!!
May 6, 2012 | Sunday, May 06, 2012 | 4 comments
Salam ahad penuh ceria.. Kali ni, entry untuk adik2 dan anak2 yang bernama pelajar..pastinya akak dulu pun pernah bergelar seorang pelajar..zaman akak dulu tak banyak sumber kita boleh carik tips atau apa saja program yang boleh kita baca dan kita ikut..tak macam sekarang..semua pun hanya dihujung jari..dah lebih canggih takyah susah nk ketak ketik keyboard dah pun..touch2 je pun dah dapat macam2..zaman dulu internet pun takdak lagi..:( Segala suka duka, riang ria melalui zaman remaja alam persekolahan semua akak dah rasa..zaman di mana kita mula rasa ingin memperjuangkan perasaan dan hak sendiri sebagai manusia dan zaman konflik untuk mengenali jati diri sebenar..masa tu pastinya kita sebenarnya tidak berfikiran jauh..apa yang kita fikir atas apa yang hanya kita nampak depan mata saje.. Malas belajar, malas buat homework..tu perkara biasa yang dialami oleh kita yang dinamakan pelajar..sedangkan yang dah tua ni pun ada kalanya malas nak kerja malas nak buat itu malas nak buat ini..tapi makan tak pernah malas, main fb pulak tak pernah yang tak malas..haa, cmne tu?? hehe Sekarang, akak sudah pun lama meninggalkan zaman itu kerana akak telah pun bergelar seorang ibu..sikit sebanyak akak juga belajar dan memahami beginilah rupanya perasaan setiap yang bergelar ibu..dulu akak tak suka mak bising2, mak suruh2, mak paksa2, mak marah2..sape yang suka kan? walaupun hakikat ketika itu, akak sangat tau, mak begitu kerana mak sayang..tapi tetap tak suka cara yang begitu kan? Sehinggalah kini, bila akak dah berada di situasi sekarang akak cuba menjadi yang lebih baik..memang tak boleh sempurna itu sudah pasti..tapi akak cuba yang terbaik! bukan anak2 je sentiasa nak jadi yang terbaik..ibu2 juga mesti sentiasa ada rasa untuk jadi ibu yang terbaik pada anak2..baru lah adil kan?..;) Kalau akak dulu, akak sangat mengharapkan mak akan faham apa kehendak akak..faham perasaan akak..faham konflik diri akak..nasihat yang terbaik..sentiasa beri sokongan dan semangat pada akak dan macam2 lagilah..so akak cuba beri itu semua pada anak akak pula pada hari ini.. Sape yang rasa dia rajin belajar? cuba angkat tangan!! hehe..rasanya budak genius macammana pun kalau ikut hati dan apa yang dirasa tentu lah malas juga kan..lagi best gi mall tengok wayang, atau ronda2 dengan member naik fixie, futsal dengan geng2 pun orait jugakkan..study?? hadoinyepun lah kan....;p Sape juga kata seorang pelajar tak boleh buat semua tu? sebagai ibu akak tetapkan izinkan anak akak keluar nonton wayang atau lepak mcd dengan kawan2..akak bagi je anak akak naik fixie tapi dia pulak yang tak minat..hurmm senanglah keje akak kan..hik3x..;p Tapi semua tu kenalah pada masa yang bersesuaian dan bertepatan..hidup asyik belajar je pun boleh jem otak ye tak? komputer kalau on je pun panas hard disk mau kong terus..huhu..macamtulah jugak otak kita ni..belajar ni sebenarnya tak perlukan kuantiti..kualiti tu yang sangat penting..tak perlu tidur sampai pukul 2, 3 pagi kalau 30 minit pertama je yang kita fokus tapi 2, 3 jam yang lain fokus kita lebih pada reply2 komen kat fb dan main2 game kat fb..nak layan fb boleh..sape kata tak boleh? tapi jangan buat 2 kerja itu dalam satu masa yang sama..rasanya buku vs fb..confirm lah fb menang kan..layan satu2..layan buku dulu..bila dah penat dan mengantuk..layan fb kejap pula..layan fb ngantuk pun boleh jadi celikkan? kannnnnn.... Fokus utama adalah pembelajaran dalam kelas..dengar betul2 apa cikgu ajar..fokus pada cikgu walaupun cikgu tak cun macam maya karin atau hensem macam aaron aziz ye..kita nak ilmu dia bukan nak skandal dengan dia..kannnn!!..tak faham tanya je cikgu tu..takde cikgu yang tak suka kalau pelajar dia rajin bertanya soalan yang tak faham..jangan tanya soalan bukan2 dah lah kan..kot sibuk tanya fb cikgu ke..tanya cikgu ada gf ke bf ke..haa mmg nak kenalah kan..sendiri mau ingat lah kan...hehe Saya malas belajar sebab main xbox dan ps3 lagi syok apa!!..ye betul, sape kata main game tak syok?? akak pun layan juga game2 ni sekali sekala..;) boleh je nak main xbox ke ps3 ke tapi dengan sikit je disiplin diri..utamakan apa yang perlu dulu..kalau rasa homework banyak belum siap..apa kata pi siapkan cepat2 pastu nak mengadap game tu rasanya mak pak pun dah tak bising dah kot..dan kalau lagi 2, 3 minggu nak exam tak salah rasanya kita bagi xbox dan ps3 tu rehat kejap..kot dia pun letih dek! korang dok kerjakan dia je..lepas exam..haa main lah balik..mesti rasa lebih puas nanti bila result exam keluar kebabom..kita dapat semua kan..dapat result best, dapat juga main game..cuma kena tahan hati sikitttt je..kannnn..;) Hanya kita yang tau apa yang kita dah tau dan belum tau..ayoooo..apa ayat berbelit2 ni?? maksud akak, hanya kita yang tau apa yang kita dah kuasai dan belum..jadi sebenarnya takde tips mudah untuk belajar ni..asal pandai bagi masa, ada disiplin diri insyaAllah..kita akan dapat semua..takde jalan mudah untuk berjaya..nak jalan mudah, rebuslah buku rujukan tu, minumlah airnya..kalau tak belajar..takdenya dapat jawab soalan masa exam tu nanti.. Bagi akak kunci kejayaan selain dari tekun dan usaha gigih adalah disiplin diri..cuba buat untuk diri sendiri bukan sebab mak bising atau cikgu suruh..pasti kita lebih berpuas hati..perasaan tu hanya akan dirasa sewaktu keputusan periksa keluar je..cubalah kalau tak percaya..:) Nak pandai bukan kena belajar setiap masa..kena balance antara akademik dan ko-kurikulum juga..kalau exam dok dapat straight A je lepastu kaki bangku pun tak syiok jugakkan..syarat kemasukan U pun nakkan kita cemerlang dalam dua2 bahagian tu..:) Jadi, untuk ibuk2 dan bapak2 di luar sana..kalau anak sibuk nak aktif sukan..tak salah kita beri sokongan..asal saja kita sentiasa pantau juga waktu belajar anak2 kita..badan sihat minda juga akan cergas..biar anak kita boleh buat semua benda..sentiasa beri galakan pada anak2 kita..fahami hati dan keinginan mereka..tunjukkan kita bangga pada setiap penglibatan mereka dalam kegiatan2 sihat..anak2 ni suka kena puji sebenarnya..suka kita beri perhatian..tapi jangan sampai kita kongkong mereka pula..nanti mereka rimas..yang penting didikan awal yang kita beri pada anak2..cukup ilmu dunia dan akhirat, insyaAllah kita akan dapat hasil yang memuaskan dari anak2 kita nanti...:) p/s - setelah berusaha jangan lupa berdoa dan bertawakkal..insyaAllah setiap usaha yang gigih dan ikhlas pasti ada ganjarannya..:) Ehh dah baru ke??
Apr 30, 2012 | Monday, April 30, 2012 | 0 comments
Salam Isnin yg biru..monday blues lah pulak kan..hehe..fuhhhhh!! nasib baik ingat lagi password kalau tak kena register baru lah kot..:pSemangat mcm berkobar pulak hari ni nak masuk blog..lama giler wehhh tak layan blog..bajet hakak bz tak hengat skrg ni mengalahkan business woman..ahakssss..bajet lah sgtttt kan..ttdma..kwang3x.. Tapi sekali masuk je..alamakkk..nape dah jadi cmni ni? email address pun dah tersalah okieh masa nk log in..haa nampak lah sgt kan apa maknanya tu?? huhu..mujur blog tak majuk..kalau tak haru nak memujuk..byk giler cerita dah ketinggalan ni..belek punya belek nasib baik gaklah jumpa mana tpt nk post cerita baru..haha..kalau tak jumpa malu hakak..konfem kecoh dlm fb kot mintak tolong org..syukur gaklah i ni celik IT sikit kan..ngeeee..;D Apa nak cite hari ni ye?? hurmmmmm.... Semalam adalah balik banting..tapi sgt tak puas sbb balik kejap je..sabtu ptg sampai dan ahad ptg dah kena blk rumah balik..sob3x..tp plan tetap berjln mcm biasa..memang tak lekat rumah..mmg hoyehh sangat2.. Sabtu mlm ahad jam 8 dating satu family dgn mak bapak sume kat flamming shah alam..layan perut beb! lama tak makan byk2..keh3x..:p sape belanja??? Of koz lah adik kesayanganku yg baru dpt gaji pertama..i loiiikeee..nanti gaji kedua ketiga pun belanja lah lagi yeeeee!! hehe..sbb dia dah blanje hrni nak tayang muka hensem dia dlm blog..japp naaa!! tadaaaa!!..baru buat rambut time ni..hehe Cuti sek ni kita projek lagi ye! weeeee..adik beradik memang kaki berjln..kalau demam pun asal boleh angkat kaki mmg hidup je kalau pasal berjalan..nasib baik dpt laki very2 the understanding onee..tu yg bertambah cayunk kat che abe tu..;) Sekarang ada hobi baru..iaitu bela kucing...erkkk bela kucing tu hobi ke?? tak kisah lah kan nak panggil apapun..meh nak tayang anak bulus kesayangan akak ni..festaim woo masuk blog..jeng..jeng..jeng... feveret port dia kalau time tido siang.. Ok, dah dulu lah kot.nanti esok2 cerita lagi..rindu bangat sama semua!! muahhhh!!.. Labels: family, info, personal Testing! Cobaan 1, 2, 3!!
Jul 29, 2011 | Friday, July 29, 2011 | 0 comments
Cubaan mengupdate menerusi 'talipon bijak'..hehe..;-)
Published with Blogger-droid v1.7.4 Labels: computer, info, personal Goda pasangan suami/isteri (18sx)
Jul 24, 2010 | Saturday, July 24, 2010 | 0 comments
![]() mr n mrs gugel..;p Bila kita sudah lama berkahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda pasangan. Harap-harap anda akan berjaya.
1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.
2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik sidia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.
3. Ops, maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu.Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.
4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya.Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintutu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’ 5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini. 6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.. 7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda.. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya danwaktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya , anda pula dimarahinya.
8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nakjuga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra. 9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri punkurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut sidia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,romantiknya.
10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang. 11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan.Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalau terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.
12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….
13. Jeling-jeling
Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya.Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda. 14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergeseldengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus.Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…
15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampaimerah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya.Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.
16. Hembusan lembut pada telinga. Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika dudukbersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik kerumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi. 17. Ciuman di dahi Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlut unggu-tunggu lagi. 18. Sembur wangian pada bilik. Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Olehitu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Biladah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya. 19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.
20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar sidia. Selamat mencuba.......;-) Labels: info Khasiat Pisang..
Jul 22, 2010 | Thursday, July 22, 2010 | 0 comments
Sape suka makan pisang angkat tangan? akak sukaaaaa sgt pisang berangan sbbtu akak kuat berangan. muahahahaha..;p Sape2 yg tak suka cuba baca info kat bawah ni. lepas tau segala khasiat pisang ni konfem boleh menaikkan semangat utk suka makan pisang..:-) ![]() Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian. Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan! Labels: info Bahana kurang minum air!!
Jul 21, 2010 | Wednesday, July 21, 2010 | 0 comments
![]() gbr didonlod dari miss gugel MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.
Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.
Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.
Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.
Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.
Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.
Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.
Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan Hidup sihat dengan meminum air masak secukupnya!! hidup biar sedap!! hehehe..;p Labels: info Mac vs Windows..
Jul 17, 2010 | Saturday, July 17, 2010 | 0 comments
![]() kredit kepada MR Gugel Yang mana pilihan korang semua? apple yg mengeluarkan snow leapord atau windows yg mengeluarkan windows 7? Akak memilih snow leapord. Akak bukanlah pakar IT utk membincangkan isu ini secara ilmiah. cuma berdasarkan pengalaman akak yg dah pun menggunakan kedua2 operating system ini, apa yg dpt akak simpulkan : 1. Start dan shutdown bagi kedua2 os ini, akak memilih snow leapord kerana ternyata proses utk start lebih cepat dpd windows 7. begitu jgk dgn proses shutdown, snow leapord cepat lebih kurang sekali ganda dpd windows 7 utk menamatkan prosesnya. 2. Sistem aplikasi dlm mac jugak sbnrya lebih mudah dpd windows 7. rasanya sesiapa yg dh prnh mencuba kedua2 os mac dan windows ni dpt merasakan perbezaan tu. mac mempunyai aplikasi ilife didlmnya. dlm ilife ni ada mcm2 lah. ada itunes, imovei, iphoto, garageband dan sbgnya. akak paling suka dgn iphoto ni. kita boleh menyimpan gbr2 dari kamera terus ke iphoto ni dgn masa beberapa minit je. dan yg plg best, kita boleh terus transfer gbr2 yg kita smpan td ke dlm facebook dgn hanya perlu memasukkan id dan password facebook kita. sbbtu ada yg ckp, uihh! laju berdesup2 je gbr2 dia dh masuk dlm fb. hehehe. iphoto nilah puncanya...;-) bagi sape2 yg berjiwa seni tu boleh mencipta lagu lagi menggunakan aplikasi garageband ni...:-) 3. Dgn mac jugak, akak tak perlu nk susah2 mendownload sesuatu image atau gambar dari internet utk masukkan ke dalam laptop akak. hanya perlu drag dan lepaskan ke atas desktop akak. ting!! x smpai 3 saat pun rasanya. hehe. 4. Di mac juga, 'guna jari pon boleh!!' tak percaya? percayalah! kita hanya perlu menggunakan 2 jari sahaja utk scroll up n down di track pad laptop ni. dan juga menggunakan 4 jari utk menyembunyikan apa yg kita tgh bukak kat desktop tu ye..manalah tau tgh chatting2 dgn kekasih gelap ke tiba2 kantoi pulak pakwe atau makwe terjah..korang drag je ke bawah..dan ting sumenya tersembunyi..hehehe 5. Bunyi mac adalah lebih senyap dari laptop windows. ni mgkin jgk pasal processor atau fan dlm laptop ni sndiri. tp dpd 2 laptop akak iaitu mac dgn core 2 duo dan windows 7 dgn core i3, ternyata mac core 2 duo sgt senyap walaupun dah berbelas jam laptop beroperasi. 6. Dgn mac juga, akak merasa lebih selamat daripada serangan virus, kerana buat masa kini virus dicipta utk windows. wpun kenyataan ni tidak menjamin 100% selamat, sekurang2nya legalah klau nk browse mana2 website pun. even kita terbukak website2 yg x selamat tanpa sengaja. tp akak tetap jugak masukkan iantivirus dlm mac sebagai protection tambahan. 7. Display di mac jugak nmpak lebih terang dan jelas berbanding windows 7. gbr2 dan image nmpak lebih hidup bagi pandangan mata akak lah ye.. 8. Yg terakhir ialah harga..hahaha. harga mac sekarang adalah lebih reasonable utk dimiliki tak mcm dulu2. wpun mgkin masih lebih mahal dpd laptop2 windows 7 tapi akak puas hati dgn harga yg perlu dibayar..:-) Sungguhpun begitu, mac juga terdapat kekurangan jika dibanding dgn windows 7. software2 byk dicipta utk windows yg lebih setara dgn keperluan perkomputeran dlm negara kita terutamanya. jd mac ni mgkin lebih sesuai utk kegunaan peribadi lah rasanya. lebih2 lagi bagi web2 designer nmpak mac ada byk kelebihan utk mereka. Wahh! tetiba rasa mcm duta apple pulak ni. hahahaha. adoiii, sape2 yg keje kat apple sila2 lah msuk blog akak ni yer. klau ada rasa2 nk bg komisen, akak taknak byk pun. hadiahkan je imac desktop kat akak tu udah lah.....muahahahaha..;p Informasi pntg tentang akak yg ramai org tak tau : klau akak di bagi pilihan antara emas 916 dgn produk2 dari apple..korang tekalah akak pilih yg mana agk2nya???? hehehehe... Labels: computer, info, personal |