
![]() |
NRC National Robotics Competition
Jun 20, 2012 | Wednesday, June 20, 2012 | 0 comments
NRC atau yang lebih mudah difahami bermaksud pertandingan robotik yang melibatkan sekolah2 di seluruh Malaysia.Pertandingan Robotic Kebangsaan (NRC) merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi penekanan terhadap aspek kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar, melalui pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. NRC merupakan usaha berterusan kementerian dalam mempromosi inovasi serta pendidikan dalam bidang sains dan teknologi di sekolah.Pertandingan ini memerlukan pelajar menggunakan kreativiti serta pelbagai strategi untuk mereka bentuk dan membina robot, sekali gus merupakan pendekatan terbaik yang menggabungkan kepakaran dan inovasi pelajar. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pakar yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, dinamik serta mampu bersaing dalam bidang industri sains dan teknologi yang sedang mengalami perkembangan pesat. Di peringkat sekolah, NRC telah berjaya meningkatkan pemahaman serta memupuk minat pelajar terhadap bidang-bidang sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan sejak pertandingan itu mula diperkenalkan pada tahun 2005. NRC telah berjaya membantu menjadikan mata pelajaran yang berkaitan lebih menarik dan menyeronokkan untuk dipelajari. Justeru, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sasbadi Sdn. Bhd. atas kerjasama dan komitmen yang dipemerkan dalam membantu Kementerian Pelajaran menjayakan pertandingan ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di atas kejayaan menganjurkan NRC bagi kali yang ke-8 pada tahun ini. Saya berharap agar peluang menyertai NRC akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar supaya matlamat melahirkan modal insan yang holistik, berkualiti dan inovatif akan dapat dicapai. "SELAMAT MAJU JAYA" Y.A.B. TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN (Timbalan Perdana Menteri & Menteri Pelajaran Malaysia) Sekolah haziq juga ada mengambil bahagian dalam pertandingan robotik ini pada setiap tahun. Budak2 ramai yang berminat sebab pertandingan yang melibatkan rekacipta membina robot dari Lego seterusnya memprogramkan robot tersebut mengikut kreativiti masing2. Ada bermacam2 kategori dalam pertandingan robotik ni rasanya. Boleh layari laman sesawang NRC Ni la yang haziq duk leka menggodek dan menghabiskan masa hujung minggu yang baru lepas ni. Tengok macam main pasang2 robot je. Tapi punyalah dia duduk berejam2 dan berhari2 mengadap benda alah tu. Siapnya tak jugak. Mulalah ibu dia ni tanya macam2. Rupanya bukan boleh suka2 pasang macam main pasang2 lego time dia budak2 dulu. Kena fikir dari pelbagai sudut. Rupa tak penting sangat katanya. Kalau untuk kategori 'open' baru dikira dari segi kreativiti binaan robot tu. Hurmm walaupun tak berapa nak faham, buat2 faham je lah kan. hehehe Haziq ditugaskan untuk memasang robot ni. Bahagian programming pula kawan2 haziq yang lain akan uruskan. Haziq bagitau, pasang ni lebih susah sebab nak kena fikir dan buat supaya robot tu balance dan dapat berjalan sempurna dalam trek. Ok, boleh lah kot ibu nak bayangkan maksud haziq tu macamana. Ni pun belum siap sempurna. Ada bahagian tertinggal kat sekolah dalam set robot yang lain pulak. So kena siapkan masa bawak ke sekolah baliklah nanti. 2 hari tu dia dok mengadap robot ni je. Ada tu akak nampak dah beria siap pasang, bila test2 tak kena lah pulak. Kenalah bukak semua balik. Dah lah kecik2 benda tu kan. Memang kena orang yang betul2 minat dan kreatif kot nak buat benda ni. Seronok jugak bila tengok robot tu digerakkan selepas dia programkan. Ada enjin, motor, remote, sensor dan macam2 lagi rasanya. Tapi untuk kategori yang dia pilih ni tak perlu gunakan keseluruhan barang2 tersebut. Harga?? Boleh lah nak dapat sematfon sebijik. Hahaha. Lego punya toys faham2 je lah kan. Kecik2 barang pun dah menjangkau puluhan ringgit. Inikan lagi robot yang serba canggih ni. Siap ada bluetooth lagi. Memang menarik lah. Patutlah ramai budak berebut nak masuk pertandingan ni. Pertandingan robotik peringkat negeri Johor akan diadakan pada 23 dan 24hb Jun ni di Persada, Johor Bahru. Tapi haziq cakap macam susah je nak menang. Sekolah lain guna trek yang dibeli dari sasbadi. Tapi budak2 ni dorang buat sendiri je trek sebab sekolah tak cukup bajet. huhu. Kesian jugak dengar. Harga trek je tak silap akak RM400++. Mahal jugak ye? Dengar kata sekolah baru je beli 3 set robot baru dan yang dah ada pun dah banyak. Mungkin sepatutnya beli yang baru 2 je kot dan satu lagi tak perlu beli tapi digantikan dengan trek je lah kan. Tak tau lah, sekolah mungkin ada alasan tersendiri agaknya. Apapun, good luck untuk team sekolah haziq. Alaa, tak menang pun takpe. Cari pengalaman je. Best apa sebab dengar kata tidur semalam kat hotel Sabtu nanti..;) Dan minggu depan ni minggu busy haziq. Lepas pertandingan robotik, balik segamat sehari dia akan ke JB lagi untuk Johor International Student Leaders Conference 2012 pulak. Bestnya budak2 sekarang ni kan. Macam2 aktiviti ada. Penat tu memanglah penat kot. Tapi bagi akak, pelajar ni bukan kena fokus pada akademik je kan. Kena balance juga dengan kegiatan kokurikulum dan akademik juga..:) Tetiba terus rasa rindu zaman sekolah dulu. Rindu kat kawan2 dan rindu pada cikgu2....sob3x..:( Labels: idea, interest, personal Yang rahsia biarlah rahsia..
May 23, 2012 | Wednesday, May 23, 2012 | 3 comments
Malam tadi seperti biasa sesi santai2 depan tivi sambil nonton muvi memang heaven sekali, hihi.Tertarik dengan kata2 dalam muvi The Resident yang disiarkan di astro malam tadi, lebih kurang macamni lah bunyiknya, 'saya tak suka bermesej dan bertwitter kerana bagi saya rahsia itu biarlah rahsia' Betul jugak bila difikir dalam2 maksud kata2 kat atas tu. Biasanya twitter, facebook atau apa saja jenis laman sosial ni sememangnya tempat kita untuk meluah segala isi hati. Dah nama pun lama sosial kita, sukahati lah kan nak kongsi apa pun kat situ. Cuma ada kalanya kita terlepas pandang kemungkinan kita juga telah berkongsi rahsia yang tidak sepatutnya kita kongsi kepada umum. Kita adalah apa yang kita tulis. Tak kot, sebab kadang2 apa yang kita tulis tak semestinya itu yang sebenarnya lahir dari hati kita. Apa tujuan kita menulis? Kalau sekadar untuk membuktikan sesuatu atau sekadar melakonkan sesuatu atau sekadar menyembunyikan sesuatu, sudah pasti siapa kita sebenar tak dapat dinilai dari apa yang kita tulis. Kita mungkin boleh update status di laman sosial, saya sangat gembira harini, padahal hakikat sebenar ketika menulis status itu, kita sedang menangis meraung2 pun tiada siapa yang tau kan? Jadi, segalanya terletak di tangan kita bagaimana kita mengawal dan menghadkan apa yang perlu dan tidak perlu untuk dikongsi di laman2 sosial kita. Ada orang memang sangat selesa untuk berkongsi apa sahaja di sana sehinggakan untuk berinteraksi dengan suami di sebelah pun dia gunakan laman sosial dinding ke dinding. Kadang2 sangat sweet kita baca, tapi kalau dah status begitu hampir memenuhi ruang rumah kita bosan jugak nak baca kan. Kalau status yang indah2 saja takpe lah juga, ni ada juga yang berperang suami isteri pun dia gunakan laman social sebagai perantara. Sehingga terfikir juga dalam hati, ni betul2 gaduh ke atau saja seronok2 bagi dinding dia panas? Kita yang dah terbaca ni mungkin ingat berialah dia bergaduh ye, alih2 nanti ada je elok kita jumpa dorang tgh layan cool blog sambil pekena nasi ayam penyet kan..haha Akak bagaimana? Siapa fren akak di mana2 laman sosial akak boleh tau kot akak ni macammana. Kebanyakan status akak adalah umum, status semasa dan ada juga sesekali status berkongsi rasa hati. Akak mungkin jenis yang tak suka berkongsi kemarahan, ketidakpuashatian atau apa sahaja yang berunsur negatif dalam laman sosial akak. Bukan apa, takut timbul lagi banyak salah sangka. Akak bukan seorang pemendam rasa tapi akak lebih pilih cara bersemuka faca to face atau ear to ear (calling2 lah maknanya tu) dengan orang yang akak percaya untuk berkongsi rasa2 yang berunsur negatif ini. Akak lebih suka untuk berkongsi hanya perasaan gembira akak di laman sosial. Rasanya perasaan gembira akan melahirkan aura yang positif juga pada kawan2 kita yang membaca. Bohong juga kalau dalam kehidupan ni kita tidak pernah diduga dengan sesuatu yang buat hati benar2 pedih dan sedih. Akak lebih pilih untuk diam di laman sosial sewaktu akak dilanda perasaan yang sebegitu. Cuma sesekali terlepas juga. Akak juga bukan manusia sempurna. Bila rasa sedih dan pedih ketika itu tak dapat nak dikongsi dan diluahkan dengan sesiapa maka laman sosial lah yang menjadi tempatnya. Tu pun sedaya upaya cuba menapis dari terlepas apa yang tidak patut untuk diluahkan. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata buruk padahnya. Jadi, sendiri mau ingat ler! Apapun, semua ni terpulang pada empunya diri laman sosial masing2 lah kan. Pilihan ditangan anda kerana itu adalah hak anda. Cuma adalah lebih baik kiranya kita berfikir dahulu sebelum berkongsi apa yang kita rasa terutama perasaan yang negatif kerana ada kalanya ia akan lebih mendatangkan kesan buruk pada diri kita sendiri. Kita adalah apa yang kita fikir. Berusaha untuk penuhkan diri dengan perasaan positif supaya kita dapat melahirkan aura yang positif juga untuk orang2 yang berada di sekeliling kita, insyaAllah..:) Tips mudah untuk belajar! Tak percaya cubalah!!
May 6, 2012 | Sunday, May 06, 2012 | 4 comments
Salam ahad penuh ceria.. Kali ni, entry untuk adik2 dan anak2 yang bernama pelajar..pastinya akak dulu pun pernah bergelar seorang pelajar..zaman akak dulu tak banyak sumber kita boleh carik tips atau apa saja program yang boleh kita baca dan kita ikut..tak macam sekarang..semua pun hanya dihujung jari..dah lebih canggih takyah susah nk ketak ketik keyboard dah pun..touch2 je pun dah dapat macam2..zaman dulu internet pun takdak lagi..:( Segala suka duka, riang ria melalui zaman remaja alam persekolahan semua akak dah rasa..zaman di mana kita mula rasa ingin memperjuangkan perasaan dan hak sendiri sebagai manusia dan zaman konflik untuk mengenali jati diri sebenar..masa tu pastinya kita sebenarnya tidak berfikiran jauh..apa yang kita fikir atas apa yang hanya kita nampak depan mata saje.. Malas belajar, malas buat homework..tu perkara biasa yang dialami oleh kita yang dinamakan pelajar..sedangkan yang dah tua ni pun ada kalanya malas nak kerja malas nak buat itu malas nak buat ini..tapi makan tak pernah malas, main fb pulak tak pernah yang tak malas..haa, cmne tu?? hehe Sekarang, akak sudah pun lama meninggalkan zaman itu kerana akak telah pun bergelar seorang ibu..sikit sebanyak akak juga belajar dan memahami beginilah rupanya perasaan setiap yang bergelar ibu..dulu akak tak suka mak bising2, mak suruh2, mak paksa2, mak marah2..sape yang suka kan? walaupun hakikat ketika itu, akak sangat tau, mak begitu kerana mak sayang..tapi tetap tak suka cara yang begitu kan? Sehinggalah kini, bila akak dah berada di situasi sekarang akak cuba menjadi yang lebih baik..memang tak boleh sempurna itu sudah pasti..tapi akak cuba yang terbaik! bukan anak2 je sentiasa nak jadi yang terbaik..ibu2 juga mesti sentiasa ada rasa untuk jadi ibu yang terbaik pada anak2..baru lah adil kan?..;) Kalau akak dulu, akak sangat mengharapkan mak akan faham apa kehendak akak..faham perasaan akak..faham konflik diri akak..nasihat yang terbaik..sentiasa beri sokongan dan semangat pada akak dan macam2 lagilah..so akak cuba beri itu semua pada anak akak pula pada hari ini.. Sape yang rasa dia rajin belajar? cuba angkat tangan!! hehe..rasanya budak genius macammana pun kalau ikut hati dan apa yang dirasa tentu lah malas juga kan..lagi best gi mall tengok wayang, atau ronda2 dengan member naik fixie, futsal dengan geng2 pun orait jugakkan..study?? hadoinyepun lah kan....;p Sape juga kata seorang pelajar tak boleh buat semua tu? sebagai ibu akak tetapkan izinkan anak akak keluar nonton wayang atau lepak mcd dengan kawan2..akak bagi je anak akak naik fixie tapi dia pulak yang tak minat..hurmm senanglah keje akak kan..hik3x..;p Tapi semua tu kenalah pada masa yang bersesuaian dan bertepatan..hidup asyik belajar je pun boleh jem otak ye tak? komputer kalau on je pun panas hard disk mau kong terus..huhu..macamtulah jugak otak kita ni..belajar ni sebenarnya tak perlukan kuantiti..kualiti tu yang sangat penting..tak perlu tidur sampai pukul 2, 3 pagi kalau 30 minit pertama je yang kita fokus tapi 2, 3 jam yang lain fokus kita lebih pada reply2 komen kat fb dan main2 game kat fb..nak layan fb boleh..sape kata tak boleh? tapi jangan buat 2 kerja itu dalam satu masa yang sama..rasanya buku vs fb..confirm lah fb menang kan..layan satu2..layan buku dulu..bila dah penat dan mengantuk..layan fb kejap pula..layan fb ngantuk pun boleh jadi celikkan? kannnnnn.... Fokus utama adalah pembelajaran dalam kelas..dengar betul2 apa cikgu ajar..fokus pada cikgu walaupun cikgu tak cun macam maya karin atau hensem macam aaron aziz ye..kita nak ilmu dia bukan nak skandal dengan dia..kannnn!!..tak faham tanya je cikgu tu..takde cikgu yang tak suka kalau pelajar dia rajin bertanya soalan yang tak faham..jangan tanya soalan bukan2 dah lah kan..kot sibuk tanya fb cikgu ke..tanya cikgu ada gf ke bf ke..haa mmg nak kenalah kan..sendiri mau ingat lah kan...hehe Saya malas belajar sebab main xbox dan ps3 lagi syok apa!!..ye betul, sape kata main game tak syok?? akak pun layan juga game2 ni sekali sekala..;) boleh je nak main xbox ke ps3 ke tapi dengan sikit je disiplin diri..utamakan apa yang perlu dulu..kalau rasa homework banyak belum siap..apa kata pi siapkan cepat2 pastu nak mengadap game tu rasanya mak pak pun dah tak bising dah kot..dan kalau lagi 2, 3 minggu nak exam tak salah rasanya kita bagi xbox dan ps3 tu rehat kejap..kot dia pun letih dek! korang dok kerjakan dia je..lepas exam..haa main lah balik..mesti rasa lebih puas nanti bila result exam keluar kebabom..kita dapat semua kan..dapat result best, dapat juga main game..cuma kena tahan hati sikitttt je..kannnn..;) Hanya kita yang tau apa yang kita dah tau dan belum tau..ayoooo..apa ayat berbelit2 ni?? maksud akak, hanya kita yang tau apa yang kita dah kuasai dan belum..jadi sebenarnya takde tips mudah untuk belajar ni..asal pandai bagi masa, ada disiplin diri insyaAllah..kita akan dapat semua..takde jalan mudah untuk berjaya..nak jalan mudah, rebuslah buku rujukan tu, minumlah airnya..kalau tak belajar..takdenya dapat jawab soalan masa exam tu nanti.. Bagi akak kunci kejayaan selain dari tekun dan usaha gigih adalah disiplin diri..cuba buat untuk diri sendiri bukan sebab mak bising atau cikgu suruh..pasti kita lebih berpuas hati..perasaan tu hanya akan dirasa sewaktu keputusan periksa keluar je..cubalah kalau tak percaya..:) Nak pandai bukan kena belajar setiap masa..kena balance antara akademik dan ko-kurikulum juga..kalau exam dok dapat straight A je lepastu kaki bangku pun tak syiok jugakkan..syarat kemasukan U pun nakkan kita cemerlang dalam dua2 bahagian tu..:) Jadi, untuk ibuk2 dan bapak2 di luar sana..kalau anak sibuk nak aktif sukan..tak salah kita beri sokongan..asal saja kita sentiasa pantau juga waktu belajar anak2 kita..badan sihat minda juga akan cergas..biar anak kita boleh buat semua benda..sentiasa beri galakan pada anak2 kita..fahami hati dan keinginan mereka..tunjukkan kita bangga pada setiap penglibatan mereka dalam kegiatan2 sihat..anak2 ni suka kena puji sebenarnya..suka kita beri perhatian..tapi jangan sampai kita kongkong mereka pula..nanti mereka rimas..yang penting didikan awal yang kita beri pada anak2..cukup ilmu dunia dan akhirat, insyaAllah kita akan dapat hasil yang memuaskan dari anak2 kita nanti...:) p/s - setelah berusaha jangan lupa berdoa dan bertawakkal..insyaAllah setiap usaha yang gigih dan ikhlas pasti ada ganjarannya..:) pilihan sndiri vs pilihan keluarga
Jul 22, 2010 | Thursday, July 22, 2010 | 0 comments
Nak tnya pendapat uols ok tak? sape2 yg ada experience ke, pengalaman kes yg lebih kurang sama ke, pandangan2 bernas ke, sudi2kan lah utk share dgn akak ye.Ceritanya mcmni. akak ada sorang kwn yg sedang menghadapi dilema dan masalah. so dia cerita pada akak. akak dh jugak beri pendapat peribadi pada dia. tp nk jugak dgr pendapat dan pandangan dari org lain jugak. Setiap dari kita pasti prnh mengalami dugaan hidup kan. mcmana kita nk handle segala masalah tu bergantung pada diri kita sndiri lah. kdg2 berckp mmg mudah. nk melaksana menanggung hati dan perasaan tu yg susah. akk btl ker klu kite kawin ngn pilihan fmly kite bahagia..kite ader pilihan sndiri..sng cite kite keliru...tpi mjlis tunang kite ahd nie akk...tpi stil keliru...enth ler akk...kite xnk ler...klu kite dah bersuami tpi hati kite dkt org lain...dosa mendua kn suami kn akk...aper perlu kite wat ker...tpi kite cube tok syg pd bakal tunang kite...enth ler akk...:'(...setiap malam ngis...mak penah jumpe dgn pilihan hati tpi die xsetuju...aderkah dgn penilaian fmly tu sndiri akn wat kite bahagia akk? apa kata anda pula?????....:-) Labels: idea |