
![]() |
AFS Interview & JPO di JB
Jun 16, 2012 | Saturday, June 16, 2012 | 3 comments
Penatnya harini macam dah travelled dari utara ke selatan pulak. Padahal setakat drive Segamat-JB dan JB-Segamat je semalam. Huhu. Seryes, akak jarang drive kalau jalan jauh2 ni. Kira jauh jugak kot Segamat-JB. 2 jam setengah perjalanan lebih kurang lah.Segamat ni takde highway. Paling dekat kita masuk ikut Tangkak. Tapi jarak tangkak-segamat je pun dah lebih kurang 50 lebih km. So, macam patah balik je masuk Segamat. Jadi lebih berbaloi masuk ikut Yong Peng. Segamat-Yong Peng pulak lebih kurang dalam sejam perjalanan. Tak boleh nak laju sangat sebab kenderaan berat terutama lori memanglah banyak sepanjang perjalanan segamat ke batu pahat. Akak sebenarnya sangat failed jalan dalam JB ni. Biasa mr mj yang drive akak goyang2 kaki duk sebelah je kan. Tapi ni disebabkan semalam adalah hari bekerja, terpaksalah akak drive sendiri bawak haziq untuk AFS interview. Apa AFS ni? Dipendekkan cerita, AFS ni adalah program pertukaran pelajar. Untuk maklumat lanjut boleh layari SINI. Mujur jugak ada ramai sedara mara akak di JB, cuma kalau boleh akak taknak lah menyusahkan diaorang sebab semalam kan masing2 pun busy bekerja. Akak call pakcik akak semalam pun hanya untuk bertanyakan arah jalan ke JPNJ je, tapi pakcik akak memang terbaek lah kan. Call dia mudah je dia jawab, Ok, pelan2 bertolak dari segamat pagi2, lepastu terus je datang rumah pakandak dulu, nanti tau2 je dah sampai depan JPNJ. Fuhh! Terus lega dengar. Selesai satu masalah untuk google atau pening nak ikut arahan gps yang kadang2 tak berapa nak tepat tu kan. hehe. So, pagi dalam pukul 9 lebih akak bertolak dari Segamat dan pukul 11 lebih akak dah sampai di Stulang Laut. Gitu gini dari rumah pakcik akak, dia bawak dan akak follow je dia sampai betul2 depan JPNJ. Interview haziq sebenarnya dibuat di PKG yang terletak bersebelahan dgn bangunan JPNJ tu. So dalam pukul 1 kami dah sampai. Interview bermula pukul 2 petang. haha. Kira awal gila lah jugak sampai kan. Tapi takpelah, daripada terlewat biarlah awal dan menunggu sekejap pun tak kisah lah kan. Akak ditemani oleh anak buah mr mj. So kami bertiga termasuk haziq je yang ke JB. Interview start 2 sampai 4.30 dan pelajar dikehendaki berada di sana sepanjang tempoh yang ditetapkan tu. Tapi last2 program dan interview haziq selesai pada pukul 6 petang. Dari sana, berdesup terus nak balik. Ehh bukan balik tapi berdesup pulak nak ke JPO (Johor Premium Outlet). Ngeh3x. Walaupun tak tau jalan, dan akak memang takleh bayangkan kat mana JPO tu pun cuma nampak bangunan dari tepi highway je. Mujur jugak, anak buah mr mj pernah pergi sekali, so dalam ingat2 lupa tu dia bagi pandu arah. Sesat2 tu biasalah kan. Nak kata sesat sangat tu tak lah. Adalah dalam 2, 3 kali masuk jalan yang sama dan bayar tol berkali2. hahahaha Namun, JPO punya pasal ku gagahi jua, walau terpaksa meredah tol berkali2. Padahal dah jumpa pun highway ke senai tapi dok pi terus masuk highway utara-selatan memanglah pandai sangat kan..kannnnn..:p Akhirnya, lebih kurang pukul 7 lebih kami sampai JPO. Yeayyyy! Akhirnya sampai jugak. Sukaaa. Perut pun dah lapar. So terus pi makan kat food court JPO. Tempat boleh tahan high class jugak setanding dengan harga makanan. huhu. Tak plan nak shopping2 pun. Cuci mata saja dulu. Sampai pun dah agak lewat kan. Next time boleh plan ke sana lagi..:) Sekarang ni tengah sale tau uols! Tak silap sampai 30 Jun nanti, so sesiapa yang berhajat nak shopping tu boleh lah pi terjah sekarang..;) Kat JPO pun tak lama dalam lebih kurang sejam je akak pun bertolak balik segamat. Sampai rumah pukul 10.30 malam. Letih? toksah ceritalah kan. Sangat2 rasanya, sehingga hari ni rasa lemau semacam je. Nak pi pekena kopi cap kapal api rasa nya ni. Bak mai secawan!!!!..;p Wedding di JB
Jun 13, 2012 | Wednesday, June 13, 2012 | 8 comments
Arghhh baju bertimbum, entah bila nak mula projek melipat. 2 minggu punya stok baju kotor bayangkan jelah macamana kan. Tu pun masa kat rumah MIL akak sental gak guna tangan. Terus feeling mcm oshin. Kah3x. Nampak sangat selama ni mesin yang berpenat lelah..:pSekarang ni macam asyik rasa lemau je bila nak buat kerja rumah. Macam dah tak secergas dulu. Dah kurang feel lady gagah giteewww. Apakah? Faktor usia kah?? Kah..kah..kah.. Tapi lemau tak lemau pun sape lagi yang nak kena buat kan? akak jugak lah kannn. Siap vakum rumah siang tadi. 2 minggu tinggal dah bersawang sana sini. Pelik betul mana datangnya habuk banyak macamtu? ada pehtue ke macammana nak tinggalkan rumah lama tanpa habuk melekat tebal sana sini? huhu Tutup cerite kerja rumah. Nak imbas kembali saat2 indah sewaktu wedding cousin akak Sabtu lepas. Plan nak gerak awal pagi Jumaat pun last2 tengahari juga baru dapat bertolak. Lagi2 pulak hari Jumaat jadi kena lepaskan solat Jumaat dulu baru boleh bergerak ke JB. Dalam kereta lagi dah dpt call tanya dah sampai mana. Tetiba lepas tu pulak dapat sms yang bertulis.. Salam..bila mau mari? telur 30 papan dah menunggu ni..hehe..-ucu noh- Haa tapi dah tau dah tu cuma ayat gertak je. Masakan dah petang Jumaat telur belum siap rebus kan? hehehe. Sampai sana dalam pukul 4 lebih dapat jugaklah tolong isi goodie bag dan ikat telur pada bunga paha. Akak dengan ucu noh je yang dapat datang awal. Maklumlah hari Jumaat hari kerja. Family2 yang lain semua datang hari sabtu pagi. Ada yang balik hari, ada yang tidur hotel, tidur rumah sedara mara. Tak kisah lah kan. Pilihan di tangan masing2. Siap kenduri walaupun badan masing2 letih sesangat sempat jugak projek nak meronda2 bandaraya JB malam ahad tu. Plan asal nak cuci mata kat JPO tapi apakandaya masa tak mengizinkan. Pukul 8 baru dapat balik dan mandi2. So akhirnya malam ahad tu kitaorang layan bazaar karat JB aje lah. Jalan jemm biasalah malam cuti kan. Gitu gini gi kedai makan pun dah pukul 11 lebih. Sampai kedai makan dah tutup pintu sebelah, kitaorang tak reti2 nak balik lagi. haha. Tapi macam awal lah kot malam minggu kedai makan dah nak tutup pukul 12 kan? Bukan malam masih muda ke?ahaks. Last2 pukul 1 baru sampai rumah cousin akak kat Skudai. Tetiba rasa penat gila memang dapat bantal terus zzzzzzz tau2 je jam loceng subuh dah berbunyi....... Sweet je kedua2 mempelai ni. Sekarang ni pelamin pun dah canggih. Dah macam deko bersama eric pulak kan. Ada cermin kat background. Sangat mencabar tugas photographer untuk snap gambar. Silap2 nampak gambar photographer tu balik dari dalam cermin. hehehe.. Gambar pengantin je ke? Haaarussss lah tak kan. haha. Rasa2nya dalam camera cousin akak sorang ni, lagi banyak gambar kitaorg posing dari gambar pengantin. Bila lagi nak pose2 ramai2 macamni kan?..;p Ish3x, siapalah mak dara dan anak dara gedik dua orang kat bawah tu?? muahahahaha..:p Labels: family, personal, vacation Baru sampai
Jun 11, 2012 | Monday, June 11, 2012 | 0 comments
Penaaaaatnya tak terkata walaupun hati girang tak terhingga. haha. 2 minggu tinggalkan rumah, lebih kurang pukul 6.30 petang tadi baru sampai rumah semula.Kerja rumah banyak menanti. Kain baju confirm lah menggunung untuk dicuci. Rumah pun dah penuh habuk dan sampah. Angin tiup habuk2 masuk ikut bawah pintu rasanya. Oh! Penatnya. Belum mula 'kerja' dah boleh rasa letihnya. Masa berjalan tak letih pulak ye!..;p Tabby jugak sangat keletihan. Rindu kan rumah pun ye jugak. Kesian sangat tengok dia. Masa di JB akak terpaksa kurung je dia dalam cage. Walaupun dia tak banyak kerenah dan bising, tapi akak tau dia sangat stress dan tak selesa. Dia kurang sangat makan dan minum. Tidur pun kurang. Ni sampai rumah je barulah nampak dia bayar hutang tidur. Tapi belum makan banyak lagi. Risau jugak ni. Harap2 esok dia dah ok. Mata pun dah berat tapi sempat jugak lagi nak blogwalking dan update lebih kurang. Rindu pulak kat blog. Eceh kemain pulak nak rindu2 bila semangat blog dah kembali membara macamni lah gayanya. Banyak jugak cerita nak share pasal wedding kat JB. Esok2 lah akak buat entry pasal wedding tu. Nampak gaya kejap lagi nak kena naik atas masuk bilik cepat2 nak iron baju dan zzzz. Harini dari JB singgah Kluang pulak dulu cari spike shoe haziq. Merata mencari spike shoe ni. Susah betul nak jumpa rupanya. Tanya2 orang rupanya kedai sukan kat Kluang ni memang pembekal barang2 sukan untuk banyak sekolah. Banyak betul pilihan spike shoes dari macam2 range harga. Oklah, puas hati akhirnya. Dari Segamat sampai KL carik tak jumpa. Banyak cawangan al-ikhsan dah masuk pun takde juga. Yelah, sape sangatlah yang nak beli spike shoe ni kan? Benda yang jarang2 sangat kita guna dan hanya orang tertentu je yang guna. Hurmm entry takde gambar macam tak best pulak kan? Tapi selongkar2 gallery dalam telefon pintar akak ni macam takde gambar yang menarik je. Takkan asyik nak tayang muka sendiri je pulak kan?
cakkkk!! baaaaa..tayang muka caye takpe kan??..:p
Labels: family, personal, vacation Jalan sana sini
Jun 3, 2012 | Sunday, June 03, 2012 | 2 comments
Fuh! Agak berhabuk jugak 'rumah' akak ni. Bila cuti2 balik kampung memang macamni lah. Siang bz ke sana kemari. Balik malam terus nampak katil dan bantal je. Letih gila dan tak dan nak update story n blogwalking. huhuSemalam jadual memang penuh, keluar rumah dari pukul 10.30 pagi sampai rumah pukul 11.30 malam. Letih toksah cerita lah kan. Semalam pagi mula2 ke Taman Einstek hantar cousin akak wedding. Akak dan adik akak dua kereta sampai terawal gila. haha. Kitaorg pulak yang excited dari pengantin. So terpaksalah tunggu pengantin datang ambik sementara lepak2 kat Zemart supermarket. Sempat gaklah posing tengah2 panas tu.. Haa jangan tanya kenapa baju sama je asal posing gi wedding. hahaha. Tak perasan pulak asyik2 bawak baju ni je bila balik kampung. Adoilah. Punyalah banyak baju lain, baju ni gak yang akak sambar time packing baju..;) Sempat jugak kami lepak2 dalam zemart tu sebab kat luar panas sangat. Orang lelaki semua lepak kat mamak. Yang ayu2 semua masuk zemart je. kui3x..:p Kat rumah pengantin sampai pukul 2.00 lebih kurang lah. Mr MJ bawak mak n bapak akak balik. Akak dan adik2 akak bersama anak2 naik kereta lain sebab ada projek khas yang lain. hehe Terus berdesup pulak pergi alamanda. Adik bongsu kan baru kerja. So ada lah benda yang dia nak shopping. Kakak2 nya ni bekap bagi moral support je. Sambil saja sibuk2 nak gi berjalan2 jugak. Tak muak2 ke pergi alamanda? Kitaorg adik beradik ni kalau pasal berjalan dan makan2 memang tak pernah muaknya. hehe
me n piji
Mesti boleh agak kan adik akak shopping apa berdasarkan bekgroun gambar kat atas ni. hehe. Sony Xperia S. Memang gempak. Jeles akak! Nasib baik saiz dia besar lah jugak kalau nak dibandingkan dengan tapak tangan akak yang kecik molek ni. kah3x..:p
Cun wehhh! Akak pun sukaaaa. Ada lagi dua model xperia ni. Tak silap akak xperia p n xperia u. xperia p akak sukaaaa sangat sebab saiz dia memang sangat cun untuk tapak tangan akak yang comel ni..:p Ok, takmo banyak cerita lagi. Besdey akak bulan 10 ni kalau ada sape2 yang rasa nak bagi adiah boleh lah. Bukan nak bagitau wishlist akak, tapi nak kasi hint je ni. Hint je ni tau!. Hahahaha..hintlah sangaaaaaat!!!..;p Labels: family, personal, vacation Kuali Merah..
Jul 1, 2010 | Thursday, July 01, 2010 | 3 comments
"jah, cuti2 ni kita jenjalan nak'? "nakkkkkkk..nk jenjalan mana?" "kita pi sunway lagoon, klcc blaa..blaa..blaaa" "jommmmmmm..bila?" "cuti sekolah nntilah..2 hari tau!" "okeh!! set!" Mak aiiii akak korang ni klau pasal berjln mmg no 1. laju je berdesup2 jer pegi. nk tunggu cuti tu mcm nk tunggu apa. dag dug dag dug!. hahah.. So cuti sekolah ming pertama hrtu makusu akak dh booking siang2. so segala aktiviti mmg dah masukkan dlm jadual. plan ni pun sbb kezen akak yg study kat us ni blk bercuti. so mcm sronoklah nk pakat jln2 sama2 ni. Baik mak sedara, anak sedara, mak anak sume mmg kaki berjalan. sebut je pasal berjalan. sakit pun boleh jd sihat..muehehehe...;p Ok, imbau blk jadual perjlnan pada cuti yg lepas.. Day 1 : Mula2 plan nk gi sunway lagoon. sekali check kat internet tiket masuk dh naik harga. pakej dh lain skrg ni. hurmmm, mak2 ni kepala nk untung je. akhirnya berjaya mempengaruhi anak supaya gi wetworld shah alam je. sbb murah. kata nk mandi je kan. ekekeke. so save bajet leh guna utk beli bnda lain dan makan. makaaaaaan jelah yg diingat!! sebelum layan dorang mandi manda kita terjah midvalley dulu! yeee haaa!! aiseh, takde gmbo pulak... Jalan2 kat midvalley, makan dominos, kezen beli jam tgn baru. cun giler jam dia, ntah bila lah nk pakai tu. hobi kezen akak ni. klau dia beli barang baru je mahal mcmana pun, dia akan simpan cantik2 dlm kotak. 2 tahun lepas tu baru dia pakai. hahaha. pelik kan?? tp percayalah. kisah benar tu..;-) Ronda2 mv smpai pkul 2 lebe. haziq dgn kezen akak ni dh mula bosan sbb tujuan utama utk bermandi manda belum terlaksana lagi. so apa lagi?? mari ke wetworld shah alam!! ![]() ![]() Day 2 : mula2 plan nk ke klcc naik komuter n lrt. parking kat stesyen komuter bangi sbb ptg nk ke bangi pulak. nk carik kuali merah. ekekeke..kuali merah???? tapi tetiba mak akak bgtau. adik akak yg prempuan tu nk ikut sama pi klcc. dia adalah sedang pregnant 8 bulan. nak naik komuter ke?? ohhh, tidak!! jadi fikir punya fikir. cancel plan naik komuter. kita drive jelah meredah tgh2 KL tu. naik 2 kete. adik akak yg lelaki drive bwk adik akak yg pmpuan tu. akak pulak naik kete makusu akak..yeay!! caiyok makusu! smpai gak kita ke klcc kan...:D smpai klcc kitaorg makan. hahahaha. sorilah ye dh bape kali makan pun x tau lah ni. lepas makan kat food court budak2 sume sibuk nk pi petrosains. okeh, cantiklah tu. budak2 pi lawatan menimba ilmu. mak2 pulak pi lawatan ke shopping mall..yee haaa!! best! pusing sana, masuk sini, naik sana, keluar sini.. adeehhh penat dah kaki. apa kata kita pi minum pulak. wakakaka.. makan lagi. ehh, tak2 kali ni tak mkn. mnum2 je sbb dh letih berjln. bdk2 yg masuk petrosains ni bukan main lama lagi. agak besar ke petrosains tu kan? berejam2 dlm tu x kluar2. huhu akhirnya, setelah 2, 3 kali akak call. barulah siap dorang meronda dlm petrosains tu. yg tensionnya akak ni. adooo pulak diaorg x snap2 gbr dlm tu? ishhh..dh takde kenang2an (takde bukti nk tayang dlm blog). hahahahaha... gitu gini gedebak gedebuk. pkul 5 kot dari klcc. akak dgn makusu terus ke bangi. tp adik2 akak terus blk umah je. nk dijadikan cite...aduhh, selalu klau jln2 je msti ada cite saspen kan. dugaan btul dan sgtlah mencabar.. dlm prjlnan nk ke bangi dari sg merab. haaa?? jgn tnya nape dari klcc lalu sg merab pulak ye? sbb kitaorg ni sume bebal jln. hero2 yg terer jln sume x ikut. ni kira heroin2 cekal je ni yg buat2 terer meredah perjlanan dgn penuh konfiden. keh3.. tiba2.... kedengaran bunyik bising yg amat. ingat bunyik lori sebelah ke. kete kat belkg ke. tp lepas kete2 tu potong kete kitaorg bunyik bising tu masih ada lagi. dan kitaorg pun start ler panik, terus parking kete kat bahu jln. haaaa???? tayar kempis. bukan setakat kempis. tayar pecah!! komenga!! help2!! cmne nih?? ok2.. bertenang2. ada 2 hero pujaan gadis2 malaya dlm kete ni. dgn muka tabah dan konfiden jua masing2 bukak bonet kete. yg sorang siap bukak manual lagi. gila lawak! sorang bukak manual cara2 nk gunakan tools kereta ye. sorang lagi dh start pegang spana. peh!! time tu lah akak rasa yg ank akak dh betul2 bujang lagi macho. berkobar2 semangat dia jack tayar tu. ternaik gak lah kete tu. vangga sungguh! tp akak tau lah stakat mana kemampuan dia kan. jd dlm diam2 haziq tgh usaha keras utk cuba membukak skru pada rim tayar kete tu, akak pun buat jelah panggilan kecemasan... tutt..tuttt..tuttt..(bunyik nada dering) "helo, tbg (eceh pnggilan mesra..auwww!!)" "ada emejensi ni bang..tayar kete makusu pecah..haziq ada gak try jack tayar..tp mcm x lepas je rasanya nk bukak skru tu..tayar spear ada tp takde angin..tbg dtg tolong boleh tak" (suara paling manja dan menggoda yg prnh akak buat) "ermmmmmmmmm (pjg betul harkatnya)..sana ujan tak?" "ujan sikit.." (smbil konpius apa kena mengena dgn ujan pulak ni) "oklah tunggu jap lg tbg dtg.." okey, akak dh boleh senyum lebar skrg. tunggu rescue rangers dtg menyelamat jer ni. etlis hero2 bedua yg macho tu dh mencuba jgklah kan. dan tunggu punya tunggu punya tunggu dlm gerimis yg dtg tanpa diundang. akhirnya muncul lah hero sbnr pujaan ati akak utk menyelamat. heheheh..;p "okieh, siap!!..mlm kang kira upah" hahahaha. so prjlanan diteruskan jgk ke bangi setelah cabaran demi cabaran ditempuhi. nk jgk carik kuali merahnya tu. uihh entry dh menjela nih. mana cite kuali merah ni??? ![]() ![]() ![]() Sambung lg sikit. hahaha. smpai umah pun tnyalah che tbg ku cayunk, "tbg, td nape tnya ujan ke tak?" "sbb td baru lepas basuh kete 2 jam" "???????"...... Tak tau lah nk kesian ke nak pujuk ke..takpe, haziq!! esok tolong ayah basuh kete lagi!! (dgn kuasa veto!).... Labels: vacation Rombogan Cik Kiah yg dh lama berlalu! (episod 2)
Jun 25, 2010 | Friday, June 25, 2010 | 4 comments
nk dijadikan cite, tatkala nk bertolak pulang lbih kurang dlm pkul 3 ptg mcmtu. akak ni agak terlambat naik bas sbb sakan berborak dgn spupu akak tu masa tu. smpai kena pnggil sbb budak2 semua dh gelisah. maklumlah rombongan cik kiah mcmni, dari setua2 ahli smpai baby kecik pun ada..;-) so bila akak smpai je ke bas tu smbil berlari2 anak dan buat muka kesian dan muka2 manja dan ayu, hahaha. takut kena marah lah kan sbb ingat pasal akak maka dorang kena bertolak lewat.. smpai je kat bas tu tgk pakcik2 dan spupu2 masing2 tgh berdiri berkumpul menonggeng2 sikit smbil enjin bas kat bahagian tepi tu terbuka. ahh!! sudah. apa hal pulak tu? tgk muka masing2 pun mcm ada yg x kena je. rupanya aircond bas tu bermasalah. bas ni kan dia x mcm kereta. yelah nama pun bas kan bukan kereta. ekekeke. dia ada semcm enjin khas yg kat tepi bas tu utk hidupkan aircond bas tu. kena start jgk mcm nk start enjin. start punya start x hidup. start punya start x hidup lagi. ni masing2 dh berpeluh2 ni. boleh bygkan tak bas yg penuh dgn penumpang, dh ptg pulak tu. bila aircond takde fikir jelah kan cmne lah agknya keadaan masa tu. budak2 sume dh bukak baju dah. yg dewasa ni klau nk buat mcmtu kang mau kereta2 lain sume berenti pulak kan...;p jd tanpa berlengah pnjg, kitaorg sume pun geraklah utk cari kedai utk repair. gila uols, bas takde aircond. bukan dekat2 punya perjlnan. masih di taiping lg masa tu. huhu tp nk dijadikan cite lagi, dari satu kedai ke satu kedai smpai ke stesen minyak kitaorg brenti semua kedai x sanggup nk repair. mgkin diaorg tau kerosakan aircond yg mcmtu akan ambik masa yg lama utk direpair. mgkin takkan boleh siap dlm masa sejam dua, sbbtu kedai x sanggup buat. kitaorg yg tumpang melepak kat stesyen minyak ni mmg sebijik dah mcm pelancong sesat. masing2 kepanasan melepak dan bersidai sana sini. awalnya masing2 adalah sgt vouge dan macho akhirnya dh mcm rupa org x siap pun ada dah. hahaha. serius korang. masing2 takleh nk fikir apa dah. akak dh fikir nk carik hotel je tido esok baru blk naik bas ekspress pulak ke. akhirnya, kata sepakat dicapai. masing2 nk blk jgk hrtu. jd bermulalah perjalanan yg sgt mencabar. perjalanan blk dimulakan tanpa aircond. bygkan uols!!! taiping - selangor naik bas takde aircond. peh!!! mmg mencabar!!!!! bas klau takde aircond ada tingkap takpe lah jgk kan. ni dah lah takde aircond, tingkap ada tp jnis yg x boleh bukak tu. yg duduk dpn2 relax goyang2 kaki gaklah sbb masih dpt rasa angin. yg kita org kat belakang2 ni (padanlah muka len kali pilih lagi port belkg2) mcm kena rendam dlm minyak panas pun ada taw!! huhuh.. perasaan masa tu takleh nk bygkan lah. suasana meriah pun dh jadi muram je. kah3. bukan sbb sedih. sbb masing x daya nk bukak mulut dah. kerana kepanasan dan sgt2 keletihan. tiba2!!!!!!.... ada seorang telah mendapat satu idea!!..klau uols perasan lah kan. kat bumbung bas biasa kan ada lubang udara kan. haaa! apa lagi?? mari kita bukak lubang udara tu luas2... haaaaa!! barulah lega sikit terasa. jadilah dpt angin sepoi2 bahasa sikit. leganya lah. barulah dpt feeling2 nk melelapkan mata. mana tau bukak2 mata je nnti dh smpai selangor... tapi!!... alamak!! ujan lah pulak!!..lorrrr, belum sempat benar2 merasai kenikmatan angin yg bertiup dari lubang udara, ujan pulak turun selebat2nya. maka lubang udara terpaksa ditutup semula. dugaan sungguh. tp takde sape merungut. masih bersyukur sekurang2nya enjin bas x bermasalah. panas2 pun kita masih boleh bergerak. cuma bila hujan tu, cuaca kat luar kan sejuk. tetapi suhu dlm bas tu x berubah sgt pun. masih buat masing2 lencun dgn peluh jgk. setelah hampir 5 jam perjalanan, maka akhirnya kami semua smpai dgn selamatnya. syukur alhamdulillah. rupa masing2 mmg tak sesuai lah klau nk disnap2 gbr ni. mmg konfem penuh dgn kilatan. hahahaha. nk masuk kereta nk pasang aircond punyalah x sabar. mcm dh 10 tahun x merasa sejuk aircond. kah3. over masing2! mana tak, rasanya baju masing2 klau diperah lah td. mau berbaldi peluh dpt dikumpul. hehehehe.. dlm pukul 11 lebe akak smpai rumah, terus capai tuala dan pegi mandi. aduhhhh, nikmatnya dpt mandi. segarnya rasa. tp keletihan perjlanan yg penuh dgn cabaran itu tidak membuatkan badan akak cukup lama utk kekal segar. siap solat isyak, kami sume pun naik katil letak kepala kat bantal dannnnn zzzzzzzzzzzzzzzzzzz... sedar2 esok..alamak!! dh pukul 9.30!!!..........penangan keletihan yg tidak terhingga......... Labels: vacation Rombogan Cik Kiah yg dh lama berlalu!
Jun 24, 2010 | Thursday, June 24, 2010 | 2 comments
alkisahhhhhh..tayiiibbbb! hahaha. alkisah, maka tersebutlah kisssaaaaa!!. tayyibbb!..udah2..alkisahnya 28hb mei yg lalu. haiyo sudah 3 ming berlalu. akak pi taiping ikut rombongan. best!! apa kes dh tua2 pi rombongan? ermm tak boleh ke dh tua2 gi rombongan?? sbb dulu kecik2 akak x boleh pegi rombongan. mak pak x kasi. huhu. sob3. tu yg dh tua2 ni sakan gi rombongan. takleh tido mlm tau esok nk naik bas gi rombongan....;p tp ni bukan sembarang rombongan. rombongan cik kiah mengantar pengantin. erkk bukan mengantar lah kot. lebe tepat rombongan membawa keluarga pengantin. sbb pengantin dah smpai awal. biasalah pengantin x sabar2 nk smpai sbb tu dia bertolak awal. ngeeee..;p akak ke taiping bagi pihak family belah lelaki. seawal subuh. sesudah subuh plan awalnya dh mesti bertolak. tp biasalah janji melayu ni. melayu gak yg disalahkan. huhu. plan plg lewat kul 7 MESTI bertolak. tp last 7.30 jgklah bas baru gerak. paham2 lah klau yg bawak anak2 kecik tu. dgn kerenah anak2 so lambat sikitlah nk bersiapkan. u n i..eceh!! smpai taiping lebih kurang pkul 12 lebe. plan asal bersanding pkul 12. abih dh family yg nak meraikan pengantin bersanding x smpai2 kenalah postpone waktu ke pukul 12.30 - 1.00. naik bas pun ada gak tersesat2 sikit tu. dia punya jln mmg mcm ye2 jln ke rumah pengantin. siap ada khemah jgk tu. mujur lah ada yg prasan salah rumah. klau x harus beria bertandang berkompang tp salah penganting kak. sape yg malu?? kitaorg jgk!! hahaha.. gitu-gini majlis pun selamat dijlnkan. mcm biasalah sesi bergbr2 bersama pengantin. yg bukan pengantin pun sakan bergbr. hehe. meriah alam semesta lah katakan. mmg sronok rombongan2 mcmni. happening je. yg pegi pun mmg sume jnis meriah2 alam. lagi2 lah meriah suasananya..;-) tgklah gbr lagi klau sudi. x sudi pun paksa2 lah diri..;p cukuplah gbr2 yg dipertontonkan. boring rasanya memasing dok tgk gbr org kawen je. maklumlah cuti sekolah mmg meriah dgn kenduri kawen. huhu dikesempatan itu jugak, akak berpeluang utk berjumpa dgn spupu hubby akak yg kebetulan mmg org taiping tp dh menetap di rawang. lama x jumpa dia. rindu giler lah. so kebetulan dia pun sedang bercuti di taiping di rumah mak dia, kitaorg janji2 utk jumpa2 kat rumah pengantin. best sgt. terubat jua kerinduan. gbr ada tp tak ready nk tayang sbb dlm gbr tu akak nmpak gumuk okeh (mcm lah realitinya x gumuk). hehehe. nak dijadikan cite.......... to be continued...wakakaaka..tunggukan smbungan di episod akan dtg!! Labels: vacation Balik dah..
Dec 24, 2009 | Thursday, December 24, 2009 | 14 comments
Akak balik umah dah uol..ahaks..mlm td akak smpai umah..rasa cam x puas je lagi lepak2 umah mak..kerana umah mak = makan + makan + makan + jalan2 + bersukaria - bosan - fulus..hahaha..Lama gak akak tak hapdet blog akak ni..ermm tenet ada je kat umah mak akak..tp mcm x berkesempatan pulak..klau dah kat umah mak mmg mcm bz..mcm2 hal yg nak dibizikan..hehe..dan mcm biasalah bila blk umah semula..keje umah yg selambak sedang menanti..huhu.. Cuaca adalah mendung..membuatkan akak berada dlm dilema utk sidai baju..hehe..haishh mendung2 ni perut pun mcm berkeroncong je taw..nk kena tahan2 ni..asyik mkn je..ishhh..tp x makan lapar..cmne tuh??.. Hrni result pmr kuar..semoga pada yg terlibat mendapat keputusan spt yg diharapkan.. Semalam adalah kenangan..esok adalah harapan..namun segalanya belum pasti..hahahah..apa yg dok merepek2 ni??..tp semalam dan semalam mmg bestlah sbb enjoy gi jenjalan smbil melayan YES sikit2 kan..haaa jadi ke akak pi pavillion???...jadi ko!!!...;p Kezen akak ni mmg lah yg terbaek!!..bygkan dia sanggup bersusah payah tido umah member dia kat putrajaya semata2 esoknya nk amik akak dan bwk akak pi pavi..sabtu mlm akak smpai..ahad pagi projek berjln..hoho..dgn masing2 mula2 mcm blur2 gak dgn jln nak ke pavi ni..mujur ada gps garmin..ok gaklah..pompuan garmin tu dok tolong bgtau arah mana nk masuk kan..turn left..turn right..ekekeke..ekceli kitaorg jarang shopping2 kat tgh2 KL sana..smenjak ada midvalley..akak mmg ke situ jelah..sblum tu akak suka ke sogo je..tp ntah nape kali ni saje je pulak gatal2 hati nk ke pavi tu...tp bukan tahap akak ler nk bershopping kat situ..status2 mak datin je seshuai shopping kat pavi tu..huhu..tp best lah utk cuci2 mata kan..jadi nk tgk ke akak shopping apa kat pavi??....:p Sila gelakkan akak!!..hahahahaha..punyalah smpai 5 jam kitaorg jenjln dlm pavi..masuk butik kuar butik..masuk parkson kuar tang..beli pen merah jer??..kah..kah..kah..ok per dpd x beli langsung kan..cer tgk akak..shopping jauh2 sbb en MJ x ikut sama..akak ingat dia jer taw..tu yg belikan dia pen merah tu..hahahaha..hadoiii...tp ekceli akak ada pekenan satu baju kat zara taw..huhu..menyesal pulak x beli..tak beli sbb zara xdak sale ponnn..etlis klau ada 10% ke kan..rasa gaklah berbaloinya..huhu..xpe2 sbb x beli2 kat pavi esoknya akak sambungkan hajat ke midvalley pulak..haaaa..kat sana akak beli lah sikit2 buat melepas gian org kata..bukan akak kata yer....;p..midvalley jgk poooooojaaaaaan hatiku!!!!! Ehhh..esok merry krismas lah...wahhh..cuti lagi yer??..ishhh2..korang ni..cuti jer taw..akak baru blk umah..korang dah nk cuti2 lagi yer..ok lah..selamat bercuti2 lah lg yer..cuti2 tu jgn pulak lupa akak yer..sob2..tetiba pulak kan..hehehe.. Labels: vacation Jom balik!
Dec 19, 2009 | Saturday, December 19, 2009 | 6 comments
Akak sepatutnya kemas2 beg dah ni..tp x gerak2 lagi nih..baru siap kemas2 dapo..mkn2..basuh2 pinggan..dok lagi mengadap lappy ni haaa..pi jengah ladang pulak td..mana dgn jengah aquarium lagi kasi ikan2 makan..ni cafe lom sempat jengah..sungguh bz hidup akak sekrg..hahaha..Sesibuk nk kemas2 beg ni nk pi cuti2 msia ke??..huhu..xde maknanya pun..cuti blk umah mak jer nih..akak klau hujung tahun mmg lagi lah xleh kemana..coz en. MJ akak adalah bz..lepas satu keje..satu keje lagi dtg..nipun x lama kat banting..blk smpai rabu coz khamis result pmr kuar..dan pastinya en MJ akak ni bz juger..xpelah..jadilah 4 hari kan..blk banting ni pastinya bawak kerja bersama..rutin lah hujung2 tahun mmg dh selalu cmni..nipun x tau kul bape baru leh gerak ni..mcmana pun ptg atau mlm ni insyaAllah bertolak blk..:-)..kena tnggu en MJ calling2 dulu..dia masih di muar settle hal claim..hai checker!..lbih2 kurang udah ler!! Hoyeh!!..esok akak ada planning baik punya dgn kezen terbaek akak..yeszzaaa!!..masa utk melayan YES..hoho..mudah2an xde aral melintang..sok pepagi seblum subuh kitaorg gerak..hahaha..melampau2..mau ronda2 sume mall2 yg berhampiran..ala ronda2 cuci mata je korang..cuci poket tu se sen dua jelah kan...;p Kat banting pun adik akak yg bongsu dh nk start sem baru esok..esok dia dh mula kembali semula ke UKM...so projek baik dgn dia terpaksa ditunda kpd tarikh yg belum ditetapkan lagi..hehe..adik no 2..ehem..ehem..tgh pening2 lalat rupenya dia..mudah2an dpt gigirl pulak tahun dpn ehh...;)..(tgh2 taip pasal dia tetiba dia sms pulak..wahh mcm terasa2 jer dia..ahaks) Ming ni cuti 3 hari..ming dpn 3 hari lagi..musti bahagia hidup korang kan..mmg ketara bahagia memasing nih..smpai sunyi sepi gaklah blog, fb sume..hehehe..wokeh..akak mntak diri duluk yer..mau kemas2 dah ni..happy holiday!!..daaaaaaaaaa... Labels: vacation Q-Thai
Dec 15, 2009 | Tuesday, December 15, 2009 | 16 comments
Cmne cuaca kat tpt korang ni??..kat segamat ni panas terik..mcm x percaya skrg ni bulan 12..waktu akak menaip entry ni jam menunjukkan pukul 9 lebe..dan mentari pagi telah pun menampakkan sinarnya..aku masih di sini..meniti hari2 berlalu..tanpa.....udah2..feeling novel lah pulak dah.....Pagi ni adalah best..akak tidak bersendirian lagi..kerana ditemani oleh abg MJ akak..hehehe..ala kjap je ni dia blk..SPM utk paper2 extra ni x habis lagi..16hb baru last paper..so en MJ adalah masih bz dgn spm nya lah kan..dan dia juga dah start marking paper..so sbbtulah ada masa free jer..dia berkejar blk umah utk sambung marking paper..bukan blk nk teman bini okieh!!..Dan yg best dia blk bwk sarap..roti canai dan nasik lemak daun pisang..nyam..nyam..jom sarapan! Haaa cite pasal mkn ni..hal ni dah lama dah..sehari lepas raya haji yg lalu..kitaorg ada pi jln2 carik mkn kat cyberjaya..ekceli bpk akak ni beria nk belanja cucu dia..jadi mak pak of koz lah join sekali kan..kurang ank yg teruja nk pi mkn..ibu mmg menampakkan keterujaan itu..sungguh ketara!!..hahaha..mkn di mana??..mkn di restoren q-thai di cyberjaya..pernah pegi?? Pendek cerita nk bagi 5 bintang kat restoren nih..sbb makanan dia mmg terangkat!!..dan byk..tu yg pntg..nasik goreng pattaya abg MJ akak punyalah besor..klau akak konfemlah x habis..huhu..byk gbr akak snap ekceli..tp kang pnjg meleret ke bwah pulak klau nk upload sume..malas pulak nk edit2 ni..huhu..xpelah layan jelah gbr2 yg ada ni yer..ermm jadi apa lagi?... Jom belanja akak mkn kat Q-Thai!!..hahahahahaha..... Labels: vacation Happy Holiday..:D
Jun 4, 2009 | Thursday, June 04, 2009 | 6 comments
![]() Yee haaaa!!..jap agi nak blk umah mak + bercoti2 + berjalan2 + pi kenduri + jemputan kawin + htr rombongan pengantin..ahaks..byk betul program..setelah sekian lama aku terperap kat umah..smpai leh buat pekasam dah ni..ekekeke..kini tibanya masanya nk berfoye2 pulak..semoga semua berjalan dgn lancar spt yg dirancangkan..amiiiiiin..:) Blog ini akan bercuti juger lah sehingga naik sekolah insyaAllah pada 15hb Jun 2009..(mcm sblum ni x cuti ponn)..wakakaka..kepada kwn2 sume akak akan merindui kalian semua..doakan perjalanan akak yer..semoga selamat pergi dan pulang..mcm lah nak jln jauh sgt pun..hehehe..anyway pada yg juga mempunyai program utk bercuti2 msia tu..maklumlah kan cuti sekolah ni..akak juga mengucapkan selamat bercuti , have a save journey!!..don't drink n drive!!!.. Labels: vacation hepi holiday..:)
Dec 12, 2008 | Friday, December 12, 2008 | 10 comments
Jumaat, 4:19pm - msti ramai suka bangat dgn hari jumaat ni kan..sbb esok coti lagi..hehehe..aku yg hari2 cuti pun suka dgn hari jumaat nih..biasalah kan klau wknd je mmg mcm2 planning lah..esok aku ke shah alam pulak umah kezen hubby aku..coz ahad ada knduri kawen kat sg buloh..banyaaaaaaaaknya jemputan kawin..nxt week jemputan..ming satu laginya jemputan lagi..uihhh tiap2 ming rasanya smpai nk bukak sek nih..huhuhu..semakin ramai org yg kawin nmpknya..rasa2nya sepnjg tahun org kawin jer..kcuali bln ramadhan..ada sape2 blogger yg nak kawin jgk ke bln ni?? yg akak x tau?? silalah roger2 yer..;) kali ni aku blk bercuti lama sikit kot..dlm 2 ming gitu..sminggu ni blk selangor umah mak..dlm nxt week terus blk bt pahat umah ibu mertuaku..nmpak gayanya maka sunyilah blog ku ini smentara permergian aku ituh yer..harus berhabuk dan bersawang nanti..dan yg pntg akak pastinya akan merindui kalian smua..jgn lupa akak okey!!..huhuhu..sedey benor bunyiknya.. cuma klau kat umah mak aku tuh leh sgt lagi nk intai2 blog nih tinggal sempat x sempat jelah..sbb bizi..bizi berborak..muahahaha.. last but not least..ahaks..selamat berhujung minggu..dan selamat bercuti..pada yg merancang utk bercuti bersama keluarga walau di mana pun destinasi percutian anda..jaga diri hiasi peribadi!!..(releven kah??)..ekekeke.... Labels: vacation sg petani (part 3 - le tour d penang)
Dec 10, 2008 | Wednesday, December 10, 2008 | 11 comments
Rabu, 1:51pm - yeee hAAA!!..I feel gud!!..tenenenet...udah mcm terover kesukaan nmpaknya aku..bukan sbb masih kat sg petani yer..sila jgn confuse..sudah kembali ke segamat nih..tp krn memori terindah ketika berada di sinun masih segar dlm ingatan..ahaks..adakah KAMI blk ke homestay bersama rombongan yg lain?????... oooo yer of coz, sdh tentu dan pasti..mestilah blk homestay dulu kan..xkan lah melampaui batasan dan adat kemelayuan + kejawaan kami utk tidak menghormati rombongan lantas terus shj melaksanakan planning B kami iteww..ngeh..ngeh..ngeh..smpai homestay solat n tukaq baju sat..(udah prektis2 loghat utagha)..dan tanpa membuang masa maka dgn sukaciternya KAMI pun memulakan ekspidisi menjelajah PENANG spt yg udah lama kami plan2 kan ituh..mau lihat2 foto nggak??..ada ni sciput dua..huhuhu.. spt biasa 'kakak' selaku pilot terkemuka lagi glamer dan yg pntg menten jelita ituh yg memandu kereta..dan aku spt biasa juger selaku co-pilot (dlm erti kate lain, penumpang seblah yg belagak terel tunjuk jln) padahal hampeh sengal juger ler..krn last aku smpai penang adalah ketika aku berusia 10 tahun..ulang suara 10 TAHUN..kini daku telahpun meningkat remaja dewasa tue (tue ituh kecik shj..sape yg x nmpak pun xpe..sila abaikan saje)..campur tolak darab bhgi kira2 dah lbih krg 24 tahun yg lpas aku tidak menjejakkan kaki ke penang nih..sbbtu lah xcitednya mengalahkan bdk2 tadika nk pi rombongan pestime okey..juga tidak dilupa makusu selaku co-pilot no 2 (penumpang belkg yer sedari sedara)..yg juga sama byk membantu menunjuk arah jln dlm penang ituh..:)..yg pntg semua mesti tau bahawasanya KAMI dgn beraninya meredah onak dan duri laluan dlm penang ituh yer.. destinasi pertama yg dituju sebaik smpai dlm penang ituh adalah bt fringgi atas tujuan utk mencarik laksa penang yg sgtlah sedap ituh..mekasih byk2 pada EJ yg byk membantu menunjukkan arah jln nk ke sana yer..hmmm sape EJ ni??..nantikan entry khas bersama EJ slpas ini..ahaks.. mkn laksa sudah jadi plan kedua adalah utk mencari di manakah gurney plaza..okieh nmpaknya di atas ketereran pilot dan co-pilot2 ituh maka gurney plaza amatlah mudah utk ditemui..ahaks..masuk dlm plaza pusing2, beli kek, beli choc milkshake yg sungguh lazat sekali dari secret recipe (mahap nggak ada foto akibat keterlupaan krn keterujaan berjalan2..)..jln lagi..'kakak' shopping lagi..aku??..x shopping pon..x tau nk beli apa..huhuh..then bergerak ke destinasi sterusnya iaitu ke komtar..rasa2 plaza yg plg popular kat penang ni sbb masa aku mai umoq 10 thn dulu pun dah ada komtar nih... spt biasa kami meredahi jln2 sehala di penang ituh..penang byk jln sehala kan??..namun komtar masih tidak kami temui..huhuhu..sungguh sedeh sekali..ingat dah teramat terer shinggakan komtar yg plg fofular ituh kami x jumpa yer..bak kata makusu..,"xpe kakak, jln terus je dulu"..dan juga kata2 perangsang dari aqis.."ala relaxlah, penang ni kita pusing mana2 pun xkan kemana punya..msti dlm penang jer"..iyo lah qis..namun byg komtar tidak juge kelihatan..signboard komtar jer yg kjp ada kjp xde..(mcm biskut)..tapi kami teruskan jua perjlnan yg mula dirasakan sungguh mencabar..mcm xplore race ponn ader..mcm2 nama jln dh jumpa..n last2.....ehhhhh..awat tgh syiok lurus punya jln tetiba je no entry???..huhuhu..apa maknanya ituh??..SESAT lah kaaaaaaaaaaaaan.. utk menjadikan ekspidisi ini seakan benar2 xplore race maka kami telah pun brenti utk bertnya kpd sesape yg lalu lalang di tepi jln ituh..dgn konfidennya kakak pun brenti lalu menurunkan tingkap autonya dan bertanya,.."kak tumpang tnya, kat mana komtar?"..lalu dijawab oleh org yg ditepi jln ituh.."maaf yaa!!..saya enggak tau!!"...alamak????..salah kounter pertnyaan ghupenya..jadi apa lagi buleh dibuat?? terus ajelah mencarik....... akhirnyaaaaa..jumpa juga komtar ituh..pi perangin mall jln2 lagi n jumpa EJ di situ..dan last destinasi adalah BERJLN KAKI ke penang road..wpun jam telah menunjukkan pkul 7.30pm tp smngat berjalan sgtlah berkobar2 lagi..jumpa penang road pi carik jeruk asam n nasi kandaq yg telah dikirim khas oleh cik abg2 yg tinggal aje di homestay krn nk kasik chan bini2 mengxplore race secara bersndirian gitu..adoiii di ketika inilah barulah rasa udh pening segala smua yer..klau boleh rasa cam nk terbang blk ke homestay pun ader..daaaaaaaaaan..le tour d penang berakhir dgn destinasi terakhir PENANG ROAD......sekian..habis jgk yer........(dh byk diedit lagi dipotong spy x mnimbulkan keboringan yg melampau pd yg membaca) p/s - sungguh pjg entry inih..seribu maaf dipinta..smua nih terjadi krn keterujaan yg melampau..pada yg sudi berpenat lelah membaca n3 ni smpai habis..mekasihlah byk2 yer..klau tamau baca pun xper..xkan marah punya..sbb n3 ni khas utk diri2 KAMI ni ajer utk melayan keterujaan ituh..mahap sekali lagi..huhuhu.. Labels: vacation sg. petani (part 1)
Dec 9, 2008 | Tuesday, December 09, 2008 | 6 comments
Selasa, 1:35pm - dari sagil aku terus masuk highway tangkak..dan lbih krang sejam stengah aku dh smpai nilai dah..dari nilai terus ke banting ambik ucu dan makusu yg dah lama menanti..ucu dah start cuti dari hari rabu..perghh!!..lagi dasyat semngat 'sg. petani' dia..hehehe..dlm kul 3.30 gitu aku smpai umah ucu..masuk jap gi toilet 'buang' apa yg patut..then kemas2 brg ucu masuk kete..daaaaaaan..terus 'jln'..erkk..mcm lain jer munyik 'terus jln' tuh kan..huhuhu..maksudnya teruskan perjalanan gitu..heheh..dlm kete baru pikir nk masuk highway dari mana nih..okieh akhirnya kputusan dibuat dan highway bkt raja menjadi pilihan..ahaks.. okieh, berdasarkan speed hubby aku ni mengemudi kereta dia nih..lantak ko lah ehh..ada kaaa 'mengemudi kereta'??..merosakkan tata dan kesusilaan bahasa melayu betullah hakak nih..4, 5 jam dlm tgn br smpai sg petani okieh!!..so lu pikirlah sndiri agak2 bape km/j dia 'henjut'..adoiii bunyik henjut tuh mcm konfem laju berdesut dia pegi ehh..wakakaka..kira jgn x kira..sib baik laki aku x ghajin baca blog aku nih..bukan apa hubby aku kata highway utara tuh byk saman ekor..yeke??..yekan jelah..hehehe..traffic sepjg perjlnan alhamdulillah boleh dikatakan ok..aku bertolak dari banting pun dlm kul 4pm gitu..ada jemm sikit kat klang n damansara kot coz ujan lebat giler kat area damansara - sg buloh..smpai x nmpak jalan..huhuhu..takut masa tuh.... pit stop kat hentian behrang..lunaskan 'hajat' lagi..hehehe..n beli2 mknan ringan wat kunyah2 dlm kete..dan perjlnan diteruskan..ada jgk jemm skit2 smpai di penang (bukan masuk penang ehh smpai highway ke penang tu jer)..tp tungguuuuu..akak smpai gak ke penang tau!!..next entry ok!!..hiks!..dan akhirnya smpai sg petani dlm kul 9 lebe..penaaaaaaaaaaaatnya mmg x terkira..sbb aku dh kuar umah dari lepas suboh lagi + 5 jam sengal tunggu 'bodoh2' jer..so dh rasa mcm hampir seharian dlm perjlnan..'kakak' udah lama smpai dan setia menanti kedtgan aku..ekekek..jadi sesampainya sahaja aku di homestay sg petani yg amat best ituh..mmg best sbb sungguh besar dan luas..mmg sungguh selesa..maka dgn x smpat duduk lagiponn..cuma smpat salam2 sume yg dah ada kat homestay tu jer..'kakak' pun melaksana serta memulakan plan yg pertama utk hari itu..apa diakah itu??? plan jln2 carik mkn di sg dua..ngeh..ngeh..ngeh..atas nasihat kwn kakak yg mmg asal dari penang..("B" bukan nama sbnr)..ekekeke..char kueh tiaw kat sg dua tuh sedaaap giler..so apa lagi?? dgn xcitednya kami pun pi lah ke sg dua naik satu kete..'kakak' yg drive okiey!!..dan dgn sengal dan sebunya..adalah seramai 6 org penumpang naik satu kete itewwww..dok berhimpit mcm dlm tin saden..mmg melampau gitu!!..tp mmg happening..wakakaka.. smpai sg dua nmpak dah warung char kueh tiaw tuh..pergh!! tgk dari asap yg berkepul dan api menjulang dlm kedai tuh mmg konfem dasyat kueh tiaw dia tuh..hehehe..tp nk dijadikan cite betapa sengalnya jgk..kami x jadi mkn kueh tiaw kat situ..boleh gitu?? shian 'kakak'..huhuhu..sume ini gara2 tiba2 selera bertukar utk merasa keenakan mee udang pulau pinang..betul2 hao liaw!!..wakakak..makanya kami pun pi lah ke gerai lain yg ada jual mee udang dan pi isi perut yg mmg dh lapar giler kat situ..'kakak' x mkn sbb dia nak tapau kueh tiaw jgk..so pas mkn je kami berdua pun gi lah warung kueh tiaw dan tapau 2 bungkus bwk blk homestay......... - to be continued di sg petani (part 2) - p/s - adalah dimaklumkan dgn sengalnya juger..kamera adalah dibawa bersama ketika ke sg dua..ttp sungguh hampeh sekali..kamera itewww tidak diisi beterinya..huhuh..jadi tgh sakan berpossing tetiba haziq dgn wajah yg sgt panik membuka kamera dan uihhh?? ada ke kamera xde beteri??? huhuhu..mmglah sgt hampeh + sengal diri akak nih ketika ituh..huhuh.. Labels: vacation 'kalumpang' dlm ingatan..
Nov 14, 2008 | Friday, November 14, 2008 | 4 comments
Jumaat, 11:29am - aduihhh tlinge ku binget lagi..renovation seblah umah ni semakin rancak dijalankan..habis ku rasa bergegar seluruh anggota bdn, termasuk jantung dan kpala otak aku ni haaa..sungguh menci sekali..nak sidai baju pon x boleh ni..wpun telah ku bejanji tamau mengungkit tp haku memungkiri janjiku itu..huhuhu...bilalah nak siap renovation ni 'apek'??..tatkala kesesakkan napas dan ketekanan jiwa ini berlaku alangkah sewonoknya klau dpt gi bercuti..bestnyaaaaaa..gi mandi2 air terjun ker..klau ank aku suka gi wetworld..haku x suka sbb panas woooo..tp ni musim redup2 ni orait gak kan..janji gi mandi manda bg menyejukkan bdn dan hati yg suam ini..huhuh..bila story pasal cuti dan mndi air terjun ni..aku nak kongsi satu tpt ni..dulu aku mmg x tau tpt ni wujud sekali pun..makcik aku lah ni..dia yg perkenalkan tpt ni..sbb tpt nipun aku dgr cerita hak milik persendirian tp telah dikormersialkan..yakni (tringat abby fana dlm sinar fm..maklumlah owg pun dh retro..so layan pun channel retrolah kan..sinar fm stesen muzik retro terbaik anda!!..ekekeke..) telah di buka kpd org awam dan of coz lah di kenakan sdikit byran masuk..tp oklah xlah mahal sgt pun..cuma aku dh lupa lah pulak berapa hengget kene byr..sbb masa tu hubby aku yg bayo..wakakaka..kira tpt ni ada resort2 sume di keliling air terjun tu..mmg best..dia mcm lain dari kaw2 perkelahan air2 terjun yg lain..yelah lain dari yg prnh aku pergi jelah..itulah dia 'kalumpang' nama tptnya..kat tg malim klau x silap..muahahaha..apa ni?? dh kat mana pon haku x bape ingat tp dok sibuk2 nak cite..nmpak sgt lah baru pegi sekali jekan...huhuhu..xpe2..meh kita layan gambo dulu..... seperti biasa..moral of the story..nak pergiiiiiii lagi...bila ni??? kali ni saya mau mandi jugaaa..hrtu aku x mandi pon..sogan2 tenggiling..malu tp mahu sbnrnya..ekekeke..KAKAAAAAK..( hanya 'dia' je yg tau sape dia ) jom kita pergi jom!!!!!..OH KALUMPANG..nantikan kami ya!!!!!!!!!!!!!!..... Labels: vacation |