
![]() |
Ramadhan oh Ramadhan
Jul 23, 2012 | Monday, July 23, 2012 | 2 comments
Sekejap je dah nak masuk 3 hari berpuasa. Dulu Mr. MJ selalu suka ingatkan akak,Rasa2lah puasa ni..nanti tau2 je dah raya... Belum terlambat jugak kot nak ucapkan selamat berpuasa dan semoga tahun ni adalah lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Diam tak diam sebenarnya masa sangat cepat berlalu. Macam rasa baru je menyambut raya tahun lepas. Tau2 je kejap lagi dah nak raya. Pastu kejap je dah bulan 12 dan kejap je dah tahun baru 2013. huhu Akak suka sangat bulan ramadhan sebenarnya sebab suasana dan rutin kita pun banyak berubah dari hari2 dan bulan2 yang lainnya. Selalu kita masak tengahari ni kita masak petang2. Selalu malam2 golek dan santai depan tv, ni ramai2 kita memeriahkan masjid dengan menjalani ibadat solat tarawikh insyaAllah dan banyak lagi juga rutin2 yang bakal menyusul selepas2 ini yang biasanya tidak kita lakukan di hari2 lain. Tahun ni akak sambut awal puasa di rumah sendiri je. Biasanya tahun2 lepas sambut puasa bersama family kat kampung. Takpe, tahun ni kita try sambut sendiri pulak. Lagipun akak dah berturut2 minggu dok balik kampung je ni. Orang kampung pun bosan kot kalau balik2 tengok muka akak je yang balik. haha Tahun ni azam bulan ramadhan kalau boleh nak kurangkan membeli kat bazaar ramadhan. Nak masak2 je. Ececeh, tetiba pulak semangat memasak berkobar2 time puasa ye. Masuk blog resepi sana sini, pehh!! macam2 resepi best dan nampak sedap sehingga buatkan akak rasa nak try semua resepi2 tu. Best2. Lepas ni nak try panggang ayam ala kenny rogers pulak. Harus tutup kenny rogers lepas ni..haha..:p
nyam3x..
Pastu buat pulak mashed potato, dan nak kenyang sikit masak nasik ala2 kenny rogers jugak. Aduhhhh.... Ok, takmo cerita panjang. Kejap lagi nak siap2 carik bahan. Jom pi giant jom! Selamat memasak dan selamat berbuka puasa pada semua.....;) Labels: family, menu, personal Udang Tempoyak
Jul 9, 2012 | Monday, July 09, 2012 | 1 comments
Ni cerita semalam.Plan nak masak dah lama jugak ni. Memandangkan ada stok durian yang dah tak termakan, maka akak memang suka buat tempoyak sendiri. Uols pandai makan ke? Ada yang tak boleh nak bau pun kan. Ada pulak yang durian bukan main feveret lagi pada dia, tapi tempoyak langsung dia tak sentuh. DURIAN BASI katanya. Erkkk!! Akak memang 'hantu' tempoyak. Haziq dalam pada cerewet banyak makanan sedap dia tak makan, boleh pulak tempoyak ni jadi feveret dia jugak. Cuma dia hanya makan tempoyak yang akak masak dengan udang. Lain menu tempoyak pun dia tolak tepi jugak. Akak pulak ko bagi je lah hape menu tempoyak, semua pasti licin. Juga enak dimakan begitu sajaaaa!. hehe Jadi, semalam tengahari akhirnya terlaksana juga plan nak masak udang tempoyak. Actually ada dua versi masakan udang tempoyak turun temurun family akak ni. Tapi sebab ikut tekak dan menu haziq dia suka yang versi bersantan. Satu lagi versi berlada dengan cili kering blander. Yang tu dah lama akak tak buat sebab siapa yang tak tahan pedas harus asyik ke toilet je lepas makan. haha. Nak resepi? Bahan2: Senang je kan? Tak payah susah2 nak blender bagai. Semua main hiris2, ketuk dan lebur. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!...;) Projek wiken
Jun 18, 2012 | Monday, June 18, 2012 | 0 comments
Wiken ni merupakan hari lepak2 sedunia akak dan haziq. Mr MJ balik BP sebab ada banyak urusan kat kampung yang dia nak tolong uruskan. Next week rumah MIL buat kenduri arwah, kenduri nak menyambut puasa. Memang biasa buat setiap tahun kenduri menyambut puasa ni.Sabtu ingatkan boleh lepak2 kat rumah je. Penat drive ke JB masih terasa sehingga sabtu. hahaha. Lady gagah kebenda macamtu kan?? Tapi sebenarnya penat tu hanya lebih terasa bila terpaksa bergerak untuk buat kerja2 rumah je. Cuba terpaksa gerak untuk berjalan2 dan bershopping2? 'Terpaksa' lah sangat kannnnnn...:p Sabtu pagi haziq ada tiusyen sampai pukul 11. Tahun ni tahun haziq akan menduduki exam PMR. So ni pun dah bulan 6. Rasanya lepas ni lagi busy lah setiap minggu haziq dengan program kelas2 tambahan di sekolah dia nanti. Mr MJ pulak lepas ajar satu kelas, dia pun terus gerak balik BP dalam pukul 9 lebih macamtu. So akak kena keluarlah ambik haziq balik tiusyen dan ke bandar untuk lunch dan beli2 barang dapur. Bila tinggal berdua, memang sangat lalalala untuk ke sana ke mari. Dunia ini bagai ana yang empunya. Tanya je haziq nak makan apa. Laju je haziq jawab Mekdi pun boleh..ke apa lagi tempat makan best2 kat segamat ni ehh bu? Amboi, pantang offer laju je nak demand macam2 ehh? terus je laju jugak ibu jawab Takde tempat lain yang best lagi kat sini..ok, kita gi mekdi je lah..ada lunch hour pun kan start pukul 12 Apapun kuasa veto masih kat tangan ibu kan. haha. So anak kena lah menurut perintah. Haa mana nak? Makan kat mekdi ke makan megi?? kih3x...:p Lepas lunch terus pi terjah upwell pulak carik bahan2 nak masak mee kari. Special request dari haziq untuk menu hari ahad. Layankan je lah. Bukan susah pun nak masak mee kari kan. Dah lama jugak akak tak masak mee kari rasanya. Mula2 plan malam ahad tu nak layan megi je. Seryes akak dah lama tak makan megi. Akak tak berapa sangat dengan megi ni. Tapi haziq dgn mr mj pantang offer. Asal pergi beli barang dapur je tau2 hilang pastu ada je kat tangan dah mengangkut stok megi berbungkus2. Adoii, cakaplah apapun pasal megi ni. Buang air liur je. Entah macammana, lepas je naik mandi dan solat manghrib terus duk melepak kejap depan lappy sambil2 layan fb. Kebetulan lah pulak ternampak sorang kawan akak duk tayang paceri terung dalam fb tu. Masatu lah tetiba rasa teringin sangat mengalahkan masa mengidam pulak kan. Time tu jugak macam teringat, rasanya macam ada stok terung lagi dalam fridge. Lelaju gi dapo bukak peti ais terus je nampak terung, cili merah, tomato. Haaa cantekkkk! Apa lagi, senseng tangan senseng kain zap zup zap. Sambal berlada terung pun siap!!! Makan dengan nasik panas2. Pehhh!! Terangkat okeh!. Konfem mak mertua lalu belakang pun tak perasan. haha. Dah nama lalu belakang cuba lalu depan?..;) Burpppp alhamdulillah, kenyang betul lagi2 bila dinner pukul 10 mlm. Hurmm diet entah ke mana, jogging entah ke mana. Kasut sukan beria beli cantik lagi dalam kotak. Bila lah nak start jogging ni? Dan2 ni rasa insaf dan bersalah sebab makan malam2 (tddmka)..:p Ahad punya menu mee kari pun siap dengan jayanya. Siap je haziq pun berdesup ke dapur untuk makan. Sampai akak belum siap mengemas dan mengemop dapur dia dah ambik mangkuk nak senduk mee dan kuah kari. Punyalah tak sabar nak makan. Jangan tanya kenapa mee kari tu tak berseri ok! haha. Maklumlah yang nak makan pun akak dengan haziq je. Haziq mana suka ekseseri tambahan untuk menaikkan seri mee kari tu. Lagi buat dia bising adalah. Bukak je periuk kuah terus je dia, yeayyy! takde sayur. Entah sampai bila lah baru nak belajar makan sayur gamaknya ni?? Dengan sepanjang siang ahad ni dia busy dengan Lego nya buat robot. Apa?? Haziq dah remaja ala k-pop pun layan robot lego lagi ke? Biar betul!! Haaa, cerita pasal lego robot ni esok lusa akak cerita ye. Stay tuned!!!!..ececeh!!...;) Labels: family, menu, personal Roti Arab
May 11, 2012 | Friday, May 11, 2012 | 2 comments
Ya habibi Ya Maulana. Selamat pagi semoga ceria. HeheNi cerita lama. Dah berbulan2 lepas. Tapi nak jugak cerita kat sini. Sebab 1st time makan dan rasa makanan ni. Biasa dengar orang dok menjamu selera di restoren arab. Akak juga yang belum berkesempatan nak pi cuba. Ni juga antara projek bila akak balik Banting. Bila balik sana macam2 projek dan planning sampai kadang2 tak menang tangan. Tak menang tangan lah sangat, macamlah banyak kerja nak dibuat. Mungkin lebih tepat kalau akak cakap, tak menang kaki sebab asyik berjalan je kerjanya. Biasanya akak akan berjimba dengan adik beradik akak bila balik sana. Maklumlah akak jauh, jadi bila balik sebulan sekali memang banyak habiskan masa bersama. Planning asal nak pergi melawat anak kucing. Ye, akak akan adopt anak kucing baru. Buat teman tabby. Tak sabar juga ni nak ambil dan bawak dia balik rumah. Tunggu waktu sesuai untuk bawak dia balik. Lagipun dia masih belum sesuai untuk dipisahkan dengan ibu dia waktu tu. Umur dalam sebulan, pastinya masih memerlukan susu ibu untuk tumbesaran yang sihat bagai johan. Kitten dah ada nama, Roxy. Cute sangaaaat. Dengar cerita dan dari gambar2 yang ditag ke akak di fb, dia dah aktif bermain dan suka main dengan bola. Best sangat! Akak pergi melawat kitten dalam pukul 3 macamtu. Lama jugak duduk berbual kat sana. Siap makan2 lagi hehe. Sedangkan dah plan untuk layan roti arab petang tu dengan cousin akak di Cyberjaya. Tapi tak kisah lah kan. Ayat standard....BUKAN SELALU makan banyak2 macamni..:p So dalam pukul 6 petang baru lah akak sampai ke restoren arab. Macam akak cakap ni kali pertama menjejakkan kaki ke restoren arab, akak tak boleh bayangkan macammana agaknya rupa roti arab ni. Dan apa jenis menu2 dia. Ramai yang dok sibuk cerita tentang nasi arab yang marveles. Ok, nasi tu boleh lah akak bayangkan juga dan akhirnya, restoren arab cyberjaya (lupa nama restoren tu huhu) here i come!
Tu diaaa, dah dekat besar meja roti arab tu.
Waktu akak sampai sana, cousin akak dah tunggu kat kedai. Of coz lah dia paling awal sampai sebab tempat keje dia memang dekat sangat dgn restoren arab tu. So, semua ni dia yang order. Akak yang tak tau apa2 ni ikut je lah kan. Menu ketika tu tak silap akak lah, roti arab (saiz l) macam dalam gambar tu, nasi arab, kebab kambing dan ayam masak apa tak ingat dah. Kebab tu sangat sedap. Rupanya roti arab ni ada saiz juga. Bila sampai memang macam surprise!! Besarrrrnya, boleh habis ke ni???
Dengan cousin tersayang..;) (cousin lain pun akak sayang juger taw!)
motif letak gambar sama?? sama tapi tak berapa nak serupa sangat..;)
Psssttt, ada rahsia ni. Sebenarnya, kami berempat kat sini. Akak, adik akak, cousin akak dan teeeetttt. Identiti orang keempat belum boleh dapat dipertontonkan di khalayak ramai atas sebab2 yang tak dapat dinyatakan di dalam blog ini. hahahaha. Hanya akak dan cousin akak saje yang tau siapakah dia. Hanya boleh diperkenalkan pada umum bila tiba masanya nanti. Semoga segalanya dipermudahkan ye kakak (bukan nama sebenar cousinku) wink! opsss! tersebut pulak..;p
Akhir kata terima kasih kepada F (bukan nama sebenar juger) sebab belanja akak ye! Best sangat dapat jumpa, berbual dan beramah mesra. hehehe. Satu kepala jugak kita ni dek!..;)
Dan satu senario menarik yang akak dapat tengok sewaktu berada di restoren ni. Akak dikelilingi oleh orang yang sedang asyik melayan benda ni...
Akak takleh bayangkan kalau orang dah ketagih dengan benda ni dan bawak dia bersama2 ke mana jua. Macam kelakar kot. Sambil2 shopping pun dok layan shisha ni. Bak kata F bukan nama sebenar. Boleh je nak bawak letak dalam backpack. Bila nak hisap tarik keluar salur dia je Adoilah..hahahahaha. Kelakar dek memang kelakar!!!!
Labels: entertainment, family, menu, personal Bila angin datang lagi!
May 3, 2012 | Thursday, May 03, 2012 | 0 comments
Angin bukan sebarang angin, bukan angin kus2 mahupun angin sendawa..apatah lagi angin dari perut..heheBiasalah bila semangat nak berblog ni datang mulalah gatal dok godek sana dok godek sini..tukar sana tukar sini, cat sana dan cat sini..barulah semangat nak balik rumah baru kan..;) Kali ni dengan konsep lebih simple dan santai..yang penting nampak kemas dan teratur..baru selesa mata memandang..tapi mcm biasa jugaklah bila start je godek2 macamni kepala pun mulalah nyut2 berdenyut..elok2 dah senang kopipes je kod masukkan template sendiri yang gatai nak ubah segala bagai sape suruh kan?..sendiri carik pening lah kan..hurmm..takpelah janji puas hati!.. Cuaca panas tiba2 mendung dan gelap tapi tak hujan pun..mendung tak bererti hujan..tapi jadilah daripada panas tak hujan2..ye tak? Bila mendung perut mesti lapar..masalah betul lah kan..bila lapar mulalah teringat macam2..terus teringat pada blondies..festaim makan kat rumah kawan akak..sedaaap sgt..so angin nak buat cookies macam datang pulak sekarang ni.. Pernah dengar blondies? rasa sangat marveles..kalah famous amos..seryesss!..tapi akak tak tau resepi..nak tanya akak kan pemalu..ahakssss..ahakssssss..ttdma..;p Tapi takpe, akak akan berusaha bersungguh2 untuk mencarik resepi blondies ni..ada jugak search kat incik gugel..meh tengok macammana rupa blondies ni..:) Tergoda tak uols?? sedaaapnya..bila nak try buat ni? ke sesiapa yang pandai buat tu meh buatkan akak meh.....ngeeeee..;p sebut betul2!! lasagna.....;-)
Jul 6, 2010 | Tuesday, July 06, 2010 | 7 comments
Jumaat lepas, blk je sekolah, tetiba haziq trus dtg meleseh2 kat akak. Dh lama dia tak buat peel manja2 ni dgn akak. Maklumlah dh bujang, tak macho lah kan klau nk gesel2 dgn mak lagi kan..;p "Bu..." "Nape.." "Bu.." "Nape???" "Mlm ni buatlah lasagna bu" "Ehh kan ibu kata nk buat ming dpn" "Alaaaa, buatlah mlm ni bu" "Laaa, minggu dpn je lah..mana ibu ada ckp nk buat hrni?" (syiok sakat anak nih) "Alaaaaaaaa..buuuuuuuuu..buatlah buuuuuuuuuuuuu..(smbil meleseh2 kat sebelah) "Takdelah!..ibu takde ckp pun nk buat mlm ni (peh! feeling jd ibu tiri kejam) Dgn wajah sedih terus bgn dan berlalu naik ke atas dan masuk bilik utk mandi smbil buat muka merajuk. Ibu dia punya mendengki, nmpak pun buat2 bodo je. Mcm kejam giler lah kan. Mcm aku kata tak tu taklah!! tak reti bahasa ke apa??? hahahaha..kalah mak tiri dh nih!! Dgn selamber akak naik atas gak mandi2 solat, pakai baju. Akak pun jengah haziq jap dlm blk. Dia masih bonyok lagi smbil pakai baju.. Akak dh senyum2 sndiri je. Turun bawah tgk mr MJ pun dh muka serba salah je. Mcm nk ckp ke tak nak ni? Kang ckp takut lak bini sentap. Tak ckp sian kat anak. hahaha. tiba2 bini dia mcm gila kejam! sesekali berlakon best gak...;p Akak pun dgn buat muka poyo terus je ke dapo bukak peti sejuk, smbil ckp kat mr MJ.. "Tbg (eceh)..tolong kluarkan oven dari blk belkg?? (hahaha, oven akak disorok ye) "Haa ok2..tu laa..sian kat haziq..dia beria nk mkn tu.." lelaju je mr MJ masuk blk belakang pi amik oven kluarkan..hehehe Relaxlah kan, ibu mana yg sanggup nk menolak permintaan anaknya, lagi2 bab makan ni kan. Biar ibu tak makan takpe, janji dpt beri sesuap nasi pada anak. Tetiba feeling ibu mithali. ekekeke.. Ok2, lupakan cite2 mengarut kat atas tu. So, akak pun terpaksalah menambah kalori lagi melayan tekak haziq yg mengalahkan org mngidam nk lasagna tu. Memang dh lama dh haziq request kat akak ni. Cuma tu laa dia. Takleh tahan dgn cheese tuhhh. Mau tambah loyot pipi hakak klau dok layan cheese jer. huk3!! Tekak kemain omputeh lagi! nak sebut lasagna pun blum tentu pass lagi nih. hahaha.. lantaklah kan. Janji lasagna tu mmg sedap. Akak je malas nk melayan tekak sgt. Kalori tuh..kalori!! So jgn salahkan akak, klau akak tak boleh nk diet okieh. Persekitaran akak yg tak mengizinkan sbnrnya..;p Jd sup sap sup, bunyik mcm kemain laju je nk buat lasagna ni. Jeng2..siap dah boleh masuk oven..;-) ![]() Dan hasilnyaaa selepas 15 ke 20 minit....;-) ![]() Haziq makan dgn jayanya. Sgt berpuas hati. Mmg byk jgk dia makan. Dan akak bila tgk anak kenyang mkn, otometik tetiba perut pun rasa kenyang...tp dlm kenyang2 tu sempat gak belasah sepotong yer. muahahahaha....;p Akak suka sgt seafood lasagna pizza hut tu. agak2 sapelah ada resepi dia ye? meh ler kongsi2 kat akak. nyam3.....mari melayan tekak!! Labels: menu CutiDotMasakDotMakan
Dec 1, 2009 | Tuesday, December 01, 2009 | 12 comments
Alamak dh pkul 10 lebe rupanya nih..ekceli nk sidai kain ni..tp sempat gak lagi dok curik2 tulang dan masa menghapdet blog nih..;p..pas sidai kain akak nk nak masak..kerana di kala cuti adalah = masak2 = makan2 = bertambah leborlah vontot (opss!! ter18sx fulok) hakak nmpak gayernyer..huhu..Hrni nk masak menu feveret haziq lagi..lagi2 haziq..hehehe..feveret haziq yg ni adalah feveret akak juger..dulu akak suka dgn spaghetti bolognese tuh..tp smenjak dah reti buat carbonara ni..mmg klau teragak nk feeling western jer akak akan masak carbonara nilah..plus ada gak beli mutton slice semlm..sgt sedap utk dibuat ala2 lamb cop tuh..kolestrol2..huhuh.. Rasanya dlm entry lepas ada dah dok tayang2 gbr carbonara nih..tp dulu2 akak tayang carbonara dh siap kan..akak x share pulak sikret resepi akak ni..ekekeke..sikret lah sgt kan..oklah..hrni mood akak adalah platinum..hahaha..so akak nak share lah resepi yg sgt mudah semudah a,b, c..ahaks..;p Haaa..tgk gbr pun dah boleh merasakan kesenangannya kan..ekekeke..carbonara akak ni korang xyah susah2 dan pening dah pi beli frsh milk lah, yogurtlah butter lah, cheese lah..sbb sume pun dah ada dlm tin kaler kuning tuh..terdpt di mana2 pasaraya besar dan sederhana besar seluruh msia..hahaha..ada yg senang watpe jadikan susah ye dak??..sblum guna tin kuning tuh..akak dok guna alfredo leggos dlm botol kaca tuh..rasa dia ok tp lebih masam dan xde cheese..jadi klau guna yg tuh sape2 penggemar cheese mcm akak ni kenalah letak cheese sndiri juger..dan biasanya juger akak guna fettucine spaghetti..tp semlm xde pulak stok kat giant..tension betul..akak suka sgt fettucine tuh..tp sbnrnya apa jnis pasata dan spaghetti ponn sama je rasanya..tetiba tringat pasta yg mcm rupa tiub basikal..ekekeke.. Cara2 membuat : mula2 tumis bawang besar yg telah didadu..sbb menu omputih lagi elok klau guna olive oil..klau xde pun xpe..jgn korang guna mnyak gamat jer udah ler..pastu korang masukkan isi ayam yg telah didadu..tumis shingga daging ayam tu empuk dan masukkan udang shingga masak..pastu masukkan sos prego tuh td ke dlm koli..tambah sedikit air..ni ikutlah masing2..klau suka pekat2 sikit jer air..klau suka cair2 buh ler lebe skit..ikut suka lah yer..lpastu masukkan pulak button mushrom yg dah di hiris nipis..biarkan sume masak shingga mendidih..rasa dan buhlah garam dan gula secukop rasa..tp sape2 yg gila cheese tu..nak kan lebe rasa cheese boleh jer tabur cheese lagi dlm tuh..amacam senang kan resepi akak ni??? Opppss!!..jgn pulak lupa spaghetti tuh direbus lah dulu yer..apa jnis spaghetti atau pasta yg korang nk guna boleh jer..cuma akak blum pernah pulak try guna mee kuning, kueh tiaw atau bihun..ekekeke..klau rasa nk try silakan lah..:p Haa ok lah..sekian sahaja..letak spaghetti dlm pinggan tuang kuah dah hidang dan apa lagi???..baca bismillah dan makaaaaaaaaaaaaan..hehehe..akhir kata dari akak yg jauh di mata tp dekat di hati nih..selamat mencuba..dan selamat makan2....;p Labels: menu Makan apa tu?
Nov 5, 2009 | Thursday, November 05, 2009 | 10 comments
Jam menunjukkan pukul 10.00 pagi..kedengaran bunyi rintikan hujan dari luar..suasana sepi menyelubungi kalbu..aku sendirian hnya ditemani oleh buku nota berteknologi modern (notebooklah kan)...woo..wooo..udah2 ni bukan novel ke cerpen ke..bukan jgk buku2 cerita penyiasatan dan misteri spt misteri jam berbisik..hehehe..tp dulu2 suka woo baca cerita2 mcmtu..Ceria di pagi hari..senyum seindah suria..malangnya hrni kat tpt akak x nmpak lagi bayang suria..sbb hari adalah hujan..biasalah dh masuk blk nov ni..haziq dah 2 hari xde kat umah..pi camping..hmm cmnelah yer nk camping musim hujan ni??..sian dia..huhu.. Okieh akak nk cite pasal sejenis mknanan ni..sblum tu nak kasi tgk gbr dulu..mlm td akak dgn hubby tinggal bedua..ehem..ehem..dah 2 mlm tau..dah lah musim hujan..sejuk2 jer pulak..hua..hua..heppp2..haaa..dah konar lah tu..dah klau hujan dan sejuk..bukan ke sedap tarik selimut..hehe..tarik selimut tido ye..ahaks..;p menu mlm td..kueh tiaw goreng..Laaa kalau kueh tiaw goreng ni sume pun tau..xyah cite pnjg lah kan..biasa sgt dah makanan ni..xpe2 ni tgk lagi satu gbr ni... boleh di makan begitu saja!!!..ekekeke..Haaaa pernah nmpak x?? sape tau apa benda tu??..teka jgn x teka..ngeri ke tgk ruper dia??..cer tgk bhgian kepala tu?? gigi siap taring2 pun nmpak..huhu..tu sbnrnya ikan kering a.k.a ikan masin..tp rasa dia x berapa masin..akak sndiri x tau apa nama ikan masin ni..akak pun br jer belajar mkn..tp ikan ni mgkin femes gaklah kat area bt pht..hubby akak lah suh beli..dia kata sedap..boleh dimakan begitu saja!!..bkn roti gadinia je tau..hehe..mlm td kita org kemaruk nk mkn kopok..stok kopok pun sudah ilek..jadi????..ikan kering buat kopok..goreng ponn sodaaaap.. p/s - harap maaf kualiti gbr yg kurang memuaskan..di snap dgn menggunakan kamera henfon yg dh mcm nk mntak baru jer tuh......;p.. Labels: menu Lama jugak tak buat ni!!
Jul 6, 2009 | Monday, July 06, 2009 | 9 comments
best jgk wknd2 lepaKing kat umah jer nih..di samping beristirehat bersama sekeluarga..mengemas bersama..bergotong royong mengemas rumah..seronok apa..selalu aku sowang2 je jadi bibik kan..jadi sesekali apa salahnya bebanan tugas dikongsi bersama..ahaks..dan bila segalanya dilakukan bersama maka makan juga adalah bersama kan..itteww sudah mesti..pikir punya pikir semlm yakni ahad..kami sekeluarga bersepakat tamau mkn nasi..hehe..pikir punya pikir apa yg nak di mkn..dan setelah habis pikir..hubby akak ni tringat pulak kat pie akak yg dah lama betul akak x buat..ecececeh..pie akak konon!!..ekekeke..pie akak buat lah yer..bukan pie ciptaan akak..hehe..sape tau akak pndai buat pie apa??..cepat jwb..sape betul akak banje tgk gbr pie..ekekeke..ye betul!!..satu2nya pie yg akak suka buat dan pandai buat serta of kozlah suka mkn iaitu.....shephard's pie..hoho..pie ini sgt mudah dibuat dan sungguh enak rasanya..ini bukan pie yg manis2 tu yer..pie ini berlauk..tu yg besh tu..nyam..nyam..apa lagi??..silalah try..nak resipi??..hmm search je kat gugel search tu shepard's pie..kuorlah mcm2 resepi..ekekeke..buleh gitu???..oklah tamau cite pjg..layanilah mata anda dgn pie akak yer!!..hehe.. Labels: menu Puding raja
Jul 1, 2009 | Wednesday, July 01, 2009 | 20 comments
uihh apasal lak tetiba aku tringat kat puding raja ni??..sedappppnya..puding raja ni diperkenalkan oleh kwn aku..dah lama dah dulu..festaim mkn terus jatuh cinta..dari tekak turun ke perut..ekekeke..masa tu aku x tau pun nama puding tu apa..aku cam pelik lah sbb dlm kuah dia ada gajus, buah prune, pisang sume..masa tu aku x tau pun mende alah tu puding rupanya..yelah kan..biasa puding ni adalah kot rupa mcm jelly ke kan..ni ada kuah dgn isi2 dlm kuah je..aku x kisahlah apa bendanya..janji sedap..kubedal je..ngeh..ngeh..Kali kedua aku jumpa puding raja ni masa majlis kahwin kat pahang..ank buah kwn aku ni mmg ada keturunan sultan pahang..masa tu sultan pahang dgn raja muda siap dtg lagi..kat situlah dia punya puding raja..mmg real punya puding raja..puding raja pun mmg terkenal kat pahang kan..aku rasa mcm x cukop2 nk mkn..sedaaaaaaaap giler..adoyai..rasa mcm nk meleleh2 air liur aku ni haaaa..habis tumpah2 kat baju dah ni..wakakaka..harus nk kene try buat ni..kene lak carik pisang dulu..pisang lemak manis lak tu..payah nk carik pisang tu..ke ada sape2 yg bermurah hati nak buatkan utk akak ni??...haaaaaa......ekekekeke.... Labels: menu Berger ke ni???
Apr 16, 2009 | Thursday, April 16, 2009 | 22 comments
hohoho..dah lama akak x tayang makanan dlm blog kan..sangat jeles tgk org lain dok tayang mknan yg lazat2..hehehe..ala tp ni bknnya spesel mana pun..menu adalah ciptaan sendiri..bila melayan tekak yg sengal ni..mcm2 menu boleh tercipta..hishhh mcmanalah nk diet ni??..semenjak akak aktif memblogging nih..berat badan naik taw..uwaaaaaaa..tensen nih..cmne??..tulun bang brahim!!..tulun!!..wakakakak.. tensen hakak makan..bosan makan..hepi makan..sedey pun makan..kesunyian dan kesepian pun akak makan..ekekeke..sape yg harus dipersalahkan dlm hal sebegini??..lu pikirlah sndiri..muahahahah.. p/s - sape tau kat berger kfc tu dia letak mayonis apa agknya ehh??..x masam mcm mayonis biasa tuh kan..akak suka lah..:D Labels: menu Shake it bebeh!!!!!
Mar 30, 2009 | Monday, March 30, 2009 | 19 comments
Shake, Shake, Shake, Shake, uh shake it Shake, Shake, Shake, Shake, uh shake it Shake, Shake, Shake, Shake, uh shake it Shake, Shake, Shake, Shake, uh shake it Shake, Shake, Shake, Shake, uh shake it Shake, Shake, Shake, Shake, uh shake it Shake, Shake, Shake, Shake, uh shake it Shake, Shake, Shake, Shake, uh shake it Shake, Shake, Shake, Shake, uh shake it Shake, Shake, Shake, Shake, uh shake it Labels: menu Sape pernah mkn???
| Monday, March 30, 2009 | 17 comments
menu utk bekfas akak pagi ni ialah roti gadinia dicicah dgn sup kaki ayam..hahahah..sape prnh mkn roti cicah sup mcm akak buat ni????..ke pelik dan baru festaim dgr ni??..ekekeke..ekceli akak belajar mkn roti cecah sup pun bila akak dah kawen dan dah pindah ke johor nih..seblum tu mmg x prnh mkn dan x prnh tau roti boleh di mkn bersama sup..mula2 mmg pelik sungguh akak tgk bila org hidangkan sup ayam dgn roti keping2..huhu..nk tgk cmne rupa dia??? akak ni pulak jnis yg suka mencuba..jadi dlm kepelikan itteww akak pun cubalah mkn..wahh!!!..not bad lah rasa..akak soka!!..bulehlah tekak akak terima menu baru tuh dgn selera yg terbuka..dan smenjak tuh..akak klau masak sup akak akan beli roti..klau rasa xnak mkn berat2..akak akan mkn roti bersama sup..akak pun kenyang dah nih..4 keping akak bedal ko!!.. Labels: menu jom sarapan!!
Mar 25, 2009 | Wednesday, March 25, 2009 | 23 comments
Pagi semua!!..hidangkan pagi anda dengan sarapan..ekekeke..dh sarap ke?..ni akak baru je pas goreng2 utk bersarap ni..kdg2 smpai x tau nk sarap apa..aku jnis x suka masuk mknan berat2 utk sarapan pagi mcm nasi lemak ke, mee goreng ke..tp klau ada org belanja ok je..hahahaha..jadi pagi ini akak telah menyajikan dim sum goreng utk diri sndiri..ye dim sum goreng??..ramai yg x tau ke?? atau ramai yg pelik??..kenapakah dim sum itteww digoreng dan bkn dikukus??..ekekekek..xde apa deh..saja ikut selera tekak..![]() ni adalah dim sum resepi asal yg boleh didapati di hotel2 dan di restoren2 pilihan..yg pntg sblum order pastikan kita pi restoren halal sbb dim sum ni x salah ada yg x halal..huhu..yelah x halal sbb inti dlm dia kan..rasa dim sum mmg yummy lah..sape x prnh rasa leh lah bygkan mcm rasa chicken ball ke, prawn ball ke..dim sum ni sedap klau di kukus..tp ada jgk resepi yg digoreng..tp dua2 pon sodaaap...aiman x kesah!!!!..ekekeke.. utk itu..di pagi yg dah x brape hening ini..teringat daku pada dim sum yg sungguh yummy itteww..ahaks..maka dgn sepantas dan selaju semut akak terus je menuju ke dapo dan menyediakan sesuatu utk melayan keinginan memakan dim sum..dan hasilnya??? sila percaya gbr di atas adalah juger dim sum wpun lain benau rupanya dgn dim sum sbnr..hahahaha..ni adalah dim sum segera yg akak beli di giant dan telah dgn selambernya akak goreng dia sehingga sungguh keemasan..jadik lah dek non dpd xde..huhuhu.. p/s - zaza cayunk..sila lihat dgn teliti gbr dim sum ni yer..ekekekek... Labels: menu sarapan di mana??
Jan 19, 2009 | Monday, January 19, 2009 | 14 comments
Isnin, 12:40pm - sarapan di mana??..sarapan di rumah!!..sempotttt!!..ekekeke..apasal hrni aku boring??..rasa cam lemau je hrni..selalu lpas sarap dan mnum kofi 3 in 1 nih aku akan bertenaga dan bersemangat..ni x pun..:(..cam malas je..senang cite..huhuhu..x soka lah rasa mcmni nih..berat tul aku punya 'tuttttt' ni haaa..sengalnya haku!!.. hmm rasa cam dh bape kali berturut entry aku ni pasal mkn kan..huhuhu..sowilah yer..dh tentu aku nih..bila boring aku makan!!..wakakak..dh mkn pon boring jgk..cmne nih??..sape leh tolong??..ehh,, aku cam baru tringatlah..dulukan aku ni adalah hanget2 taik ayam jait manik kat baju aku taw..erkk dh siap ke lom ehh??..mcm blom je kot..(padahal mmg tau pon lom siap)..adehh..mmg hanget tul lah..oklah bek aku pi sambung jait manik kat baju...ghase cam tnggal skit jer nk siap..permisi duluk ya!!..daaaaaa... ghoti telor jer..hiks!
Labels: menu lagi2 carbonara..
Jan 18, 2009 | Sunday, January 18, 2009 | 12 comments
Ahad, 2:49pm - burbbb!!..alhamdulillah..kenyang perutku sudah..hehe..syukran2 atas rezki dan kenikmatan yg diberikan olehNya..disbbkab wknd ni aku x ke mana2 jgk..huhuhu..boring dah tiap2 minggu dok umah je nih..semlm adalah hari persekolahan okey..sek berganti utk cuti tambahan chinese new year nanti..so sbbtu x plan pi memana ponn..haziq this year tahun utk dia menduduki peperiksaan upsr..jadi mmg agak kebizian bagi dia..homework standard lah kan..mmg byk..mana nk study mana2 yg patut lagi..huhu..shian gak kdg2 tgk haziq nih..nk main2 pun kdg2 x smpat..ni baru awal tahun..esok2 dah dkat nk exam lagilah bznya kan..xpelahah kan..tiada kejayaan tanpa usaha dan pengorbanan..just try ur best yer haziq cayunk..:) ok2..ni td nak cite pasal mkn lagi nih sbnrnya..jauh lak aku melencong..klau dh start membebel tu kang mmg payahlah nk benti..huhu..nipun atas permintaan haziq juga (alasan jer nih..yg lebehnya haku yg dh tringin) di hari2 cuti begini..demimu anakku!!..ahaks..kupersembahkan khas utkmu..terimalah...... kuah.. plus sphagetti fettucine.. equals to spt gbr di atas..:D..(ada yg pnggil carbonara, alfredo lah..hmm ekceli sume ponn bkn kot..sbb resepi adalah ciptaan sendiri ikut selera anak tekak aku jer yer..)uwaaaaa...cmnelah mak nak diet nih???..x dayo dah mak..mmg sah spinggan big dinner plate hokay!!..kat kedai x dapek byk nih yer..spinggan kecek korang2 ponn rm12++..wpun dlm gmbr tu x ler nmpak byk sgt ponn..tp sbnrnya mmg byk spinggan tuh..huhuh..bln dpn lah continue diet..ahaks..yelah tu bln dpn..tiap2 bln ni adalah slh satu resepi wajib buat okeh!!..abeh tu cmne??..x dapek lah den nk nolong diri sndiri dah haa!!..huhuh..jadi meh jer lah kita tgk betapa berseleranya dak muchuk haziq ibu nih.... hmm lama gak haziq x tayang muka dlm blog ibu ni kan..;)
Labels: menu jom sejukkan tekak!
Jan 17, 2009 | Saturday, January 17, 2009 | 8 comments
Sabtu, 6:37pm - harini cuaca di segamat sungguh panas..lagi2 ptg nih..ni matahari masih memancarkan sinarnya..angin pun kuat..mcm rasa kat tepi pantai pun ader ni..walhal xde maknyanya pantai kat segamat nih..jauh sgt nak carik pantai..sungai byklah..hehehe..maka di ptg yg panas ini..tekak pun mulalah kekeringan..bila kekeringan maka alangkah sedap dan sejuknya klau dpt pekena mendaalah nih... perghh!!..aiskrim coklat dilimpahi hershey's syrup choc flavour (ehh cam x brape mlimpah lak kan..heheh) ada sape tringin dan kepingin??..sila2 jgn malu jgn segan..silalah jamu mata jelah ye kwn2..ahaks..ish..ish..ish..x baik tau eja nih..huhuhu..tp mmg saja nk tayang pun..kasik leleh skit air lior..keh..keh..keh..jgn marah yer..gurau di ptg sabtu..;)
Labels: menu eya punya pasal lah ni..
Jan 14, 2009 | Wednesday, January 14, 2009 | 25 comments
Rabu, 7:14am - heheh..title entry sungguh menggemparkan..ada apa dgn eya????..xpe jom tgk apa yg eya udah buat sama akak nih.... begedil hasil dari keterliuran akibat melihat entry dak eya.. eya punya pasal lah nih, maka akak begitu teruja semlm utk mencoba buat kali pertamanya..diulangi..buat kali pertamanya membuat begedil nih..dan begedil ini juga adalah hasil resepi istimewa eya..hakak mmg siap tnya resepi dia dulu sblum buat..dan semlm akak pun menjalankan ujikaji dan percobaan dan hasilnya..sgt memuaskan..sungguh maveles rasanya..eya pun bgtau dia pun baru 1st time wat begedil ni dan terus jadi..tu yg menguatkan keyakinan aku utk mencoba tuh..gumbira sungguh hatiku..:D..hmm xkan lah wat begedil jekan..mana lawannya??? haha..jgn terkonpius..dgn sukahatinya aku menjudukan begedil dgn sup tulang yer..hehehe..x buat soto sbb mcm dh selalu sgt mkn soto (beli jer)..jadi smlm buat sup tulang dan mkn bersama begedill ittewww..sungguh enak sehingga menjilat sudu!!..jadi apa lagi??..meh sama2 mencobak resepi eya ni..mmg sedap..mau saksikan lagi..kita jamu mata!!! sepatutnya post entry ni semlm..tp dek krn semlm ada hal2 yg mendtg..maka tertangguh ke hari nih..tp xpe apapun selamat mencoba dan selamat menjamu selera!!..hehehehe.. di sini utk resepi..
Labels: menu bila bosan aku makan....
Jan 7, 2009 | Wednesday, January 07, 2009 | 22 comments
Rabu, 11:42am - terimalah sajak *od*h dariku....![]() Bila bosan aku makan, Pagi2 udah sarapan, Sarapan pulak x cukup spinggan, Bila byk mkn badan aku tembam, Aku bising pinggang aku kembang, Anak aku kata barulah ibu padan!!, Sape suruh asyik makan??, Aku pun mula perasan, Mulalah aku diet sakan, Bila turun sikit berat badan, Aku mula hilang pedoman, Lagi2 bila nampak sambal belacan, Aku belasah berpinggan-pinggan, Laki aku mula memberi pesan, Aku kurangkan setengah pinggan, Anak aku senyum sendirian, Kerana dia tau ibu x cukup tahan, Lagi2 bila bosan bersendirian, Apa lagi asyiklah makaaaaaaaan............. jadi moral of the storynya, aku dh x boleh nk kurangkan berat badan ok!!!..uwaaaaaa.. p/s - nukilan diilhamkan pun semasa makan.. Labels: menu 'carbonara' rupanya...
Dec 3, 2008 | Wednesday, December 03, 2008 | 14 comments
Rabu, 9:22am - hakak buat projek menambah kalori lagi smlm..hehehe..tp x smpat lak nk post entry nih semlm..jadi akak post pagi nilah ehh..ni alkisah 'carbonara'..hmm..aku sbnrnya dulu x tau pun nama spaghetti ni carbonara..huhuhu..aku prnhlah mkn kat concorde masa tuh..rasa dia mmg best lah kan..aku pun belek2 dan blk umah aku pun belasah je resepi ikut sesedap hati dan napsu tekak aku..ekekeke..spaghetti aku nih mmg xde ikut mana2 resepi..mmg semata ku balun ikut naluri hatiku berkata sndiri..tp bolehlah kot rasanya..smpai kwn aku ni bila dgr je aku masak carbonara nih dia smpai tnya.."agaaaaaaaaaaaaaain???"..hehehe..sbb dia mmg suka giler dgn carbonara nih..tp carbonara original recipe lah kot..carbonara aku ni dia lom rasa lagi..haaaa yg udah rasa adalah....'kakak'..hehehe..biasalahkan..kezen ku yg masih jelita itu jugalah.. haaa kezen aku ni jgklah yg telah dok story2 kat kwn dia..shinggakan kwn dia beria mntak recipe kat aku nih..satu hari nih kakak bgtatu lah..'kak eja, miss 'J' (bukan nama sbnr jgk..) nk add kak eja nk tnya resepi"..lebih krang mcmtulah dialog perbualan..tp telah kuubahsuai ikut kesedapan jari menaip dan sbnrnya sbb aku dh terlupa dialog mcmana yg ditaipkan masa tuh..huhuhu..oklah aku pun aprroved n miss 'J' ni pun tnyalah aku mcmana nk masak carbonara..haaaa??!!! carbonara????..huhuhu..apa menatang tuh?? hakak x prnh dgr ponn...udah panic nih..apa yg 'kakak' dah crite pada miss 'J' nih?? bila pulak aku ada mkn atau masak 'carbonara' nih utk 'kakak'??..mcm2 lah yg bermain dlm pale otak aku nih masa tuh..yg aku terus tringat..maybe 'kakak' ni salah org nih..msti owg lain yg pndai wat carbonara nih..tp dia ingat aku..huhuhu.. so aku pon pi lah tnya 'kakak' blk.."kakak, kak eja mana tau masak carbonara?"..pastu kakak pun jwblah.."laaaa, yg kak eja masak masa kakak dtg umah tu.."..haaa??? huhuhu..aku semakin panik..seraya berkata, "kak eja kan masak spaghetti alfredo cream n cheese jer masa tuh"..lalu kakak pon menjawab dgn cool sekali.."haaaa..tulah dia carbonara"...laaaa yeke??? nape x ckp siang2??..huhuhu malu gaklah hakak kan..tp akak menten jelita masa tuh..cover sgl panic sume..hehehe..mmg aku x prnh tau ponn nama spaghetti tuh carbonara..aku pnggil spaghetti aku tuh alfredo cream n cheese..ghupanya nama dia 'carbonara'..ish..ish..ish..sbb 'carbonara' tu aku rasa mcm x bape nk sinonim jer dgn spaghetti..dia mcm sesuai dgn kek ker, pai ker..wakakak..ni ikut rasa perasaan aku jelah kan..jadi tulah citenya alkisah 'carbonara' aku..sape yg x prnh tau jgk apa itu carbonara meh layan mata.. p/s - segala dialog perbualan kemungkinan besar tidak benar2 sama spt ketika dialog itu dilakukan..krn keterlupaan aku yg melampau tp jln cerita tu tetap sama..maka dialog itewww telah hakak ubahsuai lah ehh..hehehe.. Labels: menu |