|
Kalau tak dpt hadiah hari ibu korang merajuk tak?
May 10, 2010 | Monday, May 10, 2010 | 2 comments
Tp serius akak tnya ni. soalan cepumas utk ibu2 dan bakal ibu. sbb ada yg smpai muncung2 taw, sbb ank n hubby tak wish or beli kek ke bagi hadiah ke. ermm merajuk ni best kan? bestlah klau ada yg pujuk kot...;p Ok sblum akak berceloteh pnjg, akak nk wish selamat hari ibu kepada ibu2 sekelian. wpun hari ibu semlm kan, tp blum terlambat sgt nk ucap happy mother's day ni rasanya. kerana bg akak hari2 pun hari ibu. ngeee. suka2 je nk rasa mcmtu. buleh je kan??....:p Menjawab kpd soalan yg akak tnya tu. sndiri tnya sendiri jwb. ok pe!!. ekekeke. ermm, bagi akak lah kan, hadiah ke ucapan ke, kek ke apa2 jelah yg berupa sambutan bersempena utk hari2 istimewa tertentu, bohonglah klau kita x gembira klau kita ni diraikan dan dihargai. sape2 pun mesti mmpunyai perasaan yg sama. tp takdelah smpai merajuk klau tak dpt hadiah tuk hr ibu tu. tp dulu2 masa baru kawen ada gak merajuk sbb x dpt adiah besdey. hahahaha. tu dulu okey, blum matang! hahahah. Cuma bila akak dh mula matang dan matured sikit. bukan tua ye. muahahahaha. akak mula lebih rasional dlm menghayati ucapan atau penghargaan yg berbentuk material dari pasangan ataupun anak2. Klau hubby x wish atau x bagi present, anak2 x ingat hari ibu atau x raikan utk kita. akak pasti bukan sbb hubby x cinta atau ank2 tak sayang kita. mgkin kdg2 dorang ni amik mudah ler kot. org lelaki x mcm kita org prempuan. sbbtu dorang pun tak merajuk klau kita pulak x ingat nk wish atau belikan apa2 pada besdey atau hari bapa utk dorang kan..;-) Yang penting, apa yg ada dlm hati. setia kasih sayang ikatan cinta dan kekeluargaan kan bukan bergantung semata2 pada hadiah atau pemberian kan. akak tringat kat mak2 zaman dulu2. manalah ada hari2 ibu ni kan. sambutan harijadi pun rasanya jauh sekali. tp tgk family dorang rukun bahagia jgk. ikatan kasih sayang suami isteri jugak alhamdulillah berkekalan smpai berpuluh2 tahun dan smpai ke hujung nyawa. Cuma zaman skrg dh berubah, mcm2 hari sambutan dh wujud demi menunjukkan penghargaan pada org tersayang. kot manalah tau kejap lagi ada hari isteri ke, hari suami ke, hari anak2 ke pulak kan...;p ermm makin ramailah yg muncung dan merajuk bila hari2 tersebut tak diraikan sebaiknya oleh pasangan dan ahli kluarga kot. hehehehe.. Bagi akak apa yg pntg sbnrya ikatan kasih sayang dlm hati tu lah kan. klau ada diraikan tu kita anggap jelah tu sbg satu bonus. yg pntg tak perlulah kot smpai nk merajuk2..;-) Utk hari ibu kali ni, akak dh cukup gembira kerana menerima ucapan dari ibu dari anak tersayang pada pukul 12.08 mlm semlm. hehehe. awal giler lah konon tu kan. takde hadiah pun. tp akak tau dia selalu sebut pasal hari ibu tu. takpe haziq, ibu taknak hadiah2 berupa material tu nak. klau nak hadiahkan ibu, cukuplah sekadar hadiahkan ibu doa, hadiahkan ibu kejayaan cemerlang dlm pelajaran dan kehidupanmu, hadiahkan ibu dgn menjadi ank yg solleh, hadiahkan ibu dgn ingatan, kasih sayang haziq yg tulus ikhlas berkekalan utk selamanya..ohh tetiba akak touching! Errm cuma akak tringat time haziq kecik2 dulu. ada sekali tu dia paksa ayah dia kot tuk belikan akak coklat ferrerro rocher tu. pastu konon2 sepraislah dia kasi kat akak. coklat tu mmg feveret dia dan akak. of koz lah kita hepi sgt2 bila ank ingat kita kan. dan sbb ingatan dia tu lebih bernilai dari apa yg dia beri tu. coklat tu kesemuanya akak kasi dia yg mkn blk. dan dia pun makan pulak tu. hahahaha. maklumlah masa tu dia kecik lagi. dah kita kasi dia pun makan lah kan. cuma setiap kali dia nk makan mesti dia ckp. ibu makanlah, haziq dh taknak. tp akak ckp takpe haziq makanlah. ibu tak suka coklat tu........... Haziq, kalau ada baca blog ibu nih. sok2 dah besar klau ada nk kasi seprais lagi kat ibu. takyahlah kasi2 cokelat ke ye. ibu tak kisah. lagipun coklat2 ni menggemukkan. ermmm, tp klau nk kasi jgk, kasiklah smart phone ke pda ke, kasi kereta pun ok gak. hahahaha. poyo punya mak! td kemain siap mntak doa je, tetiba lain pulak ye. hehehehe.. lalalalalalala...... Dan buat emak tersayang. selamat hari ibu. segala jasamu amat ku kenang. semoga sentiasa sihat dan bahagia. wpun kita jauh di mata tetapi sentiasa dekat dihati....i luv u mak!! Labels: family |