|
Saya puas hati!!!
May 14, 2010 | Friday, May 14, 2010 | 10 comments
Rata2 sejak semlm dlm fb ke, dlm blog ke masing2 hangat memperkatakan cerita di slot akasia tv3, adamaya. alhamdulillah semlm merupakan episod terakhir dah. takdelah masing2 sibuk rebut tv lagi. sibuk nk balik cepat lg....;p Sbrnya cerita adamaya ni akak x mengikuti masa awal2 cerita dulu. serius masa awal2 dulu akak ada lah try tgk tp masa tu akak x dpt feel lagilah. akak siap ckp dgn haziq. ermm tak bestlah cite ni. skrip dia mcm skrip budak2. hamboi2!! mmg haku x sayang mulot!! hahahaha.. Akak mula mengikuti semula kisah adamaya ni bila masing2 dok heboh sana sini dlm fb. so akak pun sajalah tgk blk. nk tau gak apa sbb sume org mcm dh demam adamaya ni. ermmm..;-) Start akak tgk kali kedua tu, barulah akak dpt feel. cerita yg simple. tp mempunyai makna dan nilai yg mendalam ttg konflik jiwa, keobsesan cinta, kesetian tidak berbelah bagi, kasih sayang tanpa sempadan dsbgnya. Watak kegemaran akak adalah of koz adam, mika dan lisa. tp ada yg kata adam tu suami yg dayus, bila dia masih bersabar dan mendiamkan diri bila mengetahui isteri dia curang. pendapat masing2 lah kan. x taulah akak dlm kehidupan realiti ni ada ke suami yg berperwatakan mcm adam tu? Rata2 juga, ramai tak suka dani lah kan. kerana obses cinta dia kpd maya, smpai dia lupa pada takdir dan qada qadar ketentuan kehidupan dia. smpai lari dari tanggungjawab yg sepatutnya dia pikul. bagi akak cinta yg terlalu obses menyebabkan kita jadi lebih egois dan pentingkan diri sndiri. sehingga sanggup meruntuhkan kebahagian org lain. cinta sepatutnya sesuatu yg indah bukan sesuatu yg terpaksa buat org sekeliling kita berasa sakit dgn cinta kita itu.. Maya, ermmm, wpun ada yg kata maya x harus dipersalahkan kerana dia keliru. tp bg akak maya jugak sepatutnya harus terima sesuatu dululah sebagai pengajaran pada kesilapan dia tu. dia curang pada suami yg setia demi mempertahankan cinta pertama dia. smpai dia tak dpt membezakan yg mana cinta sejati dan kasih abadi. Amani, comel sgt2 okey. sukanya akak tgk budak amani tu. hehehe. anak sapa lah tu ye??? Ok, apapun kisah terhangat di pasaran buat masa ni telah pun berakhir semlm. rasa2nya ramai yg berpuas hati dgn happy ending crite tu. wpun sblum tu bermacam2 spekulasi ttg episod akhir crite tu yg akak dgr. ada yag kata adam mati lah, maya gila lah, dani kena tangkap polislah. hahahaha. mcm2 idea diaorg2 ni taw.. Akak juga berpuas hati dgn happy ending cerita ni. wpun ada sedikit rasa simpati pada dani kerana kesudahan cinta dia yg begitu sehingga menyebabkan dia jadi tak siuman. mmg kesianlah kan. uhuk!! Indahnya cinta, seindah kasih tercipta dari keikhlasan hati yg dirasa, menyintai dgn sepenuh jiwa, sejujur rasa, memberi cinta tidak seharusnya kembali menerima, itulah kenyataan cinta yg bermakna................ Labels: entertainment |