|
Entry meluah perasaan!
Jul 17, 2010 | Saturday, July 17, 2010 | 0 comments
Betul kata org, kita mmg tak dpt nk puaskan hati semua org. kita jugak sbg manusia kan ke mmg tak prnh puas dgn apa yang kita ada? kita juga ada masanya tak puas hati dgn org kan? semua tu dh jadi lumrah dlm kehidupan. yg pntg apa niat kita. apa matlamat kita dlm membina hubungan dan silaturrahim dgn seseorang kan? nk berbaik ke atau mmg suka nk bermusuh? Akak jarang meluah masalah, perasaan, kedukaan dlm blog. bagi akak kdg2 kesedihan yg akak rasa terlalu peribadi utk akak share pada pandangan umum. even dgn kwn2 pun akak jarang meluahkan. kecuali dgn org yg betul2 akak percaya je. meluah juga bukan untuk menuding jari utk nmpak salah org je. tp sekadar meluah utk meringankan apa yg akak rasa. Kenapa ye, hrni hati akak sedih lagi. akak sepatutnya kuat. bukan tak biasa melalui situasi yg mcmni. sepatutnya dh lali dgn apa yg berlaku. kdg2 rasa bodoh sgt sbb masih melayan hati memikir ttg perkara ni. sdgkan dia mgkin dh sgt bangga dpt buat akak mcmni. mmg niat di hati dia utk buat hidup akak tak senang. ntahlah... Masalah dgn mertua, adik ipar, abg ipar, akak ipar mgkin terdapat kat mana2. terjadi jua pada sesiapa. kecik atau besar masalah yg ditanggung apabila sdg ditanggung pasti terasa bebannya. Dlm hidup akak, sgt syukur akak ada ramai kwn. akak jnis senang bergaul dgn semua org. akak mudah mesra. mgkin itulah sikit kelebihan yg ada pada akak. Namun, tak prnh sangka akak ada masalah yg sgt besar dgn 'dia'. mmg sungguh tak faham. rasanya sejak akak kawin, tak pernah pun ada ruang berbaik dgn 'dia'. akak tak tau apa yg dia fikir dan rasa. apa yg akak nmpak, seolah dia tak boleh terima bila tgk akak 'selesa' bersama suami dan ank. Setiap dari kita pasti ada kekurangan diri. klau dia rasa akak byk kekurangan, prnh ke dia fikir pulak apa kekurangan diri dia? kalau akak boleh utk cuba terima dan fahami dia yg begitu, kenapa dia tak boleh terima apa adanya akak ni? kesombongan dan keangkuhan yg sering dia tunjukkan pada akak, seumpama dia manusia yg paling sempurna dlm hidup ni. hanya dia yg teraniaya. hanya akak yg buruk pada pandangan mata dia. apa yg akak dh buat pada dia?? maki hamun yg akak terima atas dendam kesumat yg tak prnh terurai setelah sekian lama seakan akak pernh menconteng arang kat muka dia.. Perasaan akak ni pulak mcmana? bila tgn dihulur utk bersalaman, salam disambut acuh tak acuh dgn muka masam mencuka. Ok! sebagai tanda protes. baiklah, kita tak payahlah bersalaman lagi. dia pun tak susah nk menyambut salam. tak perlu jgk nk penat tarik muka utk menyambut salam akak. tp itu dia jadikan modal pulak utk jaja pada org lain.. Bila ditanya, dia diam seribu bahasa, tp bila ada peluang dan ruang dia hentam akak smbil bersahaja. bukan sekali. mana dgn kata2 mana dgn tulisan? helo?? ingat akak ni tunggul ke? boleh telan diam mcmtu je. akak bukan heroin filem sedih indonesia ok!! Dia mgkin benci tgk akak. tp dia jgk benci bila tgk akak berbaik2 dgn org lain? mcmana tu?? habis tu nk suruh akak ni jadi mcmana? akak buka ruang utk berbaik. dia terlalu sombong dan ego utk menerima malah jadi bahan cerita yg hati dia sudah tertutup dgn apa yg akak dh buat pada dia?? ok! fine. kita pernah sekali dua bertelagah. akak prnh menunjukkan berang. tp tolonglah remind blk. ada akak jadi mcmtu tanpa sebab? sdg akak dan dia saling berbaik2 akak naik angin mcmtu? setelah berapa kali akak kena ok. berkali2....sabar akak jugak ada batasnya. dia boleh buat dan ckp apa saja pada akak. tp bila akak jwb? oooo dh jd salah besar yg tak boleh diampunkan pula. Akak masih prnh cuba utk mengalah. waktu dia nk menunaikan haji pun akak yg call minta maaf pada dia andai ada salah silap akak pada dia..takpelah akak ikhlas. mengalah bukan bererti kalah kan. tp mcm biasalalah dia senyap seribu bahasa. bukan patut dia ke yg dtg mntak maaf dgn akak? tak kisah lah. niat akak mmg ikhlas. Apa lagi daya akak dah? kini, salahkan akak. tuduh akak mcm2. pemalas, tak reti buat keje dan mcm2 lagilah. prnh ke akak menyusahkan hidup dia? prnh ke dia kena buat sesuatu utk akak ni? bila kebetulan terserempak kat rumah, ye mmg akak sedaya mgkin utk elak dari bertembung dgn dia. apa makna, klau ruang sesingkat itu dia gunakan utk buat muka dan silap2 menghamburkan kata2 yg tak sedap di dengar pada akak? akak ni apa?? bila sikit bnda yg kita buat dituduh pulak kita hanya nk menayang muka. bila x buat apa2, kita ni pemalas tak reti buat keje.. Meluah mcmni, tidak melegakan perasaan pun. cuma skrang2nya rasa ringan sikit apa yg ditanggung. mgkin ni dugaan yg terpaksa akak tempuhi. klau dia tu org lain, dh lama akak tak perlu nk sesakkan kepala utk fikir semua ni. ni nak taknak kena fikir, sbb nak taknak ada masanya akak terpaksa berhadapan dgn dia. Hrni, sepatunya ada kenduri kat umah mak mertua akak. awal dh maklumkan juga, klau kenduri tetap nk buat pada hari ni, kitaorg mmg tak dpt nk blk. mr MJ akak ada urusan di sekolah, haziq juga sekolah hari ni. ada juga cuba meminta ruang dan jasa baik dari yg lainnya utk buat kenduri pada esok hari. tp sapelah kami?? sape yg nk dgr permintaan yg kecil ni dpd kami? tanpa tau apa alasan kenapa kenduri tak dpt tunda pada esok hari. sedgkan ada jua dgr yg abg sulung jua ada byk urusan pada hari ni. tak tau boleh percaya pada siapa lagi..:( kdg2 akak jua terlalu simpati pada mr MJ. terus terang akak menilai dan menyanjung tinggi pada mr MJ. betapa sejuk perut ibu dia yg mngandung dpt anak mcm mr MJ ni. Mlm ni terpaksa blk juga, walaupun blk selepas kenduri. terpaksa nk mengadap dgn kerenah hipokrit dan keegoan manusia. tak blk salah blk pun salah. perasaan yg mcmni mmg akan terus di rasa. tak taulah bila baru ada penyudahnya........... Labels: personal |