Harga petrol naik 5 sen tengah malam ni??
Harga petrol akan naik 5 sen berkuatkuasa tengah malam ni. Betulke?? atau sekadar kabar2 angin??
Tak kiralah betul ke tak. mr MJ akak dh kuar pi isi minyak ni. yer laaa, takde lah untung mana dan lama mana pun dgn mniyak yg diisi mlm ni kan.
Sbb lepas2 ni kalau betul harga petrol naik kita dh tetap kena isi mnyak dgn harga semasa kan. tp tak kisahlah sekuran2gnya utk mlm ni dpt isi sekali penuh dgn harga lama ni.
Harap2 jgk kabar2 ni tak benar. bila harga minyak naik, pastilah harga2 barang sume pun melonjak2 naik. harga brg yg sedia ada skrg pun sumenya dh naik2 belaka. cuba bawak rm50 ke giant ke, tesco ke?? berapa beg plastik yg korang boleh bimbit? silap2 plastik besar tu pun x penuh kan..huhu
Hasil dari akak gugel sana sini, akak terbaca maklumat ni. tp x dpt pastikan jua sejauh mana kesahihannya..
Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.
Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Berikut adalah harga baru:
- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
- Diesel - RM1.75 seliter.
- Gula - RM1.70 sekilogram
- Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.
Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.
Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.
Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.
Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.
Jadi, pada sape2 yg berkelapangan tu bolehlah ye pi cepat2 ke stesyen minyak mlm ni sebelum pkul 12 mlm. alaaa, kalau berita ni x betul pun tak rugi jgk kan..;-)
Sekian, saya melaporkan.......
p/s - elok je publish entry, terbaca dari berita harian online. harga petrol naik 5 sen mulai ESOK (16 Julai)..huhu..naik jgk rupanya!!
Labels: info
OLDER POST | NEWER POST