![]() ![]() ![]() ![]() |
Malang tidak berbau
Dec 2, 2010 | Thursday, December 02, 2010 | 0 comments
Biasanya pagi-pagi adalah waktu busy MJ dan sangat tak sempat untuk dia balik rumah berehat2. tapi tiba-tiba dalam pukul 10 dia balik. akak takdelah fikir apa. cuma ingat mungkin dia mmg free pagi tu sebab tu balik rumah sekejap dan mungkin akan keluar balik selepas berehat-rehat sekejap. Akak macam biasa lah. isteri mithali bertali-tali. hahaha. MJ sampai je cepat-cepat lah akak pi bukak kan pintu dan menyambut kepulangan suami dengan wajah penuh senyuman lagi ayu. muehehehe (sila jgn mual)..;p Akak tengok muka MJ macam ada sesuatu yg tak kena je. baru akak nk tanya, "balik awal tabang! (panggilan manja..awww!)..free ye pagi ni?" haa hajat hati nak tanya soalan tu lah. tp baru je akak nak buka mulut. terus je MJ bersuara.. "Ada berita tak baik"..terus jantung akak feeling dug..dag..dug..dag.."Henpon tabang jatuh dalam lubang j****n!!" haaaaa???? biar betul?? then akak macam nak cakap lah. cepat-cepat bukak kita keringkan dengan hairdryer. tak sempat lagi akak bukak mulut, dia sambung..."dah try nak ambik tapi apakan daya tangan tak sampai"..riak muka sangat sedih ok. kesian sangat. akak pun dah tak terkata apa. masa dia bagitau tu, dia tak sempat masuk rumah lagi. sampai je depan pintu terus bagitau. akak macam rasa nak terus je ajak jom lah tabang kita pi kedai, teja belikan baru. tapiiiiii, apakan daya duit nuffnang belum cukup. hahahahaha. simpati tak uols?? kalau simpati korang rajin2lah klik lah nuff tu ehh! adoiii..tak boleh blah punya ayat simpati kan..:p Masuk rumah MJ terdiam je lah. akak try pujuk. akak cakaplah. dah takde rezeki nak simpan henfon tu lama-lama. mungkin nak dapat rezeki lain nanti. tp jauh disudut hati akak sangat faham dgn kesedihan dia. dah lah MJ akak tu jenis penyayang barang. sampaikan tiket bas time kitaorg bercenta2 dulu pun dia masih simpan sampai hari ni. huhu.. lagipun nokia e66 dia yg dah dalam kenangan tu rasanya baru dalam setahun lebih je dia pakai. mana nak fikir nombor penting yang ada dalam henfon tu lagi. dan mana nak fikir masa tu mesti ramai yg dok call-call MJ tak dapat2 rasanya. maklumlah, tengah busy dgn exam spm kan. ![]() dalam kenangan..uhuk2!! Ok, takpe.. dah takde rezeki kita bertenang dulu. kat rumah ni ada satu extra henfon akak dulu. berguna gak kadang-kadang kita jaga henfon ni kan. so, buat sementara selesai masalah henfon. nombor-nombor penting tu boleh pelan-pelan jumpa balik dan save semula dlm henpon. Akak ada gak gatai tangan pi call no henpon yang dah terjatuh dalam lubang tuttt tu. jeng..jeng..jeng..hahaha. manalah tau tetiba ada orang jawab..akak terus je nak cakap...pulangggggkannnnn! kah3.. Malam tu pi kedai beli sim card baru sume. ada gak dia intai henpon kat kedai tu. dalam banyak2 enpon tu dia pandang jugak pada nokia e66 tu. dia kata macam nak beli yang sama tapi macam tak beli baru pulak kalau beli yang sama. ok, tak perlu tergesa-gesa balik rumah dulu fikir sebab haziq adalah sangat excited dengan N8. amboi haziq!!! nak celen ibu nampak!! Kesimpulannya, kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan tanpa kita duga. walaupun kadang-kadang kita dah sangat berhati-hati. yg pasti, ada hikmah disebalik setiap kejadian. ada rejeki kita beli baru ehh tabang!!...wink2!!...;) Labels: personal |