![]() ![]() ![]() ![]() |
Nak cuti lagi!
Dec 6, 2010 | Monday, December 06, 2010 | 0 comments
Hari-hari dah cuti masih nak cuti lagi ke?? nama lagi housewife kan. hik2..;) cuti-cuti seorang diri di rumah sangat tak sama dengan cuti-cuti sambil berjalan-jalan bersama family terchenta okeh..;pMalam tadi baru je sampai rumah dari batu pahat. so on d way nak balik tu, terus je plan-plan dgn MJ mana pulak nak pi selasa ni. selasa adalah cuti bersempena dgn awal muharram. so, bersempena dengan cuti umum walaupun sehari je..sob3, 5 min punya planning je. terfikir dan terlintas, terus terucap lalu termetri janji insyaAllah terlaksana lah petang ni. hahaha..;p Tapi takdelah nak jalan jauh pun. plan nk ke JB je ptg ni. tido semalaman dan esok hu ha hu ha (ziarah rumah pakcik je) jap, petang2 balik lah segamat semula. jumaat ni insyaAllah nak balik banting pulak. ho yehhh!! Walaupun akak ni di segamat, tapi dalam setahun mmg sangat boleh dikira berapa kali je akak turun JB. akak lebih kerap ke KL sebab dah kebetulan balik banting kan. dekat dari banting nk dibandingkan dengan Segamat - JB. dan KL tu akak dah biasa. Jb ni akak sangat konfius dengan arah jalan. kalau guna cik garmin atau gps pun akak tetap konfius. hahaha. So far, cuaca di Johor masih cantik. kalau ada hujan pun tak lah sepanjang hari. hujan pada waktu2 tertentu je. alhamdulillah. semoga cuaca terus cantik sehingga habis musim tengkujuh. mudah2an dijauhkan dari segala musibah banjir. aminnn.. Sebab hari ni hari isnin. so entry pun pun lite2 je lah ehh. mcm selalu2 tu heavy ponn. erkk! selalu dah ke update???? muehehehehehe..;p Okieh, sehingga berjumpa lagi. nanti rajin me snap2 gambar lah ye..;)...adiosss amigosss!! Labels: personal |