|
Hujan Rahmat
May 25, 2012 | Friday, May 25, 2012 | 2 comments
Alhamdulillah hari bumi Segamat dibasahi hujan rahmat lagi setelah beberapa hari panas sepanjang hari. Akak sangat suka cuaca selepas hujan lagi2 kalau yang basah2 dan mendung2 tu. Adakah itu bermakna akak perlu berhijrah ke mana2 negara 4 musim? (sangat tak relevan ok!) haha..:pBila hujan dari awal pagi, mulalah perut pun berdondang sayang. Macam2 masuk dalam kepala silih berganti. Kejap datang soto, kejap datang mee rebus, kejap datang nasik lemak sotong. Dan akhirnya, akak berjaya menepis segala godaan2 tekak itu. Kononlah kan! Dah semua plan dating tak menjadi harini boleh lah menahan godaan. Ye la, kita kan hanya mampu merancang. Ececeh! Plan dating pagi ni terpaksa di postpone atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Tapi, insyaAllah akan dilaksanakan juga pada ahad ni. Date dengan siapa pula dan di mana? Tungguu. Macam ada yang kesah! haha Harini hari last persekolahan bagi penggal pertama. Esok budak2 sekolah dah mula bercuti. Weeee! Mesti masing2 tak sabar nak cuti lagi2 masing2 baru lepas menahan stress dan depress menjalani exam. Akak pun macam yippieee! esok cuti. Tapi opssss! tungguuu, hero berdua kat rumah ni masih belum bercuti. Esok hingga isnin dorang kena bercamping pula di gunung ledang. Ada aktiviti panjat gunung lagi. Best! Akak join ke? Bukan taknak, memang nak sangat. Ni bukan nak bagi alasan, bukan alasan tau, sama sekali bukan. Cuma taknak menyusahkan orang je nanti. Kot katalah akak mampu menghabiskan pendakian pun, takut tak mampu nak meneruskan 'penurunan' pulak je nanti. Haa kan? Sape yang susah nanti? Bukankah mereka dan keluarga mereka juga kannnnnn...:p Mudah2an esok, lusa dan seterusnya hari isnin cuaca baik dan cantik. Kesian nanti budak2 yang nak bercamping kalau hujan. Dan akak juga akan menyebok2 untuk tolong kepoh2 di sana walaupun akak tak panjat gunung..;) Nantikan update pasal tu nanti! Sekian.. Labels: personal |