|
Kalau dah jodoh tak kemana..
May 14, 2012 | Monday, May 14, 2012 | 1 comments
Jumaat lepas tiba2 macam rasa nak pekena roti bakar. So set up a date dengan sorang member akak ni. Disebabkan dia kerja so date kenalah lepas dia balik keje. Dalam pukul 5 lebih macamtu dia datang ambik akak kat rumah. Manja ok akak ni dengan kengkawan, nak date pun orang jemput...:pPetang tu, mr mj dgn haziq pun takdak rumah. Haziq ada kelas tambahan so mr mj lepak sekolah sementara tunggu haziq balik. Cuaca pulak mendung tu yang tekak pun mulalah merancang macam2. Kali ni kitaorg pi terjah nanyang siang pau. Ehh?? apa ke halnya nak ke kilang suratkabar nak pekena roti bakar ni? Nanyang kopitiam sebenarnya okeyyyy..;)
ni bukan di hospital ye walaupun akak date dengan seorang nurse..;p
Sampai sana je tetiba macam. Ehhhh, macam kenal lah! Laaaa rupanya ada pulak 2 orang member yang akak selalu date pun ada kat situ jugak. See, ni laa yang dikatakan kalau dah jodoh tak kemana. kannn. So, apa lagi terus lah open table. Tapi dorang punya order dah sampai pun. Akak dengan member akak yang baru datang ni tinggal duk semeja je dengan dorang bedua. Tengok diaorang layan nasik sedap jugak. Oh, tapi tak boleh coz malam ada date dgn che abg pulak. Mau sebu perut nanti kan.. Last2 akak tak jadi pun order roti bakar. Poyo je kan. Atas cadangan member akak sorang ni, akak pun lupa apa nama menu tu. haha. Dia macam rupa jemput2 je gamaknya. Cuma isi dia agak basah dan ada sotong. Sedap jugaklah. Tapi lupa pulak nak snap gambar. Kadang2 kalau dah jumpa ramai2 macamni, tak ingat apa dah. Gelak ketawa beramah mesra je sampai lupa nak buat semua benda.
pose beramai2 jugak yang tak pernah lupa
Santai sangat kan? Siap ada yang bersila dah tu. Dah macam rumah sendiri je kannnn. Hehehe.
Labels: friends |