|
Multitasking ke?
May 10, 2012 | Thursday, May 10, 2012 | 6 comments
Bila mood dah menyerang mulalah gatal dok tukar2 template lagi. Mujur banyak juga masa terluang, kalau tak harus kerja rumah semua tak siap. Kena pandai susun jadual lah kan. Sape kata surirumah tak perlu schedule? Zaman dah maju ni, rasanya kebanyakan housewife ada smartphone atau lappy lagi canggih daripada laki diaorg kot. Wink!!..;)Bukan apa, takde lah pemikiran hanya bertumpu pada urusan rumahtangga je kan. Perlu juga buka minda lebih luas dan tau lebih banyak perkara. Belajar benda2 baru dan manfaatkan teknologi yang kian berkembang pesat dengan sebaiknya. Boleh jadi role model pada anak2. Bila ibu juga tau banyak perkara, sikit sebanyak mesti bertambah respek anak2 pada ibu mereka kan..:) Multitasking? Sebenarnya akak juga susah nk accept. Betulke kita boleh buat banyak kerja dalam satu masa yang sama? Ye, mungkin ramai yang boleh. Tapi akak tak boleh kot. Biasanya kalau nak basuh pinggan memang basuh pinggan je lah. Kalau tengah masak memang kena fokus masak. Nak sambil berfb memang hangus lah ikan kat kuali jawabnya. Walaupun kadang2 eksyen juga bagitau kat orang yang akak ni multitasking (tipu je sebenarnya tu). So kena siapkan satu2. Ikut lah mana nak buat dulu. Janji semua kerja sempurna pada waktu yang sepatutnya.. Akak lebih nampak ada lebih masa terluang sebab akak takde anak kecik. So jangan fikir jauh2 lah macammana akak boleh sempat pi keluar breakfast, mengadap internet, buat kerja rumah dll. Biasanya aktiviti luar rumah hanya akak buat bila akak tinggal sorang di rumah. Dan pastinya telah mendapat keizinan dari suami terchenta. Syukur kerana suami sangat memahami.. Bila dah mula berblogging ni sebenarnya rasa hidup sangat terisi. Dapat meluah segala rasa di hati. Rasa suka, puas, seronok kadang2 mungkin rasa duka, sedih, kecewa. Tak ubah seperti diari tetapi dalam bentuk yang lebih moden dan canggih. Cuma dunia blogger sekarang dah banyak berubah. Atau akak yang susah nak adapt dengan perubahan dunia blogging sekarang ni. Tapi takpelah, akak berblogging bukan untuk apa, sekadar mahu berkongsi cerita yang tak seberapa. Pada yang sudi masuk dan baca cerita2 kat sini, terima kasih daun keladi. Dengan rasa rendah hati, kadang malu pun ada pada diri. Cerita tidak seindah mana untuk diberi. Sekadar luahan rasa di hati. Ecewah! Orait sudah2 lah merapu, nak ke dapur pulak dulu. Settlekan apa yang patut.....caucincauuuuuu. Terus teringat soya cincau. Sedaaapnya....... Labels: personal |