|
Tabby lagi!
May 9, 2012 | Wednesday, May 09, 2012 | 2 comments
Seperti yang dah dimaklumkan, entry selepas 'come back' ni adalah banyak berkisarkan tentang ahli baru dalam mj's family iaitu tabby..;)Diam tak diam, dah lebih 6 bulan tabby bersama kami. Sekejap je masa berlalu dan masih tak lupa bagaimana dia sewaktu kali pertama jumpa dulu. Walaupun dia hanya kucing biasa (kucing kampung), tak sangka juga rupanya dia memiliki bulu yang agak tebal juga di beberapa bahagian badannya. Boleh kot kalau nak digelar kucing jenis DMH. Wahh, apakah itu DMH? DMH bermaksud domestic medium hair. Haa sesuka hatiku nak masukkan tabby dalam ketegeri kucing DMH ni haha. Waktu umur dia 4 bulan akak jumpa dan bawak balik dia, akak terus bawak dia pegi vet untuk vaksin kan dia. Ek eleh, kucing kampung pun nak vaksin2 ke? So what?? Dia pun nak sihat jugakkan? Kalau kucing sihat tuan dia pun senang. Even vaksin ni bukanlah bermakna kucing kita dah confirm bebas dari sebarang jenis penyakit tapi sekurang2nya kita dah buat dan beri yang terbaik untuk protect dia dari penyakit2 merbahaya. Ye, lah macam kita manusia ni, kalau sakit pandai bercakap dan pandai nak gi klinik untuk check up ke bagai. Kucing ni sakit ke apa ke mana lah dia reti nak bagitau kan? So kita sebagai tuan yang bertanggungjawab kena lah belajar untuk memahami reaksi dan perubahan sikap yang dia tunjukkan pada kita. Balik semula pada vet tadi. Waktu akak bawak tabby 1st time untuk divaksinkan, doktor vet ada bagitau, kemungkinan besar tabby ni kucing kacukan. Wahh yeke doktor? Bila tgk bulu dia yang lembut macam baldu kat area bawah badan dan ekor yang kembang dan terlebih2 especially kat bahagian paling belakang iaitu di bahagian dot3 dia tu hehe. Seryes, kesian bila tengok dia tak boleh nak jilat tempat uuk dia bila dia lepas melepaskan hajat. Kalau dulu masa dia kecik lagi, akaklah yang jadi tukang bersihkan taw! Kan ke dah macam jaga anak tu. Sampai mak akak cakap, nak tenggokkan nanti, sok kalau mak dah tua dia nak tak buat macamtu kat mak.. Janganlah cakap macamtu mak. Yang boleh dijanji apa2 pun yang berlaku masa depan mestilah anak mak ni akan jaga mak kan..:) Waktu umur dia masuk 5 ke 6 bulan, dia dah mengalami musim heat buat kali pertama. Apa tu heat tu? Alaa dengan kata lain musim gatai nak carik pasangan lah dek. Memang tak tahan bingit dengar dia menjerit. Adoilah, mau sampai ke hujung taman bila dia start keluarkan pitching dia masa tu. Tu belum menggolek2, tergedik2 kat lantai. Memang sangat tak keruan. Sampai kita tengok pun naik kesian. Tapi atas nasihat doktor juga, akak tak benarkan dia keluar cari pasangan sebab dikhuatiri dia subur dan terus bunting huhu. Umur kecik lagi mana lah reti nak jaga baby nanti kan. Lagi2 akak tidak bersedia untuk memiliki banyak kucing disebabkan perkara2 yang akak dah cerita di episod lepas. Wahhh, ada episod bagai. bajet telenovela lagi ler tuh! Pape jelahh! Penerangan lanjut tentang musim heat ni nanti akak akan cerita dia entry lain. Sambung pasal tabby tadi. Tambah kesian bila sampai habis semua bulu tengkuknya gugur disebabkan hormon dia yang tak berapa nak betul masa musim heat dia tu. Kelakar pun ada tengok rupa dia time tu, ekor je kembang, kepala kecik bulu gondol. Sampai naik risau jugak, takut habis semua bulu dia gugur. Bulu melekat sana sini. Sofa, kapet, baju, seluar akak semua penuh dengan bulu tabby. Disebabkan itulah, akak ambil keputusan utk cecepat kembirikan tabby. Dan alhamdulillah selepas tu tabby membesar bagai johan. Dia lebih tenang, manja dan baik. Banyak sebenarnya cerita yang nak dikongsi tentang tabby ni. Jadi, bakal ada entry2 lain lagi pasal tabby selepas ini..;) Tabby ada tabiat baru sekarang ni. Bila dia buat hal, geram pun ada, kelakar pun ada. Tapi geram tu lebih sikit lah kot. Apa tabiat baru tu??
nampak tak apa yang akak nampak?
Fine! Sekarang dia suka sangaaaat tumpahkan air dalam bekas minuman dia. Asalnya bekas tu ada botol kat atas dia. Lagilah dia syok main tarik2 botol tu dan tertonggeng lah bekas tu nanti. Ingatkan sebab dia suka dengan botol tu je, tapi bila dah tanggal botol pun dia masih main air tu jugak, maka akak buat kesimpulan dia memang tengah meroyan nak main air haha walaupun bila masa mandi masih gayat2 dengan air. Ni takpelah lagi bila tumpah kat lantai. Yang geram bila dia main air tu masa dia dalam cage. Habislah basah tuala tempat dia nak baring. Lepastu pandai bising panggil akak suruh akak tukar tuala baru. Haa nampak! Nak geram ke nak gelak sebab kelakar ke??
Bila akak perhatikan aksi dia sebelum dia tumpahkan air tu, mula2 dia beria lah minum. Ok, macam takde apa yang berlaku. Jangan tertipu! Tak lama lepas tu, mulalah dia start main2 air tu dengan tangan dia yang comei tu (tangan ke kaki? confuselah! hehe). Lepas main2 apa lagi?? Dia tarik2 sampai bekas tu boleh terbalik dan air tu tumpah. Dia sangat suka tengok air yang kat lantai tu dan dia boleh jilat2 minum dan pegang2 air tu buat main. Ye, kadang2 rasa comel sangat dia buat macamtu. Tapi kadang2 geram sangat bila dia buat perangai pukul 2, 3 pagi time orang tengah lena dibuai mimpi, dia panggil2 suruh tukarkan tuala baru yang kering. Kannnn!!!!
Pagi tadi, dia bangun lambat, sebab malam tadi dia tak tidur dok main air dalam cage sampai tuala lencun dan macam biasa dah puas main dia panggil2 suruh tukar tuala baru. adudududuhhhh....
air dah tumpah, bekas makan minum dah kosong, tuala dah baru, tido pun lena...zzzzzzzz
Labels: pets |