|
Dejavu Di Kinabalu
Jun 22, 2012 | Friday, June 22, 2012 | 2 comments
Drama 28 episod di slot akasia tv3 yang telah mula disiarkan pada 18 Jun 2012 yang lepas, seperti biasa ditayangkan setiap isnin-khamis, jam 7.00 hingga 8.00 malam. Dibarisi oleh antara pelakon feveret akak, Aqasha (gemersiknyaaa kalbuku! hik3x..;p), Tiz Zaqyah, Nazim Othman, Aisyah Ilyas, Mustafa Kamal, Aida Rahim, Dian P.Ramlee, Aziz Singah, Khaty Azean, Allana Amir dan Meor Ariff. Drama yang berkisahkan tentang Ammar yang terlalu setia mencintai Innara yang telah meninggal dunia tetapi secara rahsia telah mendermakan jantungya kepada Nadira yang merupakan pesakit jantung. Setelah pembedahan pemindahan jantung dilakukan, sikap dan cara Nadira telah banyak berubah. 3 tahun berlalu, Ammar dan Nadira bertemu secara tidak sengaja apabila Ammar pulang semula ke Malaysia setelah membawa diri ke australia apabila Innira meninggal dunia. Takdir pula telah menentukan yang Ammar dan Nadira terpaksa bekerjasama dalam urusan projek perniagaan. Pertemuan demi pertemuan telah membibitkan rasa cinta antara Ammar dan Nadira tetapi sering dinafikan oleh mereka berdua. Nadira pula telah mengikat tali pertunangan dengan bazli yang terlalu cinta dan setia kepadanya. Apakah kesudahan kisah hati ini? Kali pertama akak tengok adalah petang semalam dan dah 3 episod berlalu rupanya. Sekali tonton je hati akak sudah terpaut dengan jalan cerita dan of kozzz lah lakonan aqasha. Harini setengah hari akak pulun menonton siaran di tonton.com.my bermula dari episod 1 hingga 3. Biasanya drama yang menarik perhatian akak adalah drama yang pertama kali akak tonton dah buat akak rasa ada feel dalam hati. haha. Seryes. Kalau akak cuba tengok 2 ke 3 episod dan takde rasa feel tu memang biasanya akak takkan sambung untuk menonton episod2 seterusnya lah. Jadi, dejavu di kinabalu sudah pastinya akan membuatkan akak setia menanti di depan kaca tv lepas ini. Cuma agak terkilan dengan waktu siaran. Kalaulah dapat awalkan sikit bermula dari 6.30 ke 7.30 petang ke kan, lebih selesa sebab maklumlah waktu maghrib pun di antara waktu siaran terkini juga. huhu Hurmmm, tak sabar pulak nak tunggu petang isnin. Dah feel macam pertama kali menonton drama winter sonata pulak. Feel jangan tak feel!....:p Bisa kurasa getar jantungmu..mencintaiku apa lagi aku..jadikanlah diriku..pilihan terakhir hatimu.......... Labels: entertainment, promote |