|
Luahan Perasaan ( Dugaan Ramadhan)
Aug 7, 2012 | Tuesday, August 07, 2012 | 2 comments
Lamanya tak jenguk blog. Bulan ramadhan ni rutin agak berlainan dari hari biasa dan agak sibuk sikit dengan macam2 aktiviti dan kerja. Cuma malam ni, rasa nak meluah perasaan sikit kat sini.Pertama, syukur sangat2 bila haziq telah terpilih untuk ke Jepun bagi program Kizuna AFS. Sebaik berita diterima, ada perasaan suka dan ada duka. Perasaan yang bercampur-baur. Akak gembira kerana haziq terpilih menjadi salah di antara 28 orang pelajar di seluruh malaysia yang berjaya mengikuti program kizuna ke Jepun pada awal disember ni insyaAllah. Namun, akak sedih bila kawan haziq yang sama2 satu sekolah yang juga telah berjaya sampai ke 2nd stage interview tapi kali ni mungkin belum rezeki dia. Hanya haziq seorang yang berjaya terpilih. Rasa berat hati juga. Kalaulah dua2 terpilih, pastinya kegembiraan yang dirasai tiada cacat celanya.. Kedua, macam2 dugaan rupanya yang harus kami tempuhi untuk menguruskan segala dokumen utk dihantar ke AFS. Dateline adalah 15 Ogos dan disebabkan khamis ni haziq dah start menduduki peperiksaan percubaan PMR, maka akak haruslah menyelesaikan segala keperluan dokumen dengan kadar segera termasuk urusan permohonan passport. Mula2 lagi dah diduga, seminggu sistem di jabatan imigresen daerah segamat berada di luar talian (offline). Hari2 kena call tanya, last2 akak ambik keputusan untuk buat passport haziq di muar. Alhamdulillah akhirnya, passport siap pada hari yang sama Jumaat lepas. Ketiga, urusan medical check up asalnya akak bercadang nak buat di klinik swasta je. Tapi atas cadangan dan nasihat pihak sekolah untuk buat di klinik kerajaan, kami pun akur je lah. Rupanya, banyak proses dan terpaksa dibuat berhari2. Dari x-ray, timbang berat, ukur tinggi dan apa lagi satu hari tu pun akak dah lupa dibuat pada hari yang sama di klinik. Ujian tibi pula perlu dibuat di klinik kerajaan di tempat lain pula memandangkan klinik yang akak pegi tu tak buat ujian tibi tersebut. So kena lah datang hari lain. Kemudian baru balik semula ke klinik yang asal untuk keputusan ujian dan jumpa doktor. Hari pertama datang, di kaunter pendaftaran pun dah diduga juga. Misi kat situ suruh kami siap isi maklumat2 yang ada pada borang medical check up sedangkan dah terang2 arahan kat surat tu memaklumkan segala maklumat MESTI diisi oleh pegawai perubatan. Kadang2 kita ni jadi serba salah, takkan semua benda nak argue pulak kan. Tapi tak cakap, macam kita ni tak reti dan tak tau apa2. Nak tak nak terpaksa call member yang juga merupakan misi tapi misi di hospital besar untuk tanya pendapat dia. Jasa baikmu sentiasa dikenang, sanggup datang ke klinik untuk tolong sama2 explain pada misi kat kaunter pendaftaran tu. Okey, boleh pun dia faham. Tengahari tadi adalah appoinment untuk keputusan tibi dan berjumpa doktor. Tetiba haziq panggil akak masuk. Belum sempat duduk, doktor pun baru je nak bersuara bertanyakan pasal tarikh imunasasi haziq sewaktu bayi, pembantu doktor ni dah 'tembak' akan bertalu2 mengalahkan doktor yang ada kat situ. Ok, fine..akak terima kad baby haziq dah hilang entah ke mana. Maklum je lah dah 15 tahun pun usia dia kan. Akak pun dah pernah berpindah randah. Memang tak ingat langsung kat mana kad tu dah. So, akak minta jasa baik dan kerjasama doktor untuk buat je mana2 tarikh yang agak bersesuaian untuk diisi dalam borang. Doktor pun macam dah faham dan dah bersetuju pun, tapi misi yang berlagak macam doktor ni, bising2 kat akak, bising kat doktor juga tu yang paling akak tak tahan tu. Bila doktor buat juga untuk bantu akak, dia seakan cari jalan supaya doktor akhirnya tak tolong kami. Ye, tahniahlah sebab akhirnya dia berjaya. Sampaikan form yang atas meja doktor pun dia tarik dengan alasan nak bertanya pada doktor senior. Tak tahulah apa dia bincang, akhirnya doktor yang asalnya sangat baik hati untuk bantu akak pun datang semula dan mintak akak untuk pergi ke klinik asal masa akak buat imunasasi haziq. Sekali lagi akak call kawan akak tu minta nasihat dan pandangan dia juga. Perasaan tak puas hati akak tak salah rupanya kerana dia juga rasa keadaan dan situasi ini tidak patut berlaku malah dengan pantas menawarkan diri untuk membantu akak call klinik asal haziq. Tak lama lepas tu inform akak semula bahawa rekod yang disimpan hanya selama 7 tahun saja sedangkan haziq dah 15 tahun pun. Ikut janji doktor, kalau tak dapat salinan dia akan bantu akak sepertimana mula2 yang dia dah buat tadi. Jadi akak datang semula ke klinik dan bagitau doktor maklumat yang akak dah terima tu. Tapi akhirnya misi tu keluar balik semula berjumpa akak dan bagitau, mereka dah call klinik asal haziq dan diaorang berjanji nak dapatkan salinan asal semula. Apa cerita ni? Tambah buat akak stressed bila dia bagitau yang pihak hospital tak boleh tolong apa2 kalau salinan tu tak dapat jugak akhirnya. Time tu rasa nak marah, nak nangis semua pun ada. Geram sangat bila tengok misi tu. Nama dia pun akak dah hafal. Jawatan dia kat hospital pun akak dah tau. Seryes, kalau tak mengenangkan bulan puasa, tak taulah macammana jadinya tadi. Akak tahan sabar je. Kesabaran akak sangat2 lah tercabar lagi2 bila akak yang sedang duduk di depan doktor tadi telah diminta BERDIRI untuk bagi laluan pada misi tadi yang hanya merupakan PEMBANTU doktor untuk duduk pula di situ. Tertanya2, memang macamtu ke prosedur klinik kerajaan?? Dalam kemarahan dan kekecewaan, akak call mr mj akak minta dia tolong selongkar apa yang patut di bilik stor akak, manalah tau kalau2 terjumpa kad baby haziq dulu. Dalam kereta dengan perasaan sedih sambil akak berdoa banyak2 agar di beri jalan, diberi kesabaran dengan dugaan demi dugaan dan akhirnya dengan tak disangka2 kad baby haziq berjaya dijumpai. Kalau kita sabar, Allah pasti bantu kita kan..alhamdulillah.. Sepantas kilat jugak akak ajak haziq ke klinik semula. Sampaikan ada misi2 lain yang perasan rupanya akak seperti mencari sesuatu lalu bertanya, dan akak juga ceritalah sikit sebanyak hal yang telah berlaku, dan tanpa diduga ini jawapan yang keluar dari mereka. Ni mesti misi teeeeettttt tu kan. Kak, dia memang macamtu kak. Kesiannya akak, dia tu memang macamtu, lebih sudu dari kuah. Kalau hal dia tu pandai pulak sibuk nak mintak tolong orang dan bla..bla..bla.. Okey, akak speechless. Tak sangka pulak misi tu memang dah terkenal. Fine, ni hari akak. Allah nak duga sejauh mana kesabaran akak. Akak redha dan terima. Atas redha itu, Allah beri ganjaran, tak disangka2 kad baby haziq yang setelah sekian lama hilang seolah2 senang pulak dijumpai semula. Dan akhirnya settled masalah medical check up haziq. Akak orang last yang tinggalkan klinik. Takde patient lain dah. Akak pun tak pasal2 dapat berkenalan dengan ramai misi2 lain yang baik2 hati, ramah dan mesra.. Malam ni haziq busy scan semua yang perlu untuk submit pada AFS secara online. Masih memerlukan beberapa dokumen antaranya surat sokongan dari pihak sekolah. Hal ni juga rasanya akak diduga juga. Sedikit rasa terkilan, bila pihak sekolah melepaskan tanggungjawab membuat surat sokongan kepada haziq. Bukan tak boleh nak buat, tapi rasanya ni tugas cikgu yang bertanggungjawab kan. Bila taip surat sendiri seolah memuji diri sendiri pula. Okeylah, terpaksa terima alasan surat sokongan memang diserahkan pada pelajar sendiri untuk buat sebab pihak sekolah tak tahu pencapaian pelajar2 dia. So nanti takut ada maklumat tertinggal. Tapi, jika niat nak membantu pelajar (rasanya dah banyak sangat juga sumbangan haziq demi menaikkan nama sekolah) apa lah salahnya, hanya minta haziq senaraikan segala pencapaian akedemik dan koko saja kan? Ni dia minta haziq karang siap surat dan beri pada cikgu yang incharge dan dia hanya semak dan masukkan kepala surat dan beri pengetua untuk tandatangan. Sedangkan sekolah lain, sewaktu interview pun sekolah dah sediakan surat sokongan untuk pelajar dia. Sedih, kecewa dan terkilan juga di situ. Tapi takpelah kan haziq. Mungkin ni bukan program sekolah, cuma rasanya apapun, tetap nama sekolah disebut juga kan? Haziq dah siapkan draft surat tu pun. Nak tak nak kan, siapalah kita nak bercakap banyak. Akak dah cuba berbincang dengan cikgu tu pun, dia dah beri macam2 alasan. Kena akur jugak lah kan. Doa akak, semoga Allah mempermudahkan segala urusan2 selepas ini. Buat haziq, ibu kagum dengan usaha dan kesungguhan haziq. Fokus haziq pada semua perkara. Mana fikir nak trial, fikir nak settlekan hal kizuna ni lagi. Semoga Kau sentiasa pelihara anakku ya Allah. Berinya kekuatan, ketabahan dan kebaikan. Mudah2an haziq dapat buat yang terbaik untuk kedua2nya. Sepertimana kami gembira dan bersyukur dengan rahmat dan rezeki yang Kau dah berikan, kami juga redha dengan dugaan yang Kau turunkan ya Allah. Semoga kami sentiasa dilimpahi rahmatMu. Amin ya rabbal alamin......... Labels: personal |