
![]() |
Handbook 2009
Feb 27, 2009 | Friday, February 27, 2009 | 16 comments
Salam jumaat semua..semoga sgt gembira di hari jumaat kerana esok adalah coti..ngeh..ngeh..ngeh..tp ank dgn hubby aku x cuti ponn..ada je hal masing2 tu..aku jelah yg hari2 pon cuti..huhu..ni apa pulak crite pasal henbuk nih??? Health: 1. Drink plenty of water. 2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar. 3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants. 4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy. 5. Make time to practice meditation, yoga, and prayer. 6. Play more games. 7. Read more books than you did in 2008. 8. Sit in silence for at least 10 minutes each day. 9. Sleep for 7 hours. 10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile. Personality: 11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about. 12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment. 13. Don't overdo. Keep your limits. 14. Don't take yourself so seriously. No one else does. 15. Don't waste your precious energy on gossip. 16. Dream more while you are awake. 17. Envy is a waste of time. You already have all you need. 18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness. 19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others. 20.. Make peace with your past so it won't spoil the present. 21. No one is in charge of your happiness except you. 22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime. 23. Smile and laugh more. 24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.. Society: 25. Call your family often. 26. Each day give something good to others. 27. Forgive everyone for everything. 28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6. 29. Try to make at least three people smile each day. 30. What other people think of you is none of your business. 31. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch. Life: 32. Do the right thing! 33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful. 34. GOD heals everything. 35. However good or bad a situation is, it will change. 36. No matter how you feel, get up, dress up and show up. 37. The best is yet to come. 38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it. 39. Your Inner most is always happy. So, be happy. Last but not the least: 40. Happy friday dan have a wonderful weekend!!..hehe..
Labels: info Rahsia punggung..Yg mana satu anda???
Feb 26, 2009 | Thursday, February 26, 2009 | 26 comments
![]() Pilih jangan x pilih..cuba check blk punggung memasing..mari kita lihat ada x yg kene??..hahahaha.. Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda?? 1. Seimbang Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang. Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil. 2. Bulat Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk... 3. Tinggi Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatif orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat. 4. Besar Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis 'no problema'. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan. 5. Rata Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri. amacam???..dah pilih dah??..ke xde satu pun spt yg di atas??..wakakaka....enjoy!!!!!!! p/s - entry ini mengandungi sedikit unsur 18sx..harap maklum...
Labels: info Luahan hati suami mithali..
Feb 25, 2009 | Wednesday, February 25, 2009 | 24 comments
sungguh tersentuh hati aku membaca luahan hati si suami ni..hehehe..suami sapa lah nih???..bertuahnya si isteri..... Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah. Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasanya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah. Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa,sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk. Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam. Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh.... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu.Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit... nak tengok bola pun tak dapat.... Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru.Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. Haha... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I......lagi haru... Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu.... Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar... Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata.. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu..Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial. Wallahualam. - suami orang-
Labels: info |