![]() ![]() ![]() ![]() |
Sesekali ku rasa teringin!!
Nov 30, 2010 | Tuesday, November 30, 2010 | 0 comments
Siapa pernah makan marmite? tau tak marmite ni apa sebenarnya? takpe, pada sesiapa yg tak pernah tau akak sertakan gambar sebotol marmite utk hidangan mata kat bawah ni ye..:p ![]() Ok, ni adalah marmite. diperbuat daripada estrek yis dan 100% vegetarian. mengandungi vitamin B, asid folic, thiamin, riboflavin dan niacin. rasa adalah masin tapi sedap. sedap bagi akak lah sbb akak suka sgt dgn marmite ni sejak dari akak kecik lagi. Senang cerita, akak bagi korang baca article pasal marmite ni lah.. PRODUCT BACKGROUND Marmite was first introduced in United Kingdom in year 1902. It is made of yeast extract and comes in a concentrated paste form. Has a strong and savory unique taste. It is well known and trusted brand and has been in Malaysia for more than 50 years. Marmite in Malaysia is being associated eaten with porridge while in Chinese restaurant, Marmite is used as an ingredients in cooking. PRODUCT BENEFITS PRODUCT USAGE A healthy multi-purpose seasoning which used as flavouring in porridge, stocks, sauces, soups , stir-fried PRODUCT ATTRIBUTES Oh ye! jgn konfius pulak ye. akak bukan lah duta yg dilantik secara khas untuk mempromosi marmite ni tau..huhu Tiba2 akak teringat lantas ku rasa teringin untuk mencarik marmite di supermarket malam ni. marmite ni dulu akak makan bukan setakat gaul pada bubur dan nasik, malah akak boleh makan marmite ni mcmtu je. hahaha Korang bygkan macamana penggemar peanut butter tu? dia boleh ambik kat sudu dan jilat2 mcmtu je kan. haaaa, macamtu lah akak yang gila pada marmite ni. Cuma sejak kebelakangan ni, di atas beberapa kekangan termasuk agak sukar didapati di mana-mana kedai dan gedung membeli belah mahupun pasaraya2 terkemuka..hahaha over!! dan jugak harga yg agak mahal, maka akak dah lama tak beli marmite. sedey..:( Rasa ada lah dalam bertahun-tahun lamanya. sebotol saiz yg paling kecil pun tak silap akak harga dalam RM11. mahal lah tu kan? Tapi malam ni akak nak gagahkan diri juga nak carik kat kedai demi memenuhi tuntutan tekak akak ni. muehehehe.. Cerita pasal marmite ni, teringat waktu kecik2 dulu masa mula2 belajar berpuasa. akak sanggup berbuka dgn hanya nasik bergaulkan marmite. punyalah 'hantu' dgn marmite ni. sehingga menjilat jari jugaklah. Sekarang ni kenapa agaknya marmite ni susah nak dapat di kedai2 kan? musykil betul lah. serius susah nak carik. kalau dulu-dulu mcm senang je dah ternampak berderet marmite tersusun bila masuk je supermarket. sekarang ni akak tengok siap dia letak kat tempat khas, kadang-kadang dalam almari bercermin lagi. macam produk terkawal pulak. Ada siapa2 ada info pasal marmite ni? sudi2 lah kongsi dgn akak ye..:) p/s - ni sebenarnya entry untuk esok, tetapi disebabkan oleh masalah teknikal yakni dgn s****d nyerr akak telah terdelete entry sebelum ni!! nak marah kat sape ni?? huwaaaaaaaaa!!!!..:(( |