|
Balik Kampung!
May 30, 2012 | Wednesday, May 30, 2012 | 6 comments
Alhamdulillah malam tadi lebih kurang pukul 7.45 dah sampai Banting rumah mak. Walaupun kat rumah takde sape, mak dengan bapak je tapi tak kisah lah. Jumaat ni baru semua berkumpul.Pagi ni Banting hujan. Sejuk je cuaca. Memang best dan perut pun apa lagi? Lapar je lah. Plan nak keluar jalan2 dgn adik mungkin esok je lah kot. Harini macam letih pulak sebab malam tadi baru sampai. Macamlah jauh sangat Segamat-Banting pun kan? 3 jam perjalanan je tu pun dengan pemanduan berhemah. Haha Ni kalau adik yang bongsu tak kerja memanglah best. Ada gak teman nak bergelak ketawa buat bising dalam rumah ni. Bila takde kureng lah sikit. Lama pulak nak tunggu dia balik Jumaat ni. huhu Hari ni hari rehat sedunia. Mak pagi2 lagi dah cakap.. Harini kita tak payah masak lah ye..penat kan..apa kata kita beli lauk je? Kita beli ikan bakar dan lauk2 lain apa2 lah..kita borak2 je harini lagi best! Pehh! Kita yang travel mak pulak yang penat ehh? haha. Tapi tak kesahlah. Best gak tak payah masak. Dah lah mak dengan bapak yang pegi kedai beli lauk. Tinggal kasi duit je. Nasik pun dah dalam rice cooker tengah masak. Mak balik tinggal makan je. Memang heaven lah kan! Start esok sampai ahad jadual dah mula penuh. Nanti kalau sempat update lagi! Kalau tak penat lah. Kalau tak memang bersarang lah berhari2. hehe |