|
Exam dan Weekend
May 19, 2012 | Saturday, May 19, 2012 | 2 comments
Salam Sabtu.Panas betul cuaca, best untuk sidai baju tapi tak best untuk buat aktiviti luar. Dah agak lama juga cuaca panas melanda Segamat rasanya. Mudah2an turun hujan rahmat bagi membasahi dan menyejukkan sedikit bumi 'Segar Amat' ini. Weekend ni tak kemana, berjalan2 pun tak balik kampung lagi lah tidak. Bila minggu exam macamni lah. Lebih selesa duduk kat rumah je bagi membolehkan haziq lebih fokus untuk buat last revision. Tahun 2012 ni peperiksaan pertengahan tahun adalah setara bagi seluruh negeri Johor. Jadi soalan peperiksaan adalah sama bagi setiap sekolah. Dan selepas beberapa kertas dijawab nampak gaya maklum balas kurang memberangsangkan. Ramai pelajar mengeluh soalan boleh tahan susah. Takpelah kot, ni cuma exam pertengahan tahun je. Biasa2 kan jawab soalan susah dulu. Esok exam PMR sebenar dah tak terkejut kalau soalan yang keluar 'tough'juga kannn..;)
cmnilah atas meja bila time exam..habis dinning table jadi meja study..2 in 1..hehe..opss! kerusi pun sama..:))
Arghhhhh (jerit ala2 ayu lagi sopan), kenapa lah ada gambar yang akak upload dia duk menegak je ye? puas melintang kan dia, bila masuk je kat sini jadi menegak balik. Tensi mak nak!!
Lupakan cerita gambar melintang menegak, sambung balik cerita exam ni lah. Sempena cuti2 di rumah, harini masak lauk feveret haziq, lemak kuning cili api ayam dan pucuk paku masak lemak. Haaa hamik, hero2 kat rumah ni memang gila dengan masak lemak. Kalau nak tengok diaorg makan bertambah2 dan berkali2 masaklah lemak. Apa jenis menu yang ada santan memang feveret dorang berdua. Akak kurang sebenarnya dengan santan2 ni, tapi demi mereka berdua, setia kukorbankannnn. Erkkk! setia pada asam pedas ok! Tu feveret akak. Takpun ikan berlada dan semua masakan sambal dan pedas2. Tapi bila masak lauk tu hero berdua pulak alahai slow je bila suruh makan.
Exam ada lagi seminggu. Lepas tu cuti sekolah. Tak sabar nak balik banting. Macam biasa jadual dah penuh. Tak sabar nak buat macam2 ni dan nak pergi jalan2. Maka bersedia je lah poketku akan koyak. Huk3..;p
Labels: family, home, personal |