|
Nak sofa baru!!
May 21, 2012 | Monday, May 21, 2012 | 4 comments
Amboi kak nam, asal nak raya je mulalah nak macam2 ye? Nak langsir baru lah, meja baru lah, kusyen baru lah, sofa baru lah. Tu kak nam ok! Bukan akak..;)Diam tak diam tak lama je lagi sebenarnya dah nak menjelang bulan Ramadhan. Pada yang belum habis ganti puasa tu, sendiri mau ingat lah ye! Pejam celik tau2 je nanti dah hari raya. Asal sebut pasal raya je biasa lah kaum2 ibu ni terus lah teringat2 kan perabot dalam rumah kot. Meja kukuh lagi tak, tv dah cukup nipis ke tak, karpet tenggelam kaki ke tak dan macam2 lagi lah. Lagi2 pulak baru lepas 'terserempak' jiran sebelah kak jenab kat courts mammoth. Sah! tahun ni dia kalau tak sofa baru mesti tv baru. Hahaha. Senario umpama ini sering kita tengok dalam drama2 melayu lah kan. Dalam dunia sebenar ada lagi ke spesis yang macamni? Mungkin ada jugak kot. Akak? Bohonglah kalau kata tak suka ada barang atau perabot baru kann. Tapi siapa kenal rapat dengan akak dia akan tau akak 'spesis' yang bagaimana..;) Akak agak cerewet bila masuk bab beli barang2 rumah. Hanya beli bila jumpa yang betul2 berkenan. Mahal sikit akak tak kisah asalkan masih dalam kemampuan. Dapat yang murah dan berkenan lagi dialu2kan. Hehe. Akak tak biasa dengan prinsip janji ada. Jadi kerana itu, barang2 dalam rumah akak jarang sekali yang hanya bertahan untuk setahun dua. Kurang2 makan masa 4, 5 tahun, pendek cerita selagi masih elok akak memang tak tukar baru. Tak kiralah nak raya atau apa. Selamatlah mr mj kannnnn..;p Tak percaya akak macamtu? Meh tengok bahan bukti. hahaha..
Model yang berposing pada bahan bukti
Ok, perlu ke sofa baru? Tak kot, so mana nak tempah kat sini ye? Bila nak ke kedai cari kain pun tak tau lagi ni. Ni rasanya kalau orang lain dah lama ganti baru kot. Baru kini rasa kesan buruk bila beli sofa fabric ni. Lama2 dia akan mereput lagi2 bila kita letak dia di tempat yang mudah terkena cahaya dan panas matahari. Tapi ni pun setelah hampir 6 ke 7 tahun akak beli. Dari start beli tak pernah tukar cuma bukak dan basuh je. Berbaloi2 lah kan..;)
Sila jangan salahkan tabby juga di atas kejadian yang menimpa sofa akak tu ye. Tabby langsung tak bersalah tau. Tapi ramai jugak yang menyangka semua tu angkara tabby. Kena hengatlah, kalau dah 'ibu' tabby yang dah seberat ini dok memanjat sofa yang dah berusia emas ittewwww, haaa tu lah jadinya kannnn. Huhuhu..:p
Sekian, cerita tentang sofa. Ke ada sesapa yang baik hati nak sponsor sofa baru? muahahahaha..;p
Labels: family, home, personal |