|
Selamat Hari Ibu!
May 13, 2012 | Sunday, May 13, 2012 | 1 comments
Rata2 dalam facebook penuh dengan ucapan hari ibu. Sebenarnya setiap hari pun hari ibu kerana setiap hari pun rasa penghargaan kepada jasa ibu patut ada pada diri setiap anak. Dan bukan pada hari tertentu saja untuk kita sambut dan hargai ibu kita.Selamat Hari Ibu buat semua ibu termasuk diri sendiri, terutama bonda Syarifah Yasin. Terima kasih kerana melahirkan, terima kasih kerana menjaga dengan penuh kasih sayang sewaktu bayi, terima kasih kerana selalu menasihati untuk kebaikan, terima kasih kerana mengorbankan banyak masa untuk buat macam2 kerja dan terima kasih untuk segalanya. Segala jasa dan pengorbanan ibu tidak mungkin terbalas. Tiada perasaan yang paling indah selain, bila kita bangun je dari tidur dan anak datang cari kita dan dengan muka yang sangat innocent lagi suci dan senyum2 malu terus ucap, happy mother's day ibu! (suara paling macho) haha. Maklumlah anak akak dah bujang dah. Kalau masa dia kecik2 dulu lain pulak cara dia nak ucap selamat hari ibu. Kadang2 tiga empat hari sebelum tu pun dia dah sibuk ingatkan kita bila hari ibu. Dah besar ni lain caranya. Tak kiralah cara macammana pun, perasaan terindah seperti dalam hati ada taman bunga ini bila lihat wajah anak yang sangat lembut walaupun hakikat dia sudah besar lagi macho akan tetap dikenang sampai bila2. Terus sejuk je rasa perut yang pernah mengandungkan dia selama 9 bulan lebih..:) Harini nak masak makanan feveret untuk diri sendiri boleh? haha. Ok, kejap lagi mau ke dapo nak masak tomyam. Nyam3x. Daripada pi jamu selera kat kedai, apa salahnya untuk hari ibu, kita pula masak untuk diri sendiri kannn. Anak pun suka ibu pun ceria......:) Sekian.. Labels: family, home, personal |