|
Yang rahsia biarlah rahsia..
May 23, 2012 | Wednesday, May 23, 2012 | 3 comments
Malam tadi seperti biasa sesi santai2 depan tivi sambil nonton muvi memang heaven sekali, hihi.Tertarik dengan kata2 dalam muvi The Resident yang disiarkan di astro malam tadi, lebih kurang macamni lah bunyiknya, 'saya tak suka bermesej dan bertwitter kerana bagi saya rahsia itu biarlah rahsia' Betul jugak bila difikir dalam2 maksud kata2 kat atas tu. Biasanya twitter, facebook atau apa saja jenis laman sosial ni sememangnya tempat kita untuk meluah segala isi hati. Dah nama pun lama sosial kita, sukahati lah kan nak kongsi apa pun kat situ. Cuma ada kalanya kita terlepas pandang kemungkinan kita juga telah berkongsi rahsia yang tidak sepatutnya kita kongsi kepada umum. Kita adalah apa yang kita tulis. Tak kot, sebab kadang2 apa yang kita tulis tak semestinya itu yang sebenarnya lahir dari hati kita. Apa tujuan kita menulis? Kalau sekadar untuk membuktikan sesuatu atau sekadar melakonkan sesuatu atau sekadar menyembunyikan sesuatu, sudah pasti siapa kita sebenar tak dapat dinilai dari apa yang kita tulis. Kita mungkin boleh update status di laman sosial, saya sangat gembira harini, padahal hakikat sebenar ketika menulis status itu, kita sedang menangis meraung2 pun tiada siapa yang tau kan? Jadi, segalanya terletak di tangan kita bagaimana kita mengawal dan menghadkan apa yang perlu dan tidak perlu untuk dikongsi di laman2 sosial kita. Ada orang memang sangat selesa untuk berkongsi apa sahaja di sana sehinggakan untuk berinteraksi dengan suami di sebelah pun dia gunakan laman sosial dinding ke dinding. Kadang2 sangat sweet kita baca, tapi kalau dah status begitu hampir memenuhi ruang rumah kita bosan jugak nak baca kan. Kalau status yang indah2 saja takpe lah juga, ni ada juga yang berperang suami isteri pun dia gunakan laman social sebagai perantara. Sehingga terfikir juga dalam hati, ni betul2 gaduh ke atau saja seronok2 bagi dinding dia panas? Kita yang dah terbaca ni mungkin ingat berialah dia bergaduh ye, alih2 nanti ada je elok kita jumpa dorang tgh layan cool blog sambil pekena nasi ayam penyet kan..haha Akak bagaimana? Siapa fren akak di mana2 laman sosial akak boleh tau kot akak ni macammana. Kebanyakan status akak adalah umum, status semasa dan ada juga sesekali status berkongsi rasa hati. Akak mungkin jenis yang tak suka berkongsi kemarahan, ketidakpuashatian atau apa sahaja yang berunsur negatif dalam laman sosial akak. Bukan apa, takut timbul lagi banyak salah sangka. Akak bukan seorang pemendam rasa tapi akak lebih pilih cara bersemuka faca to face atau ear to ear (calling2 lah maknanya tu) dengan orang yang akak percaya untuk berkongsi rasa2 yang berunsur negatif ini. Akak lebih suka untuk berkongsi hanya perasaan gembira akak di laman sosial. Rasanya perasaan gembira akan melahirkan aura yang positif juga pada kawan2 kita yang membaca. Bohong juga kalau dalam kehidupan ni kita tidak pernah diduga dengan sesuatu yang buat hati benar2 pedih dan sedih. Akak lebih pilih untuk diam di laman sosial sewaktu akak dilanda perasaan yang sebegitu. Cuma sesekali terlepas juga. Akak juga bukan manusia sempurna. Bila rasa sedih dan pedih ketika itu tak dapat nak dikongsi dan diluahkan dengan sesiapa maka laman sosial lah yang menjadi tempatnya. Tu pun sedaya upaya cuba menapis dari terlepas apa yang tidak patut untuk diluahkan. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata buruk padahnya. Jadi, sendiri mau ingat ler! Apapun, semua ni terpulang pada empunya diri laman sosial masing2 lah kan. Pilihan ditangan anda kerana itu adalah hak anda. Cuma adalah lebih baik kiranya kita berfikir dahulu sebelum berkongsi apa yang kita rasa terutama perasaan yang negatif kerana ada kalanya ia akan lebih mendatangkan kesan buruk pada diri kita sendiri. Kita adalah apa yang kita fikir. Berusaha untuk penuhkan diri dengan perasaan positif supaya kita dapat melahirkan aura yang positif juga untuk orang2 yang berada di sekeliling kita, insyaAllah..:) |