|
AFS Interview & JPO di JB
Jun 16, 2012 | Saturday, June 16, 2012 | 3 comments
Penatnya harini macam dah travelled dari utara ke selatan pulak. Padahal setakat drive Segamat-JB dan JB-Segamat je semalam. Huhu. Seryes, akak jarang drive kalau jalan jauh2 ni. Kira jauh jugak kot Segamat-JB. 2 jam setengah perjalanan lebih kurang lah.Segamat ni takde highway. Paling dekat kita masuk ikut Tangkak. Tapi jarak tangkak-segamat je pun dah lebih kurang 50 lebih km. So, macam patah balik je masuk Segamat. Jadi lebih berbaloi masuk ikut Yong Peng. Segamat-Yong Peng pulak lebih kurang dalam sejam perjalanan. Tak boleh nak laju sangat sebab kenderaan berat terutama lori memanglah banyak sepanjang perjalanan segamat ke batu pahat. Akak sebenarnya sangat failed jalan dalam JB ni. Biasa mr mj yang drive akak goyang2 kaki duk sebelah je kan. Tapi ni disebabkan semalam adalah hari bekerja, terpaksalah akak drive sendiri bawak haziq untuk AFS interview. Apa AFS ni? Dipendekkan cerita, AFS ni adalah program pertukaran pelajar. Untuk maklumat lanjut boleh layari SINI. Mujur jugak ada ramai sedara mara akak di JB, cuma kalau boleh akak taknak lah menyusahkan diaorang sebab semalam kan masing2 pun busy bekerja. Akak call pakcik akak semalam pun hanya untuk bertanyakan arah jalan ke JPNJ je, tapi pakcik akak memang terbaek lah kan. Call dia mudah je dia jawab, Ok, pelan2 bertolak dari segamat pagi2, lepastu terus je datang rumah pakandak dulu, nanti tau2 je dah sampai depan JPNJ. Fuhh! Terus lega dengar. Selesai satu masalah untuk google atau pening nak ikut arahan gps yang kadang2 tak berapa nak tepat tu kan. hehe. So, pagi dalam pukul 9 lebih akak bertolak dari Segamat dan pukul 11 lebih akak dah sampai di Stulang Laut. Gitu gini dari rumah pakcik akak, dia bawak dan akak follow je dia sampai betul2 depan JPNJ. Interview haziq sebenarnya dibuat di PKG yang terletak bersebelahan dgn bangunan JPNJ tu. So dalam pukul 1 kami dah sampai. Interview bermula pukul 2 petang. haha. Kira awal gila lah jugak sampai kan. Tapi takpelah, daripada terlewat biarlah awal dan menunggu sekejap pun tak kisah lah kan. Akak ditemani oleh anak buah mr mj. So kami bertiga termasuk haziq je yang ke JB. Interview start 2 sampai 4.30 dan pelajar dikehendaki berada di sana sepanjang tempoh yang ditetapkan tu. Tapi last2 program dan interview haziq selesai pada pukul 6 petang. Dari sana, berdesup terus nak balik. Ehh bukan balik tapi berdesup pulak nak ke JPO (Johor Premium Outlet). Ngeh3x. Walaupun tak tau jalan, dan akak memang takleh bayangkan kat mana JPO tu pun cuma nampak bangunan dari tepi highway je. Mujur jugak, anak buah mr mj pernah pergi sekali, so dalam ingat2 lupa tu dia bagi pandu arah. Sesat2 tu biasalah kan. Nak kata sesat sangat tu tak lah. Adalah dalam 2, 3 kali masuk jalan yang sama dan bayar tol berkali2. hahahaha Namun, JPO punya pasal ku gagahi jua, walau terpaksa meredah tol berkali2. Padahal dah jumpa pun highway ke senai tapi dok pi terus masuk highway utara-selatan memanglah pandai sangat kan..kannnnn..:p Akhirnya, lebih kurang pukul 7 lebih kami sampai JPO. Yeayyyy! Akhirnya sampai jugak. Sukaaa. Perut pun dah lapar. So terus pi makan kat food court JPO. Tempat boleh tahan high class jugak setanding dengan harga makanan. huhu. Tak plan nak shopping2 pun. Cuci mata saja dulu. Sampai pun dah agak lewat kan. Next time boleh plan ke sana lagi..:) Sekarang ni tengah sale tau uols! Tak silap sampai 30 Jun nanti, so sesiapa yang berhajat nak shopping tu boleh lah pi terjah sekarang..;) Kat JPO pun tak lama dalam lebih kurang sejam je akak pun bertolak balik segamat. Sampai rumah pukul 10.30 malam. Letih? toksah ceritalah kan. Sangat2 rasanya, sehingga hari ni rasa lemau semacam je. Nak pi pekena kopi cap kapal api rasa nya ni. Bak mai secawan!!!!..;p |