|
Hari Terbuka
Jun 21, 2012 | Thursday, June 21, 2012 | 2 comments
Gelapnya cuaca. Dah lama bumi Segamat tak dibasahi hujan rahmat. Syukur juga kalau dapat hujan ni. Sejuk sikit cuaca.Harini hari terbuka ataupun hari mengambil report card anak2 di sekolah haziq. Pasti ramai anak2 yang kecut perut ni, bila mak bapak datang bersama anak2 duduk berhadapan dengan cikgu kelas masing2 sambil mendengar komen2 positif dan negatif cikgu2 terhadap prestasi pembelajaran anak2 di sekolah. Zaman akak sekolah dulu senang. Report card bawak balik rumah. Agak2 kalau rasa markah agak kurang memberangsangkan, pandai2 lah nak hidup. Jenuh lah meniru sign bapak atau mak ye. hahaha. Tapi akak tak berani buat woo! Sign bapak akak memang jenuh nak meniru. Tangan dia sangat berseni. Kalau tiru jugak konfem kantoi. Nasib badaaaan!! kih3x.. Seawal 8 pagi akak dah bertolak ke sekolah bersama seorang lagi rakan yang anaknya juga sekelas dengan haziq. Saja pi pagi2 supaya tak lama menunggu sekiranya parents pelajar2 lain dah ramai menunggu giliran. Sampai2 je kami berdua rasanya parents pertama yang datang. Semangat betul ambik report kad anak. Hihi..;p Sebenarnya, mr mj juga merupakan cikgu di sekolah yang sama. Tapi saja lah nak jugak sama2 sibuk menayang muka kat cikgu kelas haziq yang kebanyakan cikgu2 sekolah tu akak dah kenal pun. Ada yang memang antara kawan2 baik akak je pun. Maklumlah wife cikgu otai kat sekolah tu..;) Sampai2 je sekolah dah ada pengawas yang menyambut dan mengiring kami menunjuk arah ke dewan sekolah. Walaupun akak dah tau dewan tu kat mana, 'otai' ler katakan haha, tapi takpe kasi peluang kat pengawas tu yang nampak bersungguh2 menjalankan tugas yang diberi oleh cikgu kepada dia. Sempat juga seorang cikgu yang juga merupakan antara sahabat baik mr mj mengusik kami. Beria dia menahan pengawas tu sambil memberi arahan dalam keadaan tersenyum2.. Yang ni (sambil menunjuk ke arah akak), awak mesti bawak dia betul2, jangan tinggalkan dia, tunjuk jalan sampai betul2 depan dewan tau!! Hahahaha. Sajalah tu kan. Dan tentu2 tau akak memang dah pro jalan ke dewan sekolah tu. Mana kan tak mahir, dulu masa muda2 eceh! dewan tu lah tempat mr mj beriadah sukan badminton. Dulu2 memang rajin ikut dia dan tengok dia main, tapi semenjak haziq dah bersekolah dah tak pernah ikut. Kesian lah kat anak, malam memang waktu busy untuk study dan buat homework. Terpaksalah berkorban. Lepas dari hari terbuka apa lagi kan? Jam baru pukul 9 pagi. Perut pun dah berbunyi. KFC breakfast seolah2 dah memanggil2. Terbayang2 waffle dan coffe. Sedaaapnyaaa..;p Gambar mana? Adoyai, tak taulah kenapa hari ni tak teringat langsung nak snap gambar ke apa. Teruja sangat nak ambik report card kot sampai terlupa semuanya......:p |