|
Tahniah buat Kakak dan F!
Jun 18, 2012 | Monday, June 18, 2012 | 9 comments
Kini bukan lagi rahsia. Eceh!. Tiada kata untuk diucap, tiada lukisan untuk digambarkan. Melihat kebahagiaan kakak (bukan nama sebenar) adalah kebahagiaan diri ini jua. Tahniah untuk kedua2 bakal pengantin. Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin seterusnya ikatan yang bakal terbina nanti kekal hingga ke hujung nyawa dan keutuhan kasih nan abadi hingga ke syurga. Mudah2an jua segalanya terus dipermudahkan dan majlis yang bakal tiba akan berlangsung dengan jayanya..:) Tak sabar nak tunggu tarikh sebenar majlis perkahwinan nanti. Boleh tempah baju sedondon dengan pelamin dan skirting meja makan beradab pengantin. hahaha. Agak2 tema apa ye nanti? Garden wedding theme pun macam sweet jugak kan. Bestnyaaa..;) Takmo cerita panjang2. Meh layan gambar je ye.. Upacara sarung cincin yang sangat simple tapi sangat best. Zaman sekarang orang dah tak buat majlis tunang sangat pun kan. Yang penting nanti masa akad nikah dan wedding day yang tarikh dan tempat akan diumumkan kelak bila tiba masanya nanti. hehe Buat kakak, kak ija happy sangat2 untuk kakak. Ikhlas dari hati, kerana selama ni tak pernah putus berdoa untuk kakak. Buat F bukan nama sebenar haha, masih rahsia lagi ye? Kak ija sangat percaya F akan jaga kakak baik2. Walaupun lepas kahwin sedih gaklah sebab nanti dah tak boleh tidur sebilik dengan kakak bila kitaorg berjumpa. hehehe..;p Terus teringat zaman dolu2 time akak bertunang. Nak pi selongkar album jap kalau ada gambar lagi. Kih3x..;p |