
![]() |
Rombogan Cik Kiah yg dh lama berlalu! (episod 2)
Jun 25, 2010 | Friday, June 25, 2010 | 4 comments
nk dijadikan cite, tatkala nk bertolak pulang lbih kurang dlm pkul 3 ptg mcmtu. akak ni agak terlambat naik bas sbb sakan berborak dgn spupu akak tu masa tu. smpai kena pnggil sbb budak2 semua dh gelisah. maklumlah rombongan cik kiah mcmni, dari setua2 ahli smpai baby kecik pun ada..;-) so bila akak smpai je ke bas tu smbil berlari2 anak dan buat muka kesian dan muka2 manja dan ayu, hahaha. takut kena marah lah kan sbb ingat pasal akak maka dorang kena bertolak lewat.. smpai je kat bas tu tgk pakcik2 dan spupu2 masing2 tgh berdiri berkumpul menonggeng2 sikit smbil enjin bas kat bahagian tepi tu terbuka. ahh!! sudah. apa hal pulak tu? tgk muka masing2 pun mcm ada yg x kena je. rupanya aircond bas tu bermasalah. bas ni kan dia x mcm kereta. yelah nama pun bas kan bukan kereta. ekekeke. dia ada semcm enjin khas yg kat tepi bas tu utk hidupkan aircond bas tu. kena start jgk mcm nk start enjin. start punya start x hidup. start punya start x hidup lagi. ni masing2 dh berpeluh2 ni. boleh bygkan tak bas yg penuh dgn penumpang, dh ptg pulak tu. bila aircond takde fikir jelah kan cmne lah agknya keadaan masa tu. budak2 sume dh bukak baju dah. yg dewasa ni klau nk buat mcmtu kang mau kereta2 lain sume berenti pulak kan...;p jd tanpa berlengah pnjg, kitaorg sume pun geraklah utk cari kedai utk repair. gila uols, bas takde aircond. bukan dekat2 punya perjlnan. masih di taiping lg masa tu. huhu tp nk dijadikan cite lagi, dari satu kedai ke satu kedai smpai ke stesen minyak kitaorg brenti semua kedai x sanggup nk repair. mgkin diaorg tau kerosakan aircond yg mcmtu akan ambik masa yg lama utk direpair. mgkin takkan boleh siap dlm masa sejam dua, sbbtu kedai x sanggup buat. kitaorg yg tumpang melepak kat stesyen minyak ni mmg sebijik dah mcm pelancong sesat. masing2 kepanasan melepak dan bersidai sana sini. awalnya masing2 adalah sgt vouge dan macho akhirnya dh mcm rupa org x siap pun ada dah. hahaha. serius korang. masing2 takleh nk fikir apa dah. akak dh fikir nk carik hotel je tido esok baru blk naik bas ekspress pulak ke. akhirnya, kata sepakat dicapai. masing2 nk blk jgk hrtu. jd bermulalah perjalanan yg sgt mencabar. perjalanan blk dimulakan tanpa aircond. bygkan uols!!! taiping - selangor naik bas takde aircond. peh!!! mmg mencabar!!!!! bas klau takde aircond ada tingkap takpe lah jgk kan. ni dah lah takde aircond, tingkap ada tp jnis yg x boleh bukak tu. yg duduk dpn2 relax goyang2 kaki gaklah sbb masih dpt rasa angin. yg kita org kat belakang2 ni (padanlah muka len kali pilih lagi port belkg2) mcm kena rendam dlm minyak panas pun ada taw!! huhuh.. perasaan masa tu takleh nk bygkan lah. suasana meriah pun dh jadi muram je. kah3. bukan sbb sedih. sbb masing x daya nk bukak mulut dah. kerana kepanasan dan sgt2 keletihan. tiba2!!!!!!.... ada seorang telah mendapat satu idea!!..klau uols perasan lah kan. kat bumbung bas biasa kan ada lubang udara kan. haaa! apa lagi?? mari kita bukak lubang udara tu luas2... haaaaa!! barulah lega sikit terasa. jadilah dpt angin sepoi2 bahasa sikit. leganya lah. barulah dpt feeling2 nk melelapkan mata. mana tau bukak2 mata je nnti dh smpai selangor... tapi!!... alamak!! ujan lah pulak!!..lorrrr, belum sempat benar2 merasai kenikmatan angin yg bertiup dari lubang udara, ujan pulak turun selebat2nya. maka lubang udara terpaksa ditutup semula. dugaan sungguh. tp takde sape merungut. masih bersyukur sekurang2nya enjin bas x bermasalah. panas2 pun kita masih boleh bergerak. cuma bila hujan tu, cuaca kat luar kan sejuk. tetapi suhu dlm bas tu x berubah sgt pun. masih buat masing2 lencun dgn peluh jgk. setelah hampir 5 jam perjalanan, maka akhirnya kami semua smpai dgn selamatnya. syukur alhamdulillah. rupa masing2 mmg tak sesuai lah klau nk disnap2 gbr ni. mmg konfem penuh dgn kilatan. hahahaha. nk masuk kereta nk pasang aircond punyalah x sabar. mcm dh 10 tahun x merasa sejuk aircond. kah3. over masing2! mana tak, rasanya baju masing2 klau diperah lah td. mau berbaldi peluh dpt dikumpul. hehehehe.. dlm pukul 11 lebe akak smpai rumah, terus capai tuala dan pegi mandi. aduhhhh, nikmatnya dpt mandi. segarnya rasa. tp keletihan perjlanan yg penuh dgn cabaran itu tidak membuatkan badan akak cukup lama utk kekal segar. siap solat isyak, kami sume pun naik katil letak kepala kat bantal dannnnn zzzzzzzzzzzzzzzzzzz... sedar2 esok..alamak!! dh pukul 9.30!!!..........penangan keletihan yg tidak terhingga......... Labels: vacation Rombogan Cik Kiah yg dh lama berlalu!
Jun 24, 2010 | Thursday, June 24, 2010 | 2 comments
alkisahhhhhh..tayiiibbbb! hahaha. alkisah, maka tersebutlah kisssaaaaa!!. tayyibbb!..udah2..alkisahnya 28hb mei yg lalu. haiyo sudah 3 ming berlalu. akak pi taiping ikut rombongan. best!! apa kes dh tua2 pi rombongan? ermm tak boleh ke dh tua2 gi rombongan?? sbb dulu kecik2 akak x boleh pegi rombongan. mak pak x kasi. huhu. sob3. tu yg dh tua2 ni sakan gi rombongan. takleh tido mlm tau esok nk naik bas gi rombongan....;p tp ni bukan sembarang rombongan. rombongan cik kiah mengantar pengantin. erkk bukan mengantar lah kot. lebe tepat rombongan membawa keluarga pengantin. sbb pengantin dah smpai awal. biasalah pengantin x sabar2 nk smpai sbb tu dia bertolak awal. ngeeee..;p akak ke taiping bagi pihak family belah lelaki. seawal subuh. sesudah subuh plan awalnya dh mesti bertolak. tp biasalah janji melayu ni. melayu gak yg disalahkan. huhu. plan plg lewat kul 7 MESTI bertolak. tp last 7.30 jgklah bas baru gerak. paham2 lah klau yg bawak anak2 kecik tu. dgn kerenah anak2 so lambat sikitlah nk bersiapkan. u n i..eceh!! smpai taiping lebih kurang pkul 12 lebe. plan asal bersanding pkul 12. abih dh family yg nak meraikan pengantin bersanding x smpai2 kenalah postpone waktu ke pukul 12.30 - 1.00. naik bas pun ada gak tersesat2 sikit tu. dia punya jln mmg mcm ye2 jln ke rumah pengantin. siap ada khemah jgk tu. mujur lah ada yg prasan salah rumah. klau x harus beria bertandang berkompang tp salah penganting kak. sape yg malu?? kitaorg jgk!! hahaha.. gitu-gini majlis pun selamat dijlnkan. mcm biasalah sesi bergbr2 bersama pengantin. yg bukan pengantin pun sakan bergbr. hehe. meriah alam semesta lah katakan. mmg sronok rombongan2 mcmni. happening je. yg pegi pun mmg sume jnis meriah2 alam. lagi2 lah meriah suasananya..;-) tgklah gbr lagi klau sudi. x sudi pun paksa2 lah diri..;p cukuplah gbr2 yg dipertontonkan. boring rasanya memasing dok tgk gbr org kawen je. maklumlah cuti sekolah mmg meriah dgn kenduri kawen. huhu dikesempatan itu jugak, akak berpeluang utk berjumpa dgn spupu hubby akak yg kebetulan mmg org taiping tp dh menetap di rawang. lama x jumpa dia. rindu giler lah. so kebetulan dia pun sedang bercuti di taiping di rumah mak dia, kitaorg janji2 utk jumpa2 kat rumah pengantin. best sgt. terubat jua kerinduan. gbr ada tp tak ready nk tayang sbb dlm gbr tu akak nmpak gumuk okeh (mcm lah realitinya x gumuk). hehehe. nak dijadikan cite.......... to be continued...wakakaaka..tunggukan smbungan di episod akan dtg!! Labels: vacation Tenggelam timbul!
Jun 23, 2010 | Wednesday, June 23, 2010 | 4 comments
cuaca sejuk2 ni sedapnya klau tarik selimut. tpt akak ni buat masa ni dh nk start musim ujan kot. semlm pagi ujan. hrni pun ujan lagi. ujan2 makan aiskrim. sedap. (mcm takde idea lain je nk crite apa)..heheh buat permulaan pembuka bicara, setelah lama berdiam duka, hahaha, dukalah sgt. sekadar nk sedapkan sambungan ayat je tu..penat pulak nk fikir akhiran 'a' nk samakan dgn ayat pertama. sengal!! kdg2 kecewa pada diri sndiri. kenapa lah mood blogging ni selalunya tenggelam timbul? penat tau hembuskan semangat pada diri sndiri. haiii, kagums pada yg sentiasa semangat bila berblogging ni. akak ni kejap ada kejap takde. biskut pun kalah. skrg biskut pun ada je kat mana2 kan. ekekeke.. kali ni taknak cite pnjang. ni ala2 mukadimah lah konon. sebelum merapu2 hal2 lain. apa kata akak hidangkan istimewa utk yg merindui akak. klau adalah. tetiba pulak nk bajet artis glem ada org nk rindu2. chet!! hahahahah..;p...... caaaakkkk!!! baaaaaa!!! Sekian, wasalam...;-) Labels: personal |