
![]() |
Kenali lelaki!!
Jul 3, 2010 | Saturday, July 03, 2010 | 4 comments
![]() sumbangan ikhlas dari enchek gugel... Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka: Hidup lelaki lebih mudah Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki. Bahasa lelaki adalah berlainan Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata. Lelaki suka membisu Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu. Lelaki tidak kompleks Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah. Jangan paksa lelaki Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau. Lelaki berahsia dengan lelaki lain Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima. Lelaki pentingkan kejujuran Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya. Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya. Lelaki tidak suka dikritik Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian. Lelaki juga mahukan sokongan Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…" Lelaki dan ego Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya. Lelaki mesra tanpa beremosi Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja. Mcmtu rupanya....... "Bang MJ i luv bang! till death do us part bang!!" chehh!! tetiba!!..lalalalala...;p Labels: info Dapat award..
Jul 2, 2010 | Friday, July 02, 2010 | 8 comments
Grammy award?? pastilah bukan. anugerah pelakon paling fofular? lagilah bukan..;p Award the greatest ke the best blog nih. huhu. tak layak rasa nk dpt anugerah sebesar ni nih..eceh!! Apapun terima kasih pada sallehsgerrard di atas kesudian menganugerahkan award ni pada akak ye..:-) 1. Anda mestilah memuji si pemberi award. hurmmmm. gerrard ni adik kepada kwn akak sarina izryn. sarina ni kwn sekolah lama akak. dh 17 tahun berpisah tp kerana facebook kami dipertemukan semula. dan skrg kami rapat mengalahkan masa sekolah dulu. ehh, jap2 ni puji gerrard ke puji kakaknya. silap2..hahahaha. tp sbnrnya nk cite, sbb kakaknya baik n of koz lah adiknya baik jgk. belum begitu beramah mesra dgn gerrard ni, tp dari penilaian awal akak dia ni rasanya blogger tegar jgk. rajin godek template blog mcm akak jgk. tp lebih rajin menghapdet blog dari akak ni. takpe akak akan amik semangatmu gerrard!..;-) 2. Bagi award ni pada 10 blog yang lain. nk bagi pada blog2 pujaan ati akak ye. dari dulu, kini dan selamanya..eceh! jack kemain baik lagi nih.. i. viruspadu ii. tijah iii. dee iv. rasp lagi 5, dipersilakan pada siapa yg sudi utk mengambil award ni. akak buka peluang utk rebut. cepat2 siapa cepat dia dpt. tinggal 5 je lagi. hahahaha..poyos!! 3. Beritahu mereka yg mendapat award. dh bgtau dah melalui chat box dan komen2...;-) 4. Bagaimana anda digelar blog yg best dan great? huhuhu. yg ni akak tak tau lah menilai. cer tnya pada yg memberi award ni pada akak..gerrard sila jwbkan buleh idak???...ngeeee...:D Sekian, sambutlah salam mesra berbunga rindu dari akak di kejauhan ini....ecececeh!! Labels: award Kuali Merah..
Jul 1, 2010 | Thursday, July 01, 2010 | 3 comments
"jah, cuti2 ni kita jenjalan nak'? "nakkkkkkk..nk jenjalan mana?" "kita pi sunway lagoon, klcc blaa..blaa..blaaa" "jommmmmmm..bila?" "cuti sekolah nntilah..2 hari tau!" "okeh!! set!" Mak aiiii akak korang ni klau pasal berjln mmg no 1. laju je berdesup2 jer pegi. nk tunggu cuti tu mcm nk tunggu apa. dag dug dag dug!. hahah.. So cuti sekolah ming pertama hrtu makusu akak dh booking siang2. so segala aktiviti mmg dah masukkan dlm jadual. plan ni pun sbb kezen akak yg study kat us ni blk bercuti. so mcm sronoklah nk pakat jln2 sama2 ni. Baik mak sedara, anak sedara, mak anak sume mmg kaki berjalan. sebut je pasal berjalan. sakit pun boleh jd sihat..muehehehe...;p Ok, imbau blk jadual perjlnan pada cuti yg lepas.. Day 1 : Mula2 plan nk gi sunway lagoon. sekali check kat internet tiket masuk dh naik harga. pakej dh lain skrg ni. hurmmm, mak2 ni kepala nk untung je. akhirnya berjaya mempengaruhi anak supaya gi wetworld shah alam je. sbb murah. kata nk mandi je kan. ekekeke. so save bajet leh guna utk beli bnda lain dan makan. makaaaaaan jelah yg diingat!! sebelum layan dorang mandi manda kita terjah midvalley dulu! yeee haaa!! aiseh, takde gmbo pulak... Jalan2 kat midvalley, makan dominos, kezen beli jam tgn baru. cun giler jam dia, ntah bila lah nk pakai tu. hobi kezen akak ni. klau dia beli barang baru je mahal mcmana pun, dia akan simpan cantik2 dlm kotak. 2 tahun lepas tu baru dia pakai. hahaha. pelik kan?? tp percayalah. kisah benar tu..;-) Ronda2 mv smpai pkul 2 lebe. haziq dgn kezen akak ni dh mula bosan sbb tujuan utama utk bermandi manda belum terlaksana lagi. so apa lagi?? mari ke wetworld shah alam!! ![]() ![]() Day 2 : mula2 plan nk ke klcc naik komuter n lrt. parking kat stesyen komuter bangi sbb ptg nk ke bangi pulak. nk carik kuali merah. ekekeke..kuali merah???? tapi tetiba mak akak bgtau. adik akak yg prempuan tu nk ikut sama pi klcc. dia adalah sedang pregnant 8 bulan. nak naik komuter ke?? ohhh, tidak!! jadi fikir punya fikir. cancel plan naik komuter. kita drive jelah meredah tgh2 KL tu. naik 2 kete. adik akak yg lelaki drive bwk adik akak yg pmpuan tu. akak pulak naik kete makusu akak..yeay!! caiyok makusu! smpai gak kita ke klcc kan...:D smpai klcc kitaorg makan. hahahaha. sorilah ye dh bape kali makan pun x tau lah ni. lepas makan kat food court budak2 sume sibuk nk pi petrosains. okeh, cantiklah tu. budak2 pi lawatan menimba ilmu. mak2 pulak pi lawatan ke shopping mall..yee haaa!! best! pusing sana, masuk sini, naik sana, keluar sini.. adeehhh penat dah kaki. apa kata kita pi minum pulak. wakakaka.. makan lagi. ehh, tak2 kali ni tak mkn. mnum2 je sbb dh letih berjln. bdk2 yg masuk petrosains ni bukan main lama lagi. agak besar ke petrosains tu kan? berejam2 dlm tu x kluar2. huhu akhirnya, setelah 2, 3 kali akak call. barulah siap dorang meronda dlm petrosains tu. yg tensionnya akak ni. adooo pulak diaorg x snap2 gbr dlm tu? ishhh..dh takde kenang2an (takde bukti nk tayang dlm blog). hahahahaha... gitu gini gedebak gedebuk. pkul 5 kot dari klcc. akak dgn makusu terus ke bangi. tp adik2 akak terus blk umah je. nk dijadikan cite...aduhh, selalu klau jln2 je msti ada cite saspen kan. dugaan btul dan sgtlah mencabar.. dlm prjlnan nk ke bangi dari sg merab. haaa?? jgn tnya nape dari klcc lalu sg merab pulak ye? sbb kitaorg ni sume bebal jln. hero2 yg terer jln sume x ikut. ni kira heroin2 cekal je ni yg buat2 terer meredah perjlanan dgn penuh konfiden. keh3.. tiba2.... kedengaran bunyik bising yg amat. ingat bunyik lori sebelah ke. kete kat belkg ke. tp lepas kete2 tu potong kete kitaorg bunyik bising tu masih ada lagi. dan kitaorg pun start ler panik, terus parking kete kat bahu jln. haaaa???? tayar kempis. bukan setakat kempis. tayar pecah!! komenga!! help2!! cmne nih?? ok2.. bertenang2. ada 2 hero pujaan gadis2 malaya dlm kete ni. dgn muka tabah dan konfiden jua masing2 bukak bonet kete. yg sorang siap bukak manual lagi. gila lawak! sorang bukak manual cara2 nk gunakan tools kereta ye. sorang lagi dh start pegang spana. peh!! time tu lah akak rasa yg ank akak dh betul2 bujang lagi macho. berkobar2 semangat dia jack tayar tu. ternaik gak lah kete tu. vangga sungguh! tp akak tau lah stakat mana kemampuan dia kan. jd dlm diam2 haziq tgh usaha keras utk cuba membukak skru pada rim tayar kete tu, akak pun buat jelah panggilan kecemasan... tutt..tuttt..tuttt..(bunyik nada dering) "helo, tbg (eceh pnggilan mesra..auwww!!)" "ada emejensi ni bang..tayar kete makusu pecah..haziq ada gak try jack tayar..tp mcm x lepas je rasanya nk bukak skru tu..tayar spear ada tp takde angin..tbg dtg tolong boleh tak" (suara paling manja dan menggoda yg prnh akak buat) "ermmmmmmmmm (pjg betul harkatnya)..sana ujan tak?" "ujan sikit.." (smbil konpius apa kena mengena dgn ujan pulak ni) "oklah tunggu jap lg tbg dtg.." okey, akak dh boleh senyum lebar skrg. tunggu rescue rangers dtg menyelamat jer ni. etlis hero2 bedua yg macho tu dh mencuba jgklah kan. dan tunggu punya tunggu punya tunggu dlm gerimis yg dtg tanpa diundang. akhirnya muncul lah hero sbnr pujaan ati akak utk menyelamat. heheheh..;p "okieh, siap!!..mlm kang kira upah" hahahaha. so prjlanan diteruskan jgk ke bangi setelah cabaran demi cabaran ditempuhi. nk jgk carik kuali merahnya tu. uihh entry dh menjela nih. mana cite kuali merah ni??? ![]() ![]() ![]() Sambung lg sikit. hahaha. smpai umah pun tnyalah che tbg ku cayunk, "tbg, td nape tnya ujan ke tak?" "sbb td baru lepas basuh kete 2 jam" "???????"...... Tak tau lah nk kesian ke nak pujuk ke..takpe, haziq!! esok tolong ayah basuh kete lagi!! (dgn kuasa veto!).... Labels: vacation |