
![]() |
Evening Primrose Oil
Dec 2, 2010 | Thursday, December 02, 2010 | 0 comments
Tapi akak ni sebenarnya sangat tak suka dgn segala jenis ubat-ubatan. ciskek dan choc cake tu akak suka. hohoho! Jadi, buat permulaan boleh lah try ambil sejenis je supplement untuk kesihatan kan. disebabkan akak ni perempuan melayu terakhir (hahaha, yg tu tambah sendiri) menurut sumber-sumber yang akak sangat2 percayai dan sumber pembacaan akak, wanita adalah sinonim dengan Evening Primrose Oil (EPO). Apa ada dgn EPO ni?? ![]() Ni EPO yang baru je akak beli malam tadi. motif nk ambil supplement ni, untuk kesihatan wanita lah kan. hik2!..;) disyorkan untuk 2 biji sehari, tapi sebab akak baru je nak manja-manjakan diri dgn EPO ni akak try dulu ambil sebiji je sehari. Manalah lah tau lepas ni kulit muka akak boleh jadi halus mulus mcm erra fazira ke, atau akak dh boleh lari pecut 100m dgn catatan masa 10 saat ke. hahaha. suka ati lah kan, mana2 je akak terima..;p Lepas ni kalau akak serasi dengan EPO ni, pelan-pelan nk research tentang supplement-supplement lain pula. tp selagi supplement tu berbentuk pil atau kapsul akak ok lagi ye. kalau korang sajes kat akak supplement yang kena bancuh dan minum tu. haaaa, tu macam lambat sikit ye. tekak akak ni sangat cerewat dan manja ok. tak boleh sebarangan menerima rasa yg pelik-pelik. nanti otometik segala dalam perut akak ni akan keluar utk melihat dunia. huhuh.. Segala info pasal EPO ni korang gugel je lah. kadang-kadang doktor pun kalau kita pi check up utk period pain dia kasi kita EPO ni kan..;) Dulu akak pernah ambil vitamin E. ingat nk kasi kulit licin bling2. baru seminggu makan udah pening dan sakit tengkuk sume. terus stop. sedih betul. tp wpun baru seminggu makan. akak macam perasan jugaklah yang kulit tangan akak mcm halus sikit. haa tu baru seminggu tu, belum lagi sebulan. tu pun baru je efek kat tangan kot setahun makan?? bygkanlah!! hahah.. Ni sape yg terer2 pasal bab2 supplement ni cer korang sajes kat akak? lagi2 kalau supplement yang boleh prevent penyakit paling ditakuti oleh kaum wanita zaman kini iaitu kanser. please share ye..:) Hurmmm, EPO ni macamnya khas untuk perempuan jer kan. akak macam terfikir-fikir ni, apa agaknya kesan kalau kaum adam pulak yg ambil EPO ni ye?? haa, kaum adam ada berani mau cuba ka??......;p Labels: personal Sesekali ku rasa teringin!!
Nov 30, 2010 | Tuesday, November 30, 2010 | 0 comments
Siapa pernah makan marmite? tau tak marmite ni apa sebenarnya? takpe, pada sesiapa yg tak pernah tau akak sertakan gambar sebotol marmite utk hidangan mata kat bawah ni ye..:p ![]() Ok, ni adalah marmite. diperbuat daripada estrek yis dan 100% vegetarian. mengandungi vitamin B, asid folic, thiamin, riboflavin dan niacin. rasa adalah masin tapi sedap. sedap bagi akak lah sbb akak suka sgt dgn marmite ni sejak dari akak kecik lagi. Senang cerita, akak bagi korang baca article pasal marmite ni lah.. PRODUCT BACKGROUND Marmite was first introduced in United Kingdom in year 1902. It is made of yeast extract and comes in a concentrated paste form. Has a strong and savory unique taste. It is well known and trusted brand and has been in Malaysia for more than 50 years. Marmite in Malaysia is being associated eaten with porridge while in Chinese restaurant, Marmite is used as an ingredients in cooking. PRODUCT BENEFITS PRODUCT USAGE A healthy multi-purpose seasoning which used as flavouring in porridge, stocks, sauces, soups , stir-fried PRODUCT ATTRIBUTES Oh ye! jgn konfius pulak ye. akak bukan lah duta yg dilantik secara khas untuk mempromosi marmite ni tau..huhu Tiba2 akak teringat lantas ku rasa teringin untuk mencarik marmite di supermarket malam ni. marmite ni dulu akak makan bukan setakat gaul pada bubur dan nasik, malah akak boleh makan marmite ni mcmtu je. hahaha Korang bygkan macamana penggemar peanut butter tu? dia boleh ambik kat sudu dan jilat2 mcmtu je kan. haaaa, macamtu lah akak yang gila pada marmite ni. Cuma sejak kebelakangan ni, di atas beberapa kekangan termasuk agak sukar didapati di mana-mana kedai dan gedung membeli belah mahupun pasaraya2 terkemuka..hahaha over!! dan jugak harga yg agak mahal, maka akak dah lama tak beli marmite. sedey..:( Rasa ada lah dalam bertahun-tahun lamanya. sebotol saiz yg paling kecil pun tak silap akak harga dalam RM11. mahal lah tu kan? Tapi malam ni akak nak gagahkan diri juga nak carik kat kedai demi memenuhi tuntutan tekak akak ni. muehehehe.. Cerita pasal marmite ni, teringat waktu kecik2 dulu masa mula2 belajar berpuasa. akak sanggup berbuka dgn hanya nasik bergaulkan marmite. punyalah 'hantu' dgn marmite ni. sehingga menjilat jari jugaklah. Sekarang ni kenapa agaknya marmite ni susah nak dapat di kedai2 kan? musykil betul lah. serius susah nak carik. kalau dulu-dulu mcm senang je dah ternampak berderet marmite tersusun bila masuk je supermarket. sekarang ni akak tengok siap dia letak kat tempat khas, kadang-kadang dalam almari bercermin lagi. macam produk terkawal pulak. Ada siapa2 ada info pasal marmite ni? sudi2 lah kongsi dgn akak ye..:) p/s - ni sebenarnya entry untuk esok, tetapi disebabkan oleh masalah teknikal yakni dgn s****d nyerr akak telah terdelete entry sebelum ni!! nak marah kat sape ni?? huwaaaaaaaaa!!!!..:(( come back!!
Oct 22, 2010 | Friday, October 22, 2010 | 0 comments
salam buat semua....wuwuwuwwuwuwu. mujur masih ingat lagi id dan password blogger ni kan..;p serius ni antara tempoh waktu yang paling lama akak hibernate dan cas beteri. haha. mula2 alasan common lah, akak bz. kedua pun bz jgk. ketiga bz lagi. pastu buat2 bz..;p kalau nak ikut banyak bnda yang akak terlepas nak update dalam ni. cerita raya, cerita puasa, cerita semasa dan mcm2 cerita lagi lah. 3 bulan akak sunyi. kalau org cuti dalam pantang, ni kira macam dah lepas hari jugaklah ni. hahaha. jadi silalah gelar akak blogger tenggelam timbul...:p segamat ni boleh dikatakan tengah musim panas jugaklah. walaupun semalam dan petang tadi ada hujan, tp malam ni masih terasa bahangnya. rasa nak duduk depan peti ais pun ada jugak ni. sepnjang tempoh 3 bulan akak hibernate, ada jugak pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidup akak. peristiwa indah, berita sedih, pengalaman getir dan mcm2 lagi lah. ada kalanya menulis dapat buat akak rasa lega dan bebas utk meluah. cuma ada kalanya, seperti tak terlahir dgn kata2 untuk kuluahkan segala perasaan. eceh! hrni, akak agak gundah gulana. wireless router akak rosak. huwaaaa!! wired modem ni buat pergerakan akak sikit terbatas. kena duduk stay kat satu tempat tu je. sedangkan akak ni sangat 'all in 1'. semua kerja akak nak buat dalam satu masa. so macam mana akak nak masak sambil berfb atau lipat baju sambil berblogging kan? hahahaha. maknanya lepas ni mgkinlah 3 bulan lagi baru update semula. kah3.. hrni juga, akak sedikit risau, kucing kesayangan akak ni mengalami sikit kecederaan di ekornya. mengalami luka yang agak besar juga. akak sapukan minyak, terus je dia jilat2 balik. macamana lah nak baik luka macamtu?..:( esok pula, ye akak ada program menarik. semenjak dpt 'kawan baru'. terasa mcm hidup lebih bermakna. hahahaha. hanya akak dgn dia je yg tau. hik3..esok kami ada kelas belajar buat 5 jnis tart. hoho. lepas ni akak bakal pembuat tart tegar lah kot. ke pemakan tart tegar je? muahahaha.. lusa pula?? hamboi3. ni lah dia, kalau dah masuk kembali mood menulis, semua cerita nak di update dlm satu masa. malam ni je lah rasa macamni. esok??? hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan? apa relevannya ni?? hahahahaha....;p p/s - alhamdulillah, akhirnya berjaya juga update blog!..:) Labels: personal |