
![]() |
Masuk angin
Jul 29, 2010 | Thursday, July 29, 2010 | 0 comments
![]() bukan perut akak..;p Beberapa hr ni akak tak berapa sihat. tak taulah kenapa tiba2 badan penuh angin. akak ni mmg ada gastrik, tp takde lah pulak rasa mcm salah makan ke, biar perut kosong ke. cuma start ming lpas rasa sgt tak selesa smpai muntah2..huhu Tp alhamdulillah, hrni akak rasa dh mula segar mcm biasa. dh selesa sikit...:-) Gastrik ni akak mmg prnh kena sejak dari sekolah rendah lagi. ntah ler, masa kecik2 dulu akak ni mmg kuat mkn pedas. bygkan akak prnh berlawan2 dgn spupu akak, nasik sape yg plg merah disaluti sambal tumis kaw2 punya. selamber badak je kitaorg mkn tak kisah pedas pun. padahal masa tu masing2 belum sekolah pun. umur dlm 5 ke 6 tahun mcmtu. tak percaya?? percayalah!! akibatnya, dua2 dpt penyakit yg sama skrg ni..haaa padan muka kannnnnnnn...;p Gastrik ni pada sape yg belum prnh rasa sakitnya, sila percaya bahawa bila dh kena serangan gastrik mmg sakit ye. mau guling2 lah klau kena gastrik yg teruk tu. rasa mcm dihiris2 kat perut. takpun korang try lah toreh2 kulit perut tu..haa pastu bygkan mcmtu lah sakitnya bila kena gastrik. hehe Tp tak setiap kali kita akan diserang gastrik pada tahap kesakitan yg sama. mcm akak ni kdg2 akak kena yg lite2 je. takde lah smpai buat akak tertonggeng2 ke. tp mmg cukuplah buat muka akak yg ayu ni, ecececehh! nk jugak masukkan ayu tuh bertukar menjadi betty la fea..hahahaha..korang prnh tgk tak cite betty tu dulu? apa kena mengena sakit gestrik dgn betty pulak kann???..;p Mcm ming ni, akak takde lah sakit tang perut tu sgt2. jauh sekali rasa mcm dihiris2 tu. tp angin tu dia mcm tersekat kat atas perut dan tekak. so buat akak ilang selera makan dan rasa nk muntah je. haa..haaa sila jgn buat andaian2 palsu yg akak berisi yer! hehehe..korang ni bukan boleh. klau akak kata pening2 ke, muntah2 ke..mula lah kang..idak ler ada pikir yg lain. melainkan yg ittewwww sajerk....;p Takpe lah, mgkin ada jgk yg akak tersalah makan tp akak tak sedar lah kot. ataupun mmg badan lah lebih angin ni..hahaha..harap2 gaklah kot muntah2 tu boleh buat akak kurus sikit..hurmm, takde maknanya..hehehe.. Kerana kesihatan akak yg tak berapa mengizinkan tu , maka blog ni agak terabai dlm beberapa hrni. klau lah ada sape2 yg masuk dan tgk ehh cite lama lagi. maaf byk2 lah ye. tp..ada ke yg masuk nk baca entry blog picisan tepi2 jalan mcm blog akak ni? huhuhu. tp pada sesape yg mmg sentiasa sudi utk baca crite2 mengarut akak ni, mekasih2 lah byk2 ye. sudi gak korang nk baca kisah2 hidup akak yg tak berapa nk menarik ni..huhu.. Ekceli, ada beberapa crite gak nk story lagi nih. nnti akak hapdet lagi. semoga badan akak bebas sudah dari angin!! muehehehehehe...;-) Labels: personal Buat-buat bz..
Jul 27, 2010 | Tuesday, July 27, 2010 | 0 comments
Ehh tak buat2 tau. seryes akak agak bz skit dlm beberapa hari ni..huhu..surirumah pun kdg2 bz mengalahkan wanita koperat gak. hak2!!..;pWknd semlm ni akak blk banting coz nk jumpa baby baru. x sabar sgt nk peluk2 baby. tp biasalah baby blum smpai seminggu usia pun. bukak mata sikit je dpt nenen pejam blk. hurmm takde can nk kenyit2 mata dgn dia pun. kena gomol pun dia bantai buat tak paham je. belum ada perasaan lah katakan. Bila blk banting, klau dh jumpa mak, bpk dgn adik2, sume jadi lupa. kamera akak dok hangkut sana sini. tapi boleh takde satu gbr pun akak snap?? haishh!! rugi betul lah!! Sabtu tghri akak bertolak dari segamat trus pi KL. ada wedding kat tmn tasik titiwangsa @ restoren nelayan. cite pasal wedding akak cite di lain entry laaaah..;-) Smpai umah mak dh pkul 12 lebe. sume dh tido dah. bpk akak je yg dok celik tunggu anak cucu dia smpai. biasa cmmtulah. dari dulu bpk akak ni jnis perisau orgnya. selagi anak2 tak smpai2 rumah dia mmg tak boleh tido. huhu. Siang ahad, mmg dh planning baik punya dgn adik akak yg bongsu. mau kluar jln2 jusco bkt tinggi sbb nk carik hadiah utk baby baru. seryes, rasa mcm menyesalnya tak amik2 gbr. tak tau lah apa yg difikir masa tu? tp klau dh dgn adik tu mmg byk perancangan yg tak dirancang pun. sbbtu smpai lupa nk buat sume bnda..hehe Dari jusco kitaorg trus berdesup pi umah adik akak utk tgk baby baru dia. smpai2 baby tgh merengek2 mntak susu. dpt susu smbung tdo. tunggu punya tunggu takdenya dia bangun. bisinglah mcmana pun. kemain sedap je dia tido. comel sgt. ishh rasa cam pelik je bila crite takde gamba ni!! adoiilahhh! Dah lah.. tak semangat nk cite pnjg2. tunggu blk banting lagi. nk snap gbr byk2 baru crite pnjg2...;p Sekian, dari akak yg buat2 bz. rindunyaaa kat BB eh salah!! baby ye bukan BB. ekekekeke..;p Labels: personal Goda pasangan suami/isteri (18sx)
Jul 24, 2010 | Saturday, July 24, 2010 | 0 comments
![]() mr n mrs gugel..;p Bila kita sudah lama berkahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda pasangan. Harap-harap anda akan berjaya.
1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.
2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik sidia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.
3. Ops, maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu.Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.
4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya.Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintutu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’ 5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini. 6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.. 7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda.. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya danwaktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya , anda pula dimarahinya.
8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nakjuga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra. 9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri punkurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut sidia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,romantiknya.
10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang. 11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan.Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalau terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.
12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….
13. Jeling-jeling
Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya.Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda. 14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergeseldengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus.Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…
15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampaimerah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya.Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.
16. Hembusan lembut pada telinga. Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika dudukbersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik kerumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi. 17. Ciuman di dahi Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlut unggu-tunggu lagi. 18. Sembur wangian pada bilik. Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Olehitu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Biladah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya. 19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.
20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar sidia. Selamat mencuba.......;-) Labels: info |