![]() ![]() ![]() ![]() |
Menangislah semahunya..
Jun 30, 2010 | Wednesday, June 30, 2010 | 0 comments
![]() kredit tu gugel Ketika kanak-kanak, menangis ku kerana haus dan lapar.. menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku, menangis ku kerana inginkan barang permainan, menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa. Ketika usiaku menjangkau awal remaja, menangis ku kerana rakan-rakanku, menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku, menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta, menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan, menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka, menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya. Ketika usiaku menginjak dewasa, aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku,memerah keringatku, menangis aku kerana anak-anak ku, menangis ku kerana isteri atau suamiku, menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna, menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku. Ketika usiaku berada di penghujung.. aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku, menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot, menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmad utk keluarganya, menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku, menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA!! mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun.. renung-renungkanlah..saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa untuk MENANGIS keranaNya..sebagai panduan kita bersama.. Labels: info Pabila tiba musim durian!
Jun 29, 2010 | Tuesday, June 29, 2010 | 4 comments
Musim durian dtg lagi! sana sini tepi2 jln mana2 sume ada jual durian. Beli durian?? no..no..no.. akak tak pernah beli durian. sbb kg mr MJ ada dusun durian..;-) Gila durian?? tak pun sbnrnya. akak lebih gila pada tempoyak. ye, tempoyak. ada org kata tempoyak tu durian basi. hahaha. tak kisahlah klau korang nk kata durian basi ke. yg pntg akak mmg suka! alaa, mcm tempe jgk gak. kacang soya berkulat. keh3...;p Makan durian?? makaaaaan. tp sgt memilih. tak suka durian tebal, tak suka durian bau kuat, tak suka durian yg dh lama jatuh, tak suka durian takde bijik, tak suka durian besar. hahahaha. tak ke poyo namanya tuh? pendek cerita, klau kat kg mr MJ tu ada beberapa jnis durian je yg akak suka. isi nipis tp lemak dan manis. bau sedap tak kuat sgt. mmg maveles lah rasanya. Byk ke durian?? kat kg mmg byk. sbb ada dusun. yg kat tepi2 rumah. dan ada kat dusun khas jauh sikit dari rumah kat tepi sg. ehh! sungai ke parit ehh? parit besar lah kot. tp ada jambatan jgklah. akak klau rasa tringin nk mkn durian tu, kepoh mcm boleh habis 2, 3 bijik. kah3.. tp hakikat sbnr, plg kuat akak boleh mkn 5, 6 ulas je. tu dh kira byk sgt dah tu. selalunya 2, 3 ulas je. bergantung kpd kualiti durian tu mengikut persepsi akak lah. kerana citarasaku sgt berbeza okey! ![]() ![]() Durian ni tak ramai jgk yg suka rasanya. mgkin sbb bau dia yg kuat tu. mcm haziq, durian langsung tak sentuh. tp tempoyak yg dh dimasak. boleh membuatkan dia sehingga menjilat pinggan dan jari. hehehe. mr MJ pulak, suka sgt durian tp tempoyak kureng sgt. klau akak masak udang tempoyak tu je yg dia makan. lain2 menu dpd tempoyak dia tak pandang pun. akak?? td pun dh crite kan. takyah lah repeat crite yg sama ye dak?? ekekekek. Kesimpulannya? uols gila durian ke??? atau gila tempoyak mcm akak? atau kedua2nya?? atau tiada satu pun jawapan di atas?? hahahahaha.... Labels: interest Info Yg Perlu Kita Tahu..
| Tuesday, June 29, 2010 | 2 comments
Info yg harus dikongsi bersama...:-) 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis 1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA … a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan” b. Polis menggari tangan anda c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis 2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.) a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka. d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka 3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?” b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja. c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja. 4. JIKA ANDA DITAHAN a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada. c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan 5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA a. Mengapa anda ditahan 6. SELEPAS DITAHAN a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki. c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda 7. SOAL SIASAT POLIS a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra. b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini: S: adakah anda berada di Dataran petang tadi? J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi? J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar? J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka. d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi. 8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman) a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini. b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb. 9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan) a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah. 10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian. b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik. p/s - di kopipes dari email sahaja..... Labels: info Reunion lagi!!
| Tuesday, June 29, 2010 | 2 comments
semlm adalah kenangan, hrni adalah kenyataan, esok masih angan2. jap2..konpius ni apa kaitannya intro dgn entry nih....;p yeay!! reunion lagi!... tapi..... kali ni bukan reunion batch akak. tp reunion utk mr MJ akak pulak. dan bukan jugak reunion utk batch satu sekolah dia, tp reunion bekas2 pelajar mr MJ akak ni. amat terharu kerana bekas2 pelajar dia ingat sgt nk jemput bekas ckg dia ni utk sama2 turut serta dlm majlis mini reunion diaorg..:-) ![]() majlis reunion ni kecil2an. tp still buat kat hotel villa kat segamat ni lah. yg dpt hadir pun tak ramai. mgkin timing tak bape kena kot. sbb reunion ni diaorg buat masa wknd nk naik sekolah tu. so masing2 klau yg duduk jauh dh bz nk blk rumah masing2 lah pulak agaknya. majlis sederhana tp tetap best lah akak rasa. bukan majlis formal pun. just jumpa2 n mkn2..haaa part makan2 tu yg plg best. ekekeke. bg akak lah...hehehe.. dan best jugak bila dpt berjumpa dan berkenalan dgn sahabat baru. well, biasalah akak ni..kan ke mesra alam?? boleh je masuk dgn sape2, selagi diaorg pun boleh beramah mesra dgn akak..;-) alamak!! tetiba mati idea sbb bunyik sms kat henpon ni td. hahaha. ok2 sambung blk cite... ![]() bila bekas pelajar berjumpa semula dgn bekas guru ni, tgk2 mcm dh lebih kurang je masing2. hehe. maklum lah masing2 pun dh advance dari segi saiz dan paras rupa. ngeee..dan time kasih tak terhingga bagi pihak mr MJ akak jua, kerana jemputan dan juadah hidangan yg sgt sedap. bygkan uols akak makan semeja 3 org je? muehehehehe. jgn jeles!! keh3....;p ![]() tiba2 rasa rindu pada kwn2 lama. ishh. tak prnh tak rindu pun sbnrya. tak jumpa dh tentu lah rindu. baru lepas jumpa pun rindu jgk. pelik betul lah! erti persahabatan mgkin. bila rasa lahir dari hati dgn penuh ikhlas. mcmtu lah agknya..:-) semoga akan ada lagi majlis reunion utk batch akak pulak lagi satu masa nnti. tunggu lama2 sikit pun takpe. biar betul2 rindu membuak2 dulu. dan klau dpt berkumpul lagi. pasti meriah dan happening mcm dulu...rinduku memaksaku menyayangimu..eceh!!!! Labels: friends Cinta Pertama - Kenangan Diari Hidup
Jun 28, 2010 | Monday, June 28, 2010 | 4 comments
Mendapat sebuah persoalan mengenai seorang muslimah akan pertanyaan yang sangat menarik iaitu berkenaan cinta pertama. Katanya Cinta Pertama itu sukar dilupakan dan bagaimana harus diperbuat supaya cinta pertama terhapus dalam ingatan dan membuatkan dirinya dapat setia baik zahir dan batin kepada suami. Persoalan ini wajar diketengahkan kepada umum bagaimana kaedah untuk kita menghilangkan rasa cinta ? Cinta yang terhasil dari kasih sayang yang tulus suci dan terhasil dari jalan yang syarak tidak mengapa dibiarkan subur dihati dan tidak mengapa memilikinya kerana Islam ialah agama kasih sayang dan cinta dan fitrah manusia yang bertepatan dengan syariat Islam dan tiada yang lebih indah dalam hidup ini melainkan memenuhi fitrah menurut kehendak dan pertunjuk yang diberikan oleh Allah swt. “ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30). Contoh cinta sebegini ialah cinta yang terhasil dari perhubungan yang syarak seperti cinta kepada ibubapa dan adik-beradik, cinta kepada isteri dan anak-anak. Kasih kepada ahli keluarga lahir dari perhubungan yang syarak, juga demikian cinta kepada wanita yang menjadi isteri lahir dari akad nikah yang syarak. Cinta dan kasih kepada persahabatan juga terhasil dari syarak tetapi hanya untuk sama jantina adapun cinta dan kasih kepada lain jantina tidak dikira sebagai persahabatan yang syarak. Seterusnya cinta dan kasih sayang yang wajar dan harus serta bahkan wajib ialah kepada rasulullah, kepada para sahabat dan pejuang-pejuang agama serta ulama. Tidak mengapa cintanya seorang wanita kepada tokoh pejuang agama lelaki misalnya Salahuddin Al-Ayubi atau sesiapa kerana disebabkan faktor agama. Bila cinta menjadi haram ? Menjatuhkan haram pada perasaan ialah apabila ianya menimbulkan kerosakan dan kemudharatan dari sebab memiliki perasaan cinta itu. Misalnya cinta kepada seorang wanita sehingga dirinya (lelaki) melakukan pelbagai perkara haram maka ketika itu cinta ini sudah bertukar kepada haram. Demikian seorang isteri yang pernah memiliki cinta pertama dengan seorang lelaki sebelum suaminya. Sekiranya cinta pertamanya itu tidak menjejaskan kesetiaan, tanggungjawab dan kasih sayangnya kepada suami dan cinta pertama itu hanya dihati dan menjadi kenangan tanpa pernah mengakibatkan apa-apa kekurangan dalam tanggungjawab dan cintanya pada suami sekarang maka tidaklah dirinya berdosa. Ini kerana Allah tidak membebani manusia dengan sesuatu yang mereka tidak mampu dan perasaan yang dimiliki oleh manusia ialah sesuatu yang manusia tidak ada kuasa mengawalnya sepenuhnya bahkan wanita itu dibenarkan oleh syarak untuk bernikah lagi setelah diceraikan atau setelah suaminya meninggal dunia. Maka tentu sahaja sebagai manusia apatah lagi wanita mesti sekali-sekala terkenang dan membandingkan perihal suami dahulu dan suami sekarang. Maka hal ini tidaklah berdosa selama tidak mendatangkan kesan nyata atau kesan mudharat kepada dirinya dan tanggungjawab sebagai isteri. Perkara biasa apabila seorang wanita yang pernah bernikah dan bercinta misalnya akan mengenangkan kisah-kisah lama apabila berlaku sesuatu hal yang mengaitkan perkara hari ini dengan kisah dulu yang pernah berlaku. Manusia sentiasa hidup di dalam sejarah dahulu. Kerana itu harusnya cinta itu diikat dengan syarak dan Islam kerana apabila seorang wanita itu mengenangkan perihal suami-suaminya yang dahulu maka selama cinta yang pernah terhasil dahulu ialah cinta yang halal maka mengenangkannya juga ialah halal selama ianya tidak membawa mudharat keburukkan. Tetapi apabila cinta-cinta yang dahulu ialah haram misalnya seorang wanita mengenangkan bagaimana dirinya disetubuhi (dizinai) oleh kekasihnya dibawah pokok Mempelam, di bawah lori, di atas jambatan, di bawah tangga, di dalam kelas dan bilik darjah atau mengenangkan kisah-kisah romantik cintanya dengan tunangnya (bukan suami) yang mana semua perhubungan cinta itu tidak syar'ie (tidak menurut agama) maka hukum mengenang kenangan ini ialah haram pada asalnya lagi dan sudah tentu lebih-lebih lagi haramnya apabila dengan mengenangkan kisah ini akan membuatkan berlakunya mudharat kepada keadaan dirinya yang sekarang ini mungkin sudah bergelar isteri kepada orang lain. Bagaimana Menghilangkan Cinta ? Tiada cara yang paling mujarab untuk menghilangkan cinta dan kenangan mengenai cinta melainkan dengan mengantikan cinta yang penuh racun dan luka dengan cinta bahagia dan kenangan baru yang mengembirakan. Cinta ialah perasaan dan ibarat ubat yang diminum oleh hati dan jiwa maka apabila cinta itu merosakkan dan menderitakan maka bererti ubat itu ialah racun yang meluka. Maka tentunya cara yang paling sesuai merawati sakit akibat cinta ini ialah dengan memberi ubat baru yang lebih kuat dari ubat lama. Memberi cinta baru dan kasih sayang yang lebih kuat dari dahulu untuk mengantikan rasa kasih dan rasa cinta yang lalu dengan cinta yang kini dan sekarang. Dimaksudkan dengan memberi cinta baru ialah misalnya seorang wanita yang dahulunya pernah dicintai oleh seorang lelaki dan pernah bercinta misalnya dengan kekasihnya. Bagaimanakah mahu melupakan kekasihnya setelah kini dia bergelar isteri kepada lelaki lain ? Bagaimana mahu menghasilkan cinta baru yang dapat membuatkan dirinya melupakan kenangan lalu dan bahagia dengan kehidupan kini ? Jawapannya ialah dengan memberi cinta baru dengan membuka hati dan terus memberi harapan kepada Cinta baru ini dan berusaha melakukan yang terbaik. Jika dahulu dia pernah dicium oleh kekasihnya maka kini dia harus mencium suaminya dengan ciuman yang lebih manis, romantis dan lebih banyak. Jika dahulu dia pernah diberi hadiah oleh kekasihnya maka kini dia perlu berusaha memberi hadiah kepada suaminya. Jika dahulu dia pernah berzina dengan kekasihnya maka kini dia harus memberi layanan seks yang halal kepada suaminya dengan lebih hebat dan mantap dari apa yang pernah diberikan kepada lelaki yang bukan suaminya dahulu. Menguasahakan memberi yang terbaik sebagai menebusi kesalahan lalu dan hal itu dengan izin Allah akan menghasilkan cinta baru dan kasih sayang yang berterusan. Pun begitu ianya berkait dengan bergantung kepada faktor pasangan itu sendiri. Terkadang si suami yang baru dinikahi tidaklah sebaik pasangan kekasih yang lalu maka hal ini menjadi masalah besar apabila suami kaki bangku bukan kerana tidak tahu bermain bola sebaliknya kerana hanya tahu duduk di bangku menantikan segalanya tersedia tanpa tahu erti membantu atau melayani isteri. Digelar kaki katil kerana hanya tahu memuaskan diri sendiri tanpa tahu memuaskan hati isteri maka tentunya wanita yang pernah berzina dengan kekasihnya sebagai contoh akan merasai nikmat seks sewaktu berzina dahulu dengan pasangan kekasih lebih nikmat, lebih memuaskan dari menikmati seks dengan suami yang kaku, buntu dan haru biru. “Sesungguhnya tidaklah mereka itu buta mata mereka tetapi sebaliknya yang buta itu ialah hati mereka” (Al-Hajj : 46). Demikianlah jadinya fitnah dan kerosakkan apabila syariat dan panduan dari Allah dan rasul diabaikan. Sangat menyedihkan apabila perkara yang halal itu tidak dinikmati sebaliknya yang haram sering dihargai. Betapa ramai kita mendapat aduan bahawa dengan berzina maka pasangan yang melakukannya lebih merasa puas dan nikmat kerana masing-masing tanpa malu dan segan berusaha mendapat kenikmatan yang terbaik. Mengilakan dan memelikkan apabila sudah bernikah dan menjadi halal sebaliknya persetubuhan dilakukan sekadarnya dan tidak dihargai seperti dahulu dan mereka yang melakukannya merasa tidak senikmat seperti zina. Demikianlah Iblis membelit dan menghiasi zina dan maksiat sehingga tampak lazat dan indah di mata manusia yang buta hatinya. Sebaliknya Islam mengajar nilai kasih sayang dan erti ikatan keagamaan (akad nikah) dalam kehangatan badan dan hubungan dua jasad dalam mencari kenikmatan. Islam mengajar pasangan sebelum bersama supaya terlebih dahulu membaca doa, bayangkan sunnah menunjuki suami supaya menghembusi ubun-ubun kepala isteri sebelum menidurinya. Cubalah amalkan, bagaimana isteri tersenyum melihat wajah suami menghembuskan ubun kepalanya, terasa nyaman dan tertib, sebelum melakukannya terlebih dahulu berkucupan dan menghangatkan badan dan kasih dengan sentuhan lalu dilaksanakan dalam satu pakaian dan dibawah lindungan kain yang menutupi kedua-dua badan. Memastikan kepuasan bagi kedua-dua pasangan, menghormati hak-haknya dan memenuhinya dengan rasa cinta. “Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2). Selepas berhubungan Islam mengajarkan bersuci dan membersihkan badan, mengajar supaya melayani isteri dengan baik dan pelbagai lagi panduan dan ajaran yang sekaligus melahirkan sebuah rumahtangga harmoni dan suci. Nasihat Terakhir Buat wanita yang mendapat suami yang malang kerana tidak memahami hati mereka, mendapat lelaki yang gagal menghayati dan memahami perasaan dan kehendak jiwa mereka maka perlulah bersabar dan bertaqwa kepada Allah swt kerana dengan taqwa dan kesabaran itu akan membuka jalan kepada pertunjuk dan rezeki yang tidak disangka-sangka. "Barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepada mereka kehidupan yang baik" (An-Nahl:97). Kesabaran dan doa serta amalan kebajikan yang dilakukan tidak akan pernah disia-siakan oleh Allah swt. Allah swt sentiasa akan mengantikan kepada hamba-Nya sesuatu yang terbaik dari sisi-Nya yang tidak diketahui dan tidak dapat dibayangkan oleh hamba-Nya. “ Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.” (Surah Al-Isra : 15). “ Mohonlahlah kamu kepada Allah dengan sabar dan solat dan sesungguhnya yang demikian itu sangatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” (Al-baqarah : 45). Labels: info Pesan seorang kawan
Jun 25, 2010 | Friday, June 25, 2010 | 6 comments
Pesanan terbaik dari seorang rakan.... Assalamualaikum, Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul. Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik. Kedua, Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas. Ketiga, surah Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' . Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan. Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup. Kedua, kekuatan hati Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik... Ketiga, kuat fizikal Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.. Iqra'.....! Take a break........meditate...3 minutes & calm your mind... Recite 3x : 1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya". Labels: info |