|
Kenangan terindah
May 25, 2012 | Friday, May 25, 2012 | 6 comments
Bila ada waktu terluang, memang digunakan sebaiknya untuk blogwalking ke blog2 pilihan. Seronok membaca berbagai2 kisah kehidupan, luahan rasa, info berguna tak kurang juga gossip2 terhangat artis2. HehePada waktu terluang juga, akak rajin membelek2 template pilihan hati dan ketika itulah kenangan lama datang silih berganti. Teringat zaman2 berhantunya melayan template2 bermula dari myspace sehinggalah berpindah ke blogger ini. Di awal pembabitan akak dalam bidang blog ini, akak banyak dipengaruhi oleh seorang kawan alam maya yang banyak mengajar dan juga sedikit sebanyak memberi inspirasi dengan idea2 kreatif beliau. Akak sangat kagum dengan kebolehan eya. Seorang yang dilahirkan penuh dengan idea2 kreatif untuk mendesign yang pastinya tiada pada akak. Kebolehan semulajadi anugerahNya yang tak ternilai tak boleh ditukar ganti juga dipelajari. Maka tak hairanlah kini, eya telah pun menjalankan perniagaan online untuk mendesign bisnesscard dan macam2 lagi. Boleh jalan2 ke sini. Rindunya zaman dulu2. Sewaktu sama2 menggilai template sehingga sanggup seharian suntuk mengadap kod2 html yang memeningkan kepala. Ada kalanya kami berdua bergayut sehingga larut malam berbincang mengenai template2 bila ketika apa yang dibuat tak seperti yang dihajati. Bila ingat2 balik kelakar pun ada. Bila kejap2 silih berganti antara akak dan dia, cuba tgk template aku kak, header aku ok ke tak? center ke tak? haa!! senget?? alamak, cmne ni??..hahaha Kadang2 rakan yang kita kenal hanya di alam maya juga akhirnya boleh menjadi antara teman yang sangat memahami minat dan cara kita. Tu la antara kesan positf bila kita aktif di laman2 sosial atau apa sahaja yang seumpamanya. Kini, eya sangat sibuk dengan urusan bisness untuk menyiapkan design2 yang ditempah pelanggan. Akak tumpang sangat2 berbangga dengan apa yang eya ceburi sekarang. Selamat maju jaya buat eya sahabat alam maya (pssst..sebenarnya kami dah pernah berjumpa sekali). Semoga eya terus berjaya. Terima kasih kerana selalu memberi semangat pada akak ye!..;) Segala kenangan terindah akan terus mekar diingatan akak sampai bila2. Ecececeh!!..;p Labels: friends, interest, personal |