|
Monday Blues
May 29, 2012 | Tuesday, May 29, 2012 | 1 comments
Pagi tadi sepatutnya plan asal, akak akan ke hutan lagenda lagi bersama kawan akak yang juga merupakan cikgu sekolah yang sama tempat mr mj akak mengajar. Tapi disebabkan tiba2 beberapa program telah berubah, maka akak kansel untuk ke hutan lagenda buat hari ketiga. Lagi2 semalam akak dah ke sana bersama seorang kawan yang lain. Berapa banyak kawan daaaaa!!Esok petang insyaAllah akak akan bertolak balik ke banting. Balik kampung ooooo balik kampung, hati giraaaang lalalalala. Jadi, kesempatan yang ada harini (isnin) akak plan keluar brunch dengan kawan2. Lagipun, akak masih sensorang kat rumah kan. Siap kemas rumah, basuh baju dalam pukul 10 baru akak keluar. Pi coffee corner pekena kuey tiaw kungfu dia. Rasa dia ok2 je lah. Tak sedap sangat tapi boleh lah kalau rasa nak makan lagi..;) Disebabkan semua urusan kerja rumah dah selesai maka masing2 pun mulalah merancang nak pergi meronda2 dan berjalan2 pulak. One Segamat, satu2nya shopping mall yang baru dibuka di Segamat yang terletak bersebalahn dengan Stesyen Bas Segamat dan berhampiran dengan Stesyen Keratapi. Itupun masih belum secara rasmi dbuka. Tapi banyak juga kedai dah mula dibuka. Dengar cerita 1hb Jun nanti baru pembukaan rasmi One Segamat. Oklah kot, ada lah feel seakan2 berada di jusco bukit tinggi hehe. Hello2 mr mj dalam pukul 12 lebih, dia bagitau budak2 pun belum bertolak balik lagi sebab bas pun belum sampai. So green light lah kan untuk berjalan2 secara senang hati. Banyak kedai kitaorg masuk, dari kedai henfon, butik baju, kedai alatan komputer dan last sekali disebabkan kehausan, kita layan cool blog dulu. Alhamdulillah legaaa.. Akak lupa pulak nak snap gambar one segamat tu. Cuma ada dua gambar je posing2 dalam kedai. haha tu pun ehsan kawan akak. Posing adalah wajib kot kalau dah keluar bertiga macamni. Layan je lah ehh. Cekidauuuuuut!!
alompak agogo...hahaha..:p
Labels: entertainment, friends, personal |