|
Hari Lepak Sedunia
Jun 3, 2012 | Sunday, June 03, 2012 | 4 comments
Harini pagi2 lagi mak dah bagitau..Mak nak gi pasar ni, kita masak ikan asam tempoyak, udang lemak kuning cili api, goreng ikan gelama masin dan telur dadar..ok ke? Wow!! Lelaju je jawab.. Boleeeeeeeeh sangaaat mak..sedaaapnyaa..dah terasa2 asam tempoyak ni..sedaaap sangat..memang sedaaapnya maaaak!! Ayat tak boleh blah membodek2 mak. Hahaha. Kemain lagi kan. Sebab anak2 mak ni kalau mak yang masak memang lah kan. Bukan senang nak rasa masakan mak. Lagi2 yang duduk jauh ni. Sob3x.. So bila ada peluang mak offer diri nak masak, apa lagi lah kan. Bagai pucuk di cita ulam mendatang. Bagai orang mengantuk disorong bantal. Erkk sesuai ke guna pepatah2 ni ehh? hehehe. Masakan mak kan memang terbaek! Kat rumah kita dah biasa jadi tukang masak untuk anak. Jadi bila balik rumah mak, kita pulak jadi macam ala2 nak manja2 mintak mak masak itu ini. Tak sedar diri umur dah patut masakkan untuk mak pun. huhu Jadi harini adalah hari lepak2 dan makan2 je. Lagipun dah setiap hari start Rabu sampai Sabtu akak tak lekat rumah. Ada je program. So harini masing2 pun dah keletihan. Lepas masak, makan pastu tido. Peh! tak ke heaven sangat tu kan? Esok pagi nak gerak balik rumah MIL pulak kat Batu Pahat. So blog akan sunyi bila akak kat sana. Faham2 lah streamyx takdak, coverage pun nyawa2 ikan. Bakal berehat sehingga ahad rasanya. Jumaat pagi insyaAllah akak bertolak ke JB pula dari batu pahat untuk menghadiri wedding cousin akak kat sana. Bestnya tak dapat dibayangkan sebab semua family insyaAllah akan berkumpul. Weeee..;) Adik akak yang bongsu pun dah balik Shah Alam balik sebab esok dah start kerja. Plan nak balik petang pukul 6 pun dia postpone sampai lepas maghrib tadi. Last2 pukul 8 baru bertolak. Berat hati nak balik sebab semua masih ada. Kami ni bertiga je adik beradik. Kalau cerita tu bunyik macam ramai je kan. Tapi bertiga pun kalau dah berkumpul memang riuh satu rumah. Lagi2 kalau anak2 buah akak yang hero2 tu semua balik. Memang ribut taufan terus. Hahaha. Pening kepala atok nenek.. Tapi akak berdua dengan adik akak pun dah jadi dalam rumah ni. Kami adik beradik jenis suka cakap sikit2 gelak, borak sikit gelak. Ada je bahan nak buat ketawa. Berdua pun hidup. Campur bapak punya loyar buruk memang bingit gak lah rumah ni. hehe. Ok, kena stop dulu sebab mak dah panggil ajak akak makan. Makan lagi. Lagi2 makan!. muahahahaha..;p Ok mak! Jap lagi datang! Jangan abiskan kuah asam tempoyak tu tauuuu! p/s - entri ini ditaip pada pukul 8 malam tadi..;) Labels: entertainment, family, personal |