|
NRC National Robotics Competition
Jun 20, 2012 | Wednesday, June 20, 2012 | 0 comments
NRC atau yang lebih mudah difahami bermaksud pertandingan robotik yang melibatkan sekolah2 di seluruh Malaysia.Pertandingan Robotic Kebangsaan (NRC) merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi penekanan terhadap aspek kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar, melalui pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. NRC merupakan usaha berterusan kementerian dalam mempromosi inovasi serta pendidikan dalam bidang sains dan teknologi di sekolah.Pertandingan ini memerlukan pelajar menggunakan kreativiti serta pelbagai strategi untuk mereka bentuk dan membina robot, sekali gus merupakan pendekatan terbaik yang menggabungkan kepakaran dan inovasi pelajar. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pakar yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, dinamik serta mampu bersaing dalam bidang industri sains dan teknologi yang sedang mengalami perkembangan pesat. Di peringkat sekolah, NRC telah berjaya meningkatkan pemahaman serta memupuk minat pelajar terhadap bidang-bidang sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan sejak pertandingan itu mula diperkenalkan pada tahun 2005. NRC telah berjaya membantu menjadikan mata pelajaran yang berkaitan lebih menarik dan menyeronokkan untuk dipelajari. Justeru, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sasbadi Sdn. Bhd. atas kerjasama dan komitmen yang dipemerkan dalam membantu Kementerian Pelajaran menjayakan pertandingan ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di atas kejayaan menganjurkan NRC bagi kali yang ke-8 pada tahun ini. Saya berharap agar peluang menyertai NRC akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar supaya matlamat melahirkan modal insan yang holistik, berkualiti dan inovatif akan dapat dicapai. "SELAMAT MAJU JAYA" Y.A.B. TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN (Timbalan Perdana Menteri & Menteri Pelajaran Malaysia) Sekolah haziq juga ada mengambil bahagian dalam pertandingan robotik ini pada setiap tahun. Budak2 ramai yang berminat sebab pertandingan yang melibatkan rekacipta membina robot dari Lego seterusnya memprogramkan robot tersebut mengikut kreativiti masing2. Ada bermacam2 kategori dalam pertandingan robotik ni rasanya. Boleh layari laman sesawang NRC Ni la yang haziq duk leka menggodek dan menghabiskan masa hujung minggu yang baru lepas ni. Tengok macam main pasang2 robot je. Tapi punyalah dia duduk berejam2 dan berhari2 mengadap benda alah tu. Siapnya tak jugak. Mulalah ibu dia ni tanya macam2. Rupanya bukan boleh suka2 pasang macam main pasang2 lego time dia budak2 dulu. Kena fikir dari pelbagai sudut. Rupa tak penting sangat katanya. Kalau untuk kategori 'open' baru dikira dari segi kreativiti binaan robot tu. Hurmm walaupun tak berapa nak faham, buat2 faham je lah kan. hehehe Haziq ditugaskan untuk memasang robot ni. Bahagian programming pula kawan2 haziq yang lain akan uruskan. Haziq bagitau, pasang ni lebih susah sebab nak kena fikir dan buat supaya robot tu balance dan dapat berjalan sempurna dalam trek. Ok, boleh lah kot ibu nak bayangkan maksud haziq tu macamana. Ni pun belum siap sempurna. Ada bahagian tertinggal kat sekolah dalam set robot yang lain pulak. So kena siapkan masa bawak ke sekolah baliklah nanti. 2 hari tu dia dok mengadap robot ni je. Ada tu akak nampak dah beria siap pasang, bila test2 tak kena lah pulak. Kenalah bukak semua balik. Dah lah kecik2 benda tu kan. Memang kena orang yang betul2 minat dan kreatif kot nak buat benda ni. Seronok jugak bila tengok robot tu digerakkan selepas dia programkan. Ada enjin, motor, remote, sensor dan macam2 lagi rasanya. Tapi untuk kategori yang dia pilih ni tak perlu gunakan keseluruhan barang2 tersebut. Harga?? Boleh lah nak dapat sematfon sebijik. Hahaha. Lego punya toys faham2 je lah kan. Kecik2 barang pun dah menjangkau puluhan ringgit. Inikan lagi robot yang serba canggih ni. Siap ada bluetooth lagi. Memang menarik lah. Patutlah ramai budak berebut nak masuk pertandingan ni. Pertandingan robotik peringkat negeri Johor akan diadakan pada 23 dan 24hb Jun ni di Persada, Johor Bahru. Tapi haziq cakap macam susah je nak menang. Sekolah lain guna trek yang dibeli dari sasbadi. Tapi budak2 ni dorang buat sendiri je trek sebab sekolah tak cukup bajet. huhu. Kesian jugak dengar. Harga trek je tak silap akak RM400++. Mahal jugak ye? Dengar kata sekolah baru je beli 3 set robot baru dan yang dah ada pun dah banyak. Mungkin sepatutnya beli yang baru 2 je kot dan satu lagi tak perlu beli tapi digantikan dengan trek je lah kan. Tak tau lah, sekolah mungkin ada alasan tersendiri agaknya. Apapun, good luck untuk team sekolah haziq. Alaa, tak menang pun takpe. Cari pengalaman je. Best apa sebab dengar kata tidur semalam kat hotel Sabtu nanti..;) Dan minggu depan ni minggu busy haziq. Lepas pertandingan robotik, balik segamat sehari dia akan ke JB lagi untuk Johor International Student Leaders Conference 2012 pulak. Bestnya budak2 sekarang ni kan. Macam2 aktiviti ada. Penat tu memanglah penat kot. Tapi bagi akak, pelajar ni bukan kena fokus pada akademik je kan. Kena balance juga dengan kegiatan kokurikulum dan akademik juga..:) Tetiba terus rasa rindu zaman sekolah dulu. Rindu kat kawan2 dan rindu pada cikgu2....sob3x..:( Labels: idea, interest, personal |