|
Wedding di JB
Jun 13, 2012 | Wednesday, June 13, 2012 | 8 comments
Arghhh baju bertimbum, entah bila nak mula projek melipat. 2 minggu punya stok baju kotor bayangkan jelah macamana kan. Tu pun masa kat rumah MIL akak sental gak guna tangan. Terus feeling mcm oshin. Kah3x. Nampak sangat selama ni mesin yang berpenat lelah..:pSekarang ni macam asyik rasa lemau je bila nak buat kerja rumah. Macam dah tak secergas dulu. Dah kurang feel lady gagah giteewww. Apakah? Faktor usia kah?? Kah..kah..kah.. Tapi lemau tak lemau pun sape lagi yang nak kena buat kan? akak jugak lah kannn. Siap vakum rumah siang tadi. 2 minggu tinggal dah bersawang sana sini. Pelik betul mana datangnya habuk banyak macamtu? ada pehtue ke macammana nak tinggalkan rumah lama tanpa habuk melekat tebal sana sini? huhu Tutup cerite kerja rumah. Nak imbas kembali saat2 indah sewaktu wedding cousin akak Sabtu lepas. Plan nak gerak awal pagi Jumaat pun last2 tengahari juga baru dapat bertolak. Lagi2 pulak hari Jumaat jadi kena lepaskan solat Jumaat dulu baru boleh bergerak ke JB. Dalam kereta lagi dah dpt call tanya dah sampai mana. Tetiba lepas tu pulak dapat sms yang bertulis.. Salam..bila mau mari? telur 30 papan dah menunggu ni..hehe..-ucu noh- Haa tapi dah tau dah tu cuma ayat gertak je. Masakan dah petang Jumaat telur belum siap rebus kan? hehehe. Sampai sana dalam pukul 4 lebih dapat jugaklah tolong isi goodie bag dan ikat telur pada bunga paha. Akak dengan ucu noh je yang dapat datang awal. Maklumlah hari Jumaat hari kerja. Family2 yang lain semua datang hari sabtu pagi. Ada yang balik hari, ada yang tidur hotel, tidur rumah sedara mara. Tak kisah lah kan. Pilihan di tangan masing2. Siap kenduri walaupun badan masing2 letih sesangat sempat jugak projek nak meronda2 bandaraya JB malam ahad tu. Plan asal nak cuci mata kat JPO tapi apakandaya masa tak mengizinkan. Pukul 8 baru dapat balik dan mandi2. So akhirnya malam ahad tu kitaorang layan bazaar karat JB aje lah. Jalan jemm biasalah malam cuti kan. Gitu gini gi kedai makan pun dah pukul 11 lebih. Sampai kedai makan dah tutup pintu sebelah, kitaorang tak reti2 nak balik lagi. haha. Tapi macam awal lah kot malam minggu kedai makan dah nak tutup pukul 12 kan? Bukan malam masih muda ke?ahaks. Last2 pukul 1 baru sampai rumah cousin akak kat Skudai. Tetiba rasa penat gila memang dapat bantal terus zzzzzzz tau2 je jam loceng subuh dah berbunyi....... Sweet je kedua2 mempelai ni. Sekarang ni pelamin pun dah canggih. Dah macam deko bersama eric pulak kan. Ada cermin kat background. Sangat mencabar tugas photographer untuk snap gambar. Silap2 nampak gambar photographer tu balik dari dalam cermin. hehehe.. Gambar pengantin je ke? Haaarussss lah tak kan. haha. Rasa2nya dalam camera cousin akak sorang ni, lagi banyak gambar kitaorg posing dari gambar pengantin. Bila lagi nak pose2 ramai2 macamni kan?..;p Ish3x, siapalah mak dara dan anak dara gedik dua orang kat bawah tu?? muahahahaha..:p Labels: family, personal, vacation |