|
Anak angkat
Jul 4, 2012 | Wednesday, July 04, 2012 | 3 comments
Weekend lepas ni barulah berkesempatan nak balik ambik 'anak angkat' seperti yang dijanji. Itupun curik2 masa je sebab awalnya haziq ada camp SLB kat sekolah tapi sebab dah terlalu keletihan dengan mcm2 program berturut2 minggu, dia mintak kebenaran pengecualian menghadiri camp tersebut.So, akhirnya kami bertiga oppss!! berempat (termasuk tabby), bertolak balik banting petang jumaat lepas. Sampai rumah mak malam lah kan. Terasa sangat tak sabar dan teruja nak jumpa anak angkat baru. Appoinment dibuat pada ahad, jam 3 petang..;) Sabtu pulak ke damansara ada urusan sikit nak settled. Biasalah sempat je nak menyinggah2 mana2 kan. Disebabkan dah dekat dengan Bandar Utama, teruslah terjah 1 utama sat. Melalak sana sini dulu, alih2 mak call bagitau, makyam ajak datang rumah sebab dia buat makan2. So, malam ada bbq lagi. Best sangat. Makan..makan..makan..ish3x...:p Dipendekkan cerita haha, ahad pun tiba. Takkan balik rumah mandi, tido semua nak diblogkan pulak kan..p Pukul 3 lebih sampai rumah anak angkat kat Banting jugak. Berdebar2 rasa hati nak bersua muka. Ececeh! Bual2, makan2 kami pun bertolak balik dengan 3 ekor anak angkat. hihi..:p Tadaaaa!! Ye, inilah anak angkat bulusss akak. Tapi akak punya sekor je, yang paling kiri. 2 lagi tu kawan akak yang nak adopt. Sehari je akak bersama dengan tiga2 ekor ni. Meriah rumah akak. Sampai tak jadi semua kerja2 rumah dok mengadap dorang bertiga ni je. Macam2 telatah. Ada yang manja sangat, ada yang diam sangat ada yang sedang2 sajaaaaa..hehe Anak bulus akak ni sensiang dah bagi nama kat dia. Atas cadangan tuan yang asal, dia diberi nama Roxy. Roxy manja, baik, lemah lembut dan dengar kata lah juga dan juga suka bersuara. Jadi dia takde masalah nak menyesuaikan diri di tempat baru. Cumaaaa... Tabby.....aduhai, masih tak boleh menerima hakikat lagi. Niat akak ambik anak bulus baru pun nak bagi teman tabby tapi respon tabby sangat mendukacitakan. Semalaman dia taknak turun. Mula2 semalam lagi parah. Dia dah lah duk memerap je dalam bilik tido akak. Akak datang jumpa dia, layan dia, panggil dia macam dia ok je tapi bila akak peluk dia dah meronta sambil buat suara tak puas hati. Muka akak pun dia takmo pandang. huhu. Moody betul dia semalam. Mujur dah bawak ke petang, temperature dia agak turun sikit, bila haziq bawak je dia turun bawah letak dia kat living hall ni, dia duk jugaklah diam2 sambil memerhati je kat Roxy dengan muka yang sentiasa berwaspada. Harini, masih tak ok juga. Masih duk kat atas takmo turun2. Sesekali akak naik jengah dia, main2 dengan dia, cakap2 dengan dia, dia nampak lebih tenang. Try bawak turun bila dia nampak je Roxy dia gelisah semula. Asyik hissing je. huhu. Bilalah agaknya tabby nak ok dan boleh menerima kawan baru ni? Kesian kat dia dan roxy juga. Roxy ni macam nak sangat berkawan dengan tabby. Tabby yang jual mahal sikit. Tak rela nak berkongsi kasih sayang le agaknya tu..:p Dua hari kat sini, roxy pun dah menyesuaikan diri walaupun dia tinggal sensorang(sesekor) je. Sesekali nampak macam mencari2 jugak adik beradik dia yang lagi dua ekor tu. Sedih jugak akak tengok. Akak terus je panggil dia dan main2 dengan dia. Akak memang cepat tacing ok! Semalam pun dah tacing masa nak serahkan yang dua ekor ke tuan baru dia. Lagi2 yang sekor tu dah manja dengan akak malah dia yang paling manja. sob3x. Tapi syukur bila dengar dia jugak dah selesa bersama tuan barunya..:) Sekian, kisahku dan kucing........hehehe..;) Labels: interest, personal, pets |