![]() ![]() ![]() ![]() |
Cerita Cuti
Jul 17, 2012 | Tuesday, July 17, 2012 | 2 comments
Beberapa hari lepas ni agak bizi sikit. Maka blog pun sikit terabai. Harini agak lega sikit. Cuaca mendung, sejuk, berangin buatkan susah nak melepaskan bantal dan selimut pagi tadi. Namun perjuangan harus diteruskan. Kah3x..berjuang kebendanya lahhh!!Nak cerita pasal weekend semalam ni je. Haziq ada interview AFS 2nd stage di Quality Hotel, Shah Alam 14 & 15hb Julai lepas. So, akak pun mengambil kesempatan lah nak balik banting kan. Ngee..:D Kebetulan jugak cousin akak yang sedang study di US, balik bercuti sebulan sehingga raya ketiga. So, wajiblah planning macam2 program. Actually, lama dah plan ni sebelum dia balik lagi. Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni tidak perlu berbelanja membayar bill yang tinggi walaupun berhubung jarak yang sangat jauh. Skype kan ada!..;) Skype sana sini, plan itu ini, akhirnya...kata sepakat dicapai. Sabtu lepas akak hantar haziq ke hotel untuk mendaftar pada pukul 11 pagi, akak juga menghadiri taklimat untuk parents lebih kurang dalam sejam je rasanya. Sampai2 je kami dijemput breakfast oleh volunteer AFS. Wahh ada brekfes free rupanya. Hahaha. Perut pun tengah lapar kan. Bagai pucuk dicita ulam mendatang lah kan...;p Siap briefing tengok jam baru pukul 12 tengahari. Janji dengan cousin akak nak berjimba2 ke Shah Alam petang, so masih terlalu awal ni. Nak balik banting pun sangatlah tak berbaloi, maka sunway piramid menjadi destinasi pilihan untuk cuci2 mata..;) Sale sana sini rupanya. Sabar..sabar. Dok urut2 dada je kerjanya sambil pegang henbeg kuat2. Tahan supaya wallet tak keluar. Haha..Alhamdulillah berjaya juga. Tahniah untuk diri sendiri! Eceh!!..:p Fikir2 nak lunch kat mana akhirnya kitaorg pi terjah fullhouse je lah.
Muka lapar..;p
Siap makan, ronda2, cuba2 last2 tak membeli satu apapun. Yeayy! Berjaya mengawal nafsu. Lebih kurang pukul 3 lebih makusu akak call suh tunggu je dia kat SACC Mall sebab cousin akak nak carik baju melayu dan sampin. Semangat nak beraya kat Malaysia tahun ni. Singgah solat di Masjid Shah Alam dulu, terus ke SACC dan kemudian ke syeksen 7 Shah Alam. Ibuk2 pulak mau sopink!
Namun.......akhirnya, akak tewas juga pabila sampai ke butik ariani di seksyen 7. Misi mencari tudung yang tak berapa dirancang sebenarnya. Bila tengok ada sale dan kaler tudung yang nak matching dengan baju raya pun ada terpaksalah sambar jugak kot. Pengalaman mengajar sebenarnya bila tahun lepas carik tudung last2 minit menjawablah bila tudung tak masuk langsung dengan kaler baju. huhuh..
Letih jugak dah rasanya bila dari pagi tak berhenti ke sana ke mari. Program malam lagilah menariks ni. Dimulakan dengan acara makan secara berjemaah di Restoren Putera Ayu, Padang Jawa. Dekat je sangat dah dengan seksen 7 tu kan.
Boleh tahan jugaklah rasa makanan kat sini. Harga pun ok, servis pun ok. Tomyam dia pekat akak suka. Makan sampai kenyang pun masih berlebih lagi. Tapi hero2 malaya ada ramai. Diaorang lah yang perabihkan lauk2 tu semua. hehe
Sepatutnya lepas makan2 ni, nak layan ice age 4 lah konon2nya. Tapi bila perut dah kenyang, kaki dan penat berjalan, mata pun apa lagi. Wayang atas katil je lah jawabnya kan. Terpaksa cancel plan nak tengok wayang. Siap makan, semua balik cahaya spk rumah pakcik akak untuk berehat dan bersantai2.
Adakah benar, kami balik dan berehat2??? Hanya akak dan cousin2 akak saja yang tahuuuuu..muahahahahaha..:p
Labels: entertainment, family, personal, shopping |