![]() ![]() ![]() ![]() |
Ramadhan oh Ramadhan
Jul 23, 2012 | Monday, July 23, 2012 | 2 comments
Sekejap je dah nak masuk 3 hari berpuasa. Dulu Mr. MJ selalu suka ingatkan akak,Rasa2lah puasa ni..nanti tau2 je dah raya... Belum terlambat jugak kot nak ucapkan selamat berpuasa dan semoga tahun ni adalah lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Diam tak diam sebenarnya masa sangat cepat berlalu. Macam rasa baru je menyambut raya tahun lepas. Tau2 je kejap lagi dah nak raya. Pastu kejap je dah bulan 12 dan kejap je dah tahun baru 2013. huhu Akak suka sangat bulan ramadhan sebenarnya sebab suasana dan rutin kita pun banyak berubah dari hari2 dan bulan2 yang lainnya. Selalu kita masak tengahari ni kita masak petang2. Selalu malam2 golek dan santai depan tv, ni ramai2 kita memeriahkan masjid dengan menjalani ibadat solat tarawikh insyaAllah dan banyak lagi juga rutin2 yang bakal menyusul selepas2 ini yang biasanya tidak kita lakukan di hari2 lain. Tahun ni akak sambut awal puasa di rumah sendiri je. Biasanya tahun2 lepas sambut puasa bersama family kat kampung. Takpe, tahun ni kita try sambut sendiri pulak. Lagipun akak dah berturut2 minggu dok balik kampung je ni. Orang kampung pun bosan kot kalau balik2 tengok muka akak je yang balik. haha Tahun ni azam bulan ramadhan kalau boleh nak kurangkan membeli kat bazaar ramadhan. Nak masak2 je. Ececeh, tetiba pulak semangat memasak berkobar2 time puasa ye. Masuk blog resepi sana sini, pehh!! macam2 resepi best dan nampak sedap sehingga buatkan akak rasa nak try semua resepi2 tu. Best2. Lepas ni nak try panggang ayam ala kenny rogers pulak. Harus tutup kenny rogers lepas ni..haha..:p
nyam3x..
Pastu buat pulak mashed potato, dan nak kenyang sikit masak nasik ala2 kenny rogers jugak. Aduhhhh.... Ok, takmo cerita panjang. Kejap lagi nak siap2 carik bahan. Jom pi giant jom! Selamat memasak dan selamat berbuka puasa pada semua.....;) Labels: family, menu, personal |