
![]() |
Baru sampai
Jun 11, 2012 | Monday, June 11, 2012 | 0 comments
Penaaaaatnya tak terkata walaupun hati girang tak terhingga. haha. 2 minggu tinggalkan rumah, lebih kurang pukul 6.30 petang tadi baru sampai rumah semula.Kerja rumah banyak menanti. Kain baju confirm lah menggunung untuk dicuci. Rumah pun dah penuh habuk dan sampah. Angin tiup habuk2 masuk ikut bawah pintu rasanya. Oh! Penatnya. Belum mula 'kerja' dah boleh rasa letihnya. Masa berjalan tak letih pulak ye!..;p Tabby jugak sangat keletihan. Rindu kan rumah pun ye jugak. Kesian sangat tengok dia. Masa di JB akak terpaksa kurung je dia dalam cage. Walaupun dia tak banyak kerenah dan bising, tapi akak tau dia sangat stress dan tak selesa. Dia kurang sangat makan dan minum. Tidur pun kurang. Ni sampai rumah je barulah nampak dia bayar hutang tidur. Tapi belum makan banyak lagi. Risau jugak ni. Harap2 esok dia dah ok. Mata pun dah berat tapi sempat jugak lagi nak blogwalking dan update lebih kurang. Rindu pulak kat blog. Eceh kemain pulak nak rindu2 bila semangat blog dah kembali membara macamni lah gayanya. Banyak jugak cerita nak share pasal wedding kat JB. Esok2 lah akak buat entry pasal wedding tu. Nampak gaya kejap lagi nak kena naik atas masuk bilik cepat2 nak iron baju dan zzzz. Harini dari JB singgah Kluang pulak dulu cari spike shoe haziq. Merata mencari spike shoe ni. Susah betul nak jumpa rupanya. Tanya2 orang rupanya kedai sukan kat Kluang ni memang pembekal barang2 sukan untuk banyak sekolah. Banyak betul pilihan spike shoes dari macam2 range harga. Oklah, puas hati akhirnya. Dari Segamat sampai KL carik tak jumpa. Banyak cawangan al-ikhsan dah masuk pun takde juga. Yelah, sape sangatlah yang nak beli spike shoe ni kan? Benda yang jarang2 sangat kita guna dan hanya orang tertentu je yang guna. Hurmm entry takde gambar macam tak best pulak kan? Tapi selongkar2 gallery dalam telefon pintar akak ni macam takde gambar yang menarik je. Takkan asyik nak tayang muka sendiri je pulak kan?
cakkkk!! baaaaa..tayang muka caye takpe kan??..:p
Labels: family, personal, vacation Hari Lepak Sedunia
Jun 3, 2012 | Sunday, June 03, 2012 | 4 comments
Harini pagi2 lagi mak dah bagitau..Mak nak gi pasar ni, kita masak ikan asam tempoyak, udang lemak kuning cili api, goreng ikan gelama masin dan telur dadar..ok ke? Wow!! Lelaju je jawab.. Boleeeeeeeeh sangaaat mak..sedaaapnyaa..dah terasa2 asam tempoyak ni..sedaaap sangat..memang sedaaapnya maaaak!! Ayat tak boleh blah membodek2 mak. Hahaha. Kemain lagi kan. Sebab anak2 mak ni kalau mak yang masak memang lah kan. Bukan senang nak rasa masakan mak. Lagi2 yang duduk jauh ni. Sob3x.. So bila ada peluang mak offer diri nak masak, apa lagi lah kan. Bagai pucuk di cita ulam mendatang. Bagai orang mengantuk disorong bantal. Erkk sesuai ke guna pepatah2 ni ehh? hehehe. Masakan mak kan memang terbaek! Kat rumah kita dah biasa jadi tukang masak untuk anak. Jadi bila balik rumah mak, kita pulak jadi macam ala2 nak manja2 mintak mak masak itu ini. Tak sedar diri umur dah patut masakkan untuk mak pun. huhu Jadi harini adalah hari lepak2 dan makan2 je. Lagipun dah setiap hari start Rabu sampai Sabtu akak tak lekat rumah. Ada je program. So harini masing2 pun dah keletihan. Lepas masak, makan pastu tido. Peh! tak ke heaven sangat tu kan? Esok pagi nak gerak balik rumah MIL pulak kat Batu Pahat. So blog akan sunyi bila akak kat sana. Faham2 lah streamyx takdak, coverage pun nyawa2 ikan. Bakal berehat sehingga ahad rasanya. Jumaat pagi insyaAllah akak bertolak ke JB pula dari batu pahat untuk menghadiri wedding cousin akak kat sana. Bestnya tak dapat dibayangkan sebab semua family insyaAllah akan berkumpul. Weeee..;) Adik akak yang bongsu pun dah balik Shah Alam balik sebab esok dah start kerja. Plan nak balik petang pukul 6 pun dia postpone sampai lepas maghrib tadi. Last2 pukul 8 baru bertolak. Berat hati nak balik sebab semua masih ada. Kami ni bertiga je adik beradik. Kalau cerita tu bunyik macam ramai je kan. Tapi bertiga pun kalau dah berkumpul memang riuh satu rumah. Lagi2 kalau anak2 buah akak yang hero2 tu semua balik. Memang ribut taufan terus. Hahaha. Pening kepala atok nenek.. Tapi akak berdua dengan adik akak pun dah jadi dalam rumah ni. Kami adik beradik jenis suka cakap sikit2 gelak, borak sikit gelak. Ada je bahan nak buat ketawa. Berdua pun hidup. Campur bapak punya loyar buruk memang bingit gak lah rumah ni. hehe. Ok, kena stop dulu sebab mak dah panggil ajak akak makan. Makan lagi. Lagi2 makan!. muahahahaha..;p Ok mak! Jap lagi datang! Jangan abiskan kuah asam tempoyak tu tauuuu! p/s - entri ini ditaip pada pukul 8 malam tadi..;) Labels: entertainment, family, personal Jalan sana sini
| Sunday, June 03, 2012 | 2 comments
Fuh! Agak berhabuk jugak 'rumah' akak ni. Bila cuti2 balik kampung memang macamni lah. Siang bz ke sana kemari. Balik malam terus nampak katil dan bantal je. Letih gila dan tak dan nak update story n blogwalking. huhuSemalam jadual memang penuh, keluar rumah dari pukul 10.30 pagi sampai rumah pukul 11.30 malam. Letih toksah cerita lah kan. Semalam pagi mula2 ke Taman Einstek hantar cousin akak wedding. Akak dan adik akak dua kereta sampai terawal gila. haha. Kitaorg pulak yang excited dari pengantin. So terpaksalah tunggu pengantin datang ambik sementara lepak2 kat Zemart supermarket. Sempat gaklah posing tengah2 panas tu.. Haa jangan tanya kenapa baju sama je asal posing gi wedding. hahaha. Tak perasan pulak asyik2 bawak baju ni je bila balik kampung. Adoilah. Punyalah banyak baju lain, baju ni gak yang akak sambar time packing baju..;) Sempat jugak kami lepak2 dalam zemart tu sebab kat luar panas sangat. Orang lelaki semua lepak kat mamak. Yang ayu2 semua masuk zemart je. kui3x..:p Kat rumah pengantin sampai pukul 2.00 lebih kurang lah. Mr MJ bawak mak n bapak akak balik. Akak dan adik2 akak bersama anak2 naik kereta lain sebab ada projek khas yang lain. hehe Terus berdesup pulak pergi alamanda. Adik bongsu kan baru kerja. So ada lah benda yang dia nak shopping. Kakak2 nya ni bekap bagi moral support je. Sambil saja sibuk2 nak gi berjalan2 jugak. Tak muak2 ke pergi alamanda? Kitaorg adik beradik ni kalau pasal berjalan dan makan2 memang tak pernah muaknya. hehe
me n piji
Mesti boleh agak kan adik akak shopping apa berdasarkan bekgroun gambar kat atas ni. hehe. Sony Xperia S. Memang gempak. Jeles akak! Nasib baik saiz dia besar lah jugak kalau nak dibandingkan dengan tapak tangan akak yang kecik molek ni. kah3x..:p
Cun wehhh! Akak pun sukaaaa. Ada lagi dua model xperia ni. Tak silap akak xperia p n xperia u. xperia p akak sukaaaa sangat sebab saiz dia memang sangat cun untuk tapak tangan akak yang comel ni..:p Ok, takmo banyak cerita lagi. Besdey akak bulan 10 ni kalau ada sape2 yang rasa nak bagi adiah boleh lah. Bukan nak bagitau wishlist akak, tapi nak kasi hint je ni. Hint je ni tau!. Hahahaha..hintlah sangaaaaaat!!!..;p Labels: family, personal, vacation |